You are on page 1of 3

1

SK PUTERI PANDAN 1,
JALAN PERWIRA
55100 KUALA LUMPUR

LAPORAN
MESYUARAT/SEMINAR/ BENGKEL DAN LAIN-LAIN


A. Butiran Laporan

1. Tajuk Minit Curai
2. Mesyuarat/Seminar/Bengkel Taklimat Pentadbir bil 2/2013
3. Pengerusi
Pn Noriah Bt Haji Ismail
4. Tarikh 18 April 2013
5. Masa 1.30 Petang
6. Tempat Bilik Mesyuarat SKPP 1
7. Nama Pegawai Pelapor Mohd Faizal bin Abdul Manaf
8. Pegawai IAB Lain yang Hadir

B. Perkara yang Dibincangkan

1. Taklimat Guru Besar Pn Noriah bt Haji Ismail
1.1 Ucapan alu-aluan diatas kehadiran guru-guru.

1.2 Aktiviti yang bakal berlangsung termasuklah minggu aktiviti panitia dan kem
bestari solat. Perancangan minggu akademik dimulakan dengan Panitia Bahasa
Malaysia pada hari Isnin dan Selasa. Panitia Bahasa Inggeris pada hari Rabu
dan Khamis manakala Jumaat untuk Panitia Matematik. Kem Bestari Solat 1 & 2
pada hari Sabtu. Taklimat akan diberikan oleh Ustaz Ahmad Lutfi.

1.3 Aktiviti Kokurikulum dijalankan pada setiap hari Rabu. Semua guru dan murid
wajib memakai pakaian beruniform.

1.4 Mesyuarat AJK PIBG akan diadakan dalam masa terdekat. Guru guru yang
terlibat sila ambil perhatian.

1.5 Hari Sukan Tahunan SKPP1 akan diadakan pada hari Khamis bersamaan 27 Jun
2013 dimana pada hari berkenaan sekolah akan mengambil cuti peristiwa.

1.6 MMI menjadi keutamaan semasa PDP.

1.7 Majlis persaraan Pn Zuraidah akan diadakan dalam masa terdekat
memandangkan tarikh persaraan beliau pada 1 Mei 2013 ini. Hal ini akan
dibincangkan lagi bersama Badan Kabajikan Guru dan Staf. Aktiviti yang
dicadangkan adalah sesi bersalaman diantara guru dan murid, ucapan dari
pengerusi BAKES dan guru besar, tayangan slideshow dan jamuan.

2

1.8 Sambutan hari guru peringkat sekolah akan disambut pada 16 May 2013.
Sehubungan itu, majlis yang dirancang adalah pembacaan perutusan, ucapan,
ikrar dan nyanyian lagu oleh guru. PDP tetap akan dijalankan selepas itu. Untuk
jamuan pula perlukan persetujuan untuk menetukan lokasi dan bajet. Jamuan
akan diadakan selepas waktu persekolahan.

1.9 Ucapan terima kasih diucapkan kepada guru pelatih yang akan menamatkan sesi
latihan pada akhir bulan ini.

1.10 Pencerapan PDP akan dimulakan pada minggu hadapan mengikut jadual yang
telah dikeluarkan. Disamping guru besar, guru-guru penolong kanan juga akan
mula mencerap.

1.11 Keputusan ujian 1 dalam simstem SAPS perlu dikemaskini dengan segera
termasuklah TOV dan ETR.

1.12 Rondaan waktu pagi dan selepas rehat akan dilakukan oleh Pn Norian sendiri
bagi memastikan sesi PDP berkesan. Guru juga diminta untuk menghantar buku
rekod mengajar pada hari akhir persekolahan pada setiap minggu.

1.13 Perhimpuanan rasmi sekolah pada setaip hari Isnin perlu dihadiri oleh semua
guru dengan pakaian formal siap bertag nama. Guru yang bertugas perlu peka
dengan kelengkapan dan keperluan perhimpunan. Semua acara yang
berlangsung pada waktu berkenaan perlu mengikut protokol yang sepatutnya.

1.14 Guru kelas diingatkan supaya setiap kutipan yang yang dilakukan perlu
disertakan dengan resit dan maklumat yang betul.

1.15 Guru yang bercuti sakit perlu maklumkan kepada pihak pentadbir secepat yang
mungkin. Cuti CRK perlu buat permohonan terus kepada guru besar. Guru yang
berkursus pula perlu membuat catatan pada papan putih dan meninggalkan apa-
apa yang perlu kepada murid.

1.16 Murid tidak boleh keluar dari kawasan sekolah pada waktu persekolahan.

1.17 Format penulisan RPH mestilah selaras dengan apa yang telah dipersetujui
dalam menyuarat panitia.

1.18 Kebersihan kelas perlu dititikberatkan. Langsir perlu diikat untuk memastikan
pengedaran udara yang baik didalam bilik kelas.

1.19 Sila kemaskini eProfil dan SPLG dengan kadar segera.

2 Taklimat Guru Tadbir & Kurikulum Pn Nor Aida Kamarudin

2.1 Sila kemaskini modul-modul seperti SPLG, SAPS, eOperasi dan NILAM dengan
kadar segera.

2.2 Penerangan mengenai Kem bestari solat akan dibuat oleh Ustaz Ahmad Lutfi
sebentar nanti. .

2.3 Majlis Anugerah Cemerlang YPT akan diadakan pada 2/5/2013 bertempat di
SJKC Tsun Jin. 6 orang guru sekolah ini akan terlibat berserta 10 orang murid
tahun enam yang akan dipilih.

3

2.4 Minggu akademik akan berlangsung pada minggu depan. Apabila selesai diharap
ketua panitia terlibat dapat menyediakan dokumentasi bagi setiap aktiviti dengan
menggunakan borang penilaian terkini SSPK.

2.5 Kursus dalaman kali ke 2 bagi KSSR dan PBS akan diadakan bagi
memantapkan pemahaman guru. Jadual pelaksanaan telah dibuat dan akan
dipamerkan di papan putih bilik guru.

2.6 Saringan 1 bertulis Linus untuk semua murid tahun 1,2 dan 3 akan bermula pada
22/4/2013 hingga 22/4/2013 dan akan dipantau oleh pegawai dari PPW.

2.7 Peperiksaan pertengahan tahun akan diadakan pada 10/5/2013 hingga
15/5/2013. Sehubungan dengan itu semua kertas soalan perlu disediakan
bersama dengan JSU .


2. Taklimat Guru PK Ko-Kurikulum Pn Sadiah Bt Hj Ismail

3.1Sekolah akan menyertai pertandingan Action song, balapan dan padang, silat
pidato dan bercerita. Latihan sedang giat dilakukan.
.
3.2 Sila kemskini fail kokurikulum dengan kadar segera.

3.3 Sila kemaskini buku kokurikulum pada setiap minggu.

3.4 Semua guru perlu mencatat kehadiran pada hari kokurikulum pada setiap hari
RAbu pada buku hijau.

3.5 Sambutan hari guru akan diadakan dengan sederhana.

3.6Mesyuarat sukan akan diadakaan pada 16/4/2013, mesyuarat perkhemahan
pada 22/4/2013 dan menyuarat lawatan pada 29/4/2013.

3.7 Diharapkan lebih ramai guru dapat menyertai kelab Setem & Filateli.

3.8 Semua staf & guru diharapkan dapat menjayakan kempen kitar semula.

4.0 Talimat Penyelaras KEm Bestari Solat

4.1 AJK telah diagihkan dengan dibantu oleh guru ptaktikim. Sila rujuk jadual pada
bilik guru.

4.2 Sila patuhi jadual yang telah disediakan. Guru guru diberi kelonggaran
mengikut sesi yang diberikan.

4.3 sila isikan boring yang telah disediakan.

4.4 makanan telah ditempah pada pihak kantin.

5. Ucapan penangguhan pada pukul 2.53 petang.

Disediakan oleh



Mohd Faizal b Abdul Manaf

You might also like