You are on page 1of 30

DOKUMEN SEBUT HARGA

SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KERJA-KERJA


MEMBERSIH RUANG PEJABAT JABATAN
PERKHIDMATAN AWAM DI ARAS 4, 6 DAN 7, MENARA
SERI WILAYAH, PUTRAJAYA

NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)06/2016


SENARAI LAMPIRAN

1. Lampiran  1 : ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA

2. Lampiran  2 : JADUAL SPESIFIKASI TEKNIKAL

3. Lampiran  3 : JADUAL TAWARAN HARGA

LATAR BELAKANG DAN PENGALAMAN


4. Lampiran  4 :
PENYEBUTHARGA

5. Lampiran  5 : SURAT AKUAN SEBUT HARGA

6. Lampiran 6 : SURAT AKUAN PEMBIDA

KESALAHAN RASUAH (AKTA SURUHANJAYA


7. Lampiran 7 :
PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009))

8. Lampiran 8 : LAMPIRAN Q

1
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
_________________________________
SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KERJA-KERJA MEMBERSIH RUANG
PEJABAT JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DI ARAS 4, 6 DAN 7, BLOK 1,
MENARA SERI WILAYAH,
PUTRAJAYA

MUSTAHAK
PENYEBUTHARGA DIKEHENDAKI MEMAHAMI DAN MEMATUHI SYARAT DAN
PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN BAGI SEBUT HARGA INI

1.  PERIHAL
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia mempelawa Sebut Harga Bagi
Perkhidmatan Kerja-Kerja Membersih Ruang Pejabat Di Aras 4, 6 Dan 7, Blok
1, Menara Seri Wilayah, Jabatan Perkhidmatan Awam dengan arahan kepada
penyebutharga seperti di Lampiran 1.

2.  SYARAT-SYARAT PENYERTAAN BAGI PENYEBUT HARGA

2.1  Penyebutharga yang dipelawa mestilah daripada syarikat yang


berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan bertaraf Bumiputera.
Syarikat juga perlu memiliki kod bidang : 221001 – Pembersihan
Bangunan Dan Pejabat. Sila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga
sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada).

2.2  Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan


jaminan ke atas sebut harga yang dikemukakan. Oleh itu sekiranya
Penyebut Harga menarik balik tawaran sebelum sebut harga
dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah sebut harga diberikan
kepadanya, maka tindakan akan diambil berdasarkan 1Pekeliling
Perbendaharaan (1PP)/PK 8 – Tindakan Tatatertib ke atas Syarikat
dan Firma Perunding yang berdaftar dengan Kementerian
Kewangan .

2.3  Syarikat-syarikat yang digantung atau dipotong pendaftarannya tidak


akan dibenarkan mengambil bahagian di dalam mana-mana sebut
harga yang dipelawa oleh semua Kementerian/Jabatan Berkanun di
seluruh Malaysia.

2
2.4  Bagi semua penggantungan/ potongan pendaftaran syarikat, nama
pengarah-pengarah termasuk nama pemegang-pemegang saham
terbesar akan disenaraihitamkan.

3. SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA

3.1  Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain
dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai,
melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah
dengan khususnya oleh Penyebut Harga.

3.1.1 Kerajaan tidak terikat untuk menyetujui terima tawaran yang


terendah atau mana-mana tawaran.

3.1.2 Kerajaan berhak menimbang tiap-tiap satu butiran sebagai


satu tawaran yang berasingan atau bersekali.

3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam


Lampiran 3 & 3(A) (Jadual Tawaran Harga) yang tidak
diletakkan harga, maka ia akan dianggap bahawa kos item
atau barangan tersebut telah pun dimasukkan di lain-lain
bahagian atau barangan di dalam Lampiran 3. Sebarang
tuntutan tambahan untuk perkhidmatan tersebut tidak
akan dilayan.

3.1.4 Penyebutharga hendaklah mengganti rugi Kerajaan dengan


sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang perlakuan, tuntutan,
kos atau perbelanjaan yang berbangkit daripada atau
disebabkan oleh sebab-sebab atau perlanggaran paten hak
milik dan rekabentuk, ‘trademark’, nama atau pun apa-apa hak
yang dilindungi di dalam apa-apa kerja, material atau
benda/sistem atau cara-cara menggunakan, cara-cara kerja
atau susunan yang digunakan atau dibekalkan oleh Penyebut
Harga.

3.1.5 Para 3.1.1 dan 3.1.2 di atas ini tidaklah memudaratkan apa-
apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana
kemungkiran kontrak.

3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana


tawaran boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah
atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha
Perbendaharaan.

3.1.7 Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya
hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-
undang Malaysia dan Penyebut Harga bersetuju tertakluk
hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja
dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang

3
mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa
kontrak yang timbul daripadanya.

4. SKOP PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Bagi Kerja-Kerja Membersih Ruang Pejabat Jabatan


Perkhidmatan Awam Malaysia Di Blok 1, Aras 4, 6 dan 7, Menara Seri
Wilayah, Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya.

4.1 Kontraktor akan menyediakan dan memberikan perkhidmatan yang


merupakan kerja-kerja pembersihan ruang pejabat (Bahagian dalam
pejabat sahaja – anggaran keluasan 53,155 kps) dan ianya tidak
termasuk kerja-kerja pembersihan bilik air gunasama di setiap aras dan
juga tidak termasuk kawasan luar pejabat.

4.2 Semua pekerja cucian adalah warga tempatan sahaja, dan pembekal
perkhidmatan wajib mengisi borang tapisan keselamatan yang
dikeluarkan oleh pihak CGSO.

4.3 Pembekal perkhidmatan perlu menyediakan sekurang-kurangnya


seorang tukang cuci sepenuh masa bagi setiap aras iaitu aras 4, 6
dan 7.

4.4 Skop kerja bagi perkhidmatan ini adalah seperti berikut:

4.4.1 Mencuci dan membersih lantai serta peralatan bilik air bagi
pegawai (serta meletak pewangi dan pembasmi kuman dan
membekal tisu tandas) – 2 kali sehari;

4.4.2 Memungut sampah dari bakul sampah – 2 kali sehari;

4.4.3 Menyediaan perkhidmatan pewangi yang bersesuaian mengikut


persetujuan pegawai penguasa;

4.4.4 Membersih lantai ruang pejabat termasuk vakum permaidani,


menyapu dan mop lantai jubin serta juga membuat spot
cleaning untuk permaidani apabila diperlukan – setiap hari;

4.4.5 Membersih telefon meja dengan menggunakan pewangi yang


bersesuaian – sekali seminggu;

4.4.6 Membersih penutup hawa dingin (diffuser / return grill) – tiga


bulan sekali;

4.4.7 Membersih dinding-dinding cermin di bahagian dalam ruang


pejabat (dengan menggunakan glass cleaner) – sekali
seminggu;

4.4.8 Membersih sawang di seluruh ruang pejabat – sekali sebulan;

4
4.4.9 Scrub & polishing lantai jubin dengan polish shine – sekali
sebulan ; dan

4.4.10 Syampu seluruh permaidani – sekali sebulan secara bergilir


mengikut aras.

4.5 Kos bagi perkhidmatan ini hendaklah termasuk kos tenaga kerja (buruh),
bahan & peralatan, pengangkutan, perlindungan insuran dan apa-apa
kos yang terlibat dan berkaitan.

4.6 Ruang yang diduduki oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di


bangunan ini bermula aras 4, 6, dan 7 dengan jumlah keluasan lantai
sebanyak 53, 155 kps.

4.7 Semua Penyebutharga hendaklah membuat pemeriksaan secara rapi


dan teliti terhadap skop kerja yang diperlukan bagi perkhidmatan ini
sebelum membuat tawaran Sebut Harga.

4.8 Waktu Perkhidmatan Yang Diperlukan:

4.8.1 Isnin hingga Jumaat : 7.30 pagi hingga 4.30 petang

4.8.2 Sabtu, Ahad dan Cuti Am/Cuti Umum adalah dianggap sebagai hari
tidak bekerja.

4.9 Kerja-kerja pembersihan seperti senarai di bawah adalah tidak


termasuk dalam skop perkhidmatan Sebut Harga ini kerana ianya
dilaksanakan oleh pihak lain (tuan punya bangunan). Lokasi-lokasi
berkenaan adalah seperti berikut:

4.9.1 Keseluruhan kawasan luar bangunan;

4.9.2 Keseluruhan kawasan basement;

4.9.3 Kawasan lobi utama (ground floor) dan lobi lif setiap
aras;

4.9.4 Dinding cermin luar pejabat;

4.9.5 Kawasan terrace luar pejabat;


4.9.6 Lif (lift car) dan juga dinding lif;

4.9.7 Bilik air gunasama di setiap aras; dan

4.9.8 Bilik Kawalan Bangunan (BCS Room).

4.10 Tempoh kontrak adalah selama 9 Bulan.

5
5.  SPESIFIKASI TEKNIKAL

5.1. Spesifikasi Teknikal seperti di Lampiran 2 adalah penting dan perlu


dibaca, difahami dan diuruskan seperti mana yang diminta. Kegagalan
memahami serta menguruskannya dengan tidak betul boleh mencacat
dan menggagalkan tawaran pelawaan sebut harga.

5.2. Penyebut Harga dikehendaki membuat ulasan/kenyataan yang


sewajarnya di ruangan yang ditetapkan.  Kegagalan berbuat demikian
boleh menjejaskan penilaian terhadap tawaran yang dibuat.

5.3. Sebelum menghantar tawaran sebut harga, Penyebut Harga


hendaklah memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi
dengan teliti dan sekiranya mendapati sebarang kesilapan atau
kekeliruan hendaklah mendapatkan penjelasan dan pengesahan
daripada Jabatan Perkhidmatan Awam.

5.4. Sebarang tuntutan berkenaan alasan ketidaktahuan (plea of 


ignorance) yang dibuat kemudian tidak akan dilayan.

6.  TARIKH TUTUP SEBUT HARGA

Tarikh Tutup   :  14 April 2016 (Khamis)


Masa   :  12.00 tengahari
Nombor Rujukan :  JPA(SII)06/2016

7. KEHADIRAN LAWATAN TAPAK / TAKLIMAT

Syarikat / wakil tidak diwajibkan hadir ke taklimat / lawatan tapak.

8.  DOKUMEN SEBUT HARGA

8.1 Penyebut Harga dikehendaki mengisi dengan lengkap segala butir


butir di dalam lampiran berikut: 

8.1.1 Lampiran 2  - Jadual Spesifikasi Teknikal


8.1.2 Lampiran 3 - Jadual Tawaran Harga
& 3(A)
8.1.3 Lampiran 4  - Latar Belakang Dan Pengalaman
Penyebut Harga
8.1.4 Lampiran 5 - Surat Akuan Sebut Harga
8.1.5 Lampiran 6 - Surat Akuan Pembida

6
9.  PERATURAN MENGISI DAN MENGIRIM DOKUMEN
9.1 Semua dokumen hendaklah diisi dengan lengkap di ruangan yang
ditentukan sama ada ditaip atau  ditulis dengan kemas dan terang. 
Maklumat yang tidak jelas akan menjejaskan tawaran yang dibuat.
Jika ruangan yang disediakan tidak mencukupi, Penyebut Harga
dibenarkan menaip atau menulis maklumat itu di dalam kertas
tambahan.

9.2 Sebarang pindaan dan pembatalan di dalam dokumen hendaklah


ditandatangani ringkas oleh Penyebut Harga dan diberi tarikh serta
diletakkan cop syarikat.

9.3 Dokumen-dokumen di bawah perlu dikembalikan ke Jabatan


Perkhidmatan Awam (JPA) :

9.3.1 Lampiran 2   - Jadual Spesifikasi Teknikal


9.3.2 Lampiran 3 & 3(A) - Jadual Tawaran Harga
9.3.3 Lampiran 4   - Latar Belakang Dan Pengalaman
Penyebut Harga
9.3.4 Lampiran 5 - Surat Akuan Sebut Harga
9.3.5 Lampiran 6 - Surat Akuan Pembida

9.4 Dokumen-dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke


dalam sampul surat berlakri (sealed) dan ditandai dengan jelas seperti
arahan di Lampiran 1.  Sampul surat hendaklah dihantar ke alamat:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia,


Jabatan Perkhidmatan Awam,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Sektor Perolehan dan Aset,
Aras 9, Blok C1, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 PUTRAJAYA

9.5 Dokumen tersebut  hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga


yang telah ditetapkan beralamat seperti di para 9.4.

9.6 Tawaran sebut harga juga boleh dihantar melalui pos atau agensi
penghantaran swasta. Bagaimanapun JPA tidak akan
bertanggungjawab secara langsung atau tidak kepada sebarang
kelewatan, kehilangan atau sebagainya terhadap tawaran sebut harga
yang dihantar melalui pos atau agensi penghantaran swasta

7
10.  TEMPOH SAH SEBUT HARGA

10.1 Semua tawaran harga (Lampiran 3 & 3(A)) yang ditawarkan di dalam
dokumen Sebut Harga ini hendaklah sah dan tidak boleh ditarik balik
dalam tempoh sekurang-kurangnya 90 hari dari tarikh sebut harga ini
ditutup.

11.  PEMBATALAN PERKHIDMATAN DALAM SEBUT HARGA

11.1 JPA berhak untuk membatalkan salah satu perkhidmatan yang telah
dinyatakan dalam dokumen sebut harga ini pada bila-bila masa,
sekiranya diperlukan.

11.2 Sebarang kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak Penyebutharga


kerana urusan sebut harga ini adalah menjadi tanggungjawab pihak
Penyebutharga dan pihak JPA tidak akan bertanggungjawab terhadap
perkara tersebut.

12.  SETUJU TERIMA SEBUT HARGA

12.1  JPA adalah berhak mempersetujui sebut harga sama ada kesemuanya
atau sebahagiannya.

12.2  JPA tidak terikat mempersetujui sebut harga yang rendah sekali atau
mana-mana sebut harga jua pun.

12.3  JPA akan memberi notis bertulis kepada Penyebutharga  yang berjaya
apabila tawarannya dipersetujui.

12.4  Notis ini boleh mengandungi syarat-syarat tawaran atau


pengubahsuaian kepada syarat-syarat tawaran. Sebut harga itu tidak
boleh diterima sehinggalah persetujuan bertulis daripada Penyebut
Harga menyatakan bahawa pengubahsuaian syarat itu adalah
diterima.

12.5  Apabila dipersetujui maka suatu perjanjian hendaklah disifatkan


sebagai telah dibuat di antara Kerajaan dengan Penyebut Harga dan
suatu perjanjian akan diadakan selepas persetujuan tersebut.

8
13. KEPUTUSAN SEBUTHARGA ADALAH MUKTAMAD

13.1 JPA tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran dari


Penyebutharga. Keputusan adalah muktamad. Sebarang surat
menyurat mengenai keputusan sebut harga ini tidak akan dilayan.

14.  BANTAHAN

14.1 Bantahan rasmi secara bertulis yang disertai dengan butir-butir


lengkap berkaitan dengan penentuan Spesifikasi Teknikal yang
menjurus kepada sesuatu jenama (jenis) tertentu boleh dibuat oleh
Penyebut Harga dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh iklan
tawaran sebut harga. 

14.2 Bantahan hendaklah dialamatkan kepada:

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia


Bahagian Khidmat Pengurusan
Sektor Perolehan & Aset
Aras 9, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 PUTRAJAYA.
(u.p: En. Safuan Bin Saleh / Puan Shahila binti Shamsuddin)

15.  URUS SETIA SEBUT HARGA


15.1  Penyebutharga yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah
menghubungi pegawai secara bertulis seperti alamat di para 14.2
(Untuk perhatian : Puan Shahila binti Shamsuddin)

16.  TAWARAN HARGA PENYEBUT HARGA – Lampiran 3

16.1 Merujuk kepada 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP/PK 5), kadar fi


perkhidmatan akan dikenakan sebanyak 0.4% bagi setiap
transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM4,800
bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai RM1.2 juta atau lebih
bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali pembayaran (multiple
payment) sama ada melalui Jadual Penghantaran (Delivery
Schedule), Pencapaian Perkhidmatan (Milestone), Bayaran
Kemajuan (Progressive Payment) atau mengikut permintaan (as-
and-when-required) yang ditetapkan dalam tempoh kontrak.

9
Sehubungan itu, caj sebanyak 0.4% akan dikenakan atas nilai
invois/tawaran harga yang dikemukakan dan;

Kadar fi perkhidmatan sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi


tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM9,600 bagi
transaksi yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi pembelian yang
melibatkan hanya sekali bayaran (one time payment)

16.2 Pembayaran akan dikenakan ke atas perkhidmatan yang sebenar


sahaja tertakluk kepada perubahan atau penambahan dalam skop
perkhidmatan.

17.  PENUTUP

17.1 Penyebutharga dinasihatkan agar memberi perhatian terhadap


arahan-arahan yang terkandung di dalam dokumen pelawaan semasa
mengisi dokumen-dokumen tawaran. Ini untuk memastikan segala
maklum balas yang diperlukan.

10
Lampiran 1

ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA


(LAMPIRAN INI TIDAK PERLU DIKEMBALIKAN)

1. PERIHAL SEBUT HARGA

1.1 Penyebutharga yang dipelawa mestilah daripada syarikat yang berdaftar


dengan Kementerian Kewangan dan bertaraf Bumiputera. Syarikat juga
perlu memiliki kod bidang : 221001 – Pembersihan Bangunan Dan
Pejabat. Sila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera
(sekiranya ada).

1.2 Sebarang urusan / pertanyaan yang melibatkan Sebut Harga mestilah


dalam tempoh tujuh (7) hari dari hari tawaran dibuka sehingga ianya
ditutup dan mestilah berurusan terus di alamat:

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia


Bahagian Khidmat Pengurusan
Sektor Perolehan & Aset
Aras 9, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 PUTRAJAYA.
(u.p: En. Safuan Bin Saleh / Pn. Shahila binti Shamsuddin)

1.3 Harga Tawaran hendaklah diisi di dalam ruangan Jadual Harga (Lampiran
3 & 3(A)) yang disediakan dan hendaklah disahkan dan ditandatangani
dengan sempurna.

2. PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA

2.1 Penyebut Harga hanya dibenarkan mengemukakan satu tawaran sahaja.

2.2 Dokumen Sebut Harga yang telah lengkap hendaklah dihantar ke


alamat berikut :

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia,


Jabatan Perkhidmatan Awam,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Sektor Perolehan dan Aset,
Aras 9, Blok C1, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 PUTRAJAYA.

11
3. PERTANYAAN

3.1 Pertanyaan mengenai Spesifikasi Sebut Harga Kerja-Kerja


Housekeeping Di Aras 4, 6 Dan 7, Blok 1, Menara Seri Wilayah, Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) boleh berhubung dengan pegawai berikut:

Spesifikasi :

i) Che Azmi Bin Che Haron 03 – 8885 3238


azmi.haron@jpa.gov.my

ii) En. Ismail Bin Safian 03 – 8885 3249


ismail.safian@jpa.gov.my

iii) Pn. Shahila binti Shamsuddin 03-88853256


shahila@jpa.gov.my

4. PENYEBUTHARGA YANG BERJAYA

4.1 Sentiasa mematuhi arahan penyelia yang dilantik oleh pihak Kerajaan
terutamanya dalam perkara keselamatan hartabenda dan nyawa
manusia serta ketenteraman awam di sepanjang melaksanakan kerja-
kerja perkhidmatan tersebut.

4.2 Menyediakan checklist kerja-kerja yang dilaksanakan dan memberi


laporan kepada penyelia.

4.3 Memastikan segala perkakas dan peralatan pasangsiap Kerajaan dan


juga kepunyaan tuan punya bangunan sedia ada di premis (Aras 4, 6
dan 7, Blok 1,Menara Seri Wilayah,Persiaran Perdana, Presint 2,
Putrajaya) yang berada di dalam bangunan dan persekitrannya sentiasa
dijaga keselamatannya.

4.4 Hendaklah menanggung rugi terhadap apa-apa tuntutan sekiranya


ianya berlaku disebabkan atas kecuaian kontraktor semasa
melaksanakan perkhidmatan berkenaan seperti kecederaan atau
kematian mana-mana orang atau kerosakan terhadap apa-apa harta
benda Kerajaan atau yang dipunyai oleh sesiapa jua.

4.5 Di samping arahan-arahan pihak Kerajaan, kontraktor juga hendaklah


sentiasa mematuhi arahan dari pihak pengurusan tuan punya bangunan
(Aras 4, 6 dan 7, Blok 1, Menara Seri Wilayah, Persiaran Perdana,
Presint 2, Putrajaya) semasa menjalankan kerja-kerja perkhidmatan ini.

4.6 Kontraktor hendaklah melaksanakan kerja-kerja pembaikan dengan


sempurna atau membuat penggantian baru ke atas sebarang kerosakan
atau kehilangan harta benda kepunyaan kerajaan atau kepunyaan lain-
12
lain pihak atau kepunyaan individu yang disebabkan oleh kecuaian
kontraktor itu sendiri dengan kadar segera sebaik sahaja dimaklumkan.

4.7 Kontraktor hendaklah menyediakan peralatan dan bahan-bahan yang


bersesuaian serta mencukupi bagi tujuan melaksanakan perkhidmatan.

4.8 Kontraktor hendaklah juga sentiasa menyediakan tenaga kerja yang


mencukupi serta penyelia yang bertanggungjawab dalam melaksanakan
perkhidmatan ini.

4.9 Pihak Kerajaan adalah sentiasa mempunyai hak untuk menangguh


bayaran Perkhidmatan ini atau membuat pemotongan bayaran
sekiranya kontraktor gagal mengambil tindakan sewajarnya terhadap
perkara di para 4.8 tersebut di atas.

5. KESIMPULAN

Penyebut Harga dinasihatkan supaya berhati-hati terutamanya semasa


mengisi dokumen Jadual Spesifikasi Teknikal (Lampiran 2) dan
Jadual Harga (Lampiran 3 & 3(A)) dengan memberikan maklumat
tambahan yang diperlukan. Maklumat yang TIDAK lengkap akan
menyebabkan dokumen tawaran Sebut Harga tersebut ditolak.

13
LAMPIRAN 2

JADUAL SPESIFIKASI

Spesifikasi Perkhidmatan Bagi Kerja-Kerja Membersih Ruang Pejabat Jabatan


Perkhidmatan Awam Malaysia Di Aras 4, 6 dan 7, Menara Seri Wilayah
Putrajaya.
(Anggaran Keluasan = 53,155 kps)

Kekerapan Mandator
Bil Skop Perkhidmatan Harian Mingguan Bulanan i
Ya/Tidak
1 Membersih lantai ruang pejabat termasuk
vakum permaidani, menyapu dan mop lantai Setiap
jubin serta membuat skop cleaning untuk hari
permaidani apabila diperlukan.
2 Membersih dinding-dinding cermin di bahagian
Seminggu
dalam ruang pejabat (dengan menggunakan
sekali
glass cleaner).
3 Scrub dan Polishing lantai jubin dengan polish Sebulan
Shine. sekali
4 Syampu keseluruhan permaidani. Sebulan
sekali
5 Memberus, mencuci dan membersih lantai dan
peralatan bilik air pegawai (serta membekal
2 x sehari
pewangi dan pembasmi kuman dan membekal
tisu tandas).
6 Memungut sampah dari bakul sampah. 2 x sehari
7 Membersih telefon meja dan meletak pewangi. Seminggu
sekali
8 Membersih penutup hawa dingin (Diffuser / 3 bulan
Return Grill). sekali
9 Membersih sawang di seluruh ruang pejabat. Sebulan
sekali
10 Menjalankan kerja-kerja pest control (untuk
Sebulan
makhluk perosak seperti tikus, lipas, semut, dan
sekali
lain-lain serangga).
11 Kerja-kerja pembersihan dari semasa ke
semasa mengikut keperluan seperti diarahkan.

14
LAMPIRAN 3
JADUAL TAWARAN HARGA

Perkhidmatan Bagi Kerja-Kerja Membersih Ruang Pejabat Jabatan


Perkhidmatan Awam Malaysia Di Aras 4, 6 dan7, Menara Seri Wilayah
Putrajaya.
(Anggaran Keluasan = 53,155 kps)

Kekerapan Harga
Bil Skop Perkhidmatan
Harian Mingguan Bulanan Sebulan
1 Membersih lantai ruang pejabat termasuk
vakum permaidani, menyapu dan mop lantai
Setiap hari
jubin serta membuat skop cleaning untuk
permaidani apabila diperlukan.
2 Membersih dinding-dinding cermin di bahagian
Seminggu
dalam ruang pejabat (dengan menggunakan
sekali
glass cleaner).
3 Scrub dan Polishing lantai jubin dengan polish Sebulan
Shine. sekali
4 Syampu keseluruhan permaidani. Sebulan
sekali
5 Memberus, mencuci dan membersih lantai dan
peralatan bilik air pegawai (serta membekal
2 x sehari
pewangi dan pembasmi kuman dan membekal
tisu tandas).
6 Memungut sampah dari bakul sampah. 2 x sehari
7 Membersih telefon meja dan meletak Seminggu
pewangi. sekali
8 Membersih penutup hawa dingin (Diffuser / 3 bulan
Return Grill). sekali
9 Membersih sawang di seluruh ruang pejabat. Sebulan
sekali
10 Menjalankan kerja-kerja pest control (untuk
Sebulan
makhluk perosak seperti tikus, lipas, semut,
sekali
dan lain-lain serangga).
11 Kerja-kerja pembersihan dari semasa ke
semasa mengikut keperluan seperti diarahkan.

Jumlah Harga Sebulan (RM)

Jumlah Harga 9 Bulan (RM)

15
LAMPIRAN 3(A)

JADUAL TAWARAN HARGA

JUMLAH (RM)
Perkhidmatan Bagi Kerja-Kerja
Membersih Ruang Pejabat Jabatan
Perkhidmatan Awam Di Aras 4, 6
Dan 7, Blok 1, Menara Seri Wilayah,
Putrajaya

Jumlah Harga Keseluruhan RM ......................................

(dengan perkataan)

Ringgit Malaysia:
…………………………………………………………………………………

………………………… Tarikh: ………………..


(Tandatangan kontraktor)

Nama: ………………………………….. Cop Rasmi: ……………………….

NOTA : SETIAP HARGA YANG DITAWARKAN AKAN DIKENAKAN POTONGAN


SEBANYAK 0.4% SEMASA PROSES PEMBAYARAN KERANA MELALUI
SISTEM E-PEROLEHAN

HARGA DALAM SISTEM E-PEROLEHAN DAN DI DALAM DOKUMEN


MANUAL (LAMPIRAN 3) MESTILAH SAMA.

16
LAMPIRAN 4

LATAR BELAKANG PENYEBUT HARGA

1. Nama Syarikat : __________________________

1.1 Alamat Pejabat : __________________________

__________________________

__________________________

1.2 No. Telefon : __________________________

1.3 No. Faks : __________________________

1.4 No. Pendaftaran : __________________________


Syarikat

1.5 No. Pendaftaran : __________________________


Kementerian Kewangan (sertakan salinan sijil)

1.6 Status Bumiputera / : __________________________


Bukan Bumiputera (sertakan salinan sijil)

2. Modal Dibenarkan : RM _______________________

Modal Berbayar : RM _______________________

3. Kedudukan Kewangan:

3.1 Kemudahan Pinjaman Dimiliki : RM _______________________

3.2 Nilai Aset Semasa : RM _______________________

3.3 Nilai Liabiliti Semasa : RM _______________________

4. Profil Syarikat :

(i) Pengarah :

Bil. Nama

17
Bil. Nama

(ii) Pemegang Saham :

Nama Peratus Pegangan Saham


Bil.
(%)

(ii) Pekerja :

Bil. Kategori Jawatan Bilangan Orang

1 Pengurusan

2 Profesional
3 Kakitangan

5. Senaraikan pengalaman Syarikat dalam Sebut Harga ini sahaja (Contoh


dalam tahun 2009, 2010 dan 2011).Boleh gunakan kertas tambahan jika
ruangan tidak mencukupi dan nyatakan tiada pengalaman sekiranya tiada
diruang di bawah

18
(i) Kerajaan :

Nama
Pegawai &
Kementerian / No. Tel.
Tempoh
Bil. Nama Projek / Perolehan Jabatan / Syarikat Nilai (RM) Pegawai /
Kontrak
yang dibekalkan Agensi
untuk
dirujuk
1

(ii) Swasta :

Nama
Pegawai &
Tarikh /
Kementerian / No. Tel.
Tempoh /
Bil. Nama Projek / Perolehan Jabatan / Syarikat Nilai (RM) Pegawai /
Tahun
yang dibekalkan Agensi
Perkhidmatan
untuk
dirujuk
1

19
6. Sila lampirkan Penyata Bank untuk 3 bulan terakhir.

6.1 Baki akaun bank tertinggi : RM _____________________

6.2 Baki akaun bank terendah : RM ____________________

Nama : __________________________ __________________________


(Tandatangan)

Tarikh : ___________________
Cop Syarikat:

20
F. PERAKUAN

Saya/kami mengaku bahawa segala maklumat yang dikemukakan di atas adalah


benar. Saya juga menyedari sekiranya didapati maklumat-maklumat yang
diberikan ini adalah palsu atau tidak benar, maka Kerajaan boleh mengambil apa-
apa tindakan terhadap saya dan Syarikat yang saya wakili di bawah apa-apa
undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Tandatangan : ____________________________________

Nama Penyebut Harga : ____________________________________

Nombor Kad Pengenalan : ____________________________________

Tarikh : ____________________________________

Cap Syarikat :

21
LAMPIRAN 5

SURAT AKUAN SEBUT HARGA

Ketua pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia,


Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Sektor Perolehan dan Aset,
Aras 9, Blok C1, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 W.P Putrajaya.

Tuan,

NO. SEBUT HARGA : JPA(SII)06/2016

SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KERJA-KERJA MEMBERSIH RUANG


PEJABAT DI ARAS 4, 6 DAN 7, BLOK 1, MENARA SERI WILAYAH, JABATAN
PERKHIDMATAN AWAM.

Saya/kami yang bertandatangan di bawah, dengan ini mengemukakan tawaran bagi


perkhidmatan yang ditawarkan dengan harga yang telah ditentukan di dalam
Lampiran 3. Tawaran ini mempunyai sah laku untuk tempoh selama sembilan
puluh (90) hari dari tarikh Sebut Harga ini ditutup.

2. Saya/kami yang bertandatangan di bawah ini bersetuju sepenuhnya :


a) Bahawa tawaran ini akan dijadikan asas oleh Kerajaan untuk penerimaan
tawaran kami;
b) Bahawa Kerajaan tidak terikat untuk menerima Sebut Harga dengan harga
yang terendah atau mana-mana Sebut Harga atau memberi apa-apa
sebab di atas penolakan sesuatu Sebut Harga;
c) Bahawa Kerajaan berhak untuk menerima keseluruhan atau sebahagian
tawaran penyebut harga mengikut pakej atau menerima tawaran yang
sama lebih daripada satu penyebut harga;
d) Bahawa keputusan Lembaga Sebut Harga JPA adalah muktamad;
e) Bahawa sekiranya tawaran kami diterima maka satu kontrak yang formal
akan ditandatangani antara pihak kami dengan Kerajaan selaras dengan
tawaran yang diberikan;
f) Bahawa Surat Akuan Sebut Harga ini berserta dengan Surat Setuju Terima
hendaklah menjadi sebahagian daripada kontrak yang mengikat antara
Kerajaan dan Penyebut Harga walaupun kontrak yang formal belum
dilaksanakan;
g) Bahawa sekiranya kami menolak tawaran ini atau jika maklumat yang
diberikan adalah palsu, Kerajaan boleh menarik balik penganugerahan
22
Sebut Harga yang diberikan kepada dan membawa kes ini ke Mahkamah;
dan
h) Bahawa kami akan mematuhi segala syarat – syarat seperti mana yang
dinyatakan di dalam dokumen ini.

Bagi pihak Penyebut Harga

Tandatangan Penyebut Harga : ________________________________


Nama Penuh : ________________________________
No. Kad Pengenalan : ________________________________
Alamat / Cap Syarikat : ________________________________

Di hadapan :

Tandatangan Saksi : ________________________________


Nama Penuh Saksi : ________________________________
No. Kad Pengenalan Saksi : ________________________________
Alamat : ________________________________
________________________________
________________________________

23
LAMPIRAN 6

SURAT AKUAN PEMBIDA


Bagi
(Tajuk dan Nombor Tender/Sebut Harga)
……………………………………………………
(Nama Wakil Syarikat)
Saya, ……………………………………....... nombor K.P. .........………………......
(MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)
yang mewakili.....………………………………................................................................
(Nama Syarikat)
nombor Pendaftaran…...........……………………………………………...... dengan ini
mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini
tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam .......
(Nama Kementerian/Agensi)
………………………………................... atau mana-mana individu lain, sebagai
sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama-sama
ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti
tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini


didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-
mana individu (Nama Kementerian/Agensi)
dalam ……………………………….............. atau mana-mana
individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di
atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut
diambil:

2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau
2.2 penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan
2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada


saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai
sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya
berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang
berhampiran.

Yang Benar,
(Tandatangan)
……………………………......
(Nama dan No.KP)
Cop Syarikat :

Catatan:
* Potong mana yang tidak berkaitan.
24
LAMPIRAN 7

KESALAHAN RASUAH (AKTA PENCEGAHAN RASUAH 1997)

1. Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau


memberi, meminta atau apa-apa suapan secara rasuah kepada dan
daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu
kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009 (Akta 694).

2. Sekiranya mana-mana pihak menawar atau memberi apa-apa suapan


kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang
ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera
ke pejabat Badan Pencegahan Rasuah atau balai polis yang
berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu
kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malysia
2009 (Akta 694).

3. Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib


terhadap anggota pentadbiran awam dan menyenaraihitamkan
Kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat
dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

4. Mana-mana Kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran


berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan
di bekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan
diberi di mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan
tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

25
(Kew. 284-Pin. 2/94)
Lampiran Q
Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini
No. Sebutharga Bil.JPA(SII)06/2016

KERAJAAN MALAYSIA
(ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)
NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

SEBUTHARGA UNTUK BEKALAN


BARANG-BARANG/PERKHIDMATAN
Kepada (Nama Syarikat). ......................................... Pelawaan Sebutharga dikeluarkan
oieh
.................................................................................. Jabatan (Alamat Lengkap)
No. TeIefon............................................................... Ketua Pengarah Jabatan
No. Pendaftaran dengan Kementerian Perkhidmatan Awam
Kewangan ...... ......... ............................................... Jabatan Perkhidmatan Awam
Kod Bidang Pendaftaran yang relevan dengan Bahagian Khidmat Pengurusan
pembelian ini 221001 Sektor Perolehan Dan Aset, Aras 9,
Blok C1 Kompleks C, Putrajaya
No. Telefon. 03-8885 3256
Tarikh: _______________

1. Sila beri sebutharga untuk bekalan barang-barang/perkhidmatan yang disenaraikan di


bawah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan:
1.1 Syarat Penyerahan/Penyempurnaan kepada Ketua Pengarah dengan
sempurna
1.2 Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan akan ditentukan.
1.3 Arahan Pengirim hantar dengan tangan.
1.4 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul surat berlakri dan
bertanda
”No. Scbutharga JPA(SII)06/2016
1.5 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang berkenaan di
alamat di atas tidak lewat pada jam 12.00 tengahari 14 April 2016 (Khamis)
1.6 Tempoh sahlaku sebutharga hendaklah sembilan puluh (90) hari selepas tarikh
tutup.
26
Tarikh: 11 April 2016

Nama Pegawai : Safuan Bin Saleh


Jawatan : Ketua Penolong
Pengarah
Perihal barang-barang/perhidmatan Unit Kuantiti/ Kadar Harga
Bil
dan Syarat-syarat Khas Durasi Kekerapan (RM) (RM)
Untuk disi oleh
Untuk diisi oleh Jabatan
Penyebutharga

Sebut Harga Perkhidmatan


Kerja-Kerja Membersih Ruang
Pejabat Jabatan Perkhidmatan
Awam Aras 4,6 dan 7, Blok 1 ,
Menara Seri Wilayah , Putrajaya

Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan
ditawarkan.......................................

*sila sertakan sesalinan Sijil


Pendaftran dengan Kementerian
Kewangan

Jumlah

(i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan


(ii) Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan ialah ...........................................

27
Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang/perkhidmatan di atas
dengan harga dan syarat-syarat yang ditunjukkan di atas dengan tertakluk kepada syarat-syarat
di atas dan di belakang ini.

Tandatangan Penyebutharga : ..........................................

Nama dan K/P : .........................................

Alamat Syarikat : ..........................................

Tarikh : ..........................................

28
29

You might also like