You are on page 1of 4

Soalan:

Pengambilan makanan suplemen seperti pil vitamin dan produk kesihatan dapat
membantu meningkatkan penjagaan kesihatan dan kecantikan seseorang. Akan
tetapi, penggunaan tanpa berhati-hati boleh mendatangkan kesan sampingan.
Berikan pendapat anda.
Kehendak soalan:
Menyatakan pendapat mengenai kebaikan makanan suplemen keatas kesihatan,
kecantikan dan kesan sampingan pada seseorang.
Pendahuluan:
- Makanan suplemen adalah makanan tambahan yang diperlukan oleh
seseorang untuk tujuan kesihatan.
- Tujuan pengambilan makanan suplemen ini adalah untuk meningkatkan
penjagaan kesihatan dan kecantikan.
Isi-isi:
1. Penjagaan kesihatan menjamin kesihatan.
- Pelengkap kepada amalan pemakanan yang tidak seimbang sesetengah
individu yang sibuk dengan rutin harian, menyebabkan pengambilan makanan yang
tidak seimbang.
- Membantu meningkatkan kesihatan melalui pengambilan pil vitamin, dan
sebagainya.
- Membersihkan sisa toksik daripada badan.
- Membunuh bakteria, cecacing yang merbahaya dalam badan (pengambilan
ubat cacing, yang membunuh cacing didalam usus).
- Bagi mereka yang menghadapi masalah kekurangan zat makanan lazimnya
kanak-kanak (Glucose).
- Multivitamin dan susu formula, membantu tumbesaran otak dan tubuh kanak-
kanak. (Susu Tepung Neslac).
2. Kecantikan membantu merawat kecantikan.
- Membantu merawat kulit yang bermasalah, seperti kulit kering.
- Pengambilan pil atau serbuk formula untuk mengurangkan atau
menambahkan berat badan. Contohnya; Susu Tepung Appeton.
- Penggunaan krim, atau pil untuk melambatkan proses penuaan.
- Dapat mengurangkan kadar kolestrol dalam darah. Contohnya; Susu Tepung
Anlene, sesuai bagi wanita yang ingin mengurangkan kadar kolestrol dalam
badan.
- Penggunaan krim sinar UV, bagi melindungi kulit dari pancaran terik matahari,
dari terbakar atau kulit kering.
- Penggunaan krim atau pil, bagi membantu keanjalan kulit.
3. Kesan Sampingan keracunan.
- Makanan suplemen yang mengandungi garam mineral berlebihan, boleh
menyebabkan keracunan, seperti cirit-birit, muntah, dan sakit kepala.
- Berkemungkinan besar, makanan suplemen yang dikatakan menyingkir
toksik, tidak berkesan, malahan menyebabkan menambahkan sisa toksik, dan
membahayakan kesihatan.
- Penyalahgunaan, seperti pengguna tidak meneliti label yang tertera pada
botol atau paket, menyebabkan keracunan. (pengguna tersalah memilih produk atau
makanan yang sesuai)
- Penggunaan atau pengambilan yang tidak mengikut sukatan atau dos yang
telah ditetapkan, menyebabkan kemudaratan pada kesihatan. Contohnya,
pengambilan pil kelangsingan yang berlebihan, kononnya mempercepatkan proses
kelangsingan, menyebabkan seseorang itu mengalami muntah-muntah, akibat
kandungan bahan kimia yang berlebihan pada satu-satu masa.


4. Kesan sampingan alahan dan kerosakan organ.
- Pengambilan pil-pil vitamin, atau krim kulit yang tidak sesuai dengan para
pengguna, boleh menyebabkan alahan. Seperti kulit kemerah-merahan, ruam, kulit
mengelupas, bintik-bintik merah, dan kegatalan.
- Pengambilan melebihi dos yang disyorkan, boleh menyebabkan kerosakkan
pada sistem saraf, dan organ. Contohnya, pengambilan ubat penenang yang
berlebihan, boleh mendatangkan kesan buruk pada sistem saraf otak.
- Para pengguna yang tidak begitu sesuai dengan produk atau makanan
suplemen tertentu - boleh mendatangkan kesan dalam jangka masa tertentu,
samada ditahap serius ataupun tidak.
- Kesan bahan kimia yang berlebihan di dalam badan seseorang, boleh
merosakkan organ dalaman yang penting, seperti otak, buah pinggang, hati dan
sebagainya.
- Jika penyalahgunaan ditahap yang serius, boleh mendatangkan komplikasi
yang teruk pada saraf otak, sekaligus boleh menyebabkan kematian.
Penutup:
Pengguna harus mengambil berat mengenai cara pemakanan makanan suplemen
yang betul yang berada dipasaran.
- Pengambilan makanan suplemen yang betul dan mengikut dos yang
disyorkan serta sesuai dengan pengguna, tidak akan timbul masalah keracunan,
alahan, atau kerosakkan organ.

- Biasakan diri dengan bertanyakan hal atau masalah yang dihadapi mengenai
kesihatan diri, dan makanan suplemen yang dibeli, kepada doktor, untuk
mengelakkan penyalahgunaan atau ketidaksesuaian produk dan makanan
suplemen.


Apakah yang dimaksudkan dengan makanan tambahan?
Menurut Food and Drug Administration (FDA), makanan tambahan ialah makanan
kesihatan yang mengandungi vitamin dan mineral dalam bentuk pil, cecair atau
minuman herba. Mengambil makanan tambahan tidaklah salah terutama untuk
wanita yang menghadapi masalah haid yang terlalu banyak, mengandung atau
bersalin dan usia lanjut. Namun, anda perlu berhati-hati untuk memilih jenis produk
makanan kesihatan.
Kelebihan makanan tambahan
Penghasilan makanan tambahan yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan turut
menimbulkan persoalan kepada pengguna. Mereka sering bertanya atau ingin tahu
apakah kepentingan dan keperluan mengambil makanan tambahan memandangkan
masih ramai yang kabur tentang fakta terhadapnya.
Secara amnya, makanan tambahan dapat memulih dan memelihara kesihatan
individu. Memandangkan gaya hidup yang kurang bergerak dan pemakan yang tidak
seimbang menyebabkan mereka mengalami penyakit yang menjejaskan kehidupan.
Makan tambahan juga dikenali sebagai makanan berfungsi, mengandungi bahan
lengkap pada asasnya seperti protein, enzim, organik, glukos dan hormon.
Selain itu, pengambilan makanan tambahan berfungsi untuk menyingkirkan toksik
dalam badan iaitu dengan mengurangkan kerosakan tisu-tisu dalam badan.
Makanan tambahan juga dapat meningkatkan tenaga untuk melakukan tugasan
seharian. Contohnya, dengan mengambil makanan tambahan yang mengandungi
cendawan gano.

You might also like