You are on page 1of 1

Md Noh B Surip,

PRG 30, Pt Raja Kundang Ulu Gersik,


Johor Darul Takzim.
___________________________________________________________________________

Pengarah,
Syarikat Air Johor,
Jalan Garuda
Peti Surat 262, Larkin
80350 Johor Bharu
Johor Darul Takzim 15 Julai 2014

Tuan,

PERMOHONAN REBET/PENGURANGAN/PENGHAPUSAN BAYARAN BIL SAJ
BULAN MEI DAN JUN 2014.
NOMBOR AKAUN : 90281689A5068375
NOMBOR BIL : A14061 dan A14071
JUMLAH BIL : RM 107.79 dan RM 229.15

Berhubung dengan perkara di atas, saya ingin memohon untuk
rebet/pengurangan/penghapusan bayaran bil air untuk kediaman saya seperti di alamat di atas.

2. Untuk makluman pihak Tuan, purata bil air untuk kediaman saya hanyalah RM 40.00
- RM 50.00 untuk bulan-bulan sebelumnya. Jumlah yang dicatatkan untuk dua bulan tersebut
amatlah tinggi bagi saya yang hanya tinggal berdua sahaja di rumah ini. Laporan telah dibuat
kepada pihak SAJ dan pihak SAJ telah datang untuk memeriksa meter di rumah saya.

3. Jumlah bil yang tinggi ini adalah berpunca daripada paip di hadapan (kawasan parkir
kereta) dalam rumah saya telah bocor dan apabila bacaan dibuat pada 3 Jun 2014 dan 3 Julai
2014, saya mendapati bil air rumah saya telah naik mendadak. Saya telahpun membaiki paip
rumah saya yang mana saya jangka bil air akan kembali kepada tahap normal.

4. Sehubungan dengan itu, saya memohon jasa baik pihak Tuan supaya dapat
memberikan rebet/pengurangan/penhapusan bayaran bil untuk dua bulan tersebut. Ini amatlah
membebankan saya kerana kebocoran bukanlah disebabkan oleh sebarang bentuk
pengubahsuaian rumah atau kecuaian-kecuaian lain pemilik kediaman.

Kerjasama dan jasa baik pihak Tuan untuk mempertimbangkan permohonan saya amatlah
saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,



Mohd Noh Bin Surip
420705-01-5511
06-9728406

You might also like