You are on page 1of 3

Kertas konsep bicara berirama

KERTAS KONSEP
BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1.0

PENDAHULUAN

Bicara Berirama diperkenalkan sebagai satu pertandingan atau persembahan bahasa puisi/prosa dalam bentuk
berkumpulan. Pasukan akan membentuk satu paduan suara tematik yang menghayati hasrat atau tema untuk
diperdengarkan kepada audiens. Kesepaduan dan keseragaman bersuara ini akan dikawal oleh seorang peserta
yang bertindak sebagai konduktor.
Aktiviti ini melibatkan pelbagai bentuk suara individu yang disatukan untuk menyampaikan mesej pasukan atau
kumpulan. Dalam kumpulan/pasukan itu akan ditonjolkan pelbagai intonasi suara seperti suara-suara halus dan
garau, lembut dan kasar, lelaki atau perempuan, seruan dan laungan yang nyaring serta berbagai-bagai lagi.
Suara individu boleh digunakan sebagai suara solo.

2.0

PENGENALAN

Bicara Berirama adalah pertandingan yang dianjurkan oleh Sub Unit Bahasa Melayu, Bahagian Kokurikulum dan
Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Diharapkan dengan pertandingan ini akan dapat menggalakkan dan
meningkatkan penguasaan serta penggunaan bahasa Melayu Baku dan bahasa Melayu yang indah dalam
kalangan murid-murid sekolah menengah khasnya.

3.0

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Sasaran
Pertandingan ini terbuka untuk murid menengah rendah (Tingkatan Peralihan, 1,2 dan 3) saja. Setiap
kumpulan/pasukan mestilah dari sekolah yang sama. Digalakkan penyertaan berbilang kaum.
3.2 Masa
Persembahan hanya dihadkan selama 12 hingga 15 minit.

3.3 Kumpulan
Setiap kumpulan/pasukan mestilah berjumlah 35 orang termasuk seorang konduktor ). Setiap kumpulan/pasukan
mestilah diiringi oleh 4 orang guru pengiring.
3.4 Teks/Skrip
Skrip adalah bertema sama ada dalam puisi atau prosa. Skrip mestilah dikarang/reka sendiri dan autentik.
Setiap pasukan TIDAK DIBENARKAN membaca atau merujuk nota/teks/bahan bercetak dan bertulis semasa
membuat persembahan. Skrip yang dikarang/reka mestilah tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti agama, kaum,
budaya dan peribadi seseorang. Skrip yang dikarang hendaklah dihantar kepada penganjur
selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum pertandingan.
3.5 Pakaian

Semua peserta mesti memakai pakaian seragam yang mengikut tema pertandingan yang akan ditetapkan. Hanya
konduktor dibenarkan memakai sarung tangan putih.
3.6 Alatan
Penggunaan mikrofon adalah tidak digalakkan. Sekiranya ada, mikrofon tersebut hendaklah diletakkan dua (2)
meter daripada peserta.
3.7 Sokongan
Sebarang alatan/sokongan seperti muzik, nyanyian, lakonan, berdrama, prop, bahan latar yang bertujuan untuk
membantu persembahan, latar bunyi sama ada dalam bentuk elektronik, bercetak atau bertulis tidak
dibenarkan.Hanya rakaman muzik minus one sahaja dibenarkan pada segmen permulaan dan penutup
persembahan.
3.8 Pentas
Susunan pasukan di pentas adalah BEBAS mengikut kreativiti pasukan masing-masing. Susunan yang
dbenarkan tidak melebihi tiga baris. Susunan pasukan 3 tetingkat baristidak dibenarkan. (Peraturan pergerakan
masih kekal seperti di atas).
4.0

LARANGAN

Peniruan bunyi dan suara dibenarkan tetapi tidak menyentuh sensitiviti kaum, agama dan budaya masyarakat
Malaysia secara langsung

5.0 KRITERIA PENGHAKIMAN


5.1 Persembahan Ujaran (30 markah)
Kejelasan, ketepatan dan keseragaman kata, frasa atau ungkapan dengan intonasi, rima dan irama yang sesuai
5.2 Keseragaman persembahan (15 markah)
Formasi berbentuk objek dan pergerakan
5.3 Kreativiti (10 markah)
Kesesuaian ,kepelbagaian dan keselarasan suara dan gerak yang bermakna
5.4 Kesan bunyi (5 markah)
Bunyi gerakan fizikal seperti tepuk tangan, petikan jari, hentakan kaki dan lain-lain lagi
5.5 Penghayatan (10 markah)
Ekspresi mimik muka dan bahasa tubuh
5.6 Tempo dan ritma (10 markah)
Sela masa yang tetap dan dalam bentuk kumpulan, Jeda antara segmen, Ad-lib (sahut-menyahut) antara SUARA
SOLO dan SUARA RAMAI
5.7 Konduktor (20 markah)
Keselarasan gerak tangan, Mimik Muka, Tempo dan Kepimpinan
5.8 Penalti (tolak 10 markah)
Sekiranya menyentuh isi-isu yang dinyatakan dalam syarat-syarat
pertandingan, membawa dan menggunakan bahan sokongan, melebihi had masa atau kurang 5 minit dan
persembahan yang keterlaluan.
5.9 Skrip

5.9.1 Tema/Mesej (10 markah)


Isi yang bernas, sesuai dan jelas mengikut tema dan mencapai kehendak audiens.
5.9.2 Bahasa ( 40 markah)
Baku dan gramatis. Penggunaan kata, frasa dan ungkapan. Bahasa percakapan (dialog) yang digunakan sesuai.
Penggunaan bahasa bombastik dan dialek tidak digalakkan

5.9.3 Cerita (30 markah)


Ada kesinambungan cerita . Jalan cerita jelas dan menampakkan keaslian (originality). Arahan dalam skrip
dinyatakan dengan jelas dan difahami

5.9.4 Watak (10 markah)


Mempunyai watak SUARA SOLO dan SUARA RAMAI. Kesesuaian penampilan watak dengan ujaran
5.9.5 Kreativiti (5 markah)
Mempunyai unsur kecindan untuk melengkapkan jalan cerita ,
Menggunakan frasa ujaran tertentu yang biasa didengar khalayak dan sesuai dengan tema
5.9.6 Markah Bonus (5 markah)
Memperaga dan mempersembahkan skrip untuk memperlihat
kesungguhan pasukan
Menyediakan sinopsis atau kandungan dalam skrip

6.0

KEPUTUSAN HAKIM ADALAH MUKTAMAD

7.0
HAL-HAL LAIN
Bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam syarat pertandingan pihak Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan berhak untuk membuat keputusan dan setiap keputusan adalah muktamad.

9.0 AM
Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran
Malaysia

You might also like