You are on page 1of 2

KONSTABEL GRED YA 1

KLASIFIKASI : KONSTABEL (LELAKI / WANITA)


KUMPULAN
PERKHIDMATAN
: SOKONGAN
GRED GAJI /
JAWATAN
:
YA 1
JADUAL GAJI
:
PERI NGKAT
GAJ I
MI NI MUM
GAJ I
MAKSI MUM
KADAR
KENAI KAN
GAJ I
TAHUNAN
P1
P2
P3

RM1,013.61
RM1,081.56
RM1,151.46

RM2,433.90
RM2,540.49
RM2,649.49

RM100.00

SYARAT
LANTIKAN
1.
Syarat permohonan bagi jawatan Konstabel adalah
mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 25 Tahun
2009 seperti berikut:-

(a) Terdiri dari warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup
iklan;

(c) Kelayakan akademik :

i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan P1 : RM1,013.61 ] dan

ii) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu
(termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.

(c) Kelayakan fizikal :

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran

fizikal dan pancaindera seperti berikut:

i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m (lelaki) dan
1.57m (wanita) tanpa bersepatu.

ii) Berat badan sekurang-kurang 50kg (lelaki) dan
wanita sekurang-kurangnya 48kg.

iii) Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di
antara julat 19 hingga 26.

iv) Ukuran lilitan dada biasa 81cm (normal) dan
semasa menarik nafas 86cm (lelaki sahaja).

v) Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan
yang diuji berasingan dengan ketetapan V / 6 / 9
tanpa mengguna alat bantuan.

vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak
cacat.

vii) Diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan
termasuk pemeriksaan X-Ray.


DESKRIPSI
TUGAS
2. Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di jabatan
pengurusan, jabatan siasatan jenayah, jabatan siasatan jenayah komersil,
jabatan keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam, jabatan logistik,
jabatan siasatan jenayah narkotik dan cawangan khas. Di antara tugas-tugas
tersebut ialah rondaan mencegah jenayah dan mengumpul risikan keselamatan,
menangkap, mengawal, mengiring pesalah-pesalah, mengawal trafik, membuat
rondaan di laut dan udara bagi mengawal perairan negara, bagi mewujudkan
suasana aman dan ketenteraman di kalangan rakyat dan negara.

You might also like