You are on page 1of 2

Muhamad Syahmi Rifqi Bin Shariman

No 7-11-A-1G,
Jalan Besar,
Felda Taib Andak,
81000, Kulai,
Johor Darul Takzim.
___________________________________________________________________________

Pengarah,
Syarikat Air Johor,
Jalan Garuda
Peti Surat 262, Larkin
80350 Johor Bharu
Johor Darul Takzim 21 November 2023

Tuan,

PERMOHONAN PENGURANGAN BAYARAN BIL SAJ BULAN MEI DAN JUN


2014.
NOMBOR AKAUN : 81187101L6061398
NOMBOR BIL : L23101
JUMLAH BIL : RM 1589.40

Berhubung dengan perkara di atas, saya ingin memohon untuk pengurangan bayaran bil air
untuk kediaman saya seperti di alamat di atas.

2. Untuk makluman pihak Tuan, bil air sebelum untuk kediaman saya hanyalah RM
59.03 untuk bulan-bulan sebelumnya. Jumlah yang dicatatkan untuk dua bulan tersebut
amatlah tinggi bagi saya yang hanya tinggal berdua sahaja di rumah ini. Laporan telah dibuat
kepada pihak SAJ dan pihak SAJ telah datang untuk memeriksa meter di rumah saya.

3. Jumlah bil yang tinggi ini adalah berpunca daripada paip di belakang rumah saya
telah bocor dan apabila bacaan dibuat pada 4/10/2023, saya mendapati bil air rumah saya
telah naik mendadak. Saya telahpun membaiki paip rumah saya yang mana saya jangka bil
air akan kembali kepada tahap normal.

4. Sehubungan dengan itu, saya memohon jasa baik pihak Tuan supaya dapat
memberikan rebet/pengurangan/penhapusan bayaran bil untuk dua bulan tersebut. Ini amatlah
membebankan saya kerana kebocoran bukanlah disebabkan oleh sebarang bentuk
pengubahsuaian rumah atau kecuaian-kecuaian lain pemilik kediaman.

Kerjasama dan jasa baik pihak Tuan untuk mempertimbangkan permohonan saya amatlah
saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
Muhamad Syahmi Rifqi Bin Shariman

You might also like