You are on page 1of 10

1

SIKAP RAKAN SEBAYA DALAM KALANGAN PELAJAR


PINTAR CERDAS AKADEMIK
(PEERS ATTITUDE TOWARDS ACADEMICALLY
TALENTED STUDENTS)

Mohd Zuri Ghani; Aznan Che Ahmad & Nurul Husna Mat Husin
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang, Malaysia

Rosadah Majid & Norani Salleh
Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi


Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh sikap rakan sebaya terhadap
pencapaian pelajar pintar cerdas akademik (PCA). Pengaruh sikap rakan sebaya terhadap
jantina dan jenis sekolah juga turut dilihat. Kajian ini adalah kajian tinjauan yang
melibatkan pelajar-pelajar di Sekolah Harian Biasa, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Seramai 177 sampel telah dipilih daripada pelajar-
pelajar cemerlang yang memperoleh A dalam semua mata pelajaran yang diambil pada
peringkat peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Data dianalisis dengan
menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi. Analisis Regresi telah digunakan
bagi melihat interaksi dan sumbangan sikap rakan sebaya terhadap pencapaian akademik
pelajar. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang ketara
bagi sikap rakan sebaya berdasarkan jantina pelajar PCA. Nilai min sikap rakan sebaya
bagi pelajar sekolah harian biasa adalah lebih tinggi berbanding pelajar SBP dan MRSM.
Sikap rakan sebaya juga tidak berbeza dan dipengaruhi oleh jenis sekolah. Pada
keseluruhannya sikap rakan sebaya telah menyumbang sebanyak 3.3% terhadap
pencapaian pelajar.
Kata kunci: pelajar pintar cerdas akademik, sikap rakan sebaya

Abtract: The aim of this study was to determine how the attitude of peers influence the
academic achievement of academically talented students. The influence of peers
attitudes based on gender and type of schools were also being studied. This is a survey
study which involved students in the mainstream school, Boarding School (SBP) and
Mara J unior Science College (MRSM). 177 samples were selected consisted of students
who earned A in all subjects in PMR examination. Data were analyzed by using
descriptive and inferential statistics. Regression analysis was used to identify the
interactions and contributions to the attitude of peers on academic achievement. The
result showed that there was no significant different regarding peers attitude of
2

academically talented students based on gender. The mean value of peers attitude of
main stream was high compared to SBP and MRSM. Peers attitude of academically
talented students was not influenced by type of school. Attitude of peers contributed only
3.3% on students achievement.
Keyword: academically talented students, peers attitude
Pengenalan
Setiap individu yang dilahirkan mempunyai bakat dan potensi yang boleh
diperkembangkan dan dipertingkatkan. Dengan kemajuan pada masa kini dan kemudahan
dalam mendapatkan pelbagai jenis maklumat sedikit sebanyak memberi kesan yang besar
terhadap perkembangan dan pertumbuhan fizikal, psikomotor dan emosi individu
terutamanya dalam kalangan mereka yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa
yang juga dikenali sebagai mereka yang pintar cerdas (gifted) (Hazsuzila, 2006).
Terdapat pelbagai pandangan dan pendapat mengenai konsep pelajar pintar cerdas ini.
Roseidayu dan Masriyah (2007), telah menyatakan bahawa Stanford Binet adalah
merupakan orang pertama yang menjalankan ujian kecerdasan yang dikenali sebagai
The Stanford-Binet Test pada tahun 1916. Stanford Binet (1916), telah mendefinisikan
pintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan individu memahami, membuat
pertimbangan dan penaakulan dengan baik. Manakala, Lewis Terman (1916), pula
memberi definisi pintar cerdas sebagai seseorang yang berkebolehan untuk berfikir secara
abstrak.
Pintar cerdas akademik (PCA) adalah takrifan yang diberikan kepada pelajar yang
cemerlang dalam akademik pada tahap-tahap tertentu (Piirto, 1999). Piirto (1999), juga
telah mencadangkan bahawa setiap pelajar yang pintar di dalam aspek akademik boleh
dikenal pasti semenjak mereka mencapai usia 13 tahun lagi. Ini adalah berlandaskan
keputusan mereka dalam pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan setara atau
dalam subjek-subjek tertentu. Pendefinisian ini telah disokong oleh Shabazz (2000),
beliau juga telah mendefinisikan pelajar PCA berdasarkan keputusan yang cemerlang
dalam aspek akademik. Shabazz (2000), telah mengkategorikan pelajar PCA sebagai
pelajar yang berada dalam lingkungan 10 peratus teratas dalam pencapaian akademik
atau top ten students.
Menurut Susan K. Golant dalam bukunya The Joys and Challenges Of Raising a Gifted
Childs, pelajar yang pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi untuk belajar, curiga
dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran serta berupaya
menggabungkan beberapa maklumat dalam menghasilkannya (Hazsuzila, 2006). Pelajar
pintar cerdas adalah golongan yang mana kebolehan mental mereka jauh lebih tinggi
daripada rakan sebaya mereka. Mereka dapat mengaitkan sesuatu peristiwa yang terjadi,
boleh menumpukan perhatian pada jangka masa yang lama, gemar merumuskan sesuatu
3

perkara, boleh menyelesaikan masalah dengan mudah dan tanpa bantuan orang lain serta
suka membaca buku-buku tahap tinggi berbanding rakan sebayanya(Rosadah Abd Majid,
2003). Mereka ini mempunyai keupayaan untuk menghasilkan sesuatu yang berlainan,
berbeza daripada rakan sebaya mereka dalam aspek kreativiti, motivasi, kualiti mental
serta kombinasi kesemua aspek ini (Rosadah Abd Majid, 2003).
Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar pintar cerdas
akademik (PCA). Faktor-faktor tersebut boleh dikategorikan dalam dua jenis. Apa yang
dimaksudkan di sini ialah faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman adalah faktor
yang berkaitan atau disebabkan oleh pelajar itu sendiri. Antara yang dikategorikan
sebagai faktor dalaman ialah minat, sikap dan persepsi pelajar terhadap sesuatu mata
pelajaran. Faktor luaran pula ialah faktor yang disebabkan oleh persekitaran pelajar.
Kaedah pengajaran guru, pengaruh rakan sebaya, ibu bapa, kemudahan dan peralatan
sekolah, isi pelajaran dan seumpamanya adalah dikelaskan sebagai faktor luaran (Quek
Miow Leng, 2006).

Penyataan Masalah
Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Kanak-kanak
lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri
dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan (Nursuhaili, 2010). Peranan
rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan
sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik
atau tegang. Pada kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya
mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku
akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya. Menurut Quek Miow Leng (2006), rakan
sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.
Kajian tentang kumpulan sebaya banyak membawa kesan terhadap pencapaian dan
aspirasi pelajar jika dibandingkan dengan latar belakang atau komposisi sekolah (Quek
Miow Leng, 2006). Nursuhaili (2010), menyatakan bahawa rakan sebaya memainkan
peranan yang sangat penting dalam mengembangkan kebolehan sosial serta kognisi
sosial. Menurut Nursuhaili, (2010), selain daripada mengembangkan kebolehan dan
kognisi sosial, rakan sebaya juga turut mempengaruhi sikap dan tingkah laku seseorang
individu. Tingkah laku yang biasanya dipengaruhi oleh rakan sebaya adalah merangkumi
cara bercakap, cara berpakaian, dan juga cara belajar. Rohani Abdullah (2001),
menekankan kepentingan peranan rakan sebaya adalah sangat positif dalam
mempengaruhi perkembangan sosial, bahasa dan pendidikan seseorang individu.
4

Pada kebiasaannya sikap rakan sebaya terhadap pelajar pintar cerdas dan berbakat di
peringkat sekolah rendah adalah positif. Dalam kajian yang dijalankan oleh Kennedy
(1995), pengalaman belajar bersama-sama pelajar pintar cerdas akan menjadikan
seseorang itu lebih menerima kehadiran pelajar ini. Walau bagaimanapun responden
kajian beliau yang terdiri daripada mereka yang berumur 10 hingga 29 tahun telah
menunjukkan sikap simpati yang agak kurang jika dibandingkan dengan responden yang
lebih berumur iaitu mereka yang berumur 30 hingga 39 tahun.
Selain itu, pelajar pintar cerdas juga biasanya mengalami masalah dalam hubungan
dengan rakan sebaya. Ini adalah kerana sikap pelajar pintar cerdas itu sendiri yang
kadang kala sukar difahami oleh rakan seusia mereka. sikap pelajar pintar cerdas sukar
difahami oleh rakan seusia mereka kerana pengaruh umur mental mereka yang agak
tinggi berbanding dengan umur kronologi mereka. Oleh kerana sikap sebegini, pelajar
pintar cerdas akan dianggap sebagai pelik dan sukar didekati oleh rakan seusia mereka.
Ini seterusnya akan menjadikan pelajar pintar cerdas sukar untuk mencari kawan untuk
meluahkan perasaan dan dijadikan teman untuk berbual. Sikap pelajar pintar cerdas yang
lebih terkehadapan dari segi pemikiran berbanding dengan rakan seusia mereka juga
akan menjadikan rakan seusia mereka menjauhkan diri daripada mereka (Goleman &
Daniel, 1997).
Walau bagaimanapun Colangelo & Davis (1991) dan pengkaji yang lain seperti
Hollingworth (1991), tidak mempunyai pendapat yang sama seperti pengkaji-pengkaji di
atas. Colangelo (1991) dan Hollingworth (1991) dalam kajian mereka telah menyatakan
bahawa pelajar-pelajar pintar cerdas adalah merupakan pelajar yang tidak mempunyai
masalah dari segi psikologi dan sosial. Mereka juga menyatakan bahawa pelajar pintar
cerdas pandai menyesuaikan diri dengan rakan sebaya dan mudah bersosial.
Rizza (1997), pula telah mendapati bahawa sikap rakan sebaya terhadap pelajar PCA
adalah penting bagi meningkatkan perkembangan pelajar pintar cerdas. Rizza (1997),
telah melaporkan bahawa sikap rakan sebaya yang sentiasa memberi dorongan dan
sokongan kepada pelajar PCA akan meningkatkan lagi kecemerlangan pelajar itu.

Tujuan Kajian
Kajian ini bertujuan memberi gambaran mengenai sikap rakan sebaya dalam kalangan
pelajar pintar cerdas akademik (PCA). Perbandingan min berdasarkan analisis yang
dibuat akan memberikan gambaran tentang perbezaan sikap rakan sebaya berdasarkan
jantina dan jenis sekolah pelajar PCA.


5

Persoalan kajian
Kajian ini cuba menjawab beberapa soalan-soalan berikut:
i. Adakah terdapat perbezaan sikap rakan sebaya yang signifikan dalam kalangan
pelajar PCA berdasarkan jantina?
ii. Apakah tahap sikap rakan sebaya Pelajar PCA berdasarkan jenis sekolah?
iii. Adakah terdapat perbezaan sikap rakan sebaya yang signifikan dalam kalangan
pelajar PCA berdasarkan jenis sekolah?
iv. Adakah terdapat kesan interaksi dan sumbangan bagi faktor sikap rakan sebaya
dalam kalangan pelajar PCA?
Hipotesis kajian
Ho1: Tidak terdapat perbezaan sikap rakan sebaya yang signifikan dalam kalangan
pelajar PCA berdasarkan jantina
Ho2: Tidak terdapat perbezaan sikap rakan sebaya yang signifikan dalam kalangan
pelajar PCA berdasarkan jenis sekolah
Ho3: Tidak terdapat kesan interaksi dan sumbangan bagi faktor sikap rakan sebaya
dalam kalangan pelajar PCA


Metodologi Kajian

Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Data-data dikumpul
berdasarkan soal selidik yang telah diubah suai berdasarkan Eysenck Personality
Questionaires (EPQ). Keesahan dan kebolehpercayaan instrument telah diperolehi
melalui ujian rintis dengan nilai alpha 0.86. Konstruk sikap rakan sebaya telah dilihat
dalam beberapa aspek iaitu sikap rakan sebaya dalam memberi sokongan dan dorongan,
layanan, minat, dan membuat keputusan. Pensampelan pula dibuat secara bertujuan iaitu
pengkaji telah memilih pelajar yang dikategorikan 15% teratas daripada populasi
keseluruhan. Analisis statistik ujian-t, ANOVA dan korelasi digunakan bagi melihat
perbezaan min dan tahap hubungan antara pemboleh ubah yang dikaji. Selain itu, statistik
inferensi juga digunakan. Data-data di laporkan berdasarkan purata nilai min bagi melihat
tahap sikap rakan sebaya berdasarkan pemboleh ubah yang dikaji.


6



Dapatan Kajian

Jadual 1 : Ujian-t Bagi Faktor Sikap Rakan Sebaya Berdasarkan Jantina
Jantina N Min
Sisihan
Piawai DK

t

Sig.p
Sikap Rakan Sebaya Lelaki 88 2.388 .445 175 1.472 .143
Perempuan 89 2.280 .532
Signifikan pada aras p<0.05
J adual 1 telah menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi sikap
rakan sebaya berdasarkan jantina pelajar PCA. Aras kesignifikanannya juga adalah lebih
besar daripada aras yang ditetapkan, dengan itu, hipotesis nul bagi soalan ini adalah
diterima. Dapatan kajian ini juga secara tidak langsung telah menunjukkan bahawa sikap
rakan sebaya adalah tidak berbeza dan jantina tidak mempengaruhi sikap seseorang
pelajar PCA.
Jadual 2: Statistik Deskriptif Bagi Faktor Sikap Rakan Sebaya Berdasarkan Jenis
Sekolah
Jantina N Min Interpretasi
Jenis Sekolah
SMK Harian Biasa 63 Sederhana
SM Berasrama Penuh 56 2.265 Sederhana
MRSM 58

Sederhana
Hasil analisis menunjukkan bahawa keseluruhannya sikap rakan sebaya adalah berada
pada tahap sederhana. Sikap rakan sebaya bagi pelajar sekolah harian biasa (min=2.376)
adalah lebih tinggi daripada pelajar sekolah berasrama penuh (min=2.265) dan MRSM
(min=2.354).
Jadual 3 : ANOVA Bagi Sikap Rakan Sebaya Berdasarkan Jenis Sekolah
Sumber JKD DK MKD F Sig.
Antara Kumpulan .402 2 .201
.827 .439
Dalam Kumpulan 42.356 174 .243
Jumlah 42.758 176
Signifikan pada aras p<0.05

Analisis ANOVA Satu Hala telah mendapati bahawa tidak wujud perbezaan yang
signifikan bagi sikap rakan sebaya berdasarkan jenis sekolah (F=.827; DK=2,176;
7

P>0.05). Ini sekali gus telah menerima hipotesis nul. Selain itu, ia juga telah
menunjukkan bahawa sikap rakan sebaya adalah tidak berbeza berdasarkan jenis sekolah
yang dihadiri. Dengan kata lain, jenis sekolah adalah tidak mempengaruhi sikap
seseorang pelajar terhadap kawan mereka.

Jadual 4 : Regrasi Kesan Interaksi Antara Rakan Sebaya Dengan Pencapaian
Pelajar PCA
Trait Beta Piawai Ralat Piawai T Sig.

Sikap Rakan Sebaya -.181 .074 -2.437

.016

R=.033 Sig. F =.016

Rajah 1 : Interaksi Antara Rakan Sebaya Dengan Pencapaian Pelajar PCA
1.00
1.20
1.40
1.60
1.80
2.00
1.00 1.50 2.00 2.50 3.00 3.50
sikap rakan sebaya
Observed
Linear
KeputusanPMR


Hasil analisis menunjukkan bahawa sikap rakan sebaya mempunyai kesan interaksi atau
hubungan dengan pencapaian pelajar PCA (t=-2.437;p<0.05). Interaksi ini dilihat sebagai
interaksi negatif dan signifikan. Oleh itu, faktor sikap rakan sebaya juga boleh dikatakan
8

sebagai peramal kepada pencapaian pelajar PCA. Faktor ini telah memberi sumbangan
sebanyak 3.3% kepada kejayaan pelajar PCA. Oleh itu, hipotesis nul adalah ditolak.

Perbincangan
Kajian ini bertujuan mengkaji pengaruh sikap rakan sebaya dalam kalangan pelajar pintar
cerdas akademik. Kebanyakan kajian menunjukkan bahawa rakan sebaya memberi
pengaruh yang kuat terhadap pencapaian akademik seseorang pelajar. Zalizan Mohd J elas
et., al, (2005), telah menyatakan bahawa perbezaan jantina turut mempengaruhi
pencapaian seseorang pelajar. Bagaimanapun, dapatan kajian ini telah menunjukkan
bahawa perbezaan jantina tidak mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar pintar
cerdas akademik. Perbezaan jantina juga didapati tidak memberi pengaruh terhadap
sikap, layanan, sokongan, dan minat dalam kalangan pelajar pintar cerdas akademik.
Selain itu, dapatan kajian ini juga berbeza daripada dapatan kebanyakan kajian terhadap
pelajar aliran perdana. Dalam kalangan pelajar aliran perdana, didapati pengaruh jantina
memainkan peranan yang agak penting dalam mempengaruhi pencapaian akademik
seseorang pelajar (Zalizan Mohd J elas et., al, (2005). Walaupun terdapat perbezaan
pencapaian antara jantina bagi pelajar aliran perdana, namun tiada perbezaan yang
signifikan bagi sikap rakan sebaya berdasarkan jantina pelajar PCA. Ini menunjukkan
faktor jantina tidak mempengaruhi sikap rakan sebaya dalam kalangan pelajar PCA. Ini
sekaligus memberi erti bahawa kebanyakan rakan sebaya pelajar PCA tidak
mendiskriminasikan pelajar PCA berdasarkan jantina.
Secara keseluruhannya sikap rakan sebaya adalah berada pada tahap sederhana. Min
sikap rakan sebaya bagi pelajar Sekolah Harian Biasa adalah lebih tinggi daripada pelajar
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Ini
bermaksud bahawa sikap pelajar sekolah harian biasa adalah lebih baik daripada sikap
pelajar SBP dan MRSM berdasarkan nilai min. Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak
dipengaruhi oleh jenis sekolah sama ada Sekolah Harian Biasa, Sekolah Berasrama
Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Hasil kajian ini mendapati
bahawa tidak wujud perbezaan yang signifikan bagi sikap rakan sebaya berdasarkan jenis
sekolah.
Hasil analisis menunjukkan bahawa sikap rakan sebaya mempunyai kesan interaksi atau
hubungan dengan pencapaian pelajar PCA. Interaksi ini dilihat sebagai interaksi negatif
dan signifikan. Oleh itu, faktor sikap rakan sebaya juga boleh dikatakan sebagai peramal
kepada pencapaian pelajar PCA. Ini disokong oleh American Association of
Suicidology, 1989 (dalam Ann Margaret dan Mohd Zuri, 2008) yang menyatakan
persekitaran positif dalam keluarga, rakan sebaya, sekolah dan masyarakat perlu dalam
membantu dan memelihara perkembangan kognitif dan keperluan afektif pelajar pintar
9

cerdas. Faktor ini telah memberi sumbangan sebanyak 3.3% kepada kejayaan pelajar
PCA.
Kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa sikap rakan sebaya adalah tidak
dipengaruhi oleh faktor jantina pelajar PCA. Walaupun sikap pelajar sekolah harian biasa
terhadap pelajar PCA adalah lebih baik, namun ia tidak dipengaruhi oleh jenis sekolah
tersebut. Rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting dalam meningkatkan
pencapaian pelajar PCA. Secara keseluruhannya, sikap rakan sebaya mempengaruhi
pencapaian pelajar PCA.


RUJUKAN

Ann Margaret dan Mohd Zuri Ghani. (2008). Pelajar Pintar Cerdas dan Masalah yang
Dihadapi. Digest Pendidik. J ilid 8, Bil. 1/2008: 8-13
Colangelo, N. & Davis, G.A. (1991). Issues in the Education of the Gifted Students. Dlm.
Colangelo & Davis (pnyt.). Handbook of gifted education, 3-13. Boston: Allyn &
Bacon.
Colangelo, N. (1991). Counseling Gifted Students. Dlm. Colangelo & Davis (pnyt.).
Handbook of gifted education, 273-284. Boston: Allyn & Bacon.
Goleman, Daniel. 1997. Emotional Intelligence: Why It Can Matter More Than IQ.
Bantam.
Hazsuzila Hasan. (2006). Pola Personaliti di Kalangan Pelajar Pintar Cerdas
Berasaskan Inventori Personaliti MBTI. Tesis Sarjana Muda. Universiti
Teknologi Malaysia, J ohor.
Kennedy, D.M. (1995). Glimpses of a highly gifted child in a heterogeneous classroom.
Roeper Review. 17, 164- 168.
Nursuhaili Baharuddin. (2010). Hubungan Antara Kemahiran Sosial dengan Tingkah
Laku Sosial dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah di Tabika Kemas,
Beaufort. Tesis Sarjana. Universiti Malaysia Sabah.
Piirto, J . (1999). Talented Children and Adults; Their Development and Education. Edisi
ke-2. Ohio: Merrill Prentice Hall.

10

Quek Miow Leng. (2006) Hubungan Antara Sikap, Minat, Pengajaran Guru dan
Pengaruh Rakan Sebaya dengan Pencapaian Matematik di Kalangan Pelajar
Tingkatan Empat di Daerah Batu Pahat, Johor. Tesis PhD. Univesiti Teknologi
Malaysia, J ohor.
Rizza, M.G. (1997). Exploring Succesful Learning with Talented Female Adolescents.
Tesis PhD. University of Connecticut. UMI Proquest Digital Dissertations Full
Citation Abstract.
Rohani Abdullah. (2001). Perkembangan Kanak-Kanak Penilaian Secara Portfolio.
Penerbit. Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Rosadah Abd Majid. (2003). Satu Kajian Perbandingan Profil Pelajar Pintar Cerdas
Akademik dengan Pelajar Sederhana Akademik. Tesis PhD. Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Roseidayu dan Masriyah. (2007). Murid Pintar Cerdas: Seni dan Kreativiti. Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Shabazz, H. (2000). Higher Education and African American At-Risk Students: The
Effect of A Sponsorship Program On African American Middle School At-Risk
Students Who Are Academically Talented. Tesis Ph.D. University of Louisville,
Kentucky.
Zalizan Mohd J elas, Saemah Rahman, Roselan Baki dan J amil Ahmad. (2005). Prestasi
Akademik Mengikut Gender. J urnal Pendidikan 30 (2005) 93 -111. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

You might also like