You are on page 1of 30

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN

BERTUTUR

Faiznur Maisya binti Annur Sani


Norsyuhada binti Yob Osman
Mohd Iqbar bin Kadir
Mohd Ikhwan bin Mohd Hadzir
Pensyarah:
Tuan Haji Hamdan bin Haji Yaakub

"There

are definitely some children who continue to have


speech and language difficulties that aren't picked up and we
know this because we come across them in the youth justice
system.

..When we assess them we find they have


a hidden form of communication difficulty.
"The important thing is about making the most of the time we
have with our children and focusing on the basic building blocks
of communication."
- Wendy Lee(therapist),Ican in BBC News
http://www.ican.org.uk/What_is_the_issue.aspx

One trend has been to focus on communication activities that


reflect a variety of settings: one-to-many, small group, oneto-one, and mass media.Another approach has been to focus
on using communication to achieve specific purposes: to
inform, to persuade, and to solve problems.A third trend has
been to focus on basic competencies needed for everyday life
-- for example, giving directions, asking for information, or
providing basic information in an emergency situation.
Recently, however, definitions of speaking have been
expanded (Brown 1981).

Listening, like reading comprehension, is usually defined as a


receptive skill comprising both a physical process and an
interpretive, analytical process.
However, this definition is often expanded to include critical
listening skills (higher-order skills such as analysis and
synthesis) and nonverbal listening (comprehending the
meaning of tone of voice, facial expressions, gestures, and
other nonverbal cues.)
The expanded definition of listening also emphasizes the
relationship between listening and speaking. - Lundsteen,
Sara W.(1979)

Prinsip dan Prosedur Pembinaan


Instrumen Penilaian Kemahiran
Mendengar dan Bertutur

Pengenalan

Penilaian merupakan aspek penting dalam pengajaran


bahasa.

Dalam pengajaran kemahiran mendengar dan


bertutur, aspek penilaian terutamanya perihal
menentukan instrumen penilaian yang sesuai sebagai
mengukur prestasi kemahiran mendengar dan
bertutur dalam kalangan murid-murid bukan sesuatu
yang mudah.

Proses Lisan Secara Ringkas

PENILAIAN

a) Penilaian
lazimnya

Kemahiran Menyebut

dijalankan dalam kalangan murid-murid


pada peringkat awal pembelajaran, khususnya
kepada murid yang belum boleh bertutur dalam
bahasa yang mereka pelajari.
Misalnya, dalam kalangan murid-murid bukan
Melayu, mereka masih memperlihatkan pengaruh
bahasa ibunda yang kuat sehingga menyebabkan
bahasa Melayu yang mereka gunakan itu
mengalami gangguan.

Walau

bagaimanapun murid Melayu juga


mengalami gangguan daripada dialek daerah.
Selain itu, penilaian sebutan ini perlu juga
dilakukan dalam kalangan murid yang sukar
membunyikan sesuatu lambang atau huruf atau
bunyi daripada bunyi-bunyi pinjaman seperti
kh, gh, sy, z, v, s dan f.
Penilaian

dan pengujian kemahiran menyebut


merangkumi penyebutan fonem, suku kata, frasa
dan ayat-ayat. Ini secara langsung melibatkan
pula unsur-unsur tekanan, hentian dan intonasi

b)

Penilaian Kemahiran Bertutur

Pertamanya, untuk melayakkan seseorang itu


diterima sebagai penutur yang fasih dan berkesan,
ia perlulah dapat menyebut bunyi bahasa dengan
betul mengikut nada dan intonasi yang sesuai
dengan konteks pertuturannya, kemudian, diadun
pula dengan ciri- ciri paralinguistik dan
ketatasusilaan bahasa yang santun.
Keduanya, seseorang itu tidak mungkin petah
berbahasa sekiranya dia tidak mempunyai kosa kata
yang cukup.
Selain itu, penguasaan perbendaharaan kata yang
luas dengan ketepatan tatabahasa maka perasaan
dan pendapat secara spontan dan tepat dengan
maksud yang dapat disampaikan.

Bertutur dengan gerak balas terhad


Bertutur mengikut arahan
Mengikut teknik ini, guru memberikan arahan tertentu supaya murid memberi
gerak balas secara terhad terhadap arahan tersebut.
Misalnya,
Guru : Beritahu rakan kamu bahawa saya akan datang ke rumahnya
esok.
Murid : Ali, cikgu akan ke rumah kamu esok.
Ujaran-ujaran bertatasusila boleh juga dinilai berdasarkan
teknik ini.
Guru : Kamu telah tersesat jalan dan telah bertemu dengan seorang tua yang
tidak kamu kenali. Tuturkan bagaimanakah kamu harus meminta
bantuan daripada orang tua itu. Kamu hendaklah menggunakan kata
sapaan dan kata-kata hormat yang sesuai untuk berkomunikasi dengan
orang tua itu.

Bertutur berdasarkan gambar


Di

sini, gambar, peta, objek atau apa


sahaja bentuk pictorial diagram perlu
digunakan dan beberapa soalan
dikemukakan oleh guru. Murid perlu
memberi gerak balas kepada soalansoalan itu.
Guru boleh mengemukakan beberapa
soalan mudah berdasarkan gambar.

CONTOH:

SILA PERHATIKAN GAMBAR INI

Misalnya:
(a) Siapa yang dapat kamu lihat dalam gambar
ini?
(b) Apa yang sedang mereka lakukan?
(c) Pada pendapat kamu apakah yang sedang
dilakukan oleh orang yang bertutur itu?

Membaca Kuat

(a) Aspek yang diuji - sebutan, pertuturan dan


intonasi.
(b) Bahan - sederhana panjang, sesuai dengan umur
murid dan tahap penguasaan bahasa. Masa yang
sesuai untuk membaca ialah 2-3 minit.

Kelebihan:

Kelemahan:

Guru mudah membuat perbandingan


kerana gerak balas murid tetap dan
terkawal. Banyak subkemahiran
bertutur yang dapat dinilai seperti
kecekapan menyebut bunyi,
kecekapan memberhentikan
pembacaan mengikut unit makna dan
nahu, dan kecekapan mengucapkan
ayat dengan nada, intonasi, dan
tekanan yang betul.

Tidak menunjukkan ciri-ciri


komunikasi yang sebenar mengikut
konteks kerana murid hanya membaca
bahan. Oleh itu, aspek-aspek
kecekapan memilih struktur kata
hormat, spaan membina ayat secara
natural dan spontan tidak dapat
dinilai.

Bertutur Secara Berpandu


Bertutur

secara berpandu memberi peluang


yang lebih bebas kepada murid bertutur
dengan menggunakan kemahiran yang
mereka telah kuasai.
Pertuturan mereka tidaklah terikat kepada
perbendaharaan kata dan bentuk-bentuk ayat
soalan guru sebaliknya merekaberpeluang
memilih perkataan dan membina ayat-ayat
mereka sendiri.
Walau bagaimanpun, batasan masih ada,
iaitu fokus pertuturan mereka itu tertakluk
kepada sesuatu yang telah ditetapkan oleh
guru.

Antara

teknik-teknik yang tergolong dalam


penilaian jenis ini ialah:

A) Menceritakan semula sesuatu cerita atau petikan


yang diberikan oleh guru.
(a) Guru memberi murid petikan cerita pendek;
(b) Murid membaca senyap;
(c) Guru membaca kuat petikan;
(d) Murid menceritakan semula petikan yang dibaca oleh
guru;
(e) Aspek yang diuji ialah kemahiran mendengar dan
memahami ( jika petikan dibaca oleh guru).Kemahiran
membaca dan memaham ( jika petikan dibaca oleh
murid).Kecekapan menggunakan kata, frasa dan ayat
dengan gaya bercerita yang betul.

B) Membuat penjelasan atau pemerian


mengenai sesuatu perkara:

Murid diminta mengingat atau


mengimaginasikan sesuatu dan menjelaskan
sesuatu mengenainya. Misalnya: percutian
semasa cuti sekolah.
Teknik ini dapat menilai kecekapan bertutur
secara spontan, tanpa bimbingan guru

C) Main peranan
Guru

perlu memikirkan situasi tertentu


yang membolehkan murid memainkan
peranan tertentu. Guru perlu
menerangkannya dengan jelas sebelum
mengarahkan murid melakonkan apa yang
dikehendakinya.
Penilaian ini boleh dijalankan secara
individu ataupun secara berpasangan.

Misalnya:
Pilih dua orang

murid, masing-masing diarahkan


untuk memainkan peranan, murid A sebagai
inspektor polis dan murid B sebagai seorang awam
yang hendak membuat aduan tentang suatu kes
ragut yang baru sahaja disaksikannya, tidak jauh dari
balai polis itu. Minta kedua-dua murid melakonkan
peranan masing-masing secaara spontan.

Teknik

ini dapat menilai kecekapan murid memilih


bentuk bahasa yang sesuai dengan situasi dan
dengan penutur tertentu, di samping dapat menilai
berbagai-bagai subkemahiran bertutur sebagaimana
yang telah dinyatakan sebelum ini.

D) Temu bual dan Temu duga


Teknik

temuduga atau temubual dalam


menilai kemahiran bertutur dengan cara
memberi peluang yang lebih bebas kepada
murid untuk bertutur dengan menggunakan
kecekapan berbahasa mereka sendiri.
Teknik ini mewujudkan situasi komunikasi
yang sebenar dalam kalangan penemuramah
dengan penemuduga, sama ada antara guru
dengan murid atau murid dengan murid.
Dengan demikian, guru boleh menilai
kebolehan sebenar murid-murid
menggunakan bahasa secara lisan dalam
konteks sebenar.

Pemarkahan Ujian Bertutur

a) Pemarkahan Secara Objektif

Pemarkahan secara objektif sesuai digunakan untuk


murid-murid peringkat rendah yang belum
mempunyai asas penguasaan lisan yang kukuh dan
belum boleh bertutur dengan lancar.
Soalan yang dikemukakan pula berbentuk item
yang memerlukan murid memberi gerak balas
langsung dan bertutur dengan menggunakan ayatayat yang pendek berdasarkan gambar; menjawab
soalan-soalan pendek yang mudah, ataupun
menyebut ayat-ayat yang ditunjukkan kepada
mereka dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Untuk menentukan markat yang sesuai, senarai
semak mestilah disediakan dan guru menandakan
pada ruang-ruang yang disediakan markat murid
bagi setiap gerak balas yang mereka berikan.

Penilaian kemahiran lisan, antara lain boleh


dilaksanakan melalui tugasan berikut:

B) Pemarkahan Secara Holistik

Pemarkahan bagi ujian lisan juga boleh dilakukan secara


holistik atau keseluruhan, iaitu kebolehan bertutur yang
diperlihatkan oleh murid itu diberikan markah secara
keseluruhan, bukan secara perincian sebagaimana yang
dicontohkan sebelum ini. Di sini, penguasaan kemahiran
pertuturan itu dibahagikan kepada beberapa pecahan dan
markat diperuntukkan bagi setiap pecahan itu.

Semasa murid bertutur atau menjawab soalan-soalan


yang dikemukakan, guru mendengar dengan teliti dan
memberi markah secara keseluruhan.

Bagi

tujuan pemarkahan secara keseluruhan ini,


kemahiran bertutur boleh dibahagikan kepada
lima komponen yang besar, iaitu:

Setiap

komponen ini haruslah diberikan


peruntukan markat yang sama berat dan perlu
ditakrifkan dengan jelas supaya dapat dijadikan
panduan oleh guru.

RUJUKAN
Brown, K. L. (1981). TEACHING, SPEAKING AND
LISTENING SKILLS IN THE ELEMENTARY AND SECONDARY
SCHOOL. Boston, MA: Massachusetts Department of
Education.
Lundsteen, S. W. (1979). LISTENING: ITS IMPACT ON
READING AND THE OTHER LANGUAGE ARTS. Urbana, IL:
National Council of Teachers of English and the ERIC
Clearinghouse on Reading and Communication Skills.
Pritchard, A. (2009). Ways of Learning. New York:
Routledge.

Sekian

You might also like