You are on page 1of 3

Teknikal

Adakah basikal elektrik dibenarkan untuk digunakan di atas jalan raya?

Penggunaan basikal elektrik di atas jalan raya adalah tidak dibenarkan dan hanya
boleh digunakan di kawasan persendirian sahaja. Ini disebabkan perbezaan
kelajuan maksima basikal elektrik dengan kenderaan yang lain boleh mendatangkan
pelbagai implikasi di atas jalan raya.

Adakah basikal elektrik perlu berdaftar dengan JPJ?

Basikal elektrik TIDAK perlu berdaftar dengan pihak JPJ untuk digunakan.

Adakah pemasangan NGV kepada kenderaan persendirian perlu mendapatkan


kelulusan JPJ?

Pemasangan NGV kepada kenderaan persendirian tidak perlu memohon kelulusan


daripada pihak JPJ dan boleh terus ke PUSPAKOM untuk menjalani pemeriksaan.

Adakah pemasangan sunroof perlu mendapat kelulusan daripada pihak JPJ?

Pemasangan sunroof perlu mendapat kelulusan JPJ bagi memastikan kaedah yang
digunakan semasa melakukan kerja-kerja pemasangan adalah bukan kaedah
potong sambung.

Adakah penukaran enjin Daihatsu Charade Espri 1.0 kepada enjin Daihatsu
Charade De Tomaso 1.6 dibenarkan oleh JPJ?

Penukaran enjin Daihatsu Charade Espri 1.0 kepada enjin Daihatsu Charade De
Tomaso 1.6 dibenarkan jika tiada pengubahsuaian dilakukan pada base engine
mounting kenderaan tersebut.
Adakah permohonan pemasangan lapik besi diwajibkan?

Untuk makluman, pembinaan sesebuah kenderaan itu haruslah mengikut pelan


teknikal yang telah diluluskan. Pemasangan lapik besi boleh menggantikan lantai
kayu yang telah reput atau rosak namun haruslah membuat permohonan di
Bahagian Kejuruteraan Automotif di mana-mana JPJ Negeri yang berhampiran.

Apakah syarat untuk penukaran kabin kenderaan perdagangan?

Bagi penukaran kabin, hanya buatan yang sama sahaja dibenarkan dan mestilah
tidak melibatkan kerja-kerja kimpalan.

Apakah syarat-syarat untuk membuat penukaran enjin sesebuah kenderaan?

Penukaran hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang diisytiharkan di dalam


Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan & Penggunaan)1959 L.N.
170/1959.

 Keadaan struktur keseluruhan kenderaan hendaklah baik terutamanya pada


bahagian rangka casis (chassis frame).
 Keadaan struktur keseluruhan kenderaan hendaklah baik terutamanya pada
bahagian rangka casis (chassis frame).
 Tiada pengubahan struktur dilakukan pada '˜front cross member', 'steering linkage'
dan 'steering box'.
 Tiada pengubahsuaian pada 'base engine mounting' dan tiada kimpalan pada
struktur tambahan 'engine mounting'.
 Pelepasan asap kenderaan tersebut mestilah tidak melebihi 50% 'opacity'. (Bagi
enjin diesel sahaja).
 Lulus pengujian tahap kecekapan sistem brek di lorong pemeriksaan.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya penukaran enjin saya telah gagal
pemeriksaan PUSPAKOM atas sebab terdapat gangguan pada 'engine
mounting'
Sila bawa laporan gagal pemeriksaan PUSPAKOM tersebut ke JPJ Negeri yang
berhampiran untuk pengesahan. Sekiranya benar terdapat gangguan, pemilik perlu
mendapatkan pengesahan daripada Jurutera Profesional yang berdaftar dengan
JPJ bagi mengesahkan keselamatan kenderaan tersebut di atas jalan raya.

Berapakah had maksima penukaran enjin bagi kenderaan model proton?

Pihak JPJ telah mengeluarkan arahan untuk tidak memberi kelulusan penukaran
enjin berkeupayaan 2000 cc untuk kereta proton selain model Perdana. Hal ini
adalah kerana struktur badan , sistem brek dan suspension model proton seperti
SAGA, ISWARA, WIRA dan WAJA dan lain-lain tidak dapat menampung daya yang
besar yang dikeluarkan oleh enjin 2000cc.

You might also like