You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT SUKAN 1/2012

SEKOLAH KEBANGSAAN DE LA SALLE


31900 KAMPAR

MESYUARAT TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN KE 32


KALI 1/2012
02 FEBUARI 2012
SEKOLAH KEBANGSAAN DE LA SALLE, KAMPAR

Minit Mesyuarat Sukan Kali 1/2013


Tarikh : 12 JUN 2013
Tempat : Bilik Mesyuarat Sekolah
Kehadiran :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.

Pn. Ramsinah Bt. Abdul Latib


Cik Norliah Bt. Abdullah
En. Jumaat b. Hj. Majid
En. Arman B. Hashim
En. Zulkhiffli b. Razmi
En. Asri bin Ahmad
En. Gunarajan A/L ****
En. Choo Chee Seng
En. Hafiz b. Abdullah
En. Mohd. Hasmawi b. Deraman
En. Norhazali b. Muhamad Yusuf
Pn. Puteri Zairene bt. Mohd. Isak
Pn. Elwa Neta bt. Itam Wali
En. Mohd Bakhtiar B. Yusuf
Pn.

Tidak Hadir:

Guru Besar
PK Kokurikulum
Pemangku PK HEM
Penyelaras Pendidikan Khas
Setiausaha Sukan Sekolah
Penolong Setiausaha Sukan Sekolah

Pn. Karti bt. Rasidin Cuti Sakit

Agenda:
1.
2.
3.
4.

Ucapan Guru Besar


Taklimat Setiausaha Sukan
Taklimat Penolong Kanan Kokurikulum
Hal-Hal Lain

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi


1.

Ucapan/Taklimat Puan Guru Besar

1.1

Tuan Hj Ramlee selaku Guru Besar SK Temenggong Abdul Rahman, Segamat


mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat sebagai Ahli
Jawatankuasa Induk Sukan kerana dapat hadir ke mesyuarat kali ini.
Makluman Semua AJK Induk Sukan

2.

Taklimat Setiausaha Sukan

2.1

En Hisham selaku setiausaha sukan mengedarkan beberapa kertas konsep Temasya


Olahraga Tahunan kali ke 49 dan kertas konsep ini akan dipanjangkan kepada ahli
jawatankuasa yang lain pada mesyuarat yang akan datang.

2.2

Beliau memberitahu bahawa penetapan tarikh sukan sebelum ini ialah pada 25 Jun 2012
tetapi tarikh tersebut terpaksa diubah pada 1 Julai 2012 ( Ahad ). Ini kerana pihak Majlis
Daerah Kampar tidak dapat menyediakan sebanyak tujuh khemah sukan yang
dikehendaki pada tarikh tersebut disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat
dielakkan.

2.3

Beliau memberitahu bahawa penyertaan Sukan Tara diwajibkan bagi murid tahap I iaitu
tahun 3 sahaja dan semua tahun pada tahap II kecuali yang bersebab dan bermasalah
kesihatan.

2.4

Berkenaan dengan cadangan agar latihan sukan dibuat satu sesi, En Arman selaku
Penyelaras Pendidikan Khas meminta agar satu sesi latihan serentak dibuat bagi
memudahkan segala urusan berkaitan dengan sukan.

2.5

Cadangan latihan sukan dilaksanakan pada sesi pagi telah disokong sebulat suara. Latihan
akan dilaksanakan pada minggu pertama persekolahan selepas cuti mulai pukul 7.30 pagi
hingga 9.30 pagi.

.
2.6

Pengagihan jawatankuasa sukan telah dibuat dan guru-guru yang terlibat boleh melihat
seperti dalam lampiran A.

2.7

Acara saringan akan dijalankan bagi acara Lari Pecut 100m (Lelaki dan Perempuan)
tahun 4,5,6 dan Lari Pecut 70m (Lelaki Perempuan) tahun 2,3.

2.8

Acara Lari Berganti-Ganti 4X100m (Lelaki dan Perempuan) tahun 2 hingga 6 dijalankan
terus ke peringkat akhir.

2.9

Acara Lontar Peluru tahun 4,5,6 (Lelaki dan Perempuan) setiap rumah menghantar wakil
seramai 6 peserta iaitu 2 peserta bagi setiap tahun. Untuk acara Lompat Jauh tahun 4,5,6
(Lelaki dan Perempuan), seramai 4 peserta untuk tahun 4,5 dan 3 peserta bagi tahun 6.
Manakala acara berpasukan tahun 1,2,3, setiap rumah menghantar seramai 10 orang
peserta.
Makluman dan tindakan semua Ketua Rumah Sukan

3.

Taklimat Penolong Kanan Kokurikulum

3.1

Cik Norliah selaku PK pentadbiran menegaskan agar tiada pertindihan tugas guru-guru
yang terlibat.
Makluman semua AJK Sukan

4.

Hal-Hal Lain

4.1

Semua Ahli Jawatankuasa yang dilantik perlu menjalankan tugas dan libatkan semua ahli
PIBG sekolah.
Makluman semua AJK Sukan

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama daripada semua guru yang hadir
dan berharap semua pihak akan memberikan kerjasama bagi menjayakan Temasya Olahraga
Tahunan kali ini.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

En. Asri bin Ahmad

Cik Norliah bt. Abdullah

Pen. Setiausaha Sukan

Penolong Kanan pentadbiran

SK De La Salle, Kampar

SK De La Salle, Kampar

You might also like