You are on page 1of 1

Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd.

(No. Syarikat 100995-U)

Sumber Manusia Kumpulan

Memo
Kepada Salinan Semua Warga PONSB dan PTMSB Presiden, Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. Presiden, Kesatuan Pekerja-Pekerja Proton Tanjung Malim Sdn. Bhd. : Pengurus Besar, Perkhidmatan Sumber Manusia : 29hb Disember 2011 : GHR/EE/BC/2011/DIS : PENJUALAN KERETA SYARIKAT TERPAKAI SECARA UNDIAN

Daripada Tarikh Rujukan PERKARA

Undian (balloting) bagi 179 unit kereta terpakai Syarikat telah berjaya disempurnakan pada hari Rabu, 28hb Disember 2011. Pihak Syarikat mengucapkan Tahniah kepada semua warga PROTON yang telah berjaya. Dilampirkan bersama ini, senarai nama warga PONSB dan PTMSB yang telah berjaya di dalam undian tersebut. Surat tawaran pembelian boleh diambil di Kaunter Sumber Manusia Kumpulan, Bangunan Pentadbiran bermula pada hari Jumaat, 30hb Disember 2011 dan surat tersebut hendaklah diambil selewat-lewatnya tujuh (7) hari bekerja dari tarikh surat tawaran dikeluarkan. Untuk makluman, semua warga yang terlibat, mengikut ketetapan Umum No. 1/2006 bertarikh 17hb Januari 2006, perkuisit daripada penggajian 6.12.1 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia yang menyatakan di mana asset seperti rumah, kereta atau mana-mana item lain diberi secara percuma ataupun dijual pada harga diskaun oleh majikan kepada pekerjanya, perbezaan di antara harga pasaran asset tersebut dan amaun yang dibayar oleh pekerja (jika ada) adalah perkuisit kepada pekerja. Amaun tersebut adalah pendapatan kasar daripada penggajian di bawah perenggan 13 (1a) ACP. Kami memohon KERJASAMA semua agar makluman ini dapat disampaikan dengan kadar segera kepada semua kakitangan di bawah jagaan tuan/puan yang tidak mempunyai kemudahan email. Sila hubungi Encik Halim Samad di sambungan 2139 atau Puan Sharifah di sambungan 2663 untuk sebarang pertanyaan.

NADZRIN RIJALUDIN
1

You might also like