You are on page 1of 4

PEMBERITAHUAN

< Previous Top Next >

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI


MUHYIDDIN
MOHD
YASSIN
MENGENAI
PENAMBAHBAIKAN
PENTAKSIRAN
BERASASKAN
SEKOLAH (PBS)
18 March 2014
KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN
MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin terhadap isu pelaksanaan


Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dibangkitkan oleh guru-guru.
PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik)
terhadap pencapaian murid yang terangkum menerusi empat komponen pentaksiran
iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
(PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat (PP).
Selain itu PBS merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin
pencapaian seseorang murid supaya tidak lagi dinilai berasaskan peperiksaan sematamata.
Jemaah Menteri pada Disember 17, 2010 telah bersetuju supaya PBS dilaksanakan
sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan. Pengoperasian PBS
mula dilaksanakan di sekolah rendah pada sesi persekolahan tahun 2011 dan sekolah
menengah pada sesi persekolahan tahun 2012.
Walaubagaimanapun, pada 11 Februari tahun ini, KPM telah membuat keputusan untuk
menangguhkan PBS dan mengkaji semula pelaksanaannya.
Ini adalah kerana guru-guru menyatakan bahawa mereka dibebankan dengan
kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer
berpusat yang menjadi bebanan kepada mereka, manakala ibubapa pula tidak pasti
bagaimana murid dinilai terutama pelajar tingkatan 3 tahun ini yang merupakan kohort
pertama melalui PBS.
Penangguhan ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang ditimbulkan ekoran
daripada rungutan guru-guru dan ibu-bapa dan mengambil langkah-langkah yang perlu
dan segera dalam penambahbaikan PBS.

Ekoran dari kajian semula PBS, KPM telah mengambil langkah proaktif dengan
mengadakan beberapa siri perbincangan dan pertemuan dengan kesatuan-kesatuan
guru serta beberapa kelompok guru-guru untuk mendapatkan maklum balas dan
membantu dalam memberi input kepada penambahbaikan PBS.

Isu-isu pelaksanaan PBS


Berdasarkan kajian KPM dan input daripada guru-guru dan kesatuan-kesatuan guru,
didapati terdapat tiga isu utama berkaitan perlaksanaan pentaksiran sekolah.

Pertama, ialah penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang menyebabkan


guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang
banyak.
Bagi menangani isu ini, KPM telah menetapkan DSP dipermudahkan menjadi Panduan
Perkembangan Pembelajaran Murid.
Guru mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan berdasarkan
tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Guru
seterusnya mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan
penilaian mereka sendiri dengan merujuk kepada Panduan Perkembangan
Pembelajaran Murid tersebut.
Guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dan
kaedah mereka sendiri. Perekodan ini menggambarkan perkembangan pembelajaran
murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada
ibu bapa. Dengan yang demikian, guru tidak lagi dibebankan dengan pengumpulan data
dan evidens hasil kerja murid melalui pernyataan evidens yang terlalu kompleks.
Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui tahap pencapaian anak-anak mereka, pihak
sekolah boleh menyediakan pelaporan pencapaian dengan mengadakan ujian bulanan,
peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun sekolah.

LAMPIRAN 1 DAN LAMPIRAN 2

Isu kedua ialah pengurusan fail yang rencam meliputi Fail Perkembangan Murid
(FPM) dan Rekod Transit.
Bagi menangani masalah ini, guru tidak perlu lagi menyediakan FPM dan melengkapkan
Rekod Transit. Perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut
kesesuaian masa guru.

LAMPIRAN 3

Ketiga, perekodan prestasi murid melalui Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) secara
atas talian (online) yang sukar diakses dan memakan masa yang lama.

Oleh kerana bilangan pernyataan deskriptor dan evidens telah dikurangkan, secara
otomatik guru-guru tidak akan dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan
penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat.
Bagi memastikan guru memberi fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran, guru
tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi SPPBS secara online seperti
sebelum ini. Guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline.
Menerusi PBS juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3
akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada peperiksaan
berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah.
PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan
dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Manakala
mata pelajaran Science, Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa
Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan
menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan
Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis
(assignment), ujian amali (practical test), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian
kes (case study).
Melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap
pentaksiran tersebut berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang
setara (standardised) yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan (LP). LP dan
pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum
pelaporan dikeluarkan.
Moderasi ialah suatu proses menyelaras markah yang diberi oleh beberapa orang
pemeriksa ke atas hasil kerja murid bagi mendapatkan satu markah yang dipersetujui
bersama. Persetujuan ini adalah berdasarkan peraturan pemarkahan yang disediakan
dan merupakan prosedur untuk memastikan ketekalan (konsistensi) pemberian markah
antara pemeriksa. Verifikasi pula ialah proses menentusahkan markah yang diperoleh
murid adalah markah yang selayaknya diterima.

LAMPIRAN 4

PT3 ini juga akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid
ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah
Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke sekolahsekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan
penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka.

LAMPIRAN 5

Untuk memastikan PBS yand telah di tambahbaik ini dapat dilaksanakan dengan
berkesan dan seperti yang dihasratkan, KPM akan mengadakan taklimat secara
terperinci tentang konsep dan pelaksanaannya kepada pegawai-pegawai di Jabatan
Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pentadbir dan guru-guru.
Latihan adalah satu aspek utama dalam memastikan guru dapat melaksanakan
pentaksiran. Oleh itu, KPM akan berusaha mengadakan latihan supaya guru memahami
konsep pentaksiran dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain daripada itu, KPM juga akan mengadakan latihan bagi meningkatkan kemahiran
guru memeriksa jawapan murid.

Penambahbaikan PBS akan di laksanakan mulai April 1.

http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?id=4122

You might also like