You are on page 1of 1

Apakah itu Pinjaman Gadai Janji?

Pinjaman gadai janji (atau lebih dikenali dengan gadai janji) ialah
pinjaman yang digunakan untuk membeli rumah atau lain-lain
hartanah. Dalam perjanjian gadai janji, anda (peminjam) memberi
kepada pemberi pinjaman (biasanya bank) hak ke atas hartanah
sehingga anda menjelaskan sepenuhnya segala pembayaran bersama-
sama dengan faedahnya.
Secara ringkasnya, bila anda menggunakan gadai janji untuk membeli
sebuah rumah, anda sebenarnya mendapatkan pinjaman untuk membeli
rumah tersebut. Pinjaman ini dijamin oleh rumah yang sama, iaitu
rumah anda digunakan sebagai cagaran kepada pinjaman tersebut.
Sekiranya anda ketinggalan membayar bayaran bulanan, pemberi
pinjaman ada hak untuk mengambil kembali rumah anda.
Kebanyakan orang masih bergantung kepada pinjaman gadai janji dalam
pembelian rumah mereka (tidak ramai mampu membeli sesuatu
hartanah secara tunai sekali gus).

You might also like