You are on page 1of 1

Pada March ,2011, syarikat Momoto Sdn Bhd(889215-V) telah

membeli motorsikal berjenama FP1 berjumlah lebih kurang 120 unit


dengan nilaian harga sebanyak RM 3.75 juta ringgit dari Petronas
Technical Services Sdn Bhd(347848-X). Pihak syarikat telah
membayar sepenuhnya pada bulan April, sebulan selepas S&P
Agreement ditanda tangani.
Setelah lebih kurang 2 tahun dari tarikh perjanjian di tanda tangani,
pihak syarikat telah mendapati bahawa syarikat Petronas Technical
Services Sdn Bhd tidak membayar apa-apa cukai yang sepatutnya di
bayar. oleh yang demikian syarikat Momoto Sdn Bhd telah
memfailkan saman terhadap Petronas Technical Services Sdn Bhd
pada 29hb Julai 2013 di Mahkamah Tinggi Wilayah Persekutuan,
Malaysia. (22NCVC-469-07/2013)
Pada tarikh 23hb Ogos 2013, pihak Kastam Diraja Malaysia, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Bahagian Penguatkuasaan Cawangan
Siasatan, telah datang ke gudang simpanan kami di Wisma UT, Lot
7, Jalan 9/3, Taman IKS, Seksyen 9 43560 Bandar Baru Bangi,
Selangor untuk membuat siasatan mengenai motorsikal FP1. Hasil
dari siasatan mereka mendapati keseluruhan motorsikal berkenaan
tidak di bayar apa-apa cukai. Oleh yang demikan pihak Kastam akan
merampas keseluruhan motorsikal berkenaan pada hari Isnin
bersamaan 26hb Ogos 2013.
Tujuan laporan ini dibuat adalah untuk memberitahu pihak berkuasa
bahawa pihak Kastam Diraja Malaysia telah datang ke premis kami
untuk melakukan siasatan dan juga untuk memastikan bahawa
pihak Momoto Sdn Bhd bebas dari sebarang tuduhan-tuduhan
jenayah kerana memiliki barang tidak berbayar cukai.

You might also like