You are on page 1of 1

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara

Pejabat Cawangan Pahang


Lot 2.01A, 2nd Floor,
Bangunan KWSP Pahang,
Persiaran KWSP,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan, Pahang. 07 April 2017

(U/P: En. Mohd Hafezee Bin Halim/ Faizoo Elamie Bin Arif)

Tuan,

Per: Permohonan Lesen Kelas Kemudahan dan Perkhidmatan

Dengan segala hormatnya, kami diarahkan untuk merujuk surat tuan yang bertarikh 20
Mac 2017 (Ruj tuan: SPAN/CWG/PHG/LKLRA/500-5/ldgbukitridan).

Dengan ini kami memaklumkan bahawa pihak syarikat sedang dalam proses memohon
Lesen Abstraksi sumber air mentah dari Jabatan Kawalselia Air Negeri Pahang. Satu
surat permohonan bagi pemeriksaan kualiti air juga telah dihantar ke Jabatan Kesihatan
Rompin bagi menguji tahap kualiti air terawat yang dibekalkan oleh syarikat.

Kami memohon jasa baik tuan bagi melanjutkan tempoh masa kepada pihak kami bagi
proses mendapatkan Lesen Abstraksi dan laporan kualiti air dari jabatan-jabatan yang
berkenaan.

Kerjasama dan pertimbangan pihak tuan berhubung dengan perkara di atas amat kami
hargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian, untuk makluman.

Yang Benar,
b/p TEHDARA SDN. BHD.

Nasrul Afendy Bin Mohamed


Pengurus

cc: Jabatan Tenaga Kerja Cawangan Pekan


cc: Pejabat Kesihatan Daerah Rompin

You might also like