You are on page 1of 4

REFLEKSI GURU DAN CABARAN SEMASA

Untuk semester 8 ini, saya diperkenalkan dengan pengajian baru iaitu Guru dan
Cabaran Semasa serta situasi-situasi dan juga teori-teori yang berkaitan dalam
menjalani kehidupan sebagai seorang guru. Bagi saya, mempelajari pengajian yang
baru ini merupakan satu ilmu baru yang amat berguna kepada saya. Cabaran-cabaran
terkini yang perlu saya ketahui bagi memastikan saya sebagai bakal seorang guru
bersiap sedia berhadapan dan menghadapi cabaran secara positif dan proaktif pada
masa datang.
Pada amatan saya, melalui pengajian Guru dan Cabaran Semasa ini
mendorong saya memahami berhubung peraturan penjawat awam yang merangkumi
tatatertib dan kelakuan sebagai seorang guru. Pelbagai topik yang telah saya pelajari
sepanjang semester ini. Antara isu dalam topik pertama seperti isu integrasi nasional,
pendemokrasian pendidikan, kepelbagaian, tonggak pendidikan UNESCO, globalisasi
dalam pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh perkembangan teknologi maklumat
dan komunikasi serta sosial. Bagi pendapat saya, guru akan dianggap sebagai yang
memimpin, pembentuk sahsiah dan juga agen perubahan merupakan pemangkin untuk
mencapai hasrat membina negara bangsa yang berjaya.
Melalui pengajian ini juga, saya dapat menyedari bahawa guru mempunyai
peranan dalam pendemokrasian pendidikan kepada anak-anak belajar tanpa mengira
sempadan daerah dan kedudukan. Mempelajari kesan perkembangan teknologi
maklumat juga turut menyedarkan saya bahawa pelbagai isu gelaja sosial yang
merebak di kalangan generasi muda sekarang adalah berpunca daripada ledakan
teknologi maklumat itu sendiri. Oleh itu, adalah merupakan tanggungjawab saya
sebagai seorang guru suatu hari nanti untuk memastikan anak-anak muda tidak begitu
hanyut dengan kemudahan teknologi maklumat yang sedia ada ini. Memupuk mereka
supaya tidak salah guna kemudahan teknologi maklumat ini untuk perkara-perkara
yang tidak bermanfaat kepada mereka.

Saya juga turut didedahkan dengan tajuk guru dan perundangan yang
menyentuh hal peraturan-peraturan pegawai awam yang melibatkan kelakuan dan
tatatertib. Selain itu, saya juga didedahkan dengan Akta Pendidikan 1996 yang
merupakan satu misi Negara untuk menghasilkan satu system pendidikan bertaraf
dunia. Oleh itu, saya berpendapat pematuhan dan penghayatan tatakelakuan serta
peraturan-peraturan pegawai awam akan mewujudkan perkhidmatan keguruan yang
bersih dan amanah serta tidak berlaku penyelewengan. Mengenai topik Akta
Pendidikan pula,akta ini merupakan asas kepada Sistem Pendidikan Kebangsaan di
mana perkara-perkara da dalamnya berhubung kait dengan oendidikan Negara. Akta ini
juga menekankan kepentingan pendidikan untuk semua kaum. Oleh itu, dalam
melahirkan rakyat yang bersepadu dan berjaya mencapai matlamat 1Malaysia, saya
perlu menghayatinya dengan mendalam.
Cabaran lain yang boleh saya katakaa satu cabaran yang besar bagi seseorang
guru menghadapinya ialah tekanan emosi di kalangan murid. Sebagai seorang guru
yang diamanahkan oleh ibu bapa setelah menghantar anak-anak ke sekolah, guru
haruslah mampu mengesan tanda-tanda awal gangguan emosi dan mempelajari
langkah-langkah mengatasinya. Guru haruslah memberi bantuan kepada murid yang
berdepan dengan masalah seperti ini sebelum keadaan menjadi bertambah teruk. Ini
adalah disebabkan jika gangguan emosi yang terjadi kepada murid tidak diatasi dengan
segera, pelbagai masalah sosial akan terus berlaku kepada murid tersebut. Murid-murid
yang terlibat dengan tekanan emosi ini perlu mendapat bantuan daripada pihak-pihak
tertentu contohnya pakar psikologi dan kaunseling.
Subjek ini turut membincangkan gangguan emosi yang berlaku di kalangan guru
pula. Perbincangan lebih memfokuskan kepada gangguan emosi seperti stress, burnout
dan langkah-langkah untuk mengatasi tekanan emosi ini. Antara langkah-langakah
yang boleh diambil oleh guru adalah latihan meregangkan badan, membuat meditasi,
atau membaca sesuatu yang memberi inspirasi. Langkah ini dapat mencegah burnout
di kalangan guru. di Isu dan cabaran seperti ini sangat berguna untuk didedahkan
kepada bakal guru dari peringkat awal seperti ini supaya bakal guru menjadi lebih
bersedia dan berani untuk menghadapi kelak.
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan turut disentuh dalam subjek ini. Subjek
ini turut memberi pendedahan kepada saya mengenai inovasi dan perubahan dalam
pendidikan. Dalam topik ini ada menyentuh mengenai strategi pengajaran
inovatif,penggunaaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran, , reka bentuk
resos, bentuk penaksiran dan penilaian. Inovasi yang kreatif dan kritis mampu membuat
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menjadi lebih berkesan. Selain itu, murid-
murid juga aku lebih ceria, aktif dan juga belajar dalam konteks bersosial jika
Pembelajaran Berasaskan Projek dan Pembelajaran Berasaskan Masalah
digunapakai. Begitu juga pembelajaran berasaskan laman sesawang yang akan
menjadi satu trend utama dalam pembelajaran. Penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi, computer, Internet, e-buku dan lain-lain akan menjadi rujukan pengajaran
dan pembelajaran yang utama pada masa terdekat. Saya sebagai bakal seorang guru
merasakan saya seharusnya bersedia untuk menjadikan diri mahir bukan sahaja
sebagai pengguna teknologi tetapi sebagai penyumbang pengisian sumber
pembelajaran.
Di akhir tajuk dalam pengajian Guru dan Cabaran Semasa ini, saya akan
didedahkan dengan Pengurusan Inovasi dan Perubahan serta Adaptasi pelbagai
inovasi dan perubahan. Yang saya faham melalui tajuk ini ialah mengenai cabaran
terkini yang memerlukan pemahaman dan perubahan para guru terhadapat tuntutata
pendidikan semasa. Di dalam topik ini, saya memahami satu perkara iaitu pengurusan
bilik darjah yang kondusif perlu diwujudkan bagi melahirkan murid yang kreatif dan
inovatif. Antara tindakan yang boleh dilakukan ialah menggunakan pendekatan
berpusatkan murid dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang harus
dititikberatkan oleh guru sendiri. Topik ini juga turut menyentuh mengenai Sistem Kualiti
Pendidikan Malaysia (SKPM) yang mana merupakan satu bentuk inovasi dalam
pendidikan di Malaysia. Ini bagi membolehkan pihak-pihak tertentu memantau
pembangunan dan kemajuan setiap sekolah.
Saya berharap agar segala maklumat yang diperolehi menjadi tunjang kepada
diri saya dalam menghadapi cabaran dunia pendidikan. Sebagai guru, saya akan
berusaha bersungguh-sungguh dalam membantu murid dan memberi peluang
pendidikan yang optima kepada mereka tanpa prasangka awal terhadap salah laku
disiplin mereka. Secara konklusinya, saya berpuas hati dengan kerjasama yang diberi
oleh setiap ahli kumpulan dalam kerja kursus ini. Melalui perbincangan yang dilakukan,
segala kerja menjadi mudah untuk dilaksanakan. Dengan memmperoleh maklumat dari
pensyarah, sumber rujukan buku dan juga internet, sedikit sebanyak dapat membantu
saya menerangkan kemahiran menyoal kepada kelas. Saya juga teruja melihat rakan-
rakan seperjuangan yang lain turut memberikan persembahan yang baik. Harapan saya
pada masa akan datang, saya menjadi seorang guru yang dapat membimbing murid-
murid saya dari segala aspek jasmani, rohani dan juga sosial. InsyaALLAH.

You might also like