You are on page 1of 1

NO 22-01, JALAN KOLAM AIR 1, TAMAN NONG CHIK HEIGHTS, 80100 JOHOR BAHRU, JOHOR D ARUL TAKZIM.

Rujukan kami :
Tarikh : 31 Oktober 2017

PENGARAH KASTAM NEGERI JOHOR


MENARA KASTAM
JALAN TUN ABDUL RAZAK (SUSUR 5),
TAMAN DATO ONN
80350 JOHOR BAHRU
JOHOR

Ybhg. Dato/tuan/puan

MOHON SUMBANGAN KENDERAAN TERPAKAI UNTUK KEGUNAAN PENGAKAP DAERAH JOHOR BAHRU

Adalah saya dengan hormatnya menarik perhatian YBhg. Dato/tuan/puan mengenai perkara di atas.

2. Dengan ini dimaklumkan pihak Pengakap Daerah Johor Bahru memohon jasa baik YBhg.
Dato/tuan/puan untuk memberi sumbangan kenderaan bagi kegunaan pihak Pengakap Daerah Johor
Bahru dalam melaksanakan pelbagai program yang telah dirancang samada dalam negara mahupun luar
negara.

3. Dengan adanya kenderaan ini, ia dapat membantu kemudahan perjalanan ahli-ahli pengakap
Daerah Johor Bahru dalam melaksanakan aktiviti dan program pengakap Daerah Johor Bahru.

4. Untuk makluman, Pengakap Daerah Johor Bahru juga sering menerima kunjungan pengakap dari
dalam mahupun luar negara dalam menjalin hubungan antarabangsa sekaligus membawa nama Negeri
Johor ke pesada antarabangsa. Selain itu, dengan adanya kenderaan ini, ia dapat mengurangkan
perbelanjaan urus Pengakap Daerah Johor Bahru.

5. Kami amat menghargai keprihatinan dan sumbangan yang diberikan agar dapat membantu
Pengakap Daerah Johor Bahru lebih berkembang selain membantu ahli-ahli pengakap Daerah Johor
Bahru lebih bergiat dalam menaikkan nama Pengakap Daerah Johor Bahru.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah.

--------------------------------------
Yaacob bin A. Karim
Ketua Pesuruhjaya
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor

You might also like