You are on page 1of 1

Pembimbing Rakan Sebaya 13/14,

Maktab Rendah Sains MARA Taiping,


Jalan Bukit Larut,
34000 Taiping,
Perak Darul Ridzuan.
Pengurus Dewan Selera,
Maktab Rendah Sains MARA Taiping,
Jalan Bukit Larut,
34000 Taiping,
Perak Darul Ridzuan.

8 April 2014

Tuan,
MEMOHON PERTUKARAN MENU MAKAN MALAM.
Menurut perkara di atas, kami dari pihak Pembimbing Rakan Sebaya 13/14 ingin
menukar menu makan malam. Hal ini kerana, pada 19 April 2014 kami akan
mengadakan program Integration Night yang bertujuan untuk merapatkan hubungan
silaturahim antara pelajar. Pada hari tersebut, para pelajar tidak akan makan di
Dewan Selera tetapi mereka akan makan di kelas masing-masing.
2. Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama daripada pihak tuan untuk
menukar menu makan malam pada hari kejadian. Cadangan menu makan malam
adalah seperti berikut:
BIL
1.
2.
3.
4.
5.
6.

CADANGAN
Nasi Goreng Cina
Ayam Goreng Berempah
Kentang Goreng
Sosej
Air Sirap
Buah Epal

3. Oleh itu, pihak PRS 13/14 amat mengharapkan kerjasama daripada pihak tuan
bagi menjayakan program Integration Night ini. Jasa baik daripada pihak tuan
amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,
(Zawin Najah Binti Kasturi )
Setiausaha,
Program Integration Night,
Pembmbing Rakan Sebaya 13/14.

You might also like