You are on page 1of 2

DSSD

Taman Mengkibol

86400 Kluang

Johor Darul Ta’zim

Pengurus

Proton Edar Sdn Bhd

Bahagian Selepas Jualan

Cawangan Kluang

Johor Darul Ta’zim 30 Jun 2020

Tuan/Puan,

PER : MEMOHON PERLANJUTAN JAMINAN KENDERAAN

Merujuk perkara diatas, saya pemilik kenderaan Proton Ertiga Exec (A) bernombor pendaftaran
VUGH778 memohon rayuan tempoh jaminan kenderaan dilanjutkan berkaitan alatganti dan baikpulih
oleh kerana arahan Kerajaan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan

Pada Mac lepas terdapat kerosakan yang ingin saya periksa namun telah mendapat arahan Perintah
Kawalan Pergerakan. Sehinggalah tamat jaminan kenderaan.

Untuk makluman pihak Tuan, semua rekod penyelenggaran berkala kenderaan telah dilakukan
mengikut jadual. Dan layanan yang diberikan oleh kakitangan Proton Edar Kluang sangat baik.
Juruteknik yang bertauliah dan perkhidmatan yang sistematik menambahkan keyakinan untuk terus
saya menghantar kenderaan di Proton Edar Kluang
Saya amat berharap agar permohonan dan rayuan ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang
sewajarnya dari pihak Pengurusan Proton Edar

Sekian

Yang benar,

__________________________

(SFSFD)

You might also like