You are on page 1of 9

0175119329

Kepentingan dan keperluan semua kaum haruslah sentiasa diutamakan dalam dasar pendidikan
negara kita. Dengan keutamaan ini dalam dasar pendidikan negara kita, pihak kerajaan tidak
membezakan soal pelajaran dalam menyediakan kemudahan pendidikan kepada rakyat yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan. Awang (2006) menjelaskan bahawa Bahasa
Malayu telah mencapai taraf bahasa antarabangsa, terutama dengan kedudukannya sebagai
bahasa diplomatik, lingua franca, bahasa perdagangan sedunia, bahasa penyebaran agama besar
di dunia dan bahasa sastera pada abad ke-16 dan ke-17. Sistem pendidikan telah disediakan
dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah, kurikulum yang sama
dan sukatan pelajaran yang seragam serta peperiksaan yang seragam.

Bahasa Melayu di Malaysia telah diperlihatkan fungsinya sebagai bahasa pengantar lama
sebelum dijadikan bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu di Malaysia menjadikan bahasa pengantar
antara kaum yang berbeza-beza. Ia digunakan dalam perhubungan antara kaum terutama sekali
orang-orang yang tidak mempunyai pendidikan sekolah Inggeris adalah Bahasa Melayu. Orang-
orang yang mahu berhubung dengan orang lain dari kaum lain, yang tidak mempunyai
pengetahuan Bahasa Inggeris, maka bahasa yang menjadi alat perantaraan adalah Bahasa Melayu.
Antara orang-orang Cina, Melayu, India dan sebagainya, alat komunikasinya adalah Bahasa
Inggeris, tetapi jika salah satu pihak atau kesemua pihak tidak mengetahui Bahasa Inggeris,
maka alat komunikasi antara kaum itu adalah Bahasa Melayu.

Fungsi Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan telah dirumuskan oleh Akta Pendidikan 1961,
lanjutan penegasan perundangan terhadapay Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib
1960. Bahasa Melayu berfungsi sebagaibahasa kebangsaan yang menyatukan rakyat termasuklah
pelajar-pelajar sekolah, menegakkan persatuan antara kaum-kaum yang mendiami negara ini,
menggalakkan pertubuhan satu corak kebudayaan yang meliputi semua aliran kebudayaan yang
terdapat di dalamnya serta mewujudkan satu budaya, satu bangsa iaitu pembentukan budaya
kebangsaan selaras dengan keinginan dan hasrat membentuk satu bangsa Malaysia yang
mempunyai identiti keperibadian yang dapat dibanggakan dan penuh dengan kesetiaan kepada
negara. Pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan amatlah tepat, kerana Bahasa
Melayu merupakan bahasa yang paling kerap digunakan oleh kaum yang paling ramai, iaitu
bangsa Melayu.

Sekian lama, Bahasa Melayu telah berfungsi sebagai bahasa pengantar di sekolah, maktab,
politeknik dan universiti. Yang dimaksudkan sebagai bahasa pengantar pendidikan ialah bahasa
yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam P&P. Penubuhan Universiti Kebangsaan
Malaysia merupakan kemuncak bagi menentukan Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai
bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Sehingga kini, universiti itu telah melahirkan ratusan ribu
siswazah yang menerima pendidikan dalam Bahasa Melayu. Ratusan tesis dan disertasi pada
peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran ditulis dalam Bahasa Melayu, dan puluhan, malahan
ratusan, profesor telah menyampaikan syarahan perdana tentang pelbagai ilmu dalam Bahasa
Melayu. Semua perkara ini tidak terhad kepada orang Melayu sahaja, tetapi melibatkan semua
kaum yang menjadi warganegara Malaysia.

Beberapa universiti di luar negara seperti di Britain, Amerika Syarikat, Russia, Thailand, Korea,
China dan sebagainya menawarkan kursus major dan minor Bahasa Melayu kepada mahasiswa
masing-masing. Kedudukan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan diperkukuhkan lagi dengan
pembinaan kerusi-kerusi pengajian Melayu di luar negara dan juga pembinaan Dasar Bahasa
Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Bahasa Melayu kini berada di atas landasan
sempurna sebagai bahasa pengantar pendidikan. Justeru, dapat kita merumuskan bahawa Bahasa
Melayu mampu menjadi bahasa pengantar dalam P&P di sekolah dan institusi pendidikan tinggi.

Tidak syak lagi bahawa Bahasa Melayu telah membuktikan kejayaan dan keupayaan sebagai
bahasa ilmu, bahasa bagi wahana ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Selain dipilih
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar, Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa
rasmi. Maksud bahasa rasmi ialah bahasa utama yang digunakan dalam segala urusan
pentadbiran dan acara rasmi. Sebagai contoh, Bahasa Melayu kerap kali digunakan dalam sistem
pendidikan negara, termasuklah urusan surat menyurat, mesyuarat dan pentadbiran sekolah.

` Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa perpaduan di sekolah. Bahasa perpaduan
bermaksud bahasa yang digunakan sebagai tali pengikat kemuafakatan antara anggota
masyarakat, samaada dalam kalangan satu etnik mahupun antara etnik. Masyarakat kita adalah
masyarakat majmuk yang berbeza kepercayaan, amalan, budaya, agama dan bahasa. Bahasa
Melayu dapat memainkan peranan sebagai penyatu kepelbagaian tersebut melalui penggunaan
bersama, atau satu bahasa untuk satu negara. Kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan
Bahasa Melayu dalam semua komunikasi awam dan terbuka agar tidak timbul syak wasangka
antara satu sama lain. Apabila penggunaan bersama Bahasa Melayu di tempat terbuka sudah
menjadi amalan, maka akan wujud rasa kemesraan, kepercayaan, hormat dan selamat. Rasa
kemesraan, kepercayaan, hormat dan selamat merupakan antara faktor yang membina perpaduan
antara kaum. Dengan itu, dapatlah kita melahirkan bangsa yang bersatupadu dan menganggap
Malaysia sebagai negara milik bersama. Bahasa Melayu perlulah digunakan sejak kecil lagi dan
amalan untuk berbahasa Bahasa Melayu haruslah bermula dengan sistem pendidikan.

Fungsi Bahasa Melayu lain adalah sebagai bahasa ilmu. Bahasa ilmu ialah bahasa komunikasi
yang bermaksud bahasa sebagai alat penyebaran, penyampaian dan penerimaan maklumat.
Bahasa Melayu boleh menjadi bahasa ilmu kerana mempunyai ciri-ciri keintektualan bahasa[1].
Bahasa melayu juga boleh menjadi bahasa ilmu kerana mempunyai ciri-ciri kesempurnaan
bahasa iaitu kestabilan seperti sistem pembentukan istilah atau konsep, dan peraturan seperti
ejaan, sebutan, pemakaian, tatabahasa dan lain-lain lagi. Satu lagi ciri kesempurnaan bahasa ialah
kelenturan, di mana Bahasa Melayu mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran dan
perubahan yang berlaku dari masa ke semasa.
Bahasa Melayu penting digunakan dalam sistem pendidikan kebangsaan. Cara paling
penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui
penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaandalam sistem pendidikan kebangsaan.
Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain,
ia dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi
perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini. Akta Bahasa Kebangsaan Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu diluluskan pada tahun 1967. Akta ini
memartabatkan[2] Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub[3] dalam
perlembagaan dan menjadi jaminan kepada perpaduan rakyat Malaysia.

Pada tahun 1982, Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah dan menjadi bahasa yang
digunakan di mahkamah pada tahun 1990. Akta ini mewujudkan penggunaan satu bahasa
perhubungan dan persefahaman di antara kaum dengan yang lain tanpa menimbulkan rasa
curiga.[4] Bahasa Melayu yang digunakan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah membantu
dalam pemupukan perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana yang berkesan untuk
berkomunikasi pelbagai kumpulan etnik dan masyarakat pelbagai dialek atau bahasa. Bahasa
Melayu turut membantu pembentukan jati diri bangsa Malaysia yang menggunakan bahasa
komunikasi yang mudah difahami dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Di samping itu, Bahasa Melayu memainkan peranan penting bukan sahaja dalam memenuhi
keperluan manusia, tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum. Sememangnya tidak
dapat dinafikan bahawa perpaduan kaum sangat penting untuk menyumbang ke arah sebuah
negara maju mengikut acuan sendiri. Selain itu, pendidikan dijadikan sebagai alat yang
digunakan untuk perpaduan antara kaum jelas dinyatakan dalam Penyata Razak 1956. Oleh itu,
apabila pendidikan dianggap sebagai alat secara automatiknya, Bahasa Melayu yang berfungsi
sebagai bahasa perpaduan boleh mengambil bahagian dalam isu menyatupadukan rakyat kerana
Bahasa Melayu itu digunakan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar
dalam pelbagai bidang.

Sejarah membuktikan bahawa Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa lingua france. Pada zaman
kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka, Bahasa Melayu dituturkan oleh semua
pedagang dari Arab, China, India dan Eropah. Ketika itu, Bahasa Melayu dianggap sebagai
bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi antarabangsa. Demi memupuk perpaduan kaum di
negara ini, maka dalam Laporan Razak 1956 dinyatakan bahawa, tujuan akhir dasar pendidikan
negara kita adalah untuk menyatukan murid yang berlainan bangsa di bawah satu sisttem
pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar.
Walaubagaimanapun, kemajuan ke arah ini hendaklah dilaksanakan berperingkat-peringkat dan
tidak boleh dipaksa secara mendadak. Berdasarkan Laporan Razak 1956 jelas bahawa dasar
pendidikan yang dilaksanakan dapat membentuk perpaduan kaum di negara ini.

Bahasa sebagai medium penting dalam proses menyampaikan ilmu. Oleh sebab Malaysia
mempunyai masyarakat berbilang bangsa, maka dasar pendidikan negara berusaha menjadikan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan, samaada di sekolah
mahupun pusat-pusat pengajian tinggi. Bahasa Melayu yang berfungsi sebagai bahasa pengantar
dalam pendidikan membuktikan keupayaan Bahasa Melayu sebagai alat menyampaikan pelbagai
ilmu untuk digunakan bagi memajukan diri, masyarakat dan negara. Bahasa Melayu memainkan
peranan penting sebagai alat komunikasi untuk memperoleh ilmu. Bahasa Melayu penting
sebagai bahasa ilmu dalam sistem pendidikan kebangsaan supaya peradaban bangsa dapat
dipelajari dan difahami. Dalam menyampaikan maklumat dan ilmu kepada masyarakat berbilang
kaum di negara ini, khususnya kepada pelajar-pelajar yang tinggal di luar bandar, sudah tentu
bahasa yang digunakan mestilah bahasa yang difahami ramai, iaitu Bahasa Melayu. Ini adalah
penting kerana dalam usaha memajukan negara, kita tidak boleh meminggirkan rakyat yang
tinggal di luar bandar. Secara tidak langsung mencerminkan ciri-ciri bangsa Malaysia yang
menolak perkauman atau ketidakadilan dalam sistem pendidikan.

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi penting untuk dipelajari dalam sistem pendidikan
kebangsaan supaya meningkatkan semangat nasionalisme dan di samping itu memupuk
perpaduan di antara kaum-kaum yang berbilang di negara kita ini.

Penekanan dalam penggunaan Bahasa Melayu amat penting, bukan sahaja untuk tujuan
pencarian ilmu pengetahuan, tetapi juga bagi memenuhi fungsi sosial dalam aktiviti kehidupan
harian. Sesungguhnya kita semua sebagai rakyat Malaysia yang hidup di dalam sebuah yang
mempunyai pellbagai kaum seharusnya memainkan peranan masing-masing bagi memartabatkan
dan meningkatkan Bahasa Melayu. Kita tidak mahu Bahasa Melayu ditindas oleh bahasa-bahasa
yang lain kerana bahasa melambangkan sesebuah bangsa. Seperti kata Hang Tuah, Takkan
Melayu hilang di dunia dan itulah sebenarnya kita semua inginkan.





Bahasa jiwa bangsa. Tidak sesiapa yang dapat menyangkal bahawa bahasa adalah tunggak jati
diri bangsa. Jika hilang satu bahasa, maka lenyaplah satu bangsa. Menurut Tunku Abdul Rahman,
adalah wajar bahawa sebagai satu Negara membangun kita memerlukan satu bahasa kepunyaan
sendiri. Jika bahasa kebangsaan tidak diadakan, negara kita akan ketiadaan nyawa ( Wong & Ee
1971: 78 ).

Semasa Malaysia masih dijajah oleh British, bahasa Inggerislah telah digunakan seluas-
luasnya sebagai bahasa pendidikan dan pentadbiran. Tidak ada usaha yang konkrit dijalankan
untuk memilih sebuah bahasa kebangsaan. Namun demikian, keperluan untuk menubuhkan
sebuah bahasa kebangsaan semakin mendesak selepas kemerdekaan negara pada tahun 1957.
Pada masa itu, hanya lebih kurang 10% daripada bilangan penduduk negara ini yang
berkebolehan bertutur dalam bahasa Inggeris. Untuk membolehkan penduduk Malaysia
menjalankan hal-hal ehwal pentadbiran negara sendiri, sebuah bahasa yang luas dipergunakan
amat diperlukan. Tambahan pula, sebagai sebuah negara yang baru merdeka, maka perlulah
sebuah bahasa kebangsaan diwujudkan untuk melambangkan identiti yang sama bagi semua
kaum yang tinggal di Malaysia. Justeru itu, keperluan untuk menubuhkan bahasa kebangsaan
amat mendesak pada ketika itu.

Setiap negara yang merdeka memiliki sebuah bahasa kebangsaan yang melambangkan
identiti negaranya. Selain itu dapat memenuhi keperluan sebagai lambang penyatuan, penubuhan,
satu bahasa kebangsaan juga timbul ekoran daripada desakan semangat kebangsaan. Dalam hal
ini bahasa Melayu dipikir selayaknya dipilih sebagai bahasa kebangsaan kerana jika diikut
peratusan bilangan penduduk, penduduk Melayulah paling ramai iaitu 43%, manakala penduduk
Cina dan India masing-masing 36% dan 8%. Tambahan pula bahasa Melayu yang dituturkan
pada masa itu mempunyai keseragaman dan teratur dan semua mampu menggunakannya.
Dengan itu bahasa Melayu secara langsungnya termaktub sebagai bahasa Kebangsaan yang
tunggal di Malaysia dan melambangkan identiti kebangsaan sehingga kini.





Bahasa Rasmi

Bahasa rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, iaitu dalam urusan
pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan Negara, urusan perdagangan dan perusahaan,
upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya. Melihat akan fungsi bahasa rasmi itu, maka bahasa
kebangsaan juga boleh dijadikan bahasa rasmi sesebuah Negara. Namun demikian, bahasa rasmi
tidak perlu merupakan bahasa kebangsaan semat-mata kerana bahasa rasmi adalah bahasa yang
dianggap sebagai alat untuk tujuan tertentu yang tidak perlu dikaitkan dengan semangat
kebangsaan.

Di Malaysia, walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan sejak tahun 1957
hingga 1969, tetapi dalam urusan rasmi, dalam pemerintahan dan sebagainya, bahasa Inggeris
masih digunakan di samping bahasa Melayu, malahan bahasa Inggeris mengatasi bahasa Melayu
dalam konteks urusan sesebuah Negara. Walaupun bagaimanapun, mulai 1969, bahasa Inggeris
hilang kedudukannya sebagai bahasa rasmi dan temapatnya digantikan dan telah diisi oleh
bahasa Melayu.

Selepas kemerdekaan, bahasa Melayu telah menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa
rasmi tunggal di Malaysia. Sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu telah digunakan sepenuhnya
sebagai bahasa urusan pentadbiran kerajaan dan telah digunakan sepenuhnya sebagai urusan
bahasa pentadbiran kerajaan dan sebagai bahasa perbahasan di Parlimen dan di Dewan
Perundangan Negeri umpamanya. Dalam bidang pentadbiran undang-undang, kehakiman, dan
mahkamah, kedudukan bahasa Melayu sebagi bahasa mahkamah bertambah baik setelah seksyen
8 Akta Bahasa Kebangsaan dipinda (Jun 1991). Penggunaan bahasa Melayu dalam bentuk
tulisan misalnya dalam surat-mesyuarat rasmi, minit mesyuarat dan dokumen kerajaan yang lain
termasuk Akta, buku rancangan pembangunan Malaysia, ucapan belanjawan Menteri Kewangan,
dan sebagainya.

Asas Pembinaan Negara dan Kebudayaan Masyarakat



Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah memainkan peranan penting menjadikan
Bahasa Melayu sebagai asas pembinaan negara. Sesungguhnya Perkara152 ini telah mengiktiraf
dan mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara.
Perkara ini termaktub dalam Perkara 152 (1). Hal ini disebabkan menjadi satu kepentingan
bahawa negara ini mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan sangat memerlukan satu
bahasa sebagai panduan. Bahasa ini pula boleh difahami oleh setiap kaum. Lagipun peruntukan
ini adalah berdasarkan penduduk asal di Malaysia iaitu orang Melayu yang memonopoli lebih
daripada 50 peratus penduduknya. Oleh yangdemikian, dengan termaktubnya Perkara 152
mendapatinegara mempunyai asas yang kukuh untuk membina sebuah negara. Selain itu, Bahasa
Melayu mempunyai lambang, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan
bahasapemersatu. Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasa dengan merujuk pada Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui perkara ini, BahasaMelayu telah dipilih
sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini sangat diperlukan kerana setiap negara
mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya Negara Jepun dengan bahasa Jepunnya, Negara
Jerman dengan Bahasa Jermannya dan Negara Perancis dengan Bahasa Perancisnya. Oleh hal
demikian, Bahasa Melayumemainkan peranan sebagai lambang Negara Malaysia dipersada
dunia. Dengan hal demikian, bahasa Melayu berperanan sebagai perakuan kejatidirian bangsa
Malaysia demi memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan sendiri, seperti yang digariskan
dalam Wawasan2020.



KESIMPULAN

Secara jujur, perlu diakui bahawa masih wujud masalah semangat dan kesungguhan yang
belum cukup mantap dan hakiki dalam penggunaan bahasa Melayu. Fenomena ini berlaku,
melalui peristiwa-peristiwa bahasa Melayu kehilangan tempat dalam upacara dan majlis rasmi di
peringkat kebangsaan, apatah lagi pelbagai isu yang timbul melibatkan institusi pendidikan
negara dicabar dengan penggunaan bahasa lain sebagai bahasa penggantar lebih diutamakan
daripada bahasa ibunda kita sendiri. Lantaran itu, Malaysia dilihat sebagai `negara tanpa bangsa'
- bangsa Malaysia. Hakikat ini terasa amat pahit, tetapi itulah kebenarannya. Perlu ditegaskan
bahawa bukan isu antibahasa asing diperbahaskan tetapi prinsip kita jelas dan tegas mengatakan
pelajari dan kuasailah bahasa asing, tetapi pendaulatan hanyalah terhadap bahasa kebangsaan
kita sendiri. Inilah sikap dan pemikiran yang amat diperlukan untuk mencapai Wawasan 2020.

You might also like