You are on page 1of 1

Tenaga Nasional Berhad (TNB),

Cawangan Muadzam Shah,


MM 209 & 210,
Jalan Medan Mewah 13,
26700 Muadzam Shah,
Pahang.

07 Oktober 2019

Tuan,

Per: Permohonan Pemotongan Bekalan Dan Penanggalan Meter Elektrik TNB

Merujuk kepada perkara di atas, pihak syarikat memohon dari pihak Tenaga Nasional
Berhad untuk memotong bekalan dan menanggalkan meter elektrik bagi 12 rumah/
akaun.

Pemotongan bekalan bagi akaun-akaun terlibat diperlukan sebelum pihak kontraktor


kami memulakan kerja-kerja merobohkan dan membina semula blok kediaman pekerja di
ladang kami.

Sehubungan dengan ini, dilampirkan borang permohonan penutupan akaun yang telah
dilengkapkan bersama dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.

Perhatian dan kerjasama tuan berhubung perkara di atas amat kami hargai dan kami
dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian, harap maklum.

Terima kasih.

Yang benar,
TEHDARA SDN. BHD.

Nasrul Afendy Bin Mohamed


Pengurus

You might also like