You are on page 1of 2

Nebula Rosette: Mawar Merah di Langit

Maka tatkala langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti
minyak. (Surah Ar-Rahman, ayat 37)

Ungkapan bahasa Arab bagi kenyataan "menjadilah ia merah mawar, berkilat
seperti minyak" di atas ialah "wardatan kalddihani." Istilah ini membandingkan satu
imej yang muncul di langit dengan sekuntum mawar merah. Gambaran ini berkait rapat
dengan jisim indah berwarna merah dan berkedut, terutamanya "Nebula Rosette."

Nebula ialah nama yang diberi kepada gumpalan gas seakan awan di angkasa.
Sebelum menjadi nebula, ianya berupa bintang-bintang disebabkan saiznya yang
besar, mereka melepaskan banyak gas ke angkasa lantaran tekanan dan suhu
dalaman yang tinggi. Letusan gas ini amat besar dan pantas. Gas-gas ini kemudian
bergabung menjadi awanan gas, dengan suhu lebih daripada 15,000C.32

Terdapat sejenis nebula yang dikenali sebagai "Nebula Rosette" lantaran
keserupaannya dengan sekuntum mawar. Nebula Rosette juga merupakan sekumpulan
besar gas dan nampaknya berkeluasan lima kali ganda berbanding keluasan bulan
penuh.
33
Diameter sebenarnya dianggarkan sepanjang 130 tahun cahaya.34

Satu kumpulan yang diketuai oleh Leisa Townsley, seorang pengkaji kanan dari
Universiti Negeri Penn dalam bidang astronomi dan astrofizik, mengkaji Nebula Rosette
dengan menggunakan teleskop terkenal iaitu Chandra X-ray. Mereka merakam ratusan
gambar bintang dalam Nebula Rosette dan mendapati bahawa dengan berlaga sesama
sendiri, bintang-bintang tersebut menghasilkan gas pada suhu enam juta darjah.
Townsley menerangkan peristiwan yang dilihat sebagai berikut:

Nyalaan sinaran X-ray yang bertaburan menyelimuti Nebula Rosette dan mungkin
banyak lagi kawasan pembentukan bintang di seluruh galaksi. Kini kita mempunyai satu
pandangan baru mengenai jentera yang menerangi Nebula Rosette yang indah dan
bukti baharu tentang cara ruang antara bintang mendapat tenaga.35



Kewujudan jisim ini sebagaimana yang terdapat pada ilustrasi hanya dapat dipastikan
dengan alat pemerhatian berteknologi tinggi. Kejadian di langit yang termaktub di dalam
Al-Quran amat selari dengan penemuan astronomi moden. Dalam satu ayat di dalam
Al-Quran, kita diberitahu:

Dan tidaklah engkau dalam menjalankan sesuatu urusan, dan tidaklah engkau dalam
membaca suatu ayat dari Al-Qur'an, dan tidaklah kamu mengerjakan suatu amal,
melainkan Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya. Dan tidak
akan hilang dari pengetahuan Tuhanmu biarpun seberat zarah yang ada di bumi atau di
langit, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan
semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata. (Surah Yunus, ayat 61)

You might also like