You are on page 1of 16

TAJUK : Mengkaji Proses Osmosis

Osmosis merupakan proses pergerakan molekul air melalui membran separa telap ke
kawasan pelarut berkepekatan tinggi (kepekatan air rendah) dari kawasan pelarut
berkepekatan rendah (kepekatan air tinggi). Pergerakan molekul air ini akan berterusan
sehingga kedua-dua kawasan mencapai keseimbangan
OBJEKTIF :

Menentukan arah pergerakan molekul air merentasi membran telur.

HIPOTESIS :

Osmosis adalah satu proses perpindahan molekul zat dari satu larutan berkepekatan zat terlarut rendah ke
larutan berkepekatan zat terlarut tinggi merentasi membrane separa telap.

BAHAN-BAHAN :

Sebiji telur
Cuka
Gula
Air
Sudu

PROSEDUR :

1. Sediakan bekas, sibiji telur ayam, cuka, gula dan air.

2. Letakkan telur ke dalam bekas. Tuangkan cuka ke dalam bekas sehingga menenggelami telur.

3. Biarkan selama 24 jam. Pemerhatian dicatatkan ke dalam Jadual 1.

4. Keluarkan membrane telur dan bilas dengan menggunakan air paip.

5. Masukkan 10 sudu gula ke dalam bekas. Letakkan membrane telur ke dalam bekas.

6. Biarkan selama 24 jam. Pemerhatian dicatatkan ke dalam Jadual 1.

7. Keluarkan membrane telur dari bekas dan bilas menggunakan air.

8. Masukkan membrane telur ke dalam bekas yang mengandungi air.

9. Biarkan selama 24 jam. Pemerhatian dicatatkan ke dalam Jadual 1.













PEMERHATIAN :

Hari Pemerhatian Catatan
Hari Pertama




Cuka

Telur



Bekas





































a) Telur direndam di dalam cuka.
Kelihatan gelembung udara pada
permukaan kulit telur akibat
pembebasan karbon dioksida.









b) Keadaan telur selepas 24 jam
direndam dalam cuka.
Cengkerang telur (Calcium
Carbonat) melarut apabila
bertindak balas dengan cuka
(Asid Amino)










c) Membran telur yang terhasil
selepas direndam ke dalam cuka
selama 24 jam. Siaz membrane
telur lebih besar daripada saiz
sebelum direndam


Hari Kedua






















a) Membran telur dimasukkan ke
dalam bekas yang berisi gula
tanpa air.




b) keadaan gula pasir apabila
berlaku resapan membantu
selepas 24 jam




c) Keadaan fizikal membrane
telur selepas dikeluarkan dari
bekas.
Hari Ketiga
















a) Membran telur di rindam di
dalam bekas yang berisi air








b) Membran telur kembali telap
selepas direndam di dalam air
untuk tempoh 24 jam.












KESIMPULAN

Kulit telur yang terbina daripada kalcium karbonat akan melarut apabila bertindak balas dengan larutan
asid amino. Penghasilan gelembung udara secara serta merta pada permukaan kulit telur adalah akibat
daripada pembebasan gas carbon dioxide apabila berlaku tindakbals dengan asid amino.
Membrane telur terdiri daripada protein dan fosfolipid. Membrane telur membenarkan tiga jenis resapan
iaitu resapan ringkas, resapan osmosis dan resapan berbantu.




SOALAN


1. Apakah fungsi cuka?

Melarutkan kulit telur yang terbina daripada calcium carbonat

2. Apakah yang berlaku pada membran telur di dalam bekas yang mengandungi gula?
Sila terangkan dari segi osmosis.

Pengangkutan pasif akan berlaku pada membrane telur yang diletakkan di dalam bekas
yang mengandungi gula. Pada masa ini berlaku resapan berbantu dimana bahan ini
(glukosa) bergerak merentasi membrane telur dengan bantuan protein pembawa dan
protein liang.


3. Apakah yang berlaku pada membran telur di dalam bekas yang mengandungi air? Sila
terangkan dari segi osmosis.

Selepas 24 jam, membrane telur kembali seakan-akan separa pepejal apabila berlaku
resapan air, iaitu proses pengangkutan pasif yang serupa dengan resapan tetapi hanya
melibatkan molekul air sahaja. Proses pergerakkan molekul air dari larutan berkepekatan
zat terlarut rendah ke larutan berkepekatan zat terlarut tinggi merentasi membrane separa
telap.

















2. MENGKAJI VARIASI GENETIK PADA MANUSIA DAN TUMBUHAN

PENGENALAN

Variasi merupakan perbezaan ciri dalam kalangan organisma yang sama spesies dari segi
fenotip dan genotip. Terdapat 2 jenis variasi iaitu variasi selanjar dan variasi tidak selanjar.

OBJEKTIF

Memerhati dan membuat analisis tentang beberapa ciri variasi selanjar dan tidak selanjar
pada organisma hidup.

PENDAHULUAN:

Variasi ialah perbezaan ciri yang wujud antara individu dalam spesies yang sama. Perbezaan ciri
antara individu dalam spesis yang sama mungkin tidak begitu ketara tetapi masih membolehkan
satu individu dibezakan daripada satu individu yang lain. Contoh variasi yang biasa dilihat pada
manusia ialah ketinggian, warna kulit dan warna rambut. Terdapat dua jenis variasi iaitu variasi
selanjar dan variasi tak selanjar.

Variasi selanjar merujuk kepada ciri yang tidak menunjukkan perbezaan yang ketara untuk suatu sifat
dalam kalangan individu daripada spesis yang sama. Variasi selanjar mempunyai julat perantaraan
yang berterusan antara dua ekstrem, contohnya ketinggian, jisim badan, kepintaran, warna kulit, lebar
bahu dan panjang tapak kaki. Variasi tak selanjar pula merujuk kepada ciri yang menunjukkan
perbezaan yang nyata dan jelas untuk suatu sifat dalam kalangan individu daripada spesis yang
sama. Contoh-contoh variasi tak selanjar ialah kumpulan darah, cap jari, kebolehan menggulung
lidah, lekapan cuping telinga, kidal dan kehadiran lesung pipit.


OBJEKTIF / TUJUAN :


Untuk mengenal pasti dan mengelaskan variasi dalam kalangan murid-murid di dalam kelas

2 M.



BAHAN/RADAS :


Alat pengukur tinggi dan alat penimbang.


























KAEDAH:


1. Ketinggian setiap murid di dalam kelas diukur.

2. Pemerhatian telah direkodkan dalam jadual seperti di bawah.

3. Satu carta bar telah dilukiskan untuk menunjukkan keputusan yang telah diperolehi.


KEPUTUSAN :



Ketinggian (cm)

Bilangan murid (orang)

100 - 110

1

111 - 120

3

121 - 130

3

131 140

13

141 - 150

5

151 - 160

2

Jadual ketinggian murid-murid






Bil. Murid

14

12

10

8

6
Bil. Murid


4

2

0
100-110 111-120 121-130 131-140 141-150 151-160



Carta bar ketinggian murid-murid


SOALAN

1. Apakah punca berlaku variasi dalam kalangan organism dalam spesies yang sama?
Faktor genetik boleh mempengaruhi variasi dalam organisma dan ia disebabkan oleh 4
faktor iaitu: Meiosis ( pindah silang ), gabungan rambang kromosom ( mengikut Hukum
Mendel II ), pembiakan seks ( pengabungan gamet-gamet untuk persenyawaan ) dan
mutasi gen ( dipengaruhi oleh tindakan kimia, radioaktif dan sebagainya)
Kesimpulannya, mutasi gen ialah perubahan yang berlaku pada gen


2. Adakah perbezaan di antara variasi selanjar dan variasi tidak selanjar?

Ya.

DARI SEGI VARIASI SELANJAR VARIASI TAK
SELANJAR
Jenis perbezaan beransur-ansur bagi sesuatu
ciri
Perbezaan ketara bagi
sesuatu ciri
Ciri perantaraan Terdapat ciri perantaraan Tiada ciri perantaraan
Jens variasi Variasi kuatitatif Variasi kualitatif
Bentuk graf Taburan normal Taburan diskrit
Faktor penyebab Genetik & persekitaran Genetik sahaja
Pemindahan ciri ke
zuriat
Tidak dapat diturun kepada
zuriat
Boleh diturunkan kepada
zuriat
Bilangan gen yang
terlibat
Dikawal oleh sebilangan gen
dengan beberapa pasang alel
Dikawal oleh gen tunggal
dengan 2 atau lebih alel
contoh Ketinggian,berat badan,warna
kulit,kepintaran
Boleh menggulung
lidah,kumpulan
darah,corak cap ibu jari
bentuk cuping
telinga.kehadiran lesung
pipit

3. Bagaimanakah fenotip sesuatu organisma boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran?
Pertumbuhan adalah perubahan yang dapat di ukur daripada satu peringkat ke satuperingkat yang
lain dan dari satu masa kesatu masa yang lain. Dengan ini kuantitiperubahan itu dapat dilihat
dengan nyata daripada pengukuran yang dibuat ke atas sesuatuorganisma itu. Pertumbuhan yang
biasa,kecuali pertumbuhan yang di sebabkan olehkanser,selalunya berhenti manakala sesuatu
organisma itu sampai ke peringkat matangatau dewasa dan selepas itu pertumbuhan tidak lagi
berlaku (Atan Long, 1988









4. Sekiranya salah seorang daripada murid anda mempunyai telinga yang bercuping dan
tidak dapat menggulung lidah. Berikan jangkaan-jangkaan fenotip dan genotip ibu
dan bapa murid ini.

















































TAJUK : Mengkaji Pertumbuhan


Objektif : Memerhati dan membuat analisi tentang beberapa ciri variasi selanjar dan tidak
selanjar pada organisma hidup.


Tujuan : Mengkaji Rupa Bentuk Bunga


Hasil Kutipan Data :






















































TAJUK : Mengkaji Perkembangan Haiwan

Objektif
Memerhati dan membuat analisa pertumbuhan dan perubahan morfologi katak.

Peringkat pertama


Telur katak dihasilkan dalam kuantiti yang banyak dan diselaputi sejenis cecair likat dan berlendir. Cecair
ini juga mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan bagi melindungi telurnya daripada ancaman
musuh.
Dalam kajian yang saya jalankan, telur katak ini mengambil masa 12 hari untuk menetas menjadi berudu.
Tempoh masa ini sangat berbeza dengan pembacaan ilmiah saya yang mengatakan telur katak mengambil
masa 21 hari untuk menetas. Ini mungkin kerana telur yang saya jumpai telah lama berada di situ.

Melalui pemerhatian saya, setiap telur katak mempunyai embrio yang berkembang setiap hari.





Peringkat Kedua

Pada hari ke 13, sebahagian besar telur katak mula menetas menjadi berudu. Pada peringkat ini, struktur
berudu yang hanya dapat dilihat ialah kepala dan ekornya yang besirip sahaja, selepas beberapa hari,
kelihatan.











Pada hari ke 28, berudu mula menumbuhkan kaki belakangnya.





Pada hari ke 32, kaki hadapan pada berudu mula kelihatan. Pada peringkat ini, ekor berudu semakin
mengecil dan pendek. Pada hari ke 50, berudu mula berenang ke permukaan air. Pada masa ini, kelihatan
mulut berudu sentiasa terbuka dan tertutup.


Peringkat Ketiga Dan Keempat


Pemerhatian diteruskan sehingga hari ke 60, berudu telah bertukar menjadi katak sepenuhnya tetapi
saiznya agak kecil.




Seterusnya katak mula berubah dari segi saiz untuk hari yang keberikutnya.

















SOALAN

1. Adakah terdapat perubahan fizikal pada haiwan tersebut? Kenalpasti setiap fasa
pertumbuhannya.
Terdapat perubahan fizikal pada setiap fasa pertumbuhan
Fasa Pertama Telur yang mengandungi embrio katak
Fasa Kedua Perkembangan berudu, menumbukan kaki belakang dan dikuti kaki hadapan.
Manakala ekornya semakin mengecil dan memendek
Fasa Ketiga Menjadi katak, perubahan pada bahagain mulut dan warna badan.

2. Adakah haiwan tersebut mengalami metamorfosis sempurna atau tidak sempurna?
Apakah perbezaan antara kedua-dua jenis metamorphosis tersebut?
Katak mengalami metamorphosis sempurna.
Perbezaan antara kedua dua metamorfisis ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Metamorfosis Sempurna Metamorfosis Tidak Sempurna
Haiwan melalui 4 tahap perubahan atau
peringkat kitaran hidup.
Juga dikenali sebagai holometabola atau
holometabolisme.
Juga boleh difahami dimana anak induk tidak
menyerupai bentuk induknya
Haiwan yang melalui 3 tahap perubahan atau
peringkat kitaran hidup.
Anak induk hampir menyerupai bentuk induk
pada peringkat kedua


3. Apakah faktor-faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi pertumbuhan dan
perubahan morfologi haiwan tersebut?
Faktor endogen menurut Prof. Madya Bakhtiar Mansor bermaksud faktor dalaman semenjak
individu dalam kandungan hingga lahir ( pembawaan dan keturunan, manakala faktor eksogen
menurut Prof. Madya bakhtiar Mansor pula ialah faktor dari luar individu ( pengalaman dari
persekitaran ). Oleh yang demikian








TAJUK : Mengkaji Tropisme Dalam Tumbuhan

OBJEKTIF : Mengkaji tindak balas tumbuhan terhadap cahaya matahari dan graviti

HIPOTESIS : Pucuk bergerak balas secara positif terhadap cahaya matahari, akar tumbuhan
bergerak balas secara positif terhadap gravity.

BAHAN-BAHAN :

1. Botol air mineral 600 ml
2. Kapas
3. Anak pokok kacang hijau
4. Tali
5. Pita pelekat
6. Pembaris

PROSEDUR :

1. Cambahkan anak pokok kacang hijau.
2. Potong botol mineral water seperti Rajah 1.



3. Sediakan radas seperti Rajah 2.







4. Rekodkan pemerhatian dalam jadual 1 selang 2 hari selama 10 hari.

Day 2


Pucuk dan akar bergerak keluar
dari tiub botol plastik
Day 4

Pucuk bergerak secara
menegak ke atas, manakala
akar bergerak ke bawak
Day 6

Pucuk semakin bertumbuh ke
atas dan bilangan daun semakin
bertambah.
Akar semakin memanjang ke
bawah
Day 8



Saiz akar, bilangan daun
bertambah
Day 10

Akar menjulue ke bawah
manakala pucuk semakin
menghala ke atas




KESIMPULAN :

Gerak balas pucuk tumbuhan dikenali sebagai fototropisme. Fototropisme adalah gerak balas tumbuhan
terhadap ransangan cahaya matahari. Gerak balas pucuk tumbuhan terhadap cahaya matahari dinamakan
gerak balas fototropisme positif oleh bahagian pucuk. Manakala bagi akar, gerak balas ini dikenali
sebagai gerak balas fototropisme negetif kerana ianya menjauhi sumber cahaya.

Gerak balas akar tumbuhan dikenali sebagai geotropisme. Geotropisme adalah gerak balas tumbuhan
terhadap ransangan gravity. Gerak balas akar tumbuhan terhadap ransangan gravity dikenali sebagai
geotropisme positif manakala bagi pucuk, gerak balas ini dikenali sebagai geotropism negetif kerana
pucuk bergerak menjauhi sumber gravity.



SOALAN

1. Nyatakan apakah pembolehubah yang ditetapkan dan dimanipulasi dalam eksperimen
yang dijalankan.

Pemboleh ubah yang dimalarkan : Jenis anak pokok
Pemboleh ubad dimanipulasikan : Kehadiran cahaya dan gravity.
Pemboleh ubah bergerak balas : Arah gerakan pucuk dan akar anak pokok.

2. Nyatakan eskperimen kawalan yang digunakan di dalan kajian ini.
Memerhatikan tumbesaran rumput di taman sains sekolah


3. Apakah yang menyebabkan pembengkokan pucuk ke arah cahaya?
Cahaya merupakan stimulus bagi pucuk tumbuhan. Cahaya matahari diperlukan dalam proses
fotosintesis oleh tumbuhan, dimana bahagan yang terlibat adalah daun.

4. Apakah yang menyebabkan akar tumbuhan bergerak ke arah graviti?
Akar bergerak kea rah gravity kerana dua sebab:


a) Akar akan mencengkam tanah bagi memastikan pokok berdiri tegak.
b) mendapatkan sumber air dan mineral sebagai salah satu keperluan asas benda hidup.

You might also like