You are on page 1of 15

BMM 3104

PENGAJARAN KEMAHIRAN
BAHASA MELAYU
Kemahiran Membaca
PENILAIAN KEMAHIRAN MEMBACA
Mengenal Pasti Idea Keseluruhan
Mengesan Idea Utama dan Idea
Sokongan
Membuat Ramalan/Kesimpulan
Pembinaan Instrumen Penilaian
PENILAIAN KEMAHIRAN
MEMBACA
Penialaian ialah suatu kaedah
bagaimana seseorang guru boleh
mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan pengajarannya .

Dalam konteks pengajaran kemahiran
membaca, penilaian akan menjadi
landasan terhadap kaedah,
pendekatan dan teknik pengajaran
yang digunakan.



Dalam hal ini, perbincangan meliputi
persoalan tentang tujuan, aspek dan
pentadbiran dalam penilaian, bentuk-
bentuk penilaian, dan kriteria soalan-
soalan kefahaman.
Tujuan ,Aspek dan pentadbiran
penilaian
Penilaian ialah satu aspek penting
dalam proses pengajaran dan
pembelajaran iaitu suatu kaedah
bagaimana kemajuan atau kelemahan
sesuatu kemahiran yang diajarkan itu
dikenal pasti.

Dalam konteks kemahiran membaca,
penilaian bertujuan untuk menguji
sejauh mana pembaca memahami
bahan yang dibaca.

Diperingkat rendah, penilaian juga
dibuat untuk intonasi dan sebutan
dalam bacaan.

Terdapat beberapa bentuk penilaian
dan instrument yang boleh diguna
pakai dalam pengujian kemahiran
membaca.
Bentuk Penilaian
Bentuk penilaian adalah seperti berikut
:
a) Penilaian kendiri
Penilaian yang dilakukan oleh
pelajar atau pembaca itu sendiri,
berdasarkan senarai semak yang
diberikan oleh guru.
b) Penilaian rakan sebaya
Dikenali sebagai penilaian
berpasangan. Pelajar secara
berpasangan akan menyemak dan
menilai bacaan sesama sendiri.
c) Pemerhatian
Pemerhatian dibuat untuk melihat
sikap, kefahaman dan intonasi
dalam bacaan.
Guru atau penilai perlu
menyediakan senarai semak yang
mengandung kriteria atau perkara-
perkara yang akan diperhatikan.
d) Pengujian
Pengujian boleh dibuat untuk
menilai tahap kefahaman pelajar
terhadap bahan bacaan.
Pengujian boleh dibuat dalam
bentuk memadankan perkataan
dan ayat, ujian bacaan, penyoalan
terbuka, menyusun semula petikan,
ujian kloz dan ujian aneka pilihan.

Instrumen Ujian
Instrumen ujian kemahiran membaca
boleh terdiri daripada petikan atau
bahan yang akan dibaca dan
difahamkan oleh pelajar.

Senarai semak dan skala kadar juga
digunakan sebagai instrument ujian,
terutama yang melibatkan aspek afektif
dan perlakuan dalam kemahiran
membaca seperti intonasi, nada,
tekanan suara dan sebagainya.
Tujuan utama instrument adalah untuk
mendapatkan ukuran atau data
berkaitan dengan apa yang diuji.

a) Senarai semak
Ujian berbentuk pemerhatian,
senarai semak yang mengandung
perkara dan kriteria pemarkahan perlu
disediakan.

Senarai semak yang mengandung
kriteria tertentu menjadi panduan
guru atau penilai untuk menilai dan
menentukan tahap kefahaman
pembaca.

b) Skala Kadar
Skala kadar ialah dokumen yang
mengandung kriteria yang
menunjukkan tahap pencapaian
dalam kemahiran membaca.

Skala kadar kebiasaannya
menetapkan markah atau pencapaian
tertentu berdasarkan kriteria
bacaan dan kefahaman yang
ditetapkan.


b) Skala Kadar
Skala kadar ialah dokumen yang
mengandung kriteria yang
menunjukkan tahap pencapaian
dalam kemahiran membaca.

Skala kadar kebiasaannya
menetapkan markah atau pencapaian
tertentu berdasarkan kriteria
bacaan dan kefahaman yang
ditetapkan.


SEKIAN
MOHD NOR HAMZAH
IPG KAMPUS PERLIS

You might also like