You are on page 1of 3

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia

1. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna


(KPDNHEP} ialah sebuah kementerian Malaysia yang ditubuhkan pada 27 Oktober 1990 untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri serta untuk meningkatkan keberkesanan perlindungan pengguna. Menteri KPDNHEP yang terkini (2009) ialah Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob. Berikutan daripada perubahan kepimpinan kerajaan Malaysia kepada Dato' Sri Najib Tun Razak pada Mac 2009, semenjak 11 Jun 2009, KPDNHEP kini dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) disebabkan oleh sektor koperasi negara yang sebelum ini berada di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang dimansuhkan, diletakkan di bawah kementerian ini.

Sejarah Penubuhan & Matlamat


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna ditubuhkan pada 27 Oktober 1990. Matlamat penubuhan Kementerian adalah untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika dan melindungi kepentingan pengguna.

Bidang tugas dan fungsi


Penentuan dan pemantauan harga barang-barang perlu; Perlesenan dan pengawalan pengeluaran, pengedaran dan penjualan barang-barang perlu; Hal ehwal perlindungan pengguna; Urusan berkaitan harta intelek yang meliputi hak cipta, cap dagangan, paten dan rekabentuk perindustrian; Perlesenan bagi penjualan dan pengedaran barangan petroleum dan petrokimia; Penyelarasan dasar: peraturan dan aktiviti-aktiviti berkaitan keselamatan industri petroleum, petrokimia dan gas; Pelesenan urusniaga jualan langsung; Membanteras penyelewengan dalam perdagangan ; Perlaksanaan peraturan timbang dan sukat; Pendaftaran dan penyeliaan syarikat dan syarikat-syarikat amanah; Pendaftaran dan penyeliaan perniagaan-perniagaan; Penggubalan dan pengkajian dasar dan strategi berkaitan pembangunan perdagangan dalam negeri, kepenggunaan dan harta intelek.

Organisasi
KPDNHEP mempunyai cawangan di setiap negeri di Malaysia, termasuk Kuala Lumpur, dan terdiri daripada 11 bahagian seperti berikut:
1. Bahagian Perdagangan Dalam Negeri 2. Bahagian Penguatkuasa 3. Bahagian Pembangunan Perniagaan 4. Bahagian Teknologi Maklumat 5. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 6. Bahagian Dasar dan Perancangan 7. Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan 8. Bahagian Audit Dalam 9. Bahagian Nasihat Perundangan 10.Bahagian Hal Ehwal Pengguna 11.Tribunal Tuntutan Pengguna.

Menteri yang terlibat adalah seperti berikut:

Datuk Seri Utama Shahrir Abdul Samad (2008- 2009) Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob (2009 - kini)

Biodata Dato Seri Ismail Sabri Yaakob Datuk Ismail Sabri bin Yaacob merupakan seorang Menteri Kabinet dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.. Beliau juga merupakan ahli Parlimen Bera dari UMNO, Barisan Nasional. Beliau dilahirkan di Temerloh, Pahang pada 18 Januari 1960. Beliau berkahwin dengan Datin Muhaini Zainal Abidin pada 1986. Anak beliau Dafi atau Gadaffi Ismail Sabri merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia Musim 5 iaitu sebuah rancangan realiti berbentuk hiburan yang kini menjadi seorang penyanyi. Pendidikan Ismail Sabri memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Bangau pada tahun 1967. Kemudian, beliau meneruskan pendidikannya di Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan pada 1973 dan Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Pahang pada 1976. Beliau kemudiannya belajar tingkatan enam di Jaya Akademik seterusnya menyambung pelajaran di Fakulti Undang-undang Universiti Malaya pada tahun 1980. Kerjaya Beliau telah memulakan kerjayanya mulai pada tahun 1985 sebagai seorang peguam. Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Temerloh pada 1987 dan Ahli Majlis Perbandaran Temerloh pada 1996. Pada tahun 1995, beliau dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Sabaruddin Chik. Selain itu beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pahang Tenggara (DARA) pada tahun 1995 juga Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia pada tahun yang sama. beliau dilantik srbagai meneteri perdangagan dalam negeri, Koperasi dan kepenggunaan pada 9/4/09

You might also like