You are on page 1of 26

Selamat datang ke laman blog Pendidikan Seni Visual SMK Sultan Ismail.

Blog ini
bertujuan untuk berkongsi ilmu pengetahuan serta bahan - bahan, sumber berkenaan
akademik dan bahan - bahan bantu mengajar untuk guru - guru atau murid - murid
serta pengunjung yang ingin berkongsi ilmu pengetahuan. Terima lasih kepada semua
yang berkongsi maklumat dan bahan untuk tujuan memastikan anak didik kita semua
berjaya ke puncak kejayaan. TERIMA KASIH!
07:29 | | 0 Comments
Cetakan
undefinedundefined
Pengenalan Cetakan
Cetakan ialah proses terapan blok ke atas sesuatu permukaan.

Keistimewaan cetakan ini ialah mampu menghasilkan banyak keping karya yang serupa dan semua hasil karya
cetakan itu dianggap asli.


Cetakan pada awalnya digunakan untuk pendidikan, propaganda, keagamaan dan seni tekstil. Cetakan berwarna
muncul pada abad ke 15.


Di Malaysia, cetakan kayu digunakan dalam penghasilan kain batik saring.

Jenis-jenis Cetakan

1. Cetakan timbulan:

Hasil imej berdasarkan kesan garisan di atas permukaan blok atau plat yang terlebih dahulu disapu dengan dakwat
atau pewarna.

Kaedah cetakan timbul ialah kolaj, lino, potongan kayu, kad bod bergelugor dan sayur-sayuran.




2. Cetakan benam:

Imej terhasil berdasarkan garisan di dalam blok atau plat.

Teknik yang digunakan ialah garisan asid, turisan, akuatin dan mesotin.

Kaedah yang berlawanan dengan cetakan timbul.



3. Cetakan planograf:

Dihasilkan melalui permukaan cetakan yang mendatar.

Dikenali juga sebagai litografi.

Ia adalah teknik sifat penolakan minyak dengan air.

Menggunakan blok batu kapur.

Ia kelihatan seolah-olah lukisan pensel.




4. Cetakan stencil (sarigrafi):

Menggunakan kain sutera yang diregang pada kayu pemidang.

Imej terhasil melalui potongan kertas pendua, filem laker atau skrin foto emulsi.

Sekuji digunakan untuk menyapu dakwat di atas skrin pemidang.


00:46 | | 0 Comments
Catan
undefinedundefined
Catan ialah proses menggambar menggunakan media warna di ataspermukaan rata.
Fungsi catan

Menyampaikan mesej
Menyampaikan hasrat diri
Meluahkan perasaan
Merakam sejarah
Bahan


Cat Minyak

1. Pewarna atau pigmen dalam bentuk tiub.
2. Bahan pengilat: minyak linsid, minyak poppy, atau minyak kacang untuk mencair atau memekatkan cat.
3. Bahantara: turpentin.
4. Ciri-ciri : bersifat legap, licin, dan berkilat atau kasar dan berjalinan terpulang kepada teknik yang digunakan



Cat Air
1. Pewarna atau pigmen dalam bentuk kek atau tiub.
2. Pengilat: gam arab.
3. Bahantara: air
4. Ciri-ciri: bersifat lutsinar, boleh menimbulkan kesan legap jika disapu beberapa kali, membolehkan kerja-kerja
dilakukan dengan spontan.





Cat Poster

1. Pewarna dalam bentuk tiub atau botol.
2. Ciri-ciri: bersifat legap.
3. Bahantara: air.
4. Alat: berus pelabagai saiz jenis lembut atau keras.
5. Kertas katrij tebal atau licin.


Cat Akrilik

1. Pewarna ini dicampur dengan plastik cecair berwarna putih yang menjadi cerah apabila kering
2. Diperkenalkan pada tahun 1940-an.
3. Cat sintetik ini cepat kering dan sesuai dengan teknik glazing, hard edge dan impasto
4. Bahantara: air, tidak akan melarut dalam air apabila kering
5. Teknik dan proses sama dengan catan cat minyak.




Cat Tempera

1. Pewarna dalam bentuk tiub atau serbuk
2. Pengilat: kuningg telur
3. Bahantara: air.
4. Ciri-ciri: lutsinar hampir lembut, sama seperti catan air di atas kertas. Akan memberi kesan seperti catan cat
minyak jika pada permukaan keras dan tebal.
5. Alatan : berus pelbagai saiz dan jenis lembut atau keras seta tempat pembancuh warna.
6. Ketas: kertas tebal, kain, kanvas, papan dan sebagainya.

TEKNIK WARNA AIR
Basah atas basah
Basah atas kering
Kering atas basah
Kering atas kering

catan teknik basah atas kering
E*l *E 1lm*
Teknik glazing
Teknik titik
Teknik scumbling
Teknik impasto
Teknik hard edge

The Sunflowers, Vincent van Gogh, 1888.


00:28 | | 1 Comments
Lukisan
undefinedundefined
PENGENALAN

Lukisan ialah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan. Lukisan ialah hasil seni 2 dimensi dengan
menggunakan media kering seperti pensil, krayon, pen, pestel,arang, pen merker, pensel warna, pastel dan
sebagainya. Penggunaan dakwat termasuk dalam kategori lukisan kerana dakwat tidak perlu dilarutkan.

TEKNIK-TEKNIK LUKISAN
Teknik garisan yang biasa diguna dalam lukisan ialah teknik garisan silang, garisan berombak, garisan selari, garisan
menyilang dan garisan kontur. Teknik lain seperti teknik coreng, teknik gosok, teknik titik, teknik lorek dan teknik
campuran.

Media Lukisan

1. Pensel

1. Dibuat daripada arang dan tanah liat.
2. Jenis keras (H) digunakan untuk melakar manakala jenis lembut (B) untuk membuat lorekan atau ton.
3. Kegelapan pensel ditentukan oleh gred pensel, kelajuan pensel semasa melukis dan tekanan pada pensel.


pensel mempunyai pelbagai saiz


saiz yang berbeza memberi kesan ton yang berbeza

Contoh-contoh lukisan pensel




Contoh lukisan pensel


2. Arang
1. Asalnya merupakan arang batang kayu yang terbakar.
2. Media yang tertua sekali.
3. Kelebihan arang ialah menghasilkan kesan gelap yan maksimum, lembut, lebih tepat dan tajam, lorekan yang
pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luas pada masa yang singkat.
4. Teknik-teknik melukis arang ialah teknik gosokan, lorekan, basah dan memadam.


arang yang digunakan untuk melukis


arang juga dibuat seakan-akan pensel bagi memudahkan pengendalian

Beberapa jenis arang yang terdapat di pasaran


Kesan lorekkan daripada arang


Hasil karya daripada media arang


Hasil karya lukisan media arang

3. Media Pen dan ink
1. Pelbagai pen yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan seperti, pen kaligrafi, pen teknikal, pen marker
dan sebagainya
2. Pen-pen tersebut memberi kesan lorekan yang berbeza
3. Pen teknikal memberi kesan yang lebih halus dan terperinci

Pen teknikal beri kesan halus pada lukisan


Pen teknikal mempunyai pelbaga saiz


Pen kaligrafi juga mempunyai pelbagai saiz

lukisan media pen


Lukisan pen menggunakan teknik titik

4. Media Pastel
1. Terdapat dua jenis pastel iaitu, oil pastel dan soft pastel, kedua-duanya memberi kesan lorekkan yang berbeza.
2. Lukisan menggunakan pastel handaklah dimatikan menggunakan fixer atau pemati warna bagi menghalang dari
warna tersebut tertanggal


Kesan lorekan oil pastel dan soft pastel


Oil pastel memberi kesan seperti lilin tetapi lebih lembut dari krayon


Soft pastel - seperti kapur, dan digunakan untuk menghasikan lukisan potret


lukisan media pastel


Lukisan media pastel

PROSES MELUKIS
Pilih objek yang hendak dilukis. Tentukan sudut pandangan, ton, perspektif, ton, dan cahaya. Bahagikan ruang
kepada ruang latar belakang, ruang tengah, objek dan ruang hadapan. Buat lakaran kasar dengan melukis garisan
luar objek tersebut. Gunakan teknik di atas untuk menunjukkan kesan cahaya, bentuk dan ruang.
00:10 | | 0 Comments
Prinsip Rekaan
undefinedundefined
Prinsip rekaan amat penting dalam penghasilan sesebuah karya seni. Dengan adanya, prinsip-prinsip ini kita dapat
memberikan kritikan dan pandangan atau huraian terhadap sesebuah karya seni dalam bidang seni visual. Antara
prinsip yang terdapat dalam prinsip rekaan dalam bidang seni visual ialah seperti berikut :

3K 2I PH ( singkatan nota untuk mudah diingati )
3K - " Kontra, Kepelbagaian, Kesatuan "
2I - " Imbangan , Irama & pergerakan "
P - Penegasan
H - Harmoni
1. Harmoni.
2. Kontra.
3. Penegasan.
4. Imbangan.
5. Irama dan Pergerakan.
6. Kepelbagaian.
7. Kesatuan.

Harmoni

Harmoni ialah tindak balas tampak di dalam alam dan karya seni yang menyepadukan unsur-unsur seni
seperti garisan, warna, rupa, bentuk, jalinan dan ruang. Susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara yang
tertentu. Harmoni tidak wujud jika ada ciri-ciri yang bercanggah. Harmoni mewujudkan keselesaan, kesesuaian,
keseragaman, ketenangan dan kesatuan.


Harmoni Bentuk
Kontra
Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan. Fungsi kontra
ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan. Kontra dapat
dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan.

Kontra dari segi warna.
Penegasan
Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan. Fungsi
penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan. Penegasan dapat dihasilkan
melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan.



Penegasan pada (pulau) Penegasan pada (tajuk buku)

Imbangan

Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan. Terdapat 2 jenis imbangan
iaitu:
1. Imbangan simetri unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan axisdilukis di
tengah-tengah pembahagian tersebut).

Imbangan Simetri.
2. Imbangan tidak simetri unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri yang
menimbulkan kesan keseimbangan.

Imbangan Tidak Simetri.

Irama dan Pergerakan

Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dan sebagainya. Fungsi
irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistik terhadap sesuatu gubahan. Pergerakan
dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dan sebagainya.



Kepelbagaian

Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu
gubahan. Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu
gubahan. Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang
pelbagai dalam sesuatu gubahan.




Kesatuan

Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan. Kesatuan dapat
menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa.



23:58 | | 0 Comments
Unsur Seni
undefinedundefined
Terdapat enam unsur seni dalam pendidikan seni visual. Antaranya ialahgarisan, rupa, bentuk, jalinan,
ruang dan warna. Tidak dinafikan keenam-enam unsur ini amat penting dalam penghasilan karya sesebuah seni
mahupun dari segi seni sentuhan ataupun seni tampak. Dalam sesebuah karya seni sekurang-kurangnya terdapat
satu unsur seni.

Unsur-unsur seni.
1. Garisan
2. Rupa
3. Bentuk
4. Jalinan
5. Ruang
6. Warna

Garisan.
Garisan merupakan cantuman titik-titik yang bersambungan atau yang mempunyai jarak tertentu.
Garisan memainkan peranan yang amat penting dalam menwujudkan rupa, bentuk, jalinan, pergerakan, ton dan
corak.
Garisan juga memainkan peranan yang penting dalam menunjukkan seseorang perasaan dalam sesebuah karya.







Rupa.

Rupa merupakan sambungan penghujung garisan ke titik permulaannya. Rupa tiada jisim dan hanya mempunyai
satu permukaan sahaja.

Rupa terbahagi kepada empat iaitu :
Rupa geometri
Rupa organik
Rupa negatif
Rupa positif

Rupa Geometri Rupa Organik

Bentuk
Bentuk ialah merupakan objek yang mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan mempunyai permukaan yang lebih
daripada satu.
Bentuk terbahagi kepada dua iaitu :
Bentuk konkrit
Bentuk ilusi

Bentuk Konkrit Bentuk Ilusi

Jalinan.
Jalinan bermaksud kesan yang terdapat dalam seseuatu permukaan objek.
Jalinan terbahagi kepada dua iaitu :
Jalinan sentuh
Jalinan tampak

Jalinan Sentuh Jalinan Tampak

Ruang.
Ruang ialah kawasan kosong yang terdapat dalam sesuatu objek ataupun jarak yang ada pada di antara kedua-dua
objek dalam sesebuah karya seni.
Ruang mudah diwujudkan dalam menggunakan garisan grid perspektif.
Ruang terbahagi kepada dua iaitu :
Ruang terbuka
Ruang tertutup

Ruang Terbuka Ruang Tertutup

Warna.
Warna memainkan peranan yang penting dalam menwujudkan suasana yang tidak bosan.
Warna dapat menunjukan perasaan seseorang pelukis semasa menggunakan jenis-jenis warna dalam penghasilan
lukisan. Warna merupakan elemen yang amat penting dalam bidang seni visual.
Warna terbahagi kepada :
Warna asas - merah, biru dan kuning
Warna sekunder - campuan dua warna sahaja daripada warna-warna asas
Warna tertiar
Warna monokrom - sewarna yang dicampur dengan warna putih dan hitam untuk mengawal kegelapan
warna yang diingini.
Warna penggenap


23:27 | | 0 Comments
Older Posts
Subscribe to: Posts (Atom)
Home
Muka Depan
Cetakan
Catan
Lukisan
Prinsip Rekaan
Unsur Seni
Pengenalan PSV
Maksud BAND
Objektif PBS
Apakah PBS?

Guru PSV
View my complete profile
Muka Depan
Cetakan
Catan
Lukisan
Prinsip Rekaan
Unsur Seni
Pengenalan PSV
Maksud BAND
Objektif PBS
Apakah PBS?

Edu Web TV
Laman Web KPM
Semak Penyata Gaji
Laman Web PBS
Utusan Malaysia
SMK Sultan Ismail
Pelawat

You might also like