You are on page 1of 1

Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British.

Beliau berketurunan Melayu, berdasarkan kepada darah ayahnya berketurunan Palembang.


Manakala ibuunya berketurunan Melanau.
Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan
Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949.Faktor yang
menyebabkan beliau terpaksa mengakui tuduhan tersebut adalah atas permintaan ibu beliau
kerana ibu beliau telah diugut akan ditembak. Selepas beberapa bulan dalam penjara di Kuching,
Rosli akhirnya maut di tali gantung pada 2 Mac 1950. Turut sama digantung adalah rakan
seperjuangannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang
Suntong.Kematian mereka berempat telah menyebabkan gerakan penentangan anti-kolonialis di
Sarawak berakhir secara mendadak.
Mereka semua dikebumikan di situ juga, di Penjara Pusat Kuching, tanpa batu nisan di bawah
tembok perkarangan penjara.Ini kerana Pihak British bimbang akan kebangkitan semula gerakan
penentangan anti-Kolonial yang telah tamat secara mendadak selepas kematian mereka
berempat.Setelah 46 tahun bersemadi di Tanah Perkuburan Penjara Kuching, Pada 2 Mac 1996,
keempat-empat pejuang kemerdekaan ini dikebumikan semula dengan diberikan pengkebumian
negeri di Makam Pahlawan Sarawak,berdekatan dengan Masjid Bahagian Sibu.Ketika
itulah,Keempat-empat buah keranda yang mengandungi tinggalan jenazah mereka diselimuti
dengan bendera negeri Sarawak,sebagai menunaikan salah satu daripada wasiat Allahyarham
Rosli Dhoby.

You might also like