You are on page 1of 28

SOALAN TUGASAN 2: Pilih salah satu bentuk KUMPULAN DINAMIK yang

wujud dalam organisasi ataupun dalam masyarakat dan HURAIKAN sifat, ciri, bentuk
dan perjuangan kumpulan tersebut. Huraian perlulah menggunakan KONSEP yang
telah dipelajari dalam kuliah seperti kepimpinan, komunikasi, krisis dan pembuatan
keputusan.

PENGENALAN

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia ditubuhkan pada tahun 1957 di bawah nama Gabungan Dewan Perniagaan Melayu Malaya.

Pada tahun 1974, Dewan Gabungan ini melalui perubahan dan dipanggil Dewan Perniagaan Melayu Malaysia. Negeri Selangor adalah di antara cawangan yang paling aktif
setelah diperbadankan pada 18hb Julai 1988.

Arus ekonomi dan pelaburan yang berkembang pesat di Negeri Selangor menjadikan peranan DPMMS semakin penting, khususnya di dalam melahirkan serta
membangunkan usahawan Melayu.

DPMMS ditadbirkan oleh Jawatankuasa tadbir Dewan yang dipengerusikan oleh Yang DiPertua sendiri dan dipertanggungjawabkan kepada Setiausaha Kehormat melalui
Urusetia. Urusetia Dewan ini dikendalikan oleh kakitangan sepenuh masa untuk menyelaraskan perjalanan pentadbiran ini.

Arkib
LAWATAN PERDAGANGAN KE THE 4TH MARINE, OFFSHORE, OIL & GAS EXHIBITION AND CONFERENCE PADA 12-14 OKTOBER 2011
Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa IMT-GT Selangor akan mengadakan lawatan ke Expo Marine Batam 2011 pada 12 – 14 Oktober 2011.

Lawatan ini adalah jemputan daripada Kedutaan Besar Republik Indonesia Kuala Lumpur. Lawatan ini juga merangkumi Business Matching bersama Kamar Dagang Republik
Indonesia Batam di samping meninjau peluang perniagaan di Batam.

Pameran Ekspo di Batam peringkat Antarabangsa ini melibatkan sector oil and gas (shipyard & ship building industry, offshore industry, marine engineering and security
technology, etc), mining and logistic (mining transportation, machinery & equipment, mining & mineral, etc), machinery and tools (General mechanical part & components,
construction machinery, equipments & tools, welding equipments, pneumatic & machines tools) and environment technology products (ecology protection, polluted site
remediation & restoration, pulverization equipments, chemical machinery, etc). Dalam masa yang sama peserta akan dapat bertukar-tukar maklumat perniagaan dengan
pengeluar dan pengimport dari dalam dan luar Negara.

Untuk makluman, kos perbelanjaan bagi menyertai misi ini adalah dianggarkan sebanyak RM990.00 (twin sharing room) dan RM1,290.00 (single room) (bayaran ini termasuk
tiket kapalterbang/penginapan dua malam bertaraf 4 Bintang, airport handling/tourguide/makan tengahari dan malam) . Borang penyertaan boleh didapati daripada pejabat
DPMMS atau sila hubungi Puan Azura 03 55100 753/ 013 3900735. Tempat adalah terhad.

Penyertaan awal amat digalakkan memandangkan harga tiket kapalterbang yang tidak menentu. Pengesahan penyertaan hendaklah dibuat dengan bayaran pendahuluan
sebanyak RM300.00 (tidak dikembalikan) iaitu untuk bayaran tiket kapalterbang.

Semoga dengan penyertaan YBhg Dato’/Datin /Tuan/Puan dalam lawatan dagang ini dapat membawa manfaat dan boleh meluaskan lagi jaringan perniagaan antara
usahawan di kedua-dua buah negara.

LAWATAN PERDAGANGAN KE THE 4TH MARINE, OFFSHORE, OIL & GAS EXHIBITION AND CONFERENCE PADA 12-14 OKTOBER 2011

Adalah dimaklumkan bahawa IMT-GT Selangor akan mengadakan lawatan ke Expo Marine
Batam 2011 pada 12 – 14 Oktober 2011.

Lawatan ini adalah jemputan daripada Kedutaan Besar Republik Indonesia Kuala Lumpur.
Lawatan ini juga merangkumi Business Matching bersama Kamar Dagang Republik Indonesia
Batam di samping meninjau peluang perniagaan di Batam.

Pameran Ekspo di Batam peringkat Antarabangsa ini melibatkan sector oil and gas (shipyard &
ship building industry, offshore industry, marine engineering and security technology, etc),
mining and logistic (mining transportation, machinery & equipment, mining & mineral, etc),
machinery and tools (General mechanical part & components, construction machinery,
equipments & tools, welding equipments, pneumatic & machines tools) and environment
technology products (ecology protection, polluted site remediation & restoration, pulverization
equipments, chemical machinery, etc). Dalam masa yang sama peserta akan dapat bertukar-tukar
maklumat perniagaan dengan pengeluar dan pengimport dari dalam dan luar Negara.

Borang penyertaan boleh didapati daripada pejabat DPMMS atau sila hubungi Puan Azura 03
55100 753/ 013 3900735. Tempat adalah terhad.

Penyertaan awal amat digalakkan memandangkan harga tiket kapalterbang yang tidak menentu.
Pengesahan penyertaan hendaklah dibuat dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM300.00
(tidak dikembalikan) iaitu untuk bayaran tiket kapalterbang.

Semoga dengan penyertaan YBhg Dato’/Datin /Tuan/Puan dalam lawatan dagang ini dapat
membawa manfaat dan boleh meluaskan lagi jaringan perniagaan antara usahawan di kedua-dua
buah negara.
Program mencari rakan strategik perniagaan dalam industri herba dan produk makanan kesihatan sempena Interfood Indonesia 2011 di Jakarta dari 29 September-
2 Oktober 2011

Adalah dengan segala hormatnya di maklumkan bahawa DPMMS melalui Biro Perhubungan Kerajaan dan
Keahlian bercadang menganjurkan satu program kearah mencari rakan strategik perniagaan dalam industri
herba dan makanan kesihatan dengan pihak Indonesia sempena dengan ekspo makanan dan pertanian terbesar
Indonesia iaitu Interfood Indonesia 2011.

Interfood Indonesia 2011 di anjur serentak dengan Fish and Seafood Indonesia Expo, Bakery Indonesia,
Herbal and Healthfood Indonesia, Food Ingredients Indonesia, Food & Hospitility Indonesia, Agri Indo Expo
2011, All Pack Indonesia 2011, Cosmetic Processing Packaging, Food Processing Packaging, Pharmaceutical
Processing Packaging dan ianya di adakan di bawah satu bumbung.

Pameran ini sesuai untuk usahawan dalam bidang pertanian dan industri asas tani, pengusaha herba dan
makanan kesihatan, syarikat bioteknologi, syarikat pengeluar permakanan kesihatan, pengeluar industri
makanan dan bakery, agensi-agensi kerajaan, badan-badan keusahawanan dan perniagaan institut perubatan,
syarikat nutrisi, pengeluar ubat-ubatan, pemilik restoren dan hotel, perkhidmatan makanan dalam pesawat
penerbangan,institut penyelidikan dan pembangunan, pengimport mesin dan peralatan serta juga penjual
produk yang berkaitan.

Kesemua sektor yang di pamerkan adalah sama pentingnya tetapi pihak biro yang bermesyuarat pada 19 Julai
2011 lalu telah memutuskan untuk melakukan jejak pasaran sepenuhnya dalam sektor Herbal and Healthfood
Indonesia.

Pihak Biro juga telah membuat cadangan untuk membentuk satu Jawatankuasa Pemantauan Pakatan
Strategik Perniagaan Malaysia-Indonesia dalam usaha membina jaringan jejak pasaran berkenaan serta
melebarkan kerjasama dan permuafakatan menang menang dengan pengusaha herbal dan produk makanan
kesihatan Indonesia.

Jawatankuasa ini nanti akan berperanan mencari jalan untuk mengeratkan kerjasama sehingga dapat
mempermudahkan kemasukan produk Malaysia ke Indonesia. Semua produk ke Indonesia perlu melalui
tapisan Badan Pemantauan obat dan Makanan (BPOM) dan ianya di katakan begitu ketat dan mengambil
masa. Maka dengan itu Jawatankuasa yang akan di tubuhkan ini perlu mencari kaedah yang terbaik agar
proses di BPOM dapat di permudahkan kepada produk dari Malaysia khususnya ahli-ahli DPMMS.
Untuk itu program di Jakarta ini nanti akan turut diperlengkapkan lagi dengan majlis taklimat bersama BPOM,
taklimat dengan GP Jamu Indonesia Herbal and Health, Padanan Perniagaan dengan pengusaha Indonesia di
samping mengadakan makan malam dan majlis taklimat khas bersama Persuruhjaya Perdagangan Malaysia di
Jakarta. Pihak biro juga sedang memperkemaskan aturcara dalam usaha memantapkan lagi program jejak
pasaran yang begitu penting kepada pembangunan keusahawan Melayu ini.

Kos menyertai program ini ialah RM 1,880.00 seorang untuk twin sharing dan RM 2,280.00 untuk single.
Program ini untuk dewasa sahaja dan tidak dibenarkan membawa kanak-kanak bersama.

(Harga di atas sudah meliputi penerbangan pergi balik Kuala Lumpur –Jakarta, Penginapan, makan minum,
pengangkutan, pas memasuki ekspo dan acara-acara yang telah di tetapkan)

Untuk itu pihak Biro ingin menyarankan tiga perkara berhubung dengan program yang di nyatakan di atas
tadi:

1) Menjemput ahli-ahli untuk menyertai lawatan ke Jakarta semperna program jejak pasaran-Mencari
rakan strategik perniagaan dalam industri herba dan produk makanan kesihatan sempena Interfood
Indonesia 2011 di Jakarta dari 29 September-2 Oktober 2011 dan

2) Menjemput ahli-ahli yang bercadang untuk memasarkan produk ke Indonesia atau ahli yang boleh
memberikan cadangan buah fikiran untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Pemantauan Pakatan Strategik
Perniagaan Malaysia-Indonesia. Mesyuarat Jawatankuasa ini akan di adakan sebaik sahaja mendapat
reaksi dan penyertaan daripada ahli-ahli serta

3) Menjemput ahli-ahli untuk menghadiri Malam Interaksi Biro Perhubungan Kerajaan dan Keahlian di
Bandung. Program ini di atur khusus untuk berinteraksi dan membentuk jaringan mesra sesama ahli
DPMMS

Bersama-sama ini di sertakan aturcara dan borang penyertaan untuk tindakan ahli-ahli selanjutnya.

Pengesahan penyertaan hanya akan di perakui setelah semua pembayaran di selesaikan di atas
nama Lestari Creative Marketing no akaun maybank 514066336491. Keterangan lanjut hubungi
seketeriat DPMMS di talian 03 55199110, 55199106 untuk perhatian Pn Fauziah Ishak.
PAKEJ UMRAH & ZIARAH BERSAMA AHLI-AHLI DPMMS

Adalah dimaklumkan bahawa, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Selangor (DPMMS) melalui Biro
Perhubungan Kerajaan & Keahlian buat julung kalinya akan menganjurkan Pakej Umrah & Ziarah Bersama Ahli-
Ahli DPMMS yang dijadualkan pada 15 Februari – 26 Februari 2012 selama 12 hari / 10 malam dengan
penerbangan Saudi Airline.

Pakej ini merangkumi penginapan di Makkah & Madinah, tiket kapalterbang pergi/balik, perkhidmatan visa umrah,
mutawwif, makan minum, pengangkutan serta ziarah dan melawat ke tempat bersejarah di Makkah dan Madinah.
Dalam pakej ini juga turut menyediakan ceramah motivasi – Umrah & Hijrah dan jalan-jalan cari iman.
Maklumat pakej adalah seperti berikut:-

HOTEL PENGINAPAN *****


MAKKAH

DAR EIMAN
MADINAH HOTEL PENGINAPAN *****

MOVENPICK @ SETARAF
BILIK BER 4 RM 6750.00 SEORANG

BILIK BER 3 RM 7150.00 SEORANG

BILIK BER 2 RM 7750.00 SEORANG

Penyertaan awal amatlah digalakkan.Pengesahan penyertaan hendaklah dibuat dengan bayaran pendahuluan
sebanyak RM 500.00 seorang bagi tujuan tempahan tempat. Manakala bayaran penuh perlu dibuat selewat-
lewatnya 1 bulan sebelum dari tarikh berlepas.

Borang penyertaan boleh didapati daripada Pejabat DPMMS dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Januari
2012. Untuk sebarang pertanyaan dan urusan pendaftaran, sila hubungi Puan Fauziah Ishak di talian 03-5510
0761 / 5519 9110.
PROGRAM PENINGKATAN PRODUKTIVITI & INOVASI 2011
Sukacita dimaklumkan Jabatan Inovasi Enterprise (EI), Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) ingin menjemput ahli-ahli dpmms untuk menyertai kursus yang akan
dijalankan seperti berikut :

TAJUK PROGRAM TARIKH PROGRAM


1. Strategic Creative ang Innovative Thinking. 13 - 14 Oktober 2011
2. Talent Management For SME Development 18 - 19 Okober 2011
3. Inno-Kreatif 18 - 19 Okober 2011

Sila layari laman web MPC (www.mpc.gov.my) untuk maklumat lanjut tentang kurus berjadual yang lain.Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan sekretariat kursus:

Pn. Dasina Ibrahim Tel :03 - 7951 2391 dasinaib@mpc.gov.my


Pn. Hanisah Mohd Ramli Tel :03 - 7955 7266 hanisah@mpc.gov.my

Sekian,Terima Kasih.
Putrajaya lancar Teraju kukuh agenda ekonomi Bumiputera
Putrajaya lancar Teraju kukuh agenda ekonomi Bumiputera TERKINI @ 03:17:25 PM 08-02-2011 February 08, 2011 PUTRAJAYA, 8 Feb — Datuk Seri Najib Razak hari ini
melancarkan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) bagi memperkukuhkan lagi agenda pembangunan golongan berkenaan. Perdana Menteri berkata agensi itu akan
berfungsi bagi meneraju, mengurus serta memacu penyertaan golongan Bumiputera dalam ekonomi melalui pelbagai inisiatif baru serta sedia ada. Teraju akan memberi
tumpuan kepada lima perkara iaitu keusahawanan dan penciptaan kekayaan; pembiayaan; pendidikan dan penggajian; penilaian institusi dan instrumen polisi serta pengurusan
stakeholders, katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) di pejabatnya di sini hari
ini. Najib (gambar) berkata bagi memastikan pelaksanaan inisiatif Bumiputera yang berkesan, peranan Teraju akan meliputi beberapa aspek dan dimensi. “Kita minta supaya
Teraju dapat memastikan hasil dalam jangka waktu terdekat. Ini meliputi tindakan-tindakan yang boleh membawa kejayaan dalam masa terdekat. “Teraju juga diminta
meningkatkan keberkesanan institusi termasuk mengkaji sama ada terdapat pertindihan dengan pelbagai badan dan institusi pada masa ini dan melihat keberkesanan institusi
itu serta segala program yang sedang dilaksanakan,” katanya, sambil menyatakan bahawa Teraju juga akan berfungsi sebagai urusetia untuk MTAB. Perdana Menteri berkata
Teraju juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk mengenal pasti program-program baharu supaya segala tindakan yang dilaksanakan dapat diselaraskan.
Bagi menentukan penilaian inisiatif yang berkesan, katanya Teraju akan melengkapkan pangkalan datanya dan membuat pemantauan terhadap program-program yang
dilakukan. — Bernam
ADALAH menjadi hasrat DPMMS untuk menjaga kepentingan ahli-ahlinya.

Tujuan utama penubuhannya seperti yang terkandung di dalam perlembagaan adalah:

 Menubuh dan mewujudkan satu pertubuhan perniagaan Melayu di peringkat Kebangsaan dan Negeri untuk kepentingan dan faedah Melayu di lapangan
perniagaan dan iktisas.

 Menyatupadukan peniaga dan iktisas Melayu untuk kepentingan dan faedah ekonomi Melayu.

 Memastikan terjaminnya kepentingan ahli di dalam undang-undang yang digubal atau dipinda di Malaysia yang berkaitan dengan perniagaan Menentukan aktiviti
DPMM Negeri dan Ahli bergabung adalah selaras dengan asas dan tujuan Dewan.

 Menerbitkan majalah atau risalah yang berkaitan dengan perniagaan. Membantu atau mewakili ahli di dalam perbincangan berkenaan perdagangan, pembelian,
penjualan, dan lain-lain samada di dalam atau di luar Malaysia.

 Menubuhkan tabung-tabung biasiswa, amanah dan lain-lain untuk kebajikan ahli dan sekiranya perlu untuk membantu ahli, pertubuhan, perbadanan atau
persatuan Bumiputera dan mana-mana orang Melayu yang memerlukannya.

 Membuat perhubungan atau bekerjasama dengan lain-lain badan atau persatuan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Dewan. Mengeluarkan Sijil
Tempasal (Certificate of Origin) atau lain-lain sijil ke atas barangan yang diekspot dari Malaysia. Membeli, menjual, menggadai, memajak, memiliki, menyewa,
menukar hak milik, menyerah, memaju dan membuat lain-lain urusan bersangkutan dengan tanah, saham atau lain-lain harta.

 Membina bangunan untuk kegunaan atau kepentingan Dewan. Meminjam wang untuk kegunaan atau kepentingan Dewan.

 Menjalankan penyelidikan dalam semua masalah dan untuk memajukan atau mencadangkan kaedah tindakan dan prosedur yang dianggap perlu atau berfaedah
untuk semua atau salah satu daripada asas dan tujuan Dewan.

 Menubuhkan Yayasan untuk kebajikan, pelajaran, latihan, pengurusan,dan kemahiran dalam bidang ekonomi dan perniaaan.

 Mengadakan kerjasama di peringkat antarabangsa dan menjalinkan hubungan dengan dewan perniagaan luar negara serta pertubuhan ekonomi lain.

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Selangor menawarkan berbagai-bagai kemudahan dan perkhidmatan kepada ahli-ahli di dalam meningkatkan prestasi
perniagaan mereka.

Sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab dan berkesan di dalam memberikan khidmat nasihat kepada kerajaan mengenai isu-isu ekonomi atau yang berkaitan dengan
perniagaan, DPMMS juga bertanggungjawab memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk faedah ahli-ahlinya.

Iltizam yang konsisten ini boleh dilihat melalui fungsi-fungsi perkhidmatan seperti berikut:-

 Pengedaran Maklumat berkaitan ekonomi dan perniagaan termasuklah pertanyaan dagang.

 Menganjurkan seminar,dialog,bengkel, kolokium bagi memperbaiki serta meningkatkan pengetahuan terhadap peluang-peluang perniagaan.

 Mengatur dan mengadakan mesyuarat atau perjumpaan antara ahli-ahli dengan kumpulan peniaga dari dalam atau luar negara.

 Menyediakan kertas-kertas cadangan atau memorandum kepada Kerajaan bagi pihak ahli-ahli Menyediakan surat sokongan kepada pihak kerajaan, agensi-
agensi atau sektor swasta untuk ahli-ahli yang memerlukannya.

 Menganjurkan misi dagang ke luar negeri Menjadi ahli lembaga atau majlis di dalam agensi atau badan-badan kerajaan bagi mewakili ahli-ahli memberikan
bantuan secara langsung kepada ahli-ahli yang mempunyai masalah tertentu.

 Memberikan bimbingan dan nasihat mengenai nasihat perkara yang berkaitan dengan perniagaan seperti regulasi kastam, perbankan, isu-isu perundangan atau
pun insentif kewangan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan.

 Menyediakan perpustakaan yang dapat memberikan perkhidmatan sebagai pusat sumber kepada ahli-ahli yang memerlukan kerja-kerja penyelidikan mengenai
perniagaan.

 Memberi pengiktirafan kepada usahawan Bumiputera tempatan yang telah berjaya dengan cemerlang di bidang perniagaan.

 Acara tahunan ini dipanggil 'Malam Anugerah Cemerlang'.

 Menganjurkan pameran atau expo perdagangan.


welcome to my world
MISI MENINJAU PELUANG PERNIAGAAN DI KEMBOJA

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) telah menganjurkan satu misi meneroka
peluang-peluang perniagaan di Kemboja pada 27 Julai hingga 1 Ogos yang lalu. Misi tersebut
telah dijalankan dengan kerjasama Council for Development of Cambodia (CDC) dan Cambodia
Chamber of Commerce (CCC). Manakala Detik Aturan Sdn Bhd dan Eminziki Co Ltd bertindak
sebagai Koordinator misi tersebut. Seramai 20 orang usahawan telah menyertai misi tersebut
dengan mewakili 8 sektor perniagaan. Diantara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang misi
tersebut adalah:

1. Kunjungan hormat dan perbincangan bersama wakil Timbalan Perdana Menteri Kemboja yang
juga Menteri Ekonomi dan Kewangan iaitu H.E. Kong Vibol. Beliau menyebut betapa kerajaan
kemboja memandang tinggi kemajuan yang ditelah dicapai oleh Malaysia dan komitmen
didalam membangunkan Kemboja pada tahun-tahun 90an. Dimana Malaysia adalah merupakan
Negara pelabur terbesar pada ketika itu. Namun setelah kemboja mencapai tahap kestabilan
politik yang lebih baik, kemasukan pelabur Malaysia telah jatuh ke tangga ke tiga. Justeru
beliau mempelawa peserta DPMMS ntuk melihat peluang-peluang yang ada sepanjang misi
tersebut

2. Seminar Peluang-peluang perniagaan di Kemboja yang dianjurkan oleh Council for


Development of Cambodia ( CDC). Peserta DPMMS telah disajikan dengan pembentangan
terperinci oleh H.E. Chanthol Sun, Menteri Kanan dan Naib Pengerusi Council for the
Development of Cambodia berhubung kelebihan, peluang dan galakkan yang diberikan oleh
Kerajaan Kemboja kepada syarikat-syarikat Malaysia yang berminat untuk melabur di kemboja.
Beliau menyebut bahawa Kemboja berpotensi sebagai pintu masuk kepasaran Kemboja dan
juga Negara-negara Indochina yang lain seperti Laos dan Vietnam dan juga pasaran Asean
secara umum.

3. Mesyuarat dan perbincangan bersama wakil Cambodia Chamber of Commerce (CCC)


bertujuan meluaskan jaringan perniagaan dikalangan peserta DPMMS dan juga ahli peniagaan
Kemboja. Sesi tersebut telah berjaya membuka beberapa peluang perniagaan dikalangan
peserta untuk meneroka pasaran Kemboja.

4. Lawatan Industri. Para peserta telah diberi peluang untuk melihat beberapa projek
infrastruktur yang sedang dijalankan dan sudah beroperasi di Kemboja. Antara tempat yang
dikunjungi adalah projek pembangunan perumahan dan Phnom Penh Water Authority.

Misi Perdagangan yang dianjurkan ini telah Berjaya membuka mata para peserta tentang banyaknya
peluang-peluang perniagaan dan pelaburan yang berpotensi untuk dimajukan. Dikala negara itu sedang
dilanda ketidakstabilan pelabur Malaysia berpusu-pusu masuk. Namun dikala Negara tersebut sudah
mencapai kestabilan politik , pelabur dari Negara lain seperti China dan Korea yang mendominasi
pelaburan disana.
Posted by alpijai

Labels: CDC, CIB, COUNCIL FOR THE DEVELOPMENT OF CAMBODIA, DETIK ATURAN SDN
BHD, EMINZIKI CO LTD, kemboja

1 COMMENTS:
AQonly said...

Salam Jai,
Boleh tolong call balik ada perkara nak tanya...sori no phone hilang.Call no asal x
berubah lagi.

Tq. Wassalam
AQ

August 14, 2009 11:18 AM

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Followers

Blog Archive
 ► 2011 (4)
o ► August (1)

 Malaysia's Largest Capacity Biomass Solid Fuel Pel...

o ► July (2)

 Lawatan kerja ke Projek Penanaman Ubi Kayu (Cassav...

 untuk renungan

o ► April (1)

 ZIKI'S BURGER AKAN DATANG KE CAMBODIA

 ► 2010 (1)
o ► June (1)

 industri burung walit

 ▼ 2009 (13)

o ► October (1)

 SUBHANALLAH

o ▼ August (1)

 MISI MENINJAU PELUANG PERNIAGAAN DI KEMBOJA

o ► June (1)

 RENCANA KOMPOS DI UTUSAN MALAYSIA 26 JUN 2009

o ► May (4)

 MEDIA COVERAGE

 SEBUAH KAMPUNG BERNAMA PENAMBAWAN

 KENYATAAN MEDIA

 MENGGALAKKAN MASYARAKAT MENGHASILKAN KOMPOS

o ► April (2)

 START YOUR OWN COMPOSTING

 Dylan Wilk owns a computer games company firm in...

o ► March (2)

 LEISA

 JAKARTA YANG GEDE


o ► February (2)

 CAMBODIA 2

 CAMBODIA

Wednesday, 24 January 2007

SELANGOR - PILIHAN TERBAIK UNTUK MELABUR

NEGERI Selangor adalah sebuah negeri yang memepunyai pertumbuhan ekonomi yang paling
pesat di Malaysia.Di dalam Rancangan Malaysia ke enam (1991-1995) Selangor mencapai
pertumbuhan ekonomi 10 pertus, melebihi pertumbuhan ekonomi negara dan dijangka
mencapai 12 peratus menjelang tahun 2005.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah RM14.4 bilion pada tahun 1990 dan dijangka
mencapai RM30.1 bilion pada tahun 2005 dengan sector pembuatan sebagai penyumbang
utama.

Keluasan Negeri Selangor ialah 796,084 hektar (8,200 km persegi) dan penduduknya adalah
seramai 2,831,43 orang. Kerajaan Negeri mempunyai perancangan jangka panjang untuk
membangunkan segenap pelusuk Negeri Selangor dan sehingga kini beberapa kawasan
perindustrian baru sedang dibangunkan.

Menjelang tahun 2005, negeri ini dijangka membangunkan 14 buah lagi kawasan perindustrian
baru iaitu Sungai Lang, Sungai Buluh, Sungai Gapi, Lembah Bernam, Kuala Selangor, Pulau
Carey, Putrajaya, Kuala Kubu Bharu, Ulu Yam, Sungai Buaya, Bukit Beruntung, Salak Tinggi,
Pulau Meranti dan Rasa.

Kawasan-kawasan pembangunan yang aktif sekarang ialah Pembangunan Koridor Lembah


Klang, Koridor Raya Multimedia, Koridor Pesisir Pantai Selatan, Koridor Sungai Buluh- Ulu
Bernam dan Koridor Kuala Rawang-Kuala Kubu Bharu.
Koridor berpotensi lain ialah Koridor Pesisr Pantai Utara, Koridor Sungai Besar-Ulu Bernam,
Koridor Kuala Selangor-uala Kubu Bharu dan Koridor Banting-Bagan Terap.

Pembangunan di kawasan sempadan ialah Pembangunan Lembah Bernam yang meliputi


Serendah, Tanjung Malim dan kawasan sempadan Perak-Selangor dan Pembangunan Anjung
Selatan melipiti Sepang, Nilai, Port Dickson dan Melaka.

Negeri Selangor terbahagi kepada sembilan daerah iaitu:-

Keluasan Penduduk
(hektar) (orang)

Sabak Bernam 99,717 104,942

Kuala Selangor 117,884 129,294

Klang 62,678 474,070

Kuala Langat 85,775 144,169

Petaling 48,432 813,000

Sepang 59,966 59,290

Hulu langat 82,620 554,809

Gombak 65,008 464,738

Hulu Selangor 174,047 87,130

Objektif pembangunana Negeri Selangor boleh dirumuskan seperti berikut:-


<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Untuk menjadikan Selangor sebuah negeri
perindustriandan penguasaan pembangunan Teknologi Tinggi di Negara ini 15 tahun
lebih awal daripada sasaran Negara.
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Membuat sasran untuk menjadikan sector pembuatan
menyumbang sebanyak40 peratus dalam KDNK menjelang tahun 2005 daripada 37
peratus pada tahun 1992.
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Mencapai pertumbuhan ekonomi 10 peratus setahun.
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Merancang mewujudkan masyarakat ushawan
terutamanya Bumiputera dan menguasai kepakaran untuk menerajui sector industri dan
pernniagaan di Negeri Selangor.
Selangor merancang untuk memperolehi pelaburan berjumlah RM50 bilion menjelang tahun
2005 iaitu pada kadar RM5 bilion setahun. Sasaran Negeri Selangor untuk galakan pelaburan
tertumpu kepada industri berat dan Hi-tech, pembuatan, pembangunan infrastruktur, industri
berdasarkan marin dan aktitviti berkaitan pelabuhan, perkhidmatan kesihatan, industri angkasa
lepas, telekomunikasi dan teknologi maklumat, industri berasaskan pertanian dan juga
perdagangan.

Negeri Selangor turut menawarkan beberapa kemudahan kepada pelaburnya


termasuklah:-
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Kemudahan hubungan udara dan laut ke Timur Jauh,
Eropah dan juga Amerika Syarikat.
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Kemudahan infrasruktur yang terancang terutama
rangkaian jalanraya, air dan elektrik serta kemudahan-kemudahan lain termasuk
pelabuhan dan juga lapangan terbang.
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Pertambahan projek perumahan disebabkan
pertambahan penduduk kerana perpindahan buruh daripada negeri yang kurang
pembangunan dan seterusnya terlibat di dalam latihan pembangunan tenaga pekerja.
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Upah tenaga kerja yang menarik.
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Harga bangunan kilang dan tanah yang menarik.
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Garispanduan hak milik asing yang memebenarkan
pegangan sehingga 100 peratus. Pelabur luar negara dibenarkan membawa tenaga
pakar mereka sendiri. Insentif pelaburan meliputi status perintis, cukai pelaburan dan
insentif elaun untuk penyelidikan, pembangunan dan latihan.

Last Updated ( Wednesday, 24 January 2007 )

Mencari pelabur tempatan yang dinamik

TAN SRI ROZALI ISMAIL ialah Presiden Majlis Perundingan Ekonomi Melayu (MAPEM) dan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS)

SEMASA merasmikan pembukaan Sidang Kemuncak Pelaburan Domestik (Domestic Investment Summit) di Kuala Lumpur baru-baru ini, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak,

menggesa lebih ramai para pelabur tempatan untuk melabur di dalam Malaysia serta meneroka peluang-peluang sedia ada.

Perdana Menteri turut menyarankan agar para pelabur tempatan memberikan sumbangan kepada negara, setanding dengan sumbangan para pelabur asing di negara ini.

Saranan ini diharap dapat memantapkan lagi ekonomi negara terutamanya semasa ekonomi kuasa dunia kini yang semakin merudum, dan dikhuatiri akan menganggu-gugat

ekonomi negara jika tidak dibendung.


Bagi mencerminkan komitmen yang jitu, kerajaan telah mengambil inisiatif menyediakan pelbagai insentif serta prasarana yang mesra kepada para pelabur tempatan, selain

memberi peluang sama rata kepada mereka untuk meraih faedah daripada perkembangan ekonomi negara ini. Sehubungan itu, adalah diharap agar para pelabur tempatan

menjadi sumbangan baru di dalam memacu perkembangan ekonomi negara.

Walaupun kebergantungan negara kepada para pelabur asing masih lagi tinggi bagi memastikan ekonomi Negara berkembang, akan tetapi sumbangan para pelabur tempatan

kini menjadi semakin penting terutamanya semasa ketidakstabilan ekonomi global di samping perubahan pasaran semasa yang sentiasa tidak menentu.

Dengan adanya sumbangan para pelabur tempatan ini, pelaburan persendirian di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) akan dapat dipertingkatkan, dan seterusnya

memastikan bahawa hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berstatus pendapatan tinggi pada 2020 berada di landasan yang betul.

Kemelesetan ekonomi serta pergolakan di United Kingdom, timbunan hutang menggunung yang menimpa Amerika Syarikat dianggarkan sebanyak US$600 bilion serta

ekonomi Jepun yang menjunam sejak 50 tahun lalu perlulah diteliti dan diambil iktibar, agar negara tidak turut terjebak ke dalam situasi yang sama.

Oleh itu, saranan ini dilihat sebagai komitmen kerajaan di dalam mengkaji semula struktur dan strategi ekonominya bersesuaian dengan situasi semasa ekonomi global. Kita

tidak boleh memandang remeh akan kebolehan serta kemampuan para pelabur tempatan.

Walaupun jumlah mereka kecil, akan tetapi mereka juga memainkan peranan yang penting serta memberikan impak yang besar di dalam memacu pertumbuhan ekonomi

negara secara keseluruhannya.

Sehubungan itu, kita menjangkakan bahawa polisi fiskal baru kerajaan yang akan di umumkan oleh Perdana Menteri tidak lama lagi akan mencerminkan sokongan kerajaan di

dalam menarik lebih banyak penyertaan para pelabur tempatan agar ekonomi negara dapat digerakkan ke arah yang lebih positif.

Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP), Model Ekonomi Baru (NEM) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) tidak dapat

dilaksanakan serta disempurnakan dengan baik sekiranya tidak mendapat sokongan para pelabur tempatan, sama ada dari aspek ekonomi, politik mahupun sosial.

Akan tetapi, semasa sesi sidang kemuncak tersebut, Perdana Menteri menyatakan bahawa realitinya, pelaburan tempatan Malaysia kini adalah sangat sedikit berbanding

sasaran tahunan sebanyak RM94 bilion.

Situasi ini agak membimbangkan memandangkan cita-cita kerajaan untuk menjadi negara berstatus pendapatan tinggi dan membangun pada 2020 akan terjejas jika para

pelabur tempatan tidak menyertai serta memainkan peranan masing-masing di dalam aktiviti-aktiviti pertumbuhan ekonomi negara pada masa ini.

Kenyataan Perdana Menteri ini menunjukkan kepentingan pelaburan tempatan di dalam mengukuhkan lagi ekonomi negara. Ia juga dilihat sebagai suatu cabaran kepada para

peniaga tempatan di masa akan datang.

Secara amnya, nisbah para pelabur tempatan dan asing adalah sebanyak 40:60 sejak lima tahun lalu. Di bawah ETP, kerajaan menyasarkan agar nisbah penyertaan pelabur

tempatan akan dapat ditingkatkan daripada 40% kepada 73%. Sejajar dengan hasrat ini, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai peluang melalui ETP sendiri.

Sebagai contoh, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) telah mengenalpasti 131 projek-projek yang dirujuk sebagai "Entry Point Projects" (EPPs) yang akan

dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang. Adalah diharapkan agar pelaksanaan projek-projek tersebut dapat menggalakkan lagi pelaburan persendirian di kalangan

para pelabur tempatan.


Hasrat ini tidak mustahil dapat dicapai, memandangkan pihak kerajaan telah mengenalpasti beberapa sektor yang berpotensi serta mempunyai impak yang tinggi untuk

diberikan sokongan serta keperluan pinjaman agar dapat berdaya saing di peringkat yang lebih tinggi.

Sektor-sektor tersebut termasuk industri halal, tenaga hijau, bioteknologi, angkasa lepas, elektronik lanjutan, farmasutikal dan peralatan perubatan serta industri kejuruteraan

penyelenggaraan-pembaikan-pemeriksaan.

Dari segi pelaksanaan inspirasi Perdana Menteri ini tidak mungkin dapat dicapai jika kerjasama erat di antara sektor swasta dan sektor awam tidak diseragamkan dan saling

bantu membantu antara satu sama lain.

Di pihak kerajaan juga adalah diharapkan peluang-peluang perniagaan yang boleh atau mampu dilaksanakan oleh syarikat tempatan tidak diberi kepada syarikat luar kerana

syarikat tempatan sudah tentu membelanjakan wang pendapatan di dalam negeri dan kesan gandaan yang lebih luas kepada syarikat tempatan.

Bagi mencapai hasrat ini, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri digesa memainkan peranan aktif di dalam menyediakan serta menyalurkan lebih banyak

insentif, sama ada fiskal mahupun bukan fiskal, bagi menarik lebih banyak para pelabur tempatan melabur di dalam negara.

Adalah menjadi hasrat juga agar peluang sama rata dapat diberikan kepada para pelabur tempatan di dalam menyertai pelbagai aktiviti pembangunan ekonomi negara, sama

seperti para pelabur asing.

Peluang kini terbuka luas kepada para pelabur tempatan. Mereka kini mempunyai dua pilihan - mengambil serta merebut peluang ini atau memilih untuk terus ketinggalan.

Build your own FREE website at Tripod.com Share: Facebook | Twitter | Digg | reddit

EKONOMI
Utusan Malaysia 19 mac 2001

Kemelut dan realiti usahawan Melayu

Oleh: AHMAD KAMIL MOHAMED


APABILA kita ingin mengkaji secara realistik tentang pembangunan usahawan Melayu yang
berkecimpung dalam perniagaan, kita perlu melihat daripada mana datangnya peluang untuk
mereka berniaga.

Peluang untuk berniaga adalah satu keperluan asas untuk menceburi bidang perniagaan. Untuk
itu kita perlu mendalami maksud peluang tersebut.

Peluang adalah situasi di mana usahawan dapat menghimpunkan cukup modal dan ilmu serta
kemahiran untuk menggabungkan teknologi dan kebolehan mengeluarkan produk atau
menyediakan perkhidmatan dalam satu bidang industri, memasarkan produk atau perkhidmatan
itu dan menguruskan transaksi bisnes tersebut sehingga ia dapat berkembang.
Perniagaan bukan satu situasi mudah iaitu peluang untuk buat duit tanpa memahami liku-liku
bidang tersebut dan tanpa persiapan dan persediaan yang mantap dan menyeluruh.

Rata-rata usahawan Melayu menceburkan diri dalam bidang keusahawanan tanpa persediaan
yang rapi dalam merealisasikan peluang yang ada. Ini bermakna mereka perlu melihat peluang
sebagai satu proses memperkembangkan ekonomi diri secara berdikari dengan menubuhkan
sebuah syarikat sendiri, menguruskan syarikat, menjalankan perniagaannya,
memperkembangkan urus niaga dalam sektor industri yang diceburi secara profesional.

Penulis ingin menekankan pengurusan perniagaan melalui penubuhan syarikat sendiri kerana
terdapat ramai orang Melayu yang menjadi broker ke hulu dan ke hilir membawa geran tanah
dan sebagainya untuk diniagakan. Kegiatan ini tidak sesuai dikategorikan sebagai langkah
keusahawanan yang sebenar dan profesional.

Ini merupakan cabaran utama kepada usahawan Melayu iaitu mengenal pasti peluang yang ada.
Peluang mestilah selari dengan kemampuan diri. Iaitu kemampuan untuk mengendalikan
perniagaan secara berterusan dan berkekalan dalam sektor yang diceburi.

Antara ciri-ciri yang menentukan kemampuan seseorang usahawan adalah keilmuan, kemahiran,
minat, sumber kewangan, tenaga, teknologi dan peralatan.

Peluang tidak boleh disamakan dengan tabiat suka mengikut. Iaitu satu tabiat di mana seseorang
itu berniaga sesuatu, contohnya restoran tomyam oleh kerana orang lain buat perniagaan tersebut
tanpa menyelidiki ciri-ciri kemampuan diri.

Cabaran kedua yang dihadapi oleh usahawan Melayu selain mengenal pasti peluang secara
realistik mengikut kemampuan diri adalah tiadanya faktor-faktor pendorong yang menjamin
pembangunan produktiviti dalam sektor yang diceburi. Contohnya penulis memulakan
perniagaan dalam sektor penerbitan majalah pada tahun 1992.

Keputusan ini dibuat setelah membuat kajian industri penerbitan di Amerika Syarikat semasa
berlajar di sana. Pada tahun 1983, di negeri Iowa yang mempunyai penduduk seramai empat juta
orang ketika itu mempunyai tiga judul majalah pertanian untuk negeri itu sahaja.

Jadi apabila penulis mendapati tidak ada majalah komersial pertanian di negara ini pada tahun
1992 di mana penduduk negara ini ketika itu sekitar 18 juta orang maka sudah tentulah projek
bisnes penerbitan majalah pertanian dianggap berpotensi.

Menurut kajian penulis dengan hanya 10 iklan sahaja sudah cukup untuk menampung kos
operasi dan menjadikan projek perniagaan itu berdaya maju. Itu tidak termasuk hasil pendapatan
yang boleh diperoleh daripada jualan majalah kepada pembaca.

Malangnya apabila dilaksanakan agak sukar mendapatkan 10 syarikat untuk mengiklan dalam
majalah tersebut sedangkan terdapat beratus syarikat yang terlibat dalam sektor pertanian.
Malah bilangan majalah yang dibeli di pasaran juga tidak mencecah 3,000 naskhah. Maka projek
itu hanya dapat bertahan selama lima keluaran kerana kurangnya minat syarikat-syarikat besar
untuk menjadi pendorong yang produktif.

Faktor-faktor pendorong bagi pembangunan sektor secara produktif yang dimaksudkan di sini
adalah penglibatan semua pihak untuk menyokong secara langsung atau tidak langsung dalam
perkembangan sesuatu sektor perniagaan.

Dalam kes majalah pertanian, ia adalah pemangkin pembangunan sektor pertanian itu sendiri
kerana ia adalah satu-satunya bahan rujukan yang ada ketika itu. Jadi sepatutnya syarikat-
syarikat gergasi pertanian yang selalunya untung tahunan melebihi berpuluh juta ringgit mampu
mengiklan sepanjang tahun bagi memastikan pertumbuhan satu bahan yang boleh membantu
memperkembangkan sektor tersebut dengan lebih maju.

Namun perkara itu tidak berlaku. Pemikiran pembuat keputusan masih cetek dan tidak
berpandangan jauh. Mereka tidak memahami bagaimana usaha kecil sedemikian boleh
membantu kepada pembangunan satu sektor yang besar.

Semakin ramai meminati pertanian maka semakin banyak permintaan barangan, perkhidmatan
dan pinjaman kewangan berkaitan pertanian yang boleh berlaku. Seterusnya ia membantu
peningkatan urus niaga antara pelbagai bahagian (subsektor) dalam sektor industri tersebut.

Cabaran kurangnya faktor-faktor pendorong bagi pembangunan sektor secara produktif ini
berlaku dalam semua sektor industri seperti pelancongan, penerbitan, pembuatan, percetakan,
latihan dan pendidikan, pengiklanan, pengurusan acara, perundingan dan sebagainya.

Ia tidak hanya menjurus pada kurangnya peranan publisiti semata-mata tetapi melibatkan
pelbagai kerenah dan sikap tidak mahu berbelanja oleh pembuat keputusan dalam syarikat
gergasi ke arah pembangunan subsektor secara produktif.

Cabaran ketiga adalah kerenah birokrasi yang keterlaluan dan tidak konsisten. Faktor ini
datangnya daripada jentera kerajaan yang merupakan sektor yang diharapkan untuk
melaksanakan polisi yang menjamin pertumbuhan ekonomi negara.

Cabaran ini melibatkan kurangnya kelicinan jentera pentadbiran seperti proses membuat
keputusan yang lembap dan tidak profesional, proses membuat pembayaran yang lembab dan
sebagainya.

Tambah memburukkan keadaan adalah masalah rasuah dan hasad dengki pegawai-pegawai yang
terlibat.

Cabaran lain yang dihadapi oleh usahawan Melayu adalah pasaran yang terhad kepada produk
atau perkhidmatan syarikat mereka. Rata-rata syarikat Melayu bergantung kepada pasaran
daripada sektor kerajaan semata-mata yang sudah pasti tidak konsisten dan tetap.
Walaupun kerajaan menggesa usahawan Melayu untuk mendapatkan pasaran luar dan bebas
namun mereka tidak mampu bersaing oleh kerana kurangnya sokongan daripada pasaran sesama
kaum sendiri dan tanggapan negatif terhadap usahawan Melayu daripada kaum lain dalam
pasaran bebas.

Memandangkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh usahawan Melayu adalah besar dalam usia
keusahawanan yang masih muda dan mentah, maka mahu tidak mahu pembangunan usahawan
Melayu perlukan sistem anak angkat, payung, mentor, vendor, dan perlindungan yang adil.

Ia mesti dibuat atas dasar yang pragmatik dan pelaksanaan oleh semua pihak dengan menepati
realiti dunia perniagaan di negara ini sendiri.

Maka pastinya syarikat-syarikat gergasi tempatan dan agensi-agensi kerajaan perlu lebih proaktif
dalam usaha sebagai pendorong dan penggerak kepada pertumbuhan usahawan Melayu bukan
pesaing dan pencabar tanpa disedari oleh semua pihak.

* AHMAD KAMIL MOHAMED ialah AJK Biro Latihan dan Pendidikan, Dewan
Perniagaan dan Perindustrian Melayu Malaysia Selangor (DPMMS).

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi

AHLI BIASA (INDIVIDU)

FASAL 6.2.1 Melayu yang menjalankan perniagaan sebagai tuan punya


tunggal,atau tuan punya bersama di dalam sesuatu firma yang
berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 di
semenanjung Tanah Melayu atau Sabah atau Sarawak atau
mana mana Wilayah Persekutuan. Seseorang yang memohon
untuk menjadi ahli mengikut peruntukkan Fasal ini hendaklah
mendaftar dengan menggunakan nama perniagaan atau
perkongsian tersebut. Untuk tujuan itu beliau perlulah
mendapat kebenaran daripada rakan –rakan kongsi yang lain
membenarkan beliau bertindak sebagai penama bagi
perniagaan atau perkongsian tersebut,dengan syarat bahawa
jika sekiranya pendaftaran Perniagaan bagi perkongsian atau
perniagaan tersebut dibatalkan atau terbatal; atau nama
sebenarnya telah digugurkan, maka keahlian beliau akan gugur
dengan sendirinya.
FASAL 6.2.2 Melayu yang menjalankan perniagaan di Malaysia yang dilesenkan oleh
Kerajaan Persekutuan, Negeri atau Tempatan di Malaysia atau mana – mana
pihak yang berkuasa di Malaysia

AHLI BIASA (PROFESIONAL)

FASAL 6.2.3 Melayu Profesional ditakrif seperti berikut :

Mereka yang berdaftar dengan badan badan profesional


Pengarah Melayu dan/atau Melayu yang menjadi Ketua Eksekutif atau jawatan yang bersamaan
dengannya bagi manamana syarikat yang diperbadankan di dalam dan di luar Malaysia.

AHLI BIASA (SYARIKAT)

FASAL 6.2.4 Syarikat Perniagaan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat,


1965 dan memiliki seratus peratus (100%) oleh samada Kerajaan
Malaysia ataupun Kerajaan Negeri dengan syarat bahawa Majlis
Eksekutif Dewan diberi kuasa menentukan status Syarikat ini
dari masa ke semasa, dan dengan syarat syarikat tersebut perlu
menyerahkan Borang 24 dan Borang 49 yang kesemasa kepada
Majlis Eksekutif Dewan
FASAL 6.2.5 Syarikat Perniagaan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 Malaysia dan dimilik seratus peratus
(100%) oleh Melayu.

AHLI BIASA (KOPERASI)

FASAL 6.2.6 Koperasi yang didaftar di bawah Akta Pertubuhan Koperasi 1948 yang dimiliki seratus peratus (100%) oleh
Melayu.

Fasal Keahlian Fasal Yuran Yuran Pendaftaran Yuran Tahunan

6.2.1 10.2.1,10.3.1 RM 50 RM 50

6.2.2 10.2.1,10.3.1 RM 50 RM 50

6.2.3 10.2.2,10.3.2 RM 200 RM 150

6.2.4 10.2.2,10.3.2 RM 200 RM 150

6.2.5 10.2.2,10.3.2 RM 200 RM 150

6.2.6 10.2.2,10.3.2 RM 200 RM 150

You might also like