You are on page 1of 2

MOHD AZRU SHAHRIL BIN MOHD NOOR,

SMK TAMAN KOTA JAYA,


JALAN ANGGOR, TAMAN KOTA JAYA,
81900, KOTA TINGGI,JOHOR. 6 OGOS 2018
_______________________________________________________________________

OAKSVILLA SDN BHD (350800-T)


10 TH FLOOR,WISMA FIAMMA, NO.20, JALAN 7A/62A
BANDAR MANJALARA, 52200 KUALA LUMPUR

RAYUAN PENGURANGAN/PENGECUALIAN BAYARAN FAEDAH

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Seperti yang tuan sedia maklum, bayaran telah dibayar 100 peratus daripada
pihak Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) kepada pemaju
perumahan pada tarikh 18 Ogos 2016.

3. Pihak kami juga telah dimaklumkan bahawa adanya faedah daripada syarikat
tuan bertarikh 23 Ogos melalui surat yang dihantar iaitu faedah bayaran lambat yang
telah dibuat oleh pihak Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)

4. Sehubungan itu pihak kami merayu jasa baik pihak tuan supaya mendapat
pengecualian faedah seperti di atas kerana:

4.1 : Kami juga memerlukan belanja yang banyak untuk memasuki rumah
baharu ini dengan melengkapkan kelengkapan barangan rumah seperti
perabot, ubahsuai rumah pemasangan grill dan sebagainya.
Peruntukan wang juga diperlukan untuk berpindah dengan kos
menyewa lori dan kos upah mengangkut barang dari kediaman lama ke
kediaman yang baru ini.

4.2 : Seperti yang tuan sedia maklum, 20 Ogos 2018 ini merupakan Hari
Raya Haji.Jadi, saya dan suami memerlukan banyak wang untuk meraikan
hari raya tersebut kerana kami perlu pulang ke kampung halaman
serentak Jadi kos tambang untuk balik ke kampung halaman
menelan belanja yang tinggi di samping kenderaan yang sudah sampai
tahap untuk diselenggara.

4.3 : Saya juga telah mengesyorkan kepada 4 orang rakan saya supaya membeli
rumah yang sama dan mereka telah membelinya namun saya tidak
mendapat sebarang faedah. Saya juga tidak mendapat percuma kos
guaman
dan juga percuma Pendingin udara seperti yang diperolehi oleh rakan saya
yang membeli rumah yang sama.

5. Justeru itu, pihak kami memohon dan merayu keprihatinan tuan supaya
menimbang semua alasan yang dinyatakan diatas bagi tujuan pengecualian faedah
yang dikenakan terhadap kami. Jasa baik tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai
dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian,

Yang Benar,

( Tandatangan Pemilik Rumah)

Nama Pemohon

You might also like