You are on page 1of 4

PERBADANAN EKONOMI ISLAM PERAK SDN BHD

LOT PEJABAT TINGKAT 2, ANGSANA IPOH MALL, JALAN RAJA ASHMAN


SHAH (JALAN HOSPITAL) 30450 IPOH PERAK
 05-2412641  05-2557393
 www.pkeinpk.com

CADANGAN PEMBELIAN KENDERAAN


MENGGANTIKAN KENDERAAN SEDIA
ADA IAITU PROTON PREVE
KERTAS CADANGAN PEMBELIAN KENDERAAN MENGGANTIKAN
KENDERAAN SEDIA ADA IAITU PROTON PREVE

1. Pendahuluan

Kertas cadangan ini disediakan bertujuan mendapatkan pertimbangan


serta kelulusan Pihak Pengurusan untuk pembelian kenderaan baru bagi
mengantikan kenderaan pejabat yang sedia ada iaitu Proton Preve.

2. Objektif

Objektif utama adalah:

 Menggantikan kenderaan lama yang mempunyai kondisi yang tidak


memuaskan dari segi prestasi enjin mahupun interior dalaman dan
luaran.
 Mengurangkan kos untuk penyelenggaraan atau membaikpulih
kenderaan.
 Faktor keselamatan bagi penggunaan jarak jauh kerana kenderaan tersebut
adalah di bawah senarai kenderaan gunasama syarikat.

3. Kenderaan yang dicadangkan dan spesifikasi

Berdasarkan keperluan untuk penggunaan pekerja PSB, Unit


Pentadbiran mencadangkan untuk pembelian kereta sedan. Di bawah
adalah maklumat terperinci kereta yang dicadangkan

Proton Persona 1.6L Executive CVT

Isi Padu Kargo 510 L


Kapasiti Tangki 40 L
Kapasiti Tempat Duduk 5 Seats
Transmisi CVT (Automatik)
Enjin & Kapasiti 1.6L Petrol Engine, In-line 4 Cylinder 16 Valve DOHC
Kuasa 108 hp

Gambarajah model kenderaan yang diusulkan


4. Sebutharga

3 pembekal menawarkan sebutharga kenderaan seperti senarai di


bawah:

Syarikat Pengedar Gerak Roda Nikaijaya Auto


Sdn Bhd Sdn Bhd
Harga RM 54,891.00 RM 55,356.95

5. Ulasan

Merujuk kepada sebutharga di atas, syarikat Gerak Roda Sdn Bhd


bersetuju menawarkan sebutharga kenderaan dengan harga RM
54,891.00. Manakala syarikat Nikaijaya Auto Sdn Bhd dan 3/ 3 masing-
masing menawarkan harga RM 55,356.95 dan R M 98,214.21. Ketiga-
tiga syarikat menawarkan sepcifikasi kenderaan yang sama. Unit
Pentadbiran mencadangkan untuk meneruskan pembelian dengan Gerak
Roda Sdn Bhd jika diluluskan kerana menawarkan harga yang paling
rendah.

6. Penutup

Berdasarkan ulasan di atas, mohon pertimbangan kertas ini diluluskan bagi


permohonan menggantikan kenderaan pejabat iaitu Proton Preve dengan
pembelian Proton Persona melalui Gerak Roda Sdn Bhd.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.............................................. ..............................................
Norfazrina Binti Ab Razak Nurul Aznita Binti Ahmad Zainy
Eksekutif Kanan Ketua Bahagian
Unit Pentadbiran Modal Insan, Pentadbiran & Integriti
Tarikh: Tarikh:

Disediakan oleh,

..............................................
Amirul Hakim Bin Abdullah
Ketua Pegawai Eksekutif
Tarikh:
1|Muka

You might also like