You are on page 1of 3

GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT PERMOHONAN LESEN TEMPAT LETAK

KERETA PERSENDIRIAN

Keperluan Lesen

• Untuk menjalankan perniagaan tempat letak kereta persendirian di dalam bangunan


• Untuk menjalankan perniagaan tempat letak kereta persendirian di
kawasan lapang

Dokumen Permohonan

• Borang permohonan
• Salinan pendaftaran syarikat/perniagaan/ pertubuhan (Borang 9 & 49 atau Borang D
beserta maklumat perniagaan dan pemilik)
• Salinan kad pengenalan/pasport
pemohon
• Pelan lantai/Pelan lokasi
• Surat kebenaran/
• pengesahan daripada tuan punya bangunan/tanah atau
geran (milik sendiri)
• Gambar lokasi berlainan sudut
• Salinan Perintah
Pembangunan
• Salinan Sijil Perakuan Mendiami Bangunan (CF) atau Perakuan Menduduki Bangunan
Sementara (TCF)
• Surat kelulusan berserta salinan susun atur TLK dari
Jabatan Pengangkutan
Bandar
• Senarai kadar bayaran tempat letak kereta

Syarat-Syarat Permohonan

• Kemukakan borang permohonan berserta dokumen pra-syarat


• Syarikat hendaklah mempunyai sijil pendaftaran
perniagaan/syarikat dari SSM
• Dalam bangunan yang telah diluluskan TLK mengikut
Perintah Pembangunan

Syarat-Syarat Kelulusan

• Mempunyai Perintah
Pembangunan yang sah
• Mempunyai Sijil Perakuan Menduduki Bangunan
(Sekiranya dalam bangunan)
• Pelan susun atur kawasan TLK diluluskan oleh Jabatan Pengangkutan Bandar
• Disokong oleh Jawatankuasa Pelesenan Tempat Letak Kereta Persendirian
Syarat-Syarat Lesen

• Tidak boleh dipindah milik tanpa kebenaran bertulis daripada Datuk Bandar Kuala
Lumpur
• Wang Cagaran 2 kali ganda bayaran fi lesen tahunan atau had maksimum
RM50,000.00
• Bayaran Wang cagaran dalam bentuk tunai/Jaminan
Bank (Tempoh sah Jaminan
Bank 2 tahun)
• Kadar caj hendaklah mendapat kelulusan
• Papan kenyataan hendaklah di pasang di laluan masuk
• Bertanggungjawab atas keselamatan dan harta benda pengguna
• Lesen hendaklah dipamerkan setiap masa di premis/pondok
• Kebersihan dan penyelenggaraan hendaklah dilakukan oleh pengusaha
• Tiada bunyi bising dan kacau ganggu
• Kawasan letak kereta hendaklah terang
• Sistem pengudaraan hendaklah dipasang dengan pengaliran udara pada kadar 3800
cubic setiap minit (cpm)
• Kawasan letak kereta mestilah bebas dari segala halangan
• Papan tanda arah hendaklah dipamerkan dan papan tanda penuh mestilah diletakkan di
luar sekiranya TLK sudah penuh
• Papan tanda iklan mestilah mendapat kelulusan
• Syarat-syarat lain mestilah dipatuhi
• Datuk Bandar/Pegawai diberi kebenaran memasuki kawasan letak kereta tanpa halangan
• Tindakan akan diambil sekiranya gagal melaksanakan syarat yang
ditetapkan

KADAR FI LESEN ADALAH RM5.00 BAGI SETIAP PETAK

You might also like