You are on page 1of 3

Cara-cara Memasang Undertail R6 dan Plateholder R15 V2.

Langkah 1 : Sila beli undertail dan plateholder R15 V2.


Undertail R6 keluaran Lent
Automodified ini boleh didapati di
Palex Motorcycle Parts &
Accessories dengan harga RM180.
Plateholder R15 V2; boleh hubungi
penjual seperti Fazrul Naem, Al-
Khair Racing Parts Performance
sendiri. Harga RM150






Langkah 2 : Pemasangan braket










Plate holder mempunyai 4 skru yang perlu diskru ke undertail. Sekurang-kurang 2 braket diperlukan
untuk mengikat undertail ke rangka motor. Untuk ketahanan yang lebih, boleh juga ditambahkan
braket untuk baki 2 skru, terpulang kepada kepuasan hati masing-masing.


2 braket tambahan disarankan bagi menampung beban bateri untuk mengelakkan fiber retak jika
terhentak dengan kuat ataupun terjerumus ke dalam lopak yang dalam.


Akhir sekali, terdapat 2 lubang dibawah undertail ini. Mana-mana lubang boleh digunakan untuk
memindahkan lokasi kunci seat asal di sebelah belakang kiri.


Ini adalah pandangan belakang dan sisi setelah dipasangkan undertail R6 dan plate holder v2.

You might also like