You are on page 1of 18

Isotop untuk kebanyakan unsur adalah

stabil .
Isotop yang tidak stabil dikatakan
radioaktif .
Isotop yang tidak stabil ini dikenali sebagai
isotop radioaktif dan radiioisotop .
Bahan yang mengandungi radioisotop
mereupakan bahan radioaktif .
karbon 14 , kobalt 60 , dan iodin - 131
merupakan bahan radioaktif yang sering
digunakan dalam hospital .

Nukleus radioaktif adalah tidak stabil dan
akan terurai atau mereput bila-bila masa .
Nukleus yang tidak stabil akan mereput
dengan mengeluarkan zarah atau sinaran ,
atau kedua-duanya .
Proses pereputan yang menukarkan nukleus
tidak stabil kepada nukleus yang lebih stabil
disebut pereputan radioaktif .
Pereputan radioaktif ialah proses yang
berlaku secara spontan (berlaku dengan
sendiri ) .

Terdapat tiga jenis sinaran radioaktif , iaitu
alfa (a) , beta () , dan gama ()
Sinaran alfa ialah suatu alur zarah alfa .
Zarah alfa merupan nukleus helium bercas
positif yang terdiri daripada dua proton dan dua
neutron .
Nukleus helium adalah sangat stabil .
Zarah alfa bergerak dengan kelajuan rendah.
Kuasa penembusannya adalah lemah dan boleh
disekat oleh sekeping kertas .
Zarah alfa mempunyai kuasa pengionan yang
tinggi .
Sinaran beta ialah suatu alur zarah beta
yang merupakan elektron yang
menyebabkannya bercas negatif .
Zarah beta jauh lebih ringan daripada zarah
alfa .
Zarah beta mempunyai kuasa penembusan
yang lebih tinggi berbanding zarah alfa .
Zarah beta boleh disekat oleh sekeping
aluminium yang tebalnya 5mm .
Zarah beta mempunyai kuasa pengionan yang
sederhana .
Sinaran gama ialah gelombang elektromagnet
yang neutral dan tidak mempunyai jisim .
Sinaran gama biasanya diapancarkan
bersama-sama sinaran alfa dan beta .
Sinaran gama mempunyai kuasa pengionan
yang sangat rendah tetapi kuasa
penembusannya tinggi .
Sinaran gama hanya boleh disekat oleh blok
plumbum yang tebalnya sekurang-kurangnya
25mm atau dinding konkrit yang tebal .
Jenis sinaran daripada pereputan
radioaktif
Kuasa penembusan zarah alfa , zarah beta , dan
zarah sinaran gama .
Kebanyakkan bahan radioaktif digunakan
sebagai penyurih atau pengesan .
Bahan radioaktif digunakan dalam bidang
industri , pertanian , rawatan perubatan ,
pengawetan makanan , dan pentarikhan
radioaktif .
Bahan radioaktif digunakan dalam bidang
industri gas , minyak dan bekalan air untuk
mengesan kebocoran paip bawah tanah
Sedikit penyurih radioaktif akan dimasukkan
ke dalam gas , minyak atau air yang dibawa
oleh paip .
Kebocoran boleh dikesan menggunakan
pembilang Geiger-Muller .
Tempat kebocoran lazimnya menunjukkan
kadar pembilangan yang lebih tinggi .
Mengesan kebocoran paip di
bawah tanah dengan menggunakan
penyurih radioaktif
Sinaran beta digunakan umtuk
mengawal ketebalan kertas
Dalam industri pembuatan kertas , kepingan
plastik dan logam, pengawalan secara
automatik boleh dicapai dengan menggunakan
sumber zarah beta .
Jika kepingan terlalu nipis , kadar
pembilangan pengesan meningkat dan
menyebabkan isyarat dihantar ke penggelek
agar tekanan kepingan dikurangkan .
Sumber ini digunakan untuk memastikan tin
dan bungkusan diisi dengan kuantiti yang
betul .

Dalam industri pembuatan kain sintetik, kain
dicaskan untuk menarik habuk dan kekotoran
dari udara di dalam kilang .
Untuk mengelakkan ini berlaku , sumber
zarah alfa digunakan untuk menyahcas kain .

Radioisotop fosforus-32 digunakan sebagai
penyurih untuk mengesan pengambilan baja oleh
tumbuhan .
Hal ini membantu petani menentukan jumlah
baja yang diperlukan oleh tumbuhan .
Sinaran gama digunakan untuk merangsang
mutasi dalam tumbuhan dan haiwan
Bagi mengahsilkan ciri baharu yang lebih baik .
Seperti peningkatan dalam hasil tanaman , cepat
matang , nilai pemakanan yang lebih baik fan
ketahana terhadap penyakit .
Dalam bidang perubatan , penyurih radioaktif
digunakan untuk menyiasat fungsi organ badan .
Mengesan kerosakan kelenjar tiroid dengan
mengkaji kadar penyerapan iodin .
Pesakit akan minum cecair iodin-131 , iaitu
pengeluar sinaran gama .
Pengesan digunakan untuk mengukur kadar
penyerapan iodin oleh kelenjar tiroid .
Sinaran gama digunakan untuk memusnahkan sel
kanser .
Doktor menggunakan pancaran gama dos tinggi
dari kobalt-60 untk merawat kanser .
Proses ini dikenali sebagai radioterapi .
Sinaran gama digunakan untuk mensterilkan
peralatan hospital , terutamanya picagariplastik
yang tidak boleh disterilkan melalui pemanasan .

Dalam industri makanan , sinaran
gama digunakan untk membunuh
bakteria , kulat dan serangga .
Proses ini dekenali sebagai
pengawetan makanan .
Dengan cara ini , makanan boleh
disimpan dengan lebih lama
tanpa berubah rupa dan selamat
dimakan .


Haiwan dan tumbuhan hidup
mempunyai nisbah karbon-14
kepada karbon-12 yang tetap dalam
tisu .
Apabila organisma ini mati , proses
penyerapan karbon berhenti .
Jumlah karbon-14 akan berkurang
pada kadar tertentu .
Umur sisa organisma ini boleh
ditentukan dengan mengukur
kuantiti karbon-14 .
Kaedah ini dikenali sebgai
pentarikhan radioaktif .
Ahli arkeologi menggunakan kaedah
ini untuk mengganggar umur
artifak purba .

You might also like