You are on page 1of 2

10 Oktober 2008.

DatoPaduka Aiddie Azhari Bin Ghazlan(D.P.T.J)


No: 64, Jalan Raja Uda,
Kampung Baru,
50300 Kuala Lumpur
Pengarah
Jabatan Pengangkutan Jalan,
Wilayah Persektuan Kuala Lumpur,
Lot 14264 Jalan Genting Kelang,
53300 Setapak,
Malaysia.
U.P: Encik Mohd Nazri bin Osman
Tuan,
Per: Dokumen-Dokumen Asal Pembelian Motosikal Jenis Ducati 748R.
Saya merujuk kepada pertemuan serta perbincangan saya yang bertandatangan
dibawah dengan pihak tuan, pada 9hb.Oktober 2008, sekitar jam 3.30 petang,
bertempat di pejabat tuan berhubung dengan perkara diatas.
1. Saya amat berterima kasih diatas kesudian pihak tuan menunjukkan kepada
saya dokumen dokumen yang telah diserahkan kepada pihak JPJ untuk tujuan
pendaftaran Motosikal Jenis Ducati 748R tersebut, yang telah pun didaftarkan
bernombor pendaftaran WKW 748, atas nama Mokhtar bin Zainal Abidin,
beralamat di No.6, Jalan Tiga, Taman Pelangi.Gombak.Kuala Lumpur.
2. Untuk perhatian serta makluman pihak Tuan, sepertimana yang telah
diperjelaskan dengan terperinci semasa perbincangan kita, saya adalah
merupakan pemilik asal yang membawa masuk motosikal tersebut daripada
Kuching, Sarawak pada bulan Febuari 2003. Dalam bulan Jun 2003, saya
dapati motosikal itu telah dicuri oleh seorang yang bernama Mohd Khairul
Safari Bin Mohd Ali (No.KP: 760219-08-6155) yang saya amanahkan untuk
menyimpan dan menjaga motosikal tersebut buat sementara waktu, termasuk
dengan dokumen-dokumen pembelian motosikal tersebut, sebelum saya
sempat membuat kerja kerja pendaftaran di JPJ.
3. Semasa perbandingan dibuat keatas dokumen dokumen yang telah diserahkan
kepada pihak JPJ untuk tujuan perdaftaran yang lalu, dengan sesalinan
dokumen-dokumen asal yang ada dalam pemilikan saya, pihak tuan dan saya
telah sama sama bersetuju mendapati bahawa satu dokumen yang telah
diserahkan untuk tujuan pendaftaran tersebut, iaitu Letter Of Sale daripada
Syarikat Omar Developer telah dipalsukan!

Sehubungan dengan itu, bersama sama ini saya sertakan dokumen dokumen berikut
sepertimana yang yang dipinta, untuk rujukan, siasatan serta tindakan pihak tuan
selanjutnya:1. Letter of Sale daripada Syarikat Omar Developer.
2. Surat Pengesahan Pembelian Motosikal Jenis Ducati 748R daripada
Syarikat Omar Developer.
3. Letter of Confirmation daripada Syarikat Sporting Motors Pte Ltd,
Singapore.
4. Sesalinan Repot Polis terkini bertarikh 10hb.Oktober 2008.
Diatas keprihatinan, kerjasama serta tindakan tegas yang akan pihak tuan laksanakan,
saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Yang Benar,
.
(Dato Paduka Aiddie Azhari Bin Ghazlan (D.P.T.J))
s.k: 1. Datuk Solah Bin Mat Hassan,
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan;
2. Chief Inspector Edmund Wong
Ketua Balai Polis Jalan Travers

You might also like