You are on page 1of 9

Spesifikasi

PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA DI


Tajuk Templat: TERMINAL JETI PENUMPANG KUAH, LANGKAWI, KEDAH DARUL
AMAN, JABATAN LAUT MALAYSIA WILAYAH UTARA.
Jenis Item: Perkhidmatan
Jenis Barangan: Tempatan

Kekerapan Bil. Unit


Bil. Unit
/
UOM Ukuran Zon Kuantiti
Item Unit Ukuran
Sebulan
Ukuran Sehari
Spesifikasi
PERKHIDMATAN ZON
KAWALAN Hours 7 2 30.5 UTARA 8
KESELAMATAN TANPA
SENJATA DI TERMINAL
JETI PENUMPANG
KUAH, LANGKAWI,
KEDAH DARUL AMAN
JABATAN LAUT
MALAYSIA WILAYAH
UTARA Secara amnya 1.
Shif 1 dari jam 0000 1.0 Jabatan Laut Malaysia Wilayah Utara (selepas ini disebut
hingga jam 0800 2. Shif 2 sebagai Kerajaan) memerlukan Syarikat yang berkelayakan
dari jam 0800 hingga jam bagi memberi perkhidmatan berikut: “PERKHIDMATAN
1600 3. Shif 3 dari jam KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA DI TERMINAL
1600 hingga jam 2400 JETI PENUMPANG KUAH, LANGKAWI, KEDAH DARUL
Syif yang memerlukan 7 AMAN, JABATAN LAUT MALAYSIA WILAYAH UTARA
orang pengawal (selepas ini disebut sebagai PERKHIDMATAN).
keselamatan 1. Shif 1
dari jam 0000 hingga jam
0800 2. Shif 2 dari jam
0800 hingga jam 1600
Maklumat perinci seperti
di perkara 4.3
PERKHIDMATAN ZON
KAWALAN Hours 6 1 30.5 UTARA 8
KESELAMATAN TANPA
SENJATA DI TERMINAL
2.0 TEMPOH PERKHIDMATAN 2.1 Penyebut harga (selepas
JETI PENUMPANG
ini disebut sebagai Syarikat) yang berjaya dalam sebut harga ini
KUAH, LANGKAWI, akan diikat dengan suatu kontrak selama dua (2) tahun bermula
KEDAH DARUL AMAN dari 1 November 2023 hingga 31 Oktober 2025. 2.2 Kerajaan
JABATAN LAUT berhak menamatkan kontrak walaupun tempoh kontrak belum
MALAYSIA WILAYAH tamat atas sebab-sebab berikut: 2.2.1 Kerajaan tidak berpuas
UTARA Shif yang hati dengan Perkhidmatan yang diberikan oleh Syarikat yang
memerlukan 6 orang berjaya; atau 2.2.2 Kerajaan tidak lagi memerlukan
pengawah keselamatan Perkhidmatan yang diberikan oleh Syarikat; atau 2.2.3
Shif 3 dari jam 1600 Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan tamat

Page 1 / 9
hingga jam 2400 tempoh; atau 2.2.4 Lesen Syarikat dengan Kementerian Dalam
Maklumat perinci seperti Negeri tamat tempoh, tidak diperbaharui atau dibatalkan;
di perkara 4.3
2.3 Penamatan Bersama (Mutual Termination) bagi sesuatu
kontrak perkhidmatan boleh dipohon oleh pihak Kerajaan atau
Syarikat. Penamatan Bersama perkhidmatan hanya akan
dipertimbangkan apabila Kerajaan telah memastikan bahawa
obligasi sesuatu perkhidmatan tidak dapat dilaksanakan
selepas kontrak ditandatangani.
3.0 MASA PERKHIDMATAN 3.1 Kerajaan berhak mengenakan
denda dengan kadar tolakan sebanyak 2.5% dari nilai kontrak
sebulan kepada Syarikat bagi setiap ketidak akuran terhadap
perkara yang ditetapkan seperti berikut. 3.2 Masa perkhidmatan
adalah dua puluh empat (24) jam dan dibahagikan kepada tiga
(3) shif seperti berikut: 3.2.1 Shif 1 dari jam 0000 hingga jam
0800 3.2.2 Shif 2 dari jam 0800 hingga jam 1600 3.2.3 Shif 3
dari jam 1600 hingga jam 2400 3.3 Kerajaan berhak untuk
mengurangkan, menambah atau meminda masa perkhidmatan
jika diperlukan.
4.0 BILANGAN PENGAWAL KESELAMATAN 4.1 Kerajaan
berhak mengenakan denda dengan kadar tolakan sebanyak
2.5% dari nilai kontrak sebulan kepada Syarikat bagi setiap
ketidak akuran terhadap perkara yang ditetapkan seperti
berikut. 4.2 Bilangan Pengawal Keselamatan yang diperlukan
ialah seramai dua puluh (20) orang termasuk seorang Penyelia
untuk tempoh dua puluh empat (24) jam. 4.3 DI TERMINAL
JETI PENUMPANG KUAH, LANGKAWI, KEDAH. 4.3.1 Shif 1
seramai 7 Orang – 2 orang Terminal Ketibaan, 2 orang pondok
pengawal parkir belakang, 2 orang di pondok pengawal Utama,
1 orang rondaan 4.3.2 Shif 2 seramai 7 Orang - 1 orang
Terminal Ketibaan, 1 orang pondok pengawal parkir belakang,
2 orang di pondok pengawal Utama, 3 orang Terminal
Pelepasan 4.3.3 Shif 3 seramai 6 Orang - 2 orang Terminal
Ketibaan, 1 orang pondok pengawal parkir belakang, 2 orang di
pondok pengawal Utama, 1 orang rondaan
5.0 KRITIRIA PENGAWAL KESELAMATAN / PENYELIA 5.1
Kerajaan berhak mengenakan denda dengan kadar tolakan
sebanyak 2.5% dari nilai kontrak sebulan kepada Syarikat bagi
setiap ketidak akuran terhadap perkara yang ditetapkan seperti
berikut. 5.2 Pengawal Keselamatan / Penyelia mestilah
warganegara Malaysia. 5.3 Pengawal Keselamatan / Penyelia
mestilah lulus ujian air kencing yang disahkan oleh Pegawai
Kesihatan Kerajaan dalam tempoh empat belas (14) hari dari
tarikh berkuat kuasa perjanjian ini atau dari tarikh Pengawal
Keselamatan / Penyelia berkenaan dilantik oleh Syarikat
mengikut mana yang terkemudian. Pengawal Keselamatan /
Penyelia yang gagal ujian ini dalam tempoh yang ditetapkan
TIDAK DIBENARKAN BERKHIDMAT dan perlulah diganti serta
merta dengan Pengawal Keselamatan / Penyelia yang telah
lulus ujian ini. Kerajaan berhak mengarahkan mana-mana
Pengawal Keselamatan / Penyelia untuk menjalani ujian ini
pada bila-bila masa sekiranya perlu.
Satu salinan keputusan terkini ujian ini hendaklah diserah

Page 2 / 9
kepada Kerajaan. Sebarang kos ujian ini ditanggung
sepenuhnya oleh Syarikat. 5.4 Pengawal Keselamatan /
Penyelia mestilah lulus tapisan keselamatan daripada
Kementerian Dalam Negeri dalam tempoh satu (1) bulan dari
tarikh berkuat kuasa perjanjian ini atau dari tarikh Pengawal
Keselamatan / Penyelia berkenaan dilantik oleh Syarikat
mengikut mana yang terkemudian. Pengawal Keselamatan /
Penyelia yang gagal tapisan ini dalam tempoh yang ditetapkan
TIDAK DIBENARKAN BERKHIDMAT dan perlulah diganti serta
merta dengan Pengawal Keselamatan / Penyelia yang telah
lulus tapisan ini. Satu salinan keputusan tapisan ini hendaklah
diserah kepada Kerajaan.
5.5 Pengawal Keselamatan / Penyelia mestilah lulus kursus
latihan Certified Security Guards (CSG) selaras dengan surat
edaran Kementerian Dalam Negeri melalui rujukan KDN (S) :
03/642/13 jil 3 (22), Arahan mewajibkan program latihan
Certified Security Guards (CSG) kepada Pengawal
Keselamatan untuk kontrak perkhidmatan kawalan keselamatan
di Kementerian dan Agensi Kerajaan dalam tempoh dua (2)
bulan dari tarikh berkuat kuasa perjanjian ini atau dari tarikh
Pengawal Keselamatan berkenaan dilantik oleh syarikat
mengikut mana yang terkemudian. Pengawal Keselamatan /
Penyelia yang gagal kursus ini dalam tempoh yang ditetapkan
TIDAK DIBENARKAN BERKHIDMAT dan perlulah diganti serta
merta dengan Pengawal Keselamatan / Penyelia yang telah
lulus kursus ini. Pengawal Keselamatan perlu menjalani latihan
mengikut perjawatan tertentu sebelum pengesahan jawatan
tersebut seperti Penyelia atau Pengawal Ronda. Satu salinan
keputusan kursus ini hendaklah diserah kepada Kerajaan.
Sebarang kos kursus ini ditanggung sepenuhnya oleh Syarikat.
5.6 Pengawal Keselamatan / Penyelia mestilah telah diberi
latihan induksi / dalaman Syarikat seperti mana arahan yang
dikeluarkan dipekeliling Agensi Persendirian Bilangan 4/2010
dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh berkuat kuasa perjanjian
ini atau dari tarikh Pengawal Keselamatan / Penyelia berkenaan
dilantik oleh Syarikat mengikut mana yang terkemudian. Satu
salinan perakuan latihan ini hendaklah diserah kepada
Kerajaan. 5.7 Pengawal Keselamatan / Penyelia mestilah boleh
membaca, menulis, mengira dan fasih berkomunikasi dalam
bahasa kebangsaan dengan baik. 5.8 Pengawal Keselamatan /
Penyelia mestilah berumur di antara dua puluh (20) hingga
enam puluh (60) tahun. 5.9 Pengawal Keselamatan / Penyelia
mestilah telah menjalani pemeriksaan kesihatan yang rapi dan
disahkan sihat tubuh badan, mental, penglihatan dan
pendengaran yang baik dan mempunyai rekod perubatan yang
disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
Satu salinan pemeriksaan terkini ini hendaklah diserah kepada
Kerajaan. 5.10 Pengawal Keselamatan / Penyelia tidak
dibenarkan bertengkar, menggunakan perkataan kesat atau
bertindak dengan kekasaran ke atas mana-mana penjawat
awam atau mana-mana orang awam yang berada di dalam
kawasan premis demi menjada imej serta nama baik Kerajaan,
sebaliknya mestilah merujuk sebarang masalah kepada

Page 3 / 9
Kerajaan. 5.11 Syarikat mestilah memperkenalkan semua
Pengawal Keselamatan / Penyelia dan satu salinan biodata
beserta gambar terkini hendaklah diserah kepada Kerajaan.
6.0 KELENGKAPAN 6.1 Kerajaan berhak mengenakan denda
dengan kadar tolakan sebanyak 2.5% dari nilai kontrak sebulan
kepada Syarikat bagi setiap ketidak akuran terhadap perkara
yang ditetapkan seperti berikut. 6.2.1 Syarikat mestilah wajib
membekalkan pakaian seragam yang lengkap termasuk :
1)cotar, 2) wisel, 3) lampu suluh, 4) baju hujan, 5) kabinet
simpanan barangan peribadi yang ditentukan oleh penyelia jeti,
6.2.2 Kelengkapan Umum 1) meja pos kawalan, 2) buku log
harian, 3) buku log kenderaan, 4) buku log pelawat termasuk
kontraktor / pembekal, 5) peralatan pembersihan bilik /
persekitaran pos kawalan 6) set walkie talkie/setiap shift/setiap
kakitangan 7) kon keselamatan minimum 4 unit dan perlu
ditambah mengikut keperluan dari masa ke semasa 8) lain-lain
yang difikirkan perlu.
6.3 Syarikat mestilah sentiasa memastikan Pengawal
Keselamatan memakai pakaian seragam yang lengkap dan
kemas sepanjang masa bertugas selaras dengan kehendak
yang digariskan dalam Pekeliling Agensi Persendirian bilangan
1/2009. 6.4 Syarikat mestilah membekalkan 10 kelengkapan
peralatan sistem watchman clock atau guard tour dari jenis
yang sesuai digunakan dalam sebarang keadaan cuaca serta
kalis air. 1. Kawasan tangki air (bersebelahan Jeti
Antarabangsa ) 2. Ruang menunggu Jeti CIQ 3. Pejabat Laut 4.
Ruang Ketibaan Jeti Ketibaan ( bersebelahan bilik VIP ) 5.
Ruang Menunggu Jeti Perlepasan 6. Bilik Mesyuarat Pejabat
Lama 7. Tangki Air Parkr Belakang 8. Rumah Sampah Parkir
Belakang 9. Ruang Perlepasan Antarabangsa 10. Pintu Masuk
OKT Jeti Perlepasan
6.5 Syarikat mestilah membekalkan sistem perakam waktu
untuk memastikan kehadiran Pengawal Keselamatan tepat
setiap waktu bertugas. 6.6 Syarikat mestilah membekalkan 1
unit telefon mudah-alih yang sentiasa berfungsi untuk Pengawal
Keselamatan membuat panggilan kepada Kerajaan di waktu
kecemasan. 6.7 Kon dan peralatan berkaitan yang mencukupi
bagi tujuan keselamatan lalulintas; 6.8 Wheel Clamp kenderaan
(Minimum 2 motor, 3 kereta dan 1 lori atau keperluan semasa
bagi tujuan penguatkuasaan di kawasan parkir terminal Jabatan
Laut 1 2
6.10 Syarikat perlu menyediakan satu set Peti Kecemasan
setiap pondok keselamatan bagi tujuan kebajikan pengawal
mahupun keperluan kecemasan semasa. 6.11 Syarikat perlu
menyediakan meja lipat mudah alih untuk tujuan kawalan
keselamatan shif malam di kawasan jeti ketibaan.
7.0 TUGAS PENGAWAL TANPA SENJATA 7.1 Kerajaan
berhak mengenakan denda dengan kadar tolakan sebanyak
2.5% dari nilai kontrak sebulan kepada Syarikat bagi setiap
ketidak akuran terhadap perkara yang ditetapkan seperti
berikut. 7.2 Statik. 7.3 Tugas-tugas mengikut spesifikasi yang
ditetapkan. 7.4 Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengarah

Page 4 / 9
Jabatan Laut Malaysia Wilayah Utara atau mana-mana
pegawai yang diarah menjalankan tugas bagi pihaknya.
8.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 8.1 Kerajaan berhak
mengenakan denda dengan kadar tolakan sebanyak 2.5% dari
nilai kontrak sebulan kepada Syarikat bagi setiap ketidak
akuran terhadap perkara yang ditetapkan seperti berikut. 8.2
Pengawal Keselamatan bertanggungjawab menjaga dan
mengawasi keselamatan sebarang bentuk ancaman semua
harta benda Kerajaan, harta benda penjawat awam, harta
benda orang awam dan persekitaran keseluruhan kawasan
premis yang menjadi lokasi pengawalan supaya sentiasa
berada dalam keadaan selamat. 8.3 Pengawal Keselamatan
mestilah sentiasa mengawal pintu utama premis dan lain-lain
pintu keluar masuk premis bagi memastikan tiada orang yang
tidak dibenarkan memasuki premis, berada di dalam kawasan
premis. Setiap kebenaran untuk memasuki premis bagi orang
awam perlulah mendapat kebenaran daripada Kerajaan terlebih
dahulu.
8.4 Pengawal Keselamatan mestilah menggunakan sistem pas
pelawat dan memeriksa semua kenderaan orang awam yang
yang memasuki premis. Setiap pergerakan keluar masuk orang
awam mestilah direkodkan di dalam buku log. 8.5 Pengawal
Keselamatan mestilah melaporkan kepada Kerajaan segala
kerosakan harta benda Kerajaan, harta benda penjawat awam,
harta benda orang awam dan persekitaran keseluruhan
kawasan premis yang menjadi lokasi pengawalan dengan kadar
segera.
8.6 Pengawal Keselamatan mestilah mengambil anak kunci jam
ronda daripada Penyelia dan membuat rondaan watchman
clock atau guard tour serta mengunci jam setiap dua (2) jam
dari 8.00 pagi - 8.00 malam dan satu (1) jam dari 8.00 malam -
8.00 pagi di semua lokasi yang telah dikenal pasti oleh
Kerajaan sepanjang tempoh bertugas dengan cara berjalan
kaki bagi mengelakkan berlakunya kecurian serta mengesan
tanda-tanda kebakaran, tanda-tanda pencerobohan dan
sebarang tanda-tanda keselamatan yang tidak lazim. Pengawal
Keselamatan juga mesti memastikan semua kertas cetakan
rekod jam ronda direkodkan ke dalam buku log jam ronda. Buku
ini hendaklah diserahkan kepada Penyelia untuk semakan
setiap hari bekerja. 8.7 Pengawal keselamatan mestilah
menulis dengan kemas semua perlaporan harian di dalam buku
log harian, buku log kenderaan dan buku log pelawat termasuk
kontraktor / pembekal. Semua buku log ini mestilah disemak
oleh Penyelia dan disahkan oleh Kerajaan setiap hari bekerja.
8.8 Pengawal Keselamatan mestilah dengan segera
menghubungi Kerajaan, Polis, Bomba atau Ambulan dan
mengambil tindakan awal mencegah serta mengawal siruasi
jika berlaku kebakaran atau lain-lain situasi kecemasan. 8.9
Pengawal Keselamatan mestilah memasang suis lampu dan
kipas di kaki lima, di dalam terminal dan tempat-tempat yang
diarahkan oleh Kerajaan pada jam 1900 malam dan

Page 5 / 9
menutupnya pada jam 0700 pagi dan mengikut kesesuaian
tempat bertugas. (Lampu perlu dinyalakan pada waktu siang
ketika hujan).
8.10 Pengawal Keselamatan mestilah sentiasa mengawal
keadaan lalu lintas dan sebarang pergerakan kenderaan di
dalam kawasan premis serta memastikan semua kenderaan
diletakkan di tempat yang telah disediakan. 8.11 Pengawal
Keselamatan mestilah sentiasa memberi penjelasan kepada
orang awam yang memasuki premis mengenai
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan.
8.12 Pengawal Keselamatan mestilah sentiasa memastikan
tiada menjaja di dalam kawasan premis tanpa kebenaran pihak
Kerajaan. 8.13 Pengawal Keselamatan mestilah memastikan
semua penumpang yang keluar masuk di terminal mengikut
pintu-pintu yang telah ditetapkan atau diarahkan oleh Penyelia
Jeti. 8.14 Pengawal Keselamatan mestilah memastikan semua
troli tidak menghalang pergerakan dan membahayakan
keselamatan penumpang dan pengguna lain di kawasan
terminal.
8.15 Pengawal Keselamatan mestilah dengan kadar segera
melaporkan kepada Kerajaan sekiranya terdapat feri atau
lain-lain vesel yang merapat di Jeti tanpa kebenaran. 8.16
Membantu penumpang melalui Autogate untuk masuk ke balai
berlepas, seterusnya mengawasdan mengawal keselamatan di
balai berlepas. 8.17 Tidak membenarkan sesiapa pun masuk ke
dalam kawasan Pejabat dan tempat meletak kenderaan
Jabatan kecuali mendapat kebenaran dari pihak Jabatan.
9.0 SYARAT-SYARAT LAIN 9.1 Kerajaan berhak mengenakan
denda dengan kadar tolakan sebanyak 2.5% dari nilai kontrak
sebulan kepada Syarikat bagi setiap ketidak akuran terhadap
perkara yang ditetapkan seperti berikut. 9.2 Syarikat adalah
dilarang sama sekali mengambil warga asing bekerja sebagai
Pengawal Keselamatan. 9.3 Syarikat dikehendaki mengambil
Polisi Insurans Tanggungan Awam untuk menjamin Kerajaan
dari tuntutan, tindakan undang-undang, ganti rugi atau
pembayaran yang mungkin dihadapkan ke atas Kerajaan atau
Kerajaan dipaksa membayar tuntutan yang timbul dari
perkara-perkara, kemalangan atau kecederaan yang
ditanggung oleh Syarikat, Pengawal Keselamatan atau
mana-mana pihak yang disebabkan oleh sikap tidak
bertanggungjawab, keadaan atau meninggalkan mana-mana
tugas oleh Syarikat atau Pengawal Keselamatan atau sesiapa
yang bekerja di bawah jagaannya. Satu salinan polisi terkini ini
hendaklah diserah kepada Kerajaan.
9.4 Syarikat dikehendaki membayar segala bayaran yang
diwajibkan kepada Pengawal Keselamatan atau sesiapa yang
bekerja di bawah jagaannya seperti yang dikehendaki oleh
Ordinan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1951 dan
Employee’s Social Security Act 1969. 9.5 Syarikat tidak
dibenarkan melantik sub-kontraktor untuk melaksanakan
Perkhidmatan yang telah ditawarkan kecuali mendapat
kebenaran bertulis dari pihak Kerajaan. 9.6 Kerajaan berhak
untuk mengubah atau meminda mana-mana penempatan,

Page 6 / 9
jadual tugas atau senarai tugas Pengawal keselamatan dari
masa ke semasa jika perlu bagi memastikan keperluan kontrak
ini terlaksana.
9.7 Syarikat mestilah mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan
oleh Kerajaan dari masa ke semasa dan sentiasa memberi
kerjasama di dalam pelaksanaan keselamatan di premis. 9.8
Pengawal Keselamatan mestilah sentiasa berada di
tempat-tempat yang telah ditetapkan di setiap pusat tugas pada
shif tertentu sepanjang masa bertugas. 9.9 Syarikat mestilah
memastikah masa bertugas untuk setiap shif Pengawal
Keselamatan hendaklah tidak melebihi dua belas (12) jam
termasuk empat (4) jam kerja lebih masa. 9.10 Syarikat
mestilah mematuhi Akta Kerja 1955, Seksyen 59 berkaitan hari
rehat kepada setiap Pengawal Keselamatan yang akan
berkhidmat dengan Kerajaan. 9.11 Syarikat mestilah
menyediakan seorang Ketua Pengawal Keselamatan bagi
setiap shif untuk memastikan setiap Pengawal Keselamatan
berada di tempat-tempat yang telah ditetapkan di setiap pusat
tugas.
10.0 TANGGUNGJAWAB SYARIKAT KEPADA KERAJAAN
10.1 Kerajaan berhak mengenakan denda dengan kadar
tolakan sebanyak 2.5% dari nilai kontrak sebulan kepada
Syarikat bagi setiap ketidak akuran terhadap perkara yang
ditetapkan seperti berikut. 10.2 Syarikat mestilah menyediakan
Perkhidmatan dalam mutu yang terbaik sepanjang tempoh
kontrak. 10.3 Syarikat mestilah menyediakan dan menyatakan
seorang Penyelia yang bertindak sebagai pegawai
perhubungan antara Kerajaan dan Syarikat bagi memudahkan
pengurusan operasi sepanjang tempoh kontrak ini. Penyelia ini
hendaklah sentiasa boleh dihubungi oleh Kerajaan termasuk
pada hari cuti umum. Sekiranya terdapat pertukaran atau
perlantikan Penyelia yang baharu, Syarikat mestilah
memaklumkan kepada Kerajaan secara bertulis dengan kadar
segera.
10.4 Syarikat mestilah menyediakan bilangan Pengawal
Keselamatan yang cukup seperti yang dinyatakan di perkara 4.
10.5 Syarikat mestilah menyerahkan biodata semua Pengawal
Keselamatan yang dinyatakan di perkara 4 kepada Kerajaan
bersama semua sijil serta pengesahan yang dinyatakan di
perkara 5. Maklumat yang perlu dikemukakan adalah seperti
berikut; 10.5.1 Nama penuh 10.5.2 Nombor kad pengenalan
10.5.3 Gambar terkini ukuran passport 10.5.4 Alamat terkini
surat menyurat 10.5.5 Nama penuh waris terdekat 10.5.6
Nombor telefon waris terdekat 10.5.7 Maklumat kesihatan
10.6 Syarikat mestilah memberi notis kepada Kerajaan tujuh (7)
hari sebelum Pengawal Keselamatan diberi cuti rehat oleh
Syarikat dan Syarikat mestilah membekalkan Pengawal
Keselamatan gantian yang memenuhi semua kritiria di perkara
5 selama tempoh Pengawal Keselamatan tersebut bercuti. 10.7
Syarikat mestilah memberi notis kepada Kerajaan satu (1)
bulan sebelum Pengawal Keselamatan berhenti daripada
Syarikat dan Syarikat mestilah membekalkan Pengawal
Keselamatan yang baru yang memenuhi semua kritiria di

Page 7 / 9
perkara 5. Syarikat mestilah menyerahkan biodata semua
Pengawal Keselamatan yang baru kepada Kerajaan bersama
semua sijil serta pengesahan yang dinyatakan di perkara 5.
10.8 Syarikat mestilah memastikan Pengawal Keselamatan
yang dibekalkan kepada Kerajaan tidak mempunyai rekod
jenayah, bukan penagih dadah dan bukan pemabuk. 10.9
Syarikat mestilah bertanggungjawab kepada Kerajaan di dalam
apa jua keadaan termasuk kesalahan ataupun tingkah laku
ataupun disiplin ke atas mana-mana Pengawal Keselamatan
dan juga dalam keadaan di mana kerosakan dan kehilangan
berlaku pada harta Kerajaan akibat perbuatan Pengawal
Keselamatan. 10.10 Syarikat mestilah menyediakan semua
barangan dan peralatan yang sesuai bagi melaksanakan
perkhidmatan. Syarikat dilarang sama sekali menggunakan
harta benda Kerajaan. 10.11 Syarikat mestilah mengemukakan
jumlah tuntutan bagi Perkhidmatan bagi setiap bulan selepas
Perkhidmatan dilaksanakan beserta dokumen lengkap kepada
Kerajaan tidak lewat dari sepuluh (10) hari bulan bagi setiap
bulan kalendar.
11.0 TANGGUNGJAWAB SYARIKAT KEPADA PENGAWAL
KESELAMATAN 11.1 Syarikat dikehendaki membayar gaji
secara bulanan bergantung kepada jawatan yang disandang
oleh Pengawal Keselamatan / Penyelia. 11.2 Syarikat
dikehendaki mematuhi keperluan KWSP bagi semua Pengawal
Keselamatan / Penyelia dan hendaklah mengemukakan laporan
tersebut jika dikehendaki. 11.3 Syarikat dikehendaki mematuhi
keperluan PERKESO bagi semua Pengawal Keselamatan /
Penyelia dan hendaklah mengemukakan laporan tersebut jika
dikehendaki. 11.4 Syarikat dIkehendaki mengambil polisi
insurans secara berkelompok bagi melindungi Pengawal
Keselamatan / Penyelia. 11.5 Syarikat dikehendaki
bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Pengawal Keselamatan
/ Penyelia. Kerajaan tidak akan bertanggungjawab di atas
sebarang tuntutan yang dibuat oleh Pengawal Keselamatan /
Penyelia seperti tuntutan tunggakan gaji, elaun, pampasan dan
sebagainya.
12.0 TANGGUNGJAWAB KERAJAAN 12.1 Kerajaan berhak
menemuduga mana-mana Pengawal Keselamatan / Penyelia
yang dibekalkan oleh Syarikat kepada Kerajaan dan Kerajaan
boleh menolak mana-mana Pengawal Keselamatan / Penyelia
yang didapati tidak sesuai tanpa memberi sebarang sebab.
12.2 Kerajaan berhak mengarah, menegur, mengawal dan
menunjuk ajar semua Pengawal Keselamatan / Penyelia. 12.3
Pengawal Keselamatan / Penyelia sama sekali tertakluk kepada
peraturan-peraturan pejabat dan apa-apa jua perintah atau
arahan yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan dari masa ke
semasa. 12.4 Kerajaan berhak menamatkan khidmat Pengawal
Keselamatan / Penyelia yang tidak mematuhi syarat-syarat
yang telah ditetapkan. 12.5 Kerajaan apabila keadaan
memerlukan, boleh mengurangkan atau menambah bilangan
Pengawal Keselamatan / Penyelia pada bila-bila masa.
12.6 Kerajaan berhak mengenakan denda kepada Syarikat
apabila melakukan kesalahan yang telah dinyatakan

Page 8 / 9
dimana-mana bahagian dalam kontrak mengikut perkiraan
sepertimana berikut; 2.5% dari nilai kontrak sebulan bagi setiap
ketidak akuran terhadap mana-mana perkara yang ditetapkan
oleh Kerajaan
13.0 GAJI MINIMA 13.1 Syarikat mestilah mematuhi syarat gaji
minimum yang ditetapkan oleh Kerajaan

Page 9 / 9

You might also like