You are on page 1of 18

ISU-ISU KEWANGAN

ISLAM
MINGGU 2
ISU 1: KEWANGAN KONVENSIONAL
• Senario; ketiadaan sistem perbankan & kewangan di Malaysia yang menawarkan
produk dan perkhidmatan secara syariah
• BNM ditubuhkan pada 1959; bank perdagangan pertama, 1923 (Kwong Yik Bank),
syarikat kewangan pertama, Maybank Finance Bhd (1960), Bank Saudagar pertama,
Permata Chartered Merchant Bankers Bhd (1970), syarikat insurans, pajak gadai serta
lain-lain institusi kewangan….bermula dengan konvensional
• Sehubungan itu, kesemua produk, perkhidmatan disediakan, bercirikan konvensional.
• Isu kewangan konvensional: Riba….simpanan, pelaburan, pinjaman…dilaksana
mengikut kadar bunga.
Penyelesaian Isu 1
• Sejarah awal kewangan Islam di Malaysia bermula dengan kewujudan
Tabung Haji (1963). Namun, objektif utamanya- menunaikan haji
• 1983; perbankan Islam pertama ditubuhkan; Bank Islam Malaysia Berhad
• 1985; Takaful pertama ditubuhkan; Takaful Malaysia Bhd
• 1997; senarai sekuriti patuh syariah di bawah MPS SC
• 1996: indeks syariah pertama; Indeks Islam Rashid Hussein Berhad (RHB)
• 1999: indeks syariah di Bursa Malaysia; Indeks Syariah (KLSESI)
Rujukan
• https://hrmars.com/papers_submitted/5949/History_of_the_Establish
ment_and_Development_of_Islamic_Banking_in_Malaysia.pdf

http://library.lol/main/CF56BF5B1C35119A80067E2EC9DF6F
6B
ISU 2: PERSAINGAN DALAM INDUSTRI

• Senario: amalan industri kewangan di Malaysia dilaksana secara dwi


sistem. Perbankan konvensional vs perbankan islam; insurans vs takaful,
bon vs sukuk, saham konvensional vs saham islam, unit Amanah vs unit
Amanah islam, pajak gadai vs ar-rahn dan lain-lain
• Produk yang ditawarkan antara kedua-dua sistem adalah sama…menerima
deposit, menawarkan pinjaman (rumah, kereta, kad, pertukaran mata wang
dsb)
• Isu: kewangan Islam melaksanakan kontrak syariah atau disebut sebagai
kontrak jual beli bagi menyelesaikan isu riba
• Dalam konteks jual beli, harga jualan adalah tetap/tidak diubah. Berbeza
dengan konvensional, kadar bunga naik, maka keuntungan semakin naik
• Dalam pembiayaan perumahan, harga jualan dilaksana menggunakan
capping rate/ceiling profit rate (harga siling).
https://islamicbankers.me/tag/ceiling-rate/

• Menggunakan harga siling ini, harga jualan adalah mahal berbanding


perbankan konvensional.
PENYELESAIAN
• Mekanisme kadar keuntungan boleh ubah (kadar keuntungan boleh
ubah (terapung)…
https://www.bnm.gov.my/documents/20124/834776/cp05_003_rencana_p
engenalan.pdf
• https://www.bnm.gov.my/documents/20124/761709/shariah_resolutions_2
nd_edition.pdf/3844f55b-8c0f-23ea-5a2a-9874dc416a04?t=15935464613
29
Contoh
ISU 3: PENGAWALSELIAAN TUNGGAL

• Senario;
Malaysia
mengamalkan
dwi sistem
kewangan
dengan
pengawalseliaan
oleh institusi
tunggal.
PENYELESAIAN
• Akta Bank Negara Malaysia 2009
• Majlis Penasihat Syariah, SC
https://e-muamalat.islam.gov.my/images/pdf-muamalat/7_peranan.pdf
https://www.sc.com.my/api/documentms/download.ashx?id=ba2ca284-7d00
-4c06-a856-77e838f33b77
ISU 4: SAHAM PATUH SYARIAH?
• Senario; Bursa Saham Tanah Melayu telah ditubuhkan dan perdagangan
saham awam bermula pada 9 Mei 1960
• Penyaringan sekuriti/saham pada peringkat awal tidak dilaksana secara berpusat di bawah SSM.
misalnya melaksana penyaringan sekuriti
BIMB Investment Management Berhad (“BIMB Investment”) 
patuh syariah sendiri bertujuan untuk kegunaan dalaman dan pelaburan pihak bank sendiri (Mohd
Yahya et al.,2013). “Mohd Yahya, M.H., Fidlizan, M., Azila, A.R., Nurhanie, M., & Fatimah
Salwa, A.H. (2013). “Pasaran Modal Islam di Malaysia: Mengembang atau Menguncup?” Jurnal
Perspektif, 5(2), pp. 1-14.
PENYELESAIAN
• Insiatif pasaran modal Islam dimulakan oleh pihak SSM dengan penubuhan Unit Pasaran Modal
Islam (UPMI) pada tahun 1994 bagi menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan untuk
memperkukuhkan pasaran modal Islam di Malaysia (Mohd Yahya & Joni Tamkin, 2009).
• sumbangan penting KPII adalah menyediakan metodologi saringan asas untuk menilai sekuriti-
sekuriti yang tersenarai di Bursa Malaysia
• pihak SSM telah menaik taraf peranannya sebagai penasihat syariah kepada SSM pada 16 Mei
1996, dikenali Majlis Penasihat Syariah (MPS). Hasilnya, senarai sekuriti patuh syariah pertama
diterbitkan kepada awam pada 18 Jun 1997 dengan 371 buah syarikat dikategori sebagai sekuriti
patuh syariah
• Pada peringkat awal, penilaian saringan berfokus kepada satu indikator syariah sahaja iaitu aktiviti perniagaan. Melalui
indikator ini, dua bentuk parameter diaplikasi iaitu parameter kualitatif dan parameter kuatitatif.
• Parameter kualitatif merupakan kriteria umum yang dilaksana bagi menilai aktiviti utama perniagaan sesebuah
syarikat sama ada bersesuaian atau berlawanan dengan syariah. Aktiviti utama syarikat yang berdasarkan perkhidmatan
kewangan berteraskan riba (contoh: bank perdagangan atau saudagar konvensional, syarikat kewangan konvensional),
perjudian dan pertaruhan (contoh; kasino, sport toto, nombor ekor), pengeluaran atau penjualan yang tidak halal atau yang
berkaitan (contoh: daging babi, arak, bangkai), aktiviti syarikat insurans konvensional, aktiviti hiburan yang tidak selaras
dengan syariah (contoh: disko, pub, kelab malam), pengeluaran atau penjualan yang berasaskan tembakau atau yang
berkaitan (contoh: rokok, cerut), pembrokeran atau jual beli sekuriti tidak patuh syariah dan aktiviti lain yang tidak selaras
dengan Syariah (contoh: pelacuran) dikategorikan sebagai tidak patuh syariah (Mohd Yahya & Joni Tamkin, 2009).
• Manakala, bagi syarikat yang melaksanakan aktiviti perniagaan bercampur, parameter kualitatif tambahan digunakan
beserta dengan parameter kuantitatif. Parameter tambahan berkenaan ialah imej syarikat yang baik dalam pandangan
masyarakat, aktiviti utama tidak bertentangan syarak sebagaimana parameter kualitatif umum, aktiviti atau sumber hasil
daripada unsur haram adalah amat kecil berbanding dengan hasil aktiviti utama, dan aktiviti teras syarikat mempunyai
kepentingan dan maslahah (kebaikan secara umum) kepada umat Islam dan negara. Tahap percampuran ini kemudiannya
dinilai menggunakan parameter kuantitatif yang yang melibatkan tanda aras. Laporan SSM yang mendedahkan kepada
awam senarai sekuriti dengan tanda aras khusus dapat diteliti bermula April 2004. Pada peringkat ini, tiga tanda aras
digunakan iaitu 5, 10 dan 25 peratus (SSM, 2004). Pada laporan Mei 2007 pula, sebanyak empat tanda aras
MPSSSM telah melaksanakan
semakan dalam metodologi
saringan ini pada tahun 2013
untuk mengurangkan
perbezaannya dengan
metodologi global (Wan Arliza
et al., 2016; EngkuNgah,
2016).
https://www.sc.com.my/development/icm/sh
ariah-compliant-securities/list-of-shariah-co
mpliant-securities
Contoh Kajian

http://www.geocities.ws/apacc/paper2norh
ana_vol5.pdf

You might also like