You are on page 1of 15

http://shukerihamzah.blogspot.com/2012/07/langkah-langkahkeselamatan-makmal.

html
Langkah-Langkah Keselamatan Makmal

Langkah-Langkah Keselamatan Dalam Makmal Sains Sekolah


Perkara-perkara am
A).

Petunjuk

Satu petunjuk JAGALAH KESELAMATAN ANDA berukuran lebih kurang 2


meter kali setengah meter dalam tulisan besar tersergam hendaklah diletak
disesuatu tempat uang senang diperhati disetiap makmal;.
B)

Peti pertolongan cemas

peti pertolongan cemas hendaklah lengkap dan diletakkan di tempat yang


sesuai dalam tiap-tiap bilik makmal.
C)

Peraturan

pelajar-pelajar mesti memahami dan mematuhi peraturan makmal yang


disenaraikan. Murid-murid perempuan yang menggunakan mini telekung
perlu berjaga-jaga bila menjalankan ujikaji.Khususnya yang melibatkan
penggunaan penunu bunsen atau asid . Bagi mereka yang bermbut panjang ,
adalah dinasihatkan menyangul rambut mereka bagi mengelakkan sebarang
kemalangan.
Seboleh-bolehnya guru yang berkenaan menggunakan waktu pertama
dalam tiap tahun menerangkan peraturan maklmal kepada pelajar. Ketua
jabatan sains hendaklah mengadakan satu penjumpaan guru-guru sains pada
awal tahun untuk membincangkan dan menarik perhatian guru kepada
lengkah-langkah keselamatan dan serta pertolongan cemas di bilik makmal
sains.
Guru juga memastikan bahawa pelajar-pelajar mengetahui peraturan
semasa kebakaran di sekolah.
D.

Pergerakan pelajar

Pergerakan pelajar dalam makmal mestilah dikurangkan seberapa


yang boleh untuk mengelakkan kemalangan. Bilik makmal yang penuh sesak
boleh mendatangkan bahaya.
Pelajar-pelajar hendaklah dinasihatkan supaya jangan bernakal
semasa berada dalam makmal sains.
E.

Peredaran udara
Bilik makmal mesti menpunyai peredaran udara yang baik untuk

mengelak daripada lemas atau menyedut asap yang beracun.


F.

Lantai
Ruang perjalanan dalam makmal mestilah bebas daripada sebarang

penghalang daripada sebarang penghalang untuk mengelakkan kaki daripada


tersangkut semasa berjalan dan untuk menyenangkan lalulintas apabila
berlaku kecemasan.Lantai yang basah atau terkena minyak mesti dibersihkan
dengan segera.
G.

Bekalan Elektrik
Semua kotak fius hendaklah diperiksa penggal persekolahan untuk

menentukan bahawa ia tidak rosak. Segala kerosakkan hendaklah diperbaiki


oleh juru elektrik yang berkelayakkan.
Pemutar litar ( circuit breaker ), sekiranya ada hendaklah diperiksa
sekali sepenggal .
Semua wayar elektrik hendaklah ditebat dengan baik dan jangan
dibiarkan sebarang wayar elektrik berjuntai.
Tiap-tiap punca kuasa elektrik khususnya yang terdapat di meja-meja
kerja hendaklah dalam keadaan yang baik. Semua punca kuasa elektrik yang
pecah hendaklah diganti baru.
Jangan sentuh alat-alat elektrik atau punca kuasa elektrik dengan
tangan yang basah.
H.

Kaca
Pelajar-pelajar mestilah diajar bagaimana hendak menggunakan alatan

kaca, membulat hujung kaca,dan khususnya ,kaedah yang betul untuk

memasukkan saluran kaca kedalam gabus berlubang dan penyumbat getah.


Gunakan kain untuk melindungi tangan dan air atau minyak untuk
melincinkan saluran kaca.
I.

Kemalangan
Semua kemalngan yang berlaku hendaklah dicatatkan. Catatan

hendaklah mengandungi butir-butir,antara lain, nama murid, tingkatan,


kemalangan, masa, rawatan yang diberi dan catatan guru.
1.2

KEMALANGAN

Antara jenis peralatan memadam api yang boleh di gunakan adalah seperti
berikut:
i. Gebar api ( fire blanket ) yang terkandung dalam bungkusan yang
sesuai gebar api ini hendaklah dipasang pada diding bilik makmal dan
digunakan bila pakaian terkena api.
ii. Setimba pasir yang bersih serta kering dengan penyeduknya.
ii. Pemadam api jenis karbon dioksida dab jenis busa. Biasanya
pemadam api jenis ABC digunakan kerana ia dapat memadamkan banyak
jenis api.
Peralatan pemadam api tersebut hendaklah disediakan didalam makmal
berdekatan denagn pintu dan hendaklah diperiksa oleh pihak bomba
sekurang-kurangnya sekali setahun.
Guru dan kakitangan makmal hendaklah biasa dengan penggunaan peralatan
melawan api. Latihan kecemasan api hendaklah dijalankan khas untuk pelajar
di bilik makmal pada awal pertengahan tahun. Jabatan bomba hendaklah
dihubungi bagi mendapatkan nasihat dan tunjukcara.
1.3 LETUPAN
a. Kebanyakan letupan dalam makmal adalah oleh gas hidrogen. Bila
menjalan percubaan yang mungkin merbahaya ( misalnya pembakaran gas
hidrogen ), adang keselamatan hendaklah digunakan.
b. Letupan juga boleh berlaku akibat kebocoran gas daripada
selinder gas. Gas mampat di dalam selinder tidak boleh di simpan di dalam
bilik persediaan, makmal atau atau berhampiran dengan cecair mudah

terbakar. Silinder ini hendaklah disimpan di tempat yang agak sejuk serta
mempunyai peredaran udara yang baik dan hendaklah diapitkan dalam
keadaan tegak. Troli boleh digunakan untuk mengangkut selinder ini.
Selinder gas , kepala paip dan paip gas serta paip tiup penunu bunsen
hendakalh diperiksa selalu, jika perlu tiap-tiap pagi supaya tidak ada yang
bocor. Sebarang kebocoran tidak boleh sama sekali diuji dengan api ia
hendaklah diuji dengan air sabun.
Kunci paip gas induk hendaklah ditutup bila tidak digunakan. Ia
mestilah berada dalam keadaan yang mudah sampai kepadanya apabila
berlaku kebakaran.
Lekapan kepala selinder gas oksigen jangan sekali-kali disapu gris
untuk mengelakkan daripada kemungkinan berlaku letupan.
c. Pepejal, cecair mudah terbakar juga boleh mengakibatkan
letupan.
1.4

PERCUBAAN YANG MERBAHAYA

a.

Menyalakan hidrogen

sentiasa uji gas yang mengalir keluar itu sebelum menyalakannya. Ambil
contohnya ke dalam tabung uji dan nyalakanya di tempat yang jauh daripada
radas.

Ujian ini mesti diulang hingga gas ini menyala dengan api yang

sempurna.
b.

Campuran yang mempunyai klorat

jangan panaskan klorat bersama-sama dengan bahan yang mudah teroksida


seperti fosfur atau sulfur.
c.

Pemanasan Ammonium Nitrat

sebahagian kecil daripadanya mungkin meletup bila dipanaskan. Proses


pemanasan hendaklah diberhentikan sebelum sebatiannya terurai.
d).

Natrium dan kalium

Gunakan sedikit sahaja. Kalium yang tersimpan lama boleh melatup


walaupun segala langkah pengawasana baginya dijalankan.

Kalium yang

tersimpan

lama dan bertukar

menjadi kuning hendaklah dimusnahkan

dengan sermat dengan menukarnya menjadi garam.


e).

Asid

jangan sekali-kali mencampur asid pekat dengan klorat. Bila hendak


mencairkan asid pekat, tuang asid ke dalam air serta mengacaukan larutan
JANGAN SEKALI-KALI dituang air ke dalam asid pekat.
f).

Radas yang mengandungi cecair yang mudah terbakar

jangan seksli-kali meeletakkan kelalang berisi cecair yang mudah terbakar di


tengah panas. Kerana pancaran matahari yang bertumpu padanya boleh
menyebabkan berlakunya letupan.
g)

Voltan tinggi

Pelajar-pelajar tidak digalakkan menjalankan apa-apa percubaan yang


melibatkan penggunaan peralatan sains voltan tinggi.
h).

Barang-barang kaca bagi kerja tekanan tinggi dan rendah

salur kaca, kelalang dan sebagainya hendaklah mempunyai dinding yang


tebal dan berada dalam keadaan yang baik.
I).

Tunjukcara

Dalam tunjukcara yang melibatkan penggunaan radas voltan tinggi tekanan


tinggi, bahan radio aktif, tindakbalas kencang dan sebagainya , tentukan yang
pelajar berada di tempat yang cukup jauh. Jika keadaan memerlukan supaya
mereka berada dekat, maka adang yang mencukupi hendaklah diadakan dan
pelajar-pelajar hendaklah diberitakan tentang bahayanya.
j).

Semaian Hidupan Seni

Adalah mungkin bagi hidupan janapenyakit untuk membiak bersama-sama


dengan semaian hidupan seni di dalam agar-agar suci kuman ( dalam
mangkuk patri atau pada bahagian salur yang curam)

untuk mengelak

daripada jangkitan, mangkuk pateri yang hendak diperiksa oleh pelajar


hendaklah dibalut dengan pita selofan.
Pelajar yang menjalankan percubaan ini di rumah hendaklah diberitahu
tentang bahayanya dan arahkan mereka supaya membubuh bahan

pembunuhan

kuman

yang

kuat

ke

dalam

semaian

itu

sebelum

membuangnya.
1.5

BAHAN KIMIA

Terdapat banyak jenis bahan kimia yang merbahaya yang sering digunakan
dalam makmal sains sekolah pada masa ini. Antaranya ada yang mudah
terbakar, mengkakis, beracun, mudah meletup dan kesan-kesan lain yang
mempunyai gabungan bahaya tersebut di atas.
Pelajar-pelajar hendaklah membasuh tangan selepas menjalankan ujikaji
dengan penggunaan bahan kimia.
Jika pipet digunakan untuk mengukur isipadu larutan bahan kimia, pengisi
pipet hendaklah digunakan untuk untuk menyedut keluar larutan.

Jangan

sedut dengan mulut.


Mesti berhati-hati serta cermat bila menggunakan bahan-bahan kimia yang
berlabel RACUN.
a)

Pepejal Yang Mudah Terbakar


Logam natrium dan kalium hendaklah disimpan terendam sepenuhnya

didalam minyak (kerosen atau minyak tanah) dan terletak jauh daripada
larutan berair. Fosfur (kuning) mestilah disimpan sepenuhnya didalam air dan
jangan dibiarkan menjadi kering.
Pemyimpanan ketiga-tiga bahan ini hendaklah diperiksa selali untuk
menentukan bahawa ia terendam sepenuhnya didalam air. (Fosfus kuning
tidak digalakkan penggunaanya di sekolah.)
Bahan pengoksida yang kuat(misalnya klorat,perklorat, nitrat, permanganat
peroksida, asid nitrik)mestilah disimpan berjauhan daripada bahan-bahan
yang mudah teroksi dan jangan diletakkan di atas kertas di atas bagku
makmal.
Jadual di bawah menunjukkan beberapa pepejal yang mudah terbakar
dengan kesan merbahaya, penyimpanan dan pembuangan masing-masing.
Bahan

Kesan-Kesan

Penyimpanan

Kimia

Merbahaya

Pembuangan

Litium,

bertindak balas dan Disimpan

dan Catatan
dalam Api

Litium,Natrium

Natriun,

meletup dengan air

parafin (kerosin)

dan

kalium

dipadam

Kalium
Bertindak
dengan

balas Bertindak

balas

cergas dengan

dengan

etanol

mesti
dengan

pemadam

jenis

serbuk

sebelum dibuang

tetraklorometana

Mesti

Serbuk
Magnesiu
m,
Aluminium,
Zink

dijauhkan

Mudah terbakar dan daripada


terbakar

agen

denga pengoksida seperti

cergas

nitrat,klorat,
perklorat

dan

dan

peroksida

Ferum

Mesti

Sulfur

daripada

dijauhkan
agen

Menghasilkan

gas peroksida
Sulfur yang beracun
apabila dipanaskan
Membentuk
campuran

letupan

dengan serbuk logam


atau agen pengoksida
seperti klorat

Mesti disimpan di

Fosfurus
Kuning

dalam air
Membakar

serta-

merta

apabila

terdedah

kepada

udara

Mesti

dipotong

di

dalam air

Mesti

digunakan

dalam kuantiti kecil

Fosfurus
ialah

Fosfurus
triklorida,

Bertindak balas dan

Silikon

meletup dengan air

triklorida Ujikaji

cecair

mesti

yang dilakukan di dalam

sangat beracun

almari wasap

tetraklorida
,
Aluminium
klorida

b)

Cecair Mudah Terbakar


Cecair mudah terbakar yang bayak seperti yang terdapat dalam botol

Winchester hendaklah disimpan pada aras terbawah di dalam almari. Almari


ini harus mempunyai ambang bagi mencecah cecair mengalir keluar dari
botol yang pecah. Cecair ini haruslah disimpan dalam bekas yang terhindar
dari bara api dan sumber elektrik kerana wap daripadanya boleh
menyebabkan letupan.
Cecair Winchester yang mudah terbakar tidak sepatutnya dibawa masuk ke
dalam makmal. Sekiranya hendaklah membawa botol Winchester , jangan
bawanya dengan tangan. Gunakan alat yang sesuai.
Cecair tersebut mesti dipanaskan dengan menggunakan kukus air. Apabila
api digunakan dalam makmal, jangan gunakan karbon disulfida atau aseton.
Jadual di bawah menunjukkan beberapa cecair yang mudah terbakar, serta
takat kilat masing-masing.
Bahan kimia

Takat Kilat /0C

Propana

-104

Dietil eter

- 45

Dimetil eter

- 41

Karbon disulfida

- 30

Aseton

- 18

Sprit Petroleum

- 17

Metanol

10

Etanol

12

c)

Bahan Kimia Yang Mengkakis


Bahan kimia yang bersifat mengkakis termasuk asid-asia pekat seperti

asid nitrik, asid hidroklorik, asid sulfurik, asid etanoik. Asid metanoik,
ammonia pekat, hidrogen peroksida pekat, metanol, fenol, cecair bromin,
kalium manganat(VII) dan argentum nitrat. Bahan tersebut tidak boleh
dibenarkan

menyentuh mana-mana permukaan badan kita. Kerja denga

bahan-bahan kimia ini hendaklah dilakukan dalam almari wasap dengan


memakai perlindungan mata serta srung tangan.
Sekiranya sebahagian badan terkena bahan kimia mengkakis, bahagian
tersebut hendaklah dibasuh di bawah air pili dengan segera. Selalunya jika
melibatkan bahan kimia ini dengan bahan organik, kuantiti yang kecil sahaja
digunakan.
D)

Bahan Kimia Beracun


Satu senarai bahan kimia yang berracun dan penawar dan rawatan

yangsepadan baginya hendaklah diadakan di dalam makmal.


Ujikaji dengan gan beracun mesti dilakukan dalam almari wasap untuk
mengurangkan gas beracun terdapat dalam udara makmal.
Hanya pengisi pipet yang boleh digunakan untuk menyedut keluar
cecair yang beracun.
Seseorang yang menggunkan bahan kimia beracun mestimemakai
perlindungan mata dan sarung tangan. Selepas ujikaji , tangan hendaklah
dibasuh dengan segara.
Bahan-bahan kimia yang berikut mempunyai kesan yang
memudaratkan:

boleh

i) ANILIN mudah menyerap ke dalam mulut


ii)BENZIN jika disedut sedikit-sedikit dalam tempoh masa yang agak
lama, boleh menjadi racun. Ia juga boleh menyerap ke dalamkulit. Jika boleh
ia mestilah digantikan dengan bahan yang kurang beracun misalnya,
toluena,xyele.
Contoh bahan dan ciri-ciri spesifik
iii) WAP BROMIN adalah merbahaya kepada mata, hidung dan paru.
Ia juga merbahaya bula bersentuhan dengan kulit.
iv) KARBON DISULFID boleh menyerap ke dalam mulut dan wapnya
sangat beracun. Ia sangat mudah terbakar dan mempunyai takat suhu nyala
yang rendah.
V) WAP KARBON TETRAKLORID adalah beracun dan boleh
menyerap ke dalam kulit.
Vi) KLOROFOM adalah beracun dan boleh menyerap ke dalam kulit.
Vii) HIDROGEN SULFID sama beracun seprti hidrogen sainid, tetapi ia
bukanlah racun yan menokok. Ia mesti digunakan hanya dalam almari wasap
sahaja.
Viii) RAKSA mesti dipanaskan hanya didalam almari wasap tetapi lebih
baik lagi jika tidal dipanaskan langsung. Wapnya adalah sangat merbahaya.
ix) SULFIDA DIOKSODA adalah beracun.
Penyimpanan bahan kima hendaklah mengikut peraturan-peraturan berikut:
i) Semua botol bhan kimia mestilah dilabel dengan jelas dan label itu
hendaklah diperiksa dari semasa kesemasa.
ii) Bahan kimia tidak sepatutnya disimpan di dalam makmal tetapi mestilah
disimpan didalam stor bahan kimia yang udaranya bebas bersilih ganti. Rak
menyimpan bahan ini mestilah berbibir untuk mencegah bahan kimia
daripada menggelonsor jatuh.
iii) Cecair meruap dan lain-lain cecair yang merbahaya hendaklah di simpan
dalam stor yang khas. Ia mestilah mempunyai sebuah lubang untuk

menempatkan mana-mana

cecair yang tumpah di dalam stor. Stor ini

mestilah kalis api.


iv) Racun mestilah di simpan dalam almari yang berkunci di dalam stor.
Penggunaan racun hendaklah direkodkan.
vii) Di dalam makmal tidak sepatutnya disimpan cecair yang lebih daripada
500 cm3. Bahan kimia yang tidak boleh digunakan lagi adalah merupakan
sebagai sumber yang akan mendatangkan bahaya (misalnya letupan). Ia
mestilan dibuang mengikut cara yang betul.
1.6.

BAHAN RADIOAKTIF
a) Guru yang menggunakan sumber atau bahan radioaktif di dalam

makmal sains sekolah hendaklah merupakan guru terlatih.


b) Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif
Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif mestilah mendapatkan
kebenaran daripada Penolong Pengarah Matematik/Sains Negeri terlebih
dahulu.
Jubah makmal hendaklah dipakai semasa menjalankan percubaan
yang nelibatkan bahan radioaktif . Kerja yang menggunakan cecair hendaklah
dijalankan di atas talam atau dulang. Selepas menjalankan percubaan,tangan
hendaklah dibasuh dengan sabun hingga bersih sebelum meninggalkan
makmal.
Sumber

radioaktif

sentiasa

dikendalikan

dengan

menggunakan

pengepit dan jangan sekali-kali memegangnya dengan tangan. Penggunaan


sumber cecair atau sumber lebih aktif tidak boleh dikendalikan dengan mulut
(misalnya dalam penggunaan salur pipet dan botol basuh) dan tidak boleh
dijilat labelnya. Sumber radioaktif janganlah sekali-kali dihampirkan dengan
mata.
Bahan radioaktif mestilah diisi dalam bekas plumbum. Pemindahan
bahan radioaktif mestilah dilakukan hanya oleh orang-orang tertentu yang
bertanggunjawab baginya sahaja. Jika sumber tidak berskel di gunakan,
maka sarung tanga getah hendaklah digunakan.

Sisa-sia yang terdapat hendaklah dilupuskan mengikut peraturan yang


ditentukan baginya ( lihat pelupusan).
C) Penyimpanan
Sekolah tidak dibenarkan menyimpan lebih daripada 2 millicurie sumber
terbuka dalam mana-mana bahagianya dalam satu masa dan lazimnya
jumlah keaktifan sumber terbuka dan tertutup tidak dibenarkan melebihi 4
millicurie. Sumber terbuka mestilah TIDAK termasuk Strontium 90 atau manamana nuklid seperti Radium yang membebaskan zarah alfa.
Semua bahan yang diluluskan penggunaanya hendaklah disimpan di dalam
stor atau alamari bertanda dan berkunci dan Jabatan Bomba tempatan
hendaklah diberitahu tentang adanya bahan-bahan tersebut di dalam
simpanan sekolah berkenaan. Stor atau almari tersebut hendaklah terletak
jauah daripada segala ruang yang diduduki secara kekal dan dosi yang
dikeluarkan dari dalamnya hendaklah dikira atau disukat

serta ditanda

padanya. Mana-mana dosi yang terdedah kepada tiap-tiap seorang itu


mestilah tidak lebih daripada yang dibenarkan yakni dosi tahunannya tidak
boleh lebih daripada 50 mr.
Jika man-mana sumbernya hilang atau kecurian, maka pihak Polis Jabatan
kimia dan Penolong Pengarah Matematik/Sains Negeri hendaklah diberitahu
dengan serta merta.
Semua sumber dan bekasnya hendaklah dilabelkan dengan terang dan bila
tidak digunakan hendaklah disimpan dalam stor yang sesuai dan dikunci.
D)

Kemalangan dalam Makmal


Bagi bahan lembab yang tumpah hendaklah digunakan kertas

penyerap untuk memedapnya hingga kering. Dulang atau bekas mengisi


bahan tumpah ini hendaklah dibasuh dengan sabun atau bahan-bahan
pembasuh.
Apa-apa pencemaran di lantai, bagku atau lain-lain permukaan
makmal hendaklah dibasuh dengan bersih dan diuji sifat keradioaktifannya.
Pakaian yang tercemar hendaklah sama ada dihantar kepada orang yang
layak dalam bidang tekniknya( seperti Pegawai Keselamatan Radioaktif

Hospital) untuk dibersihkan secara khas atau dirawat dan dijadikan sisa
pepejal.
E)

Pelupusan
i)

Sumber tertutup

Sumber yang tidak diperlukan hendaklah dikembalikan kepada


pembekal

atau pembuatnya.Jika sumber tertutup itu disyaki merbahaya

atau bocor,

pihak berkuasa yang berkenaan hendaklah diberitahu dengan

serta-merta.
ii)

Sumber terbuka

Sisanya hendaklah dilupuskan secepat yang mungkin melalui sink dan


dicurahkan denga air yang banyak atau dengan membuangkannya ke
dalam tong sampah seperti yang diperuntukkan. Pelupusab sisa pepejal
mestilah

tidak lebih daripada 10 mikrocurie seminggu. Bagi menumpukan

perhatian

tentang perlunya mengawal perlupusan sisa radioaktif , maka

beakas bagi mengisinya mestilah diuji supaya pencemaran secara tidak


sengaja tidak

berlaku.

1.7 PELUPUSAN BAHAN SISA


a) Gas
Gunakan almari wasap untuk membuangnya.
B)

Cecair yang mengurai hendaklah dicairkan dengan air yang banyak dan

dituang ke dalam sink.


Cecair yang mudah terbakar hendaklah dibuangkan ke dalam botol kosong
dan dibakar di luar makmal. JANGAN SEKALI-KALI dibuang ke dalam sink.
C)

Pepajel

Bagi pepejal yang tidak larut dan aktif, ia bolehlah dimasukkan ke dalam
kotak bekas sisa.
Natrium dan kalium hendaklah dimusnahkan dengan menukarnya menjadi
garam (misalnya dengan mencampurkannya perlahan-lahan dengan spirit).
AMARAN : Perlindung mata hendaklah digunakan.

Pepejal yang bertindakbalas dengan air, misalnya kalsium karbid, hendaklah


dimusnahkan di tempat lapang dengan menuang air kepadanya

secara

sedikit demi sedikit.


D) Kaca
Sebuah kotak bekas sisa yang khas membuang kaca mestilah diadakan.
E)

Haiwan yang dibelah

ia hendaklah ditanam sebaik sahaja selepas digunakan untuk mencegah lalat


dan renga,
f)

Semaian hidupan seni

semua semaian mestilah dicampur dengan formalin sebelum membuangnya.

1.8

PAMERAN SAINS SEKOLAH

a.

Percubaan mengenai roket tidak dibenarkan.

B.

Setengah-setengah projek, misalnya pemancaran gelombang radio,

memerlukan kelulusan dari pihak berkuasa. Oleh sebab itu guru hendaklah
meminta kelulusan daripada pihak yang berkenaan terlebih dahulu.
C.

Jika radas X-ray, pancaran pra-merah dan voltan tinggi yang

digunakan . Langkah keselamatana yang memuaskan hendaklah diadakan


bagi para peserta dan pelawat. Guru penjaga mestilah mengawasi pameran
ini setiap masa.
D.

Projek yang melibatkan pengeluaran gas beracun tidak boleh

dijalankan.
E.

Percubaan tidak boleh dibiarkan berjaalan bersendirian di dalam

makmal . mesti ada dua orang yang mengawasi perjalanan percubaan.


F.

Sekurang-kurangnya mesti ada seorang guru yang menjaga pelajar

-pelajar yang mengendalikan peojek bagi memastikan bahawa mereka


mematuhi segala langkah keselamatan makmal.
G.

Bahan pengoksida hendaklah dicampaurkan atau digaul dengan bekas

yang bersih. Pencemaran dari kekotoran (misalnya meja yang kotor) karbon
dan surat khabar boleh mengakibatkan letupan.

H.

Jika masih ragu-ragu tentang keselamatan sesuatu projek itu, maka

penolong pengarah matematik /sains negeri hendaklah dihubungi.


I)

Sekiranya sesebuah sekolah ingin menganjurkan sesuatu pameran

sains, pihak sekolah perlulah menghantarkan senarai projek yang ingin


dijalankan dalam pameran itu kepada penolong pengarah matematik sains
negeri terlebih awal, Projek-projek yang yang melibatkan bahan kimia yang
merbahaya mestilah dijalankan dengan panduan dan arahan guru yang
bertugas.

You might also like