You are on page 1of 2

LAPORAN PEMENTORAN

BULAN

: Disember

TARIKH

: 27- 31 Disember 2010

AKTIVITI 6

: Kaedah perlaksanaan penilaian terhadap pelajar

KAEDAH PERLAKSANAAN :
1. Pengumpulan sampel-sampel tugasan dan latihan pelajar.
2. Perbincangan kaedah-kaedah penilaian.
3. Perbincangan keseluruhan.

PROSES PERLAKSANAAN :
1. Guru panitia telah memberikan penerangan mengenai cara-cara untuk membuat penilaian terhadap
tugasan pelajar.
2. Sebagai contoh, guru akan memberikan kepada pelajar tugasan sepertimana yang telah dirancangkan
di dalam rancangan pengajaran tahunan Pendidikan Seni Visual bertajuk Lukisanyang perlu
disiapkan oleh pelajar sebagai salah satu tugasan wajib dalam matapelajaran ini.
3. Seterusnya, guru perlu menyemak hasil karya pelajar berpandukan skema permarkahan yang telah
diberikan oleh guru panitia Pendidikan Seni Visual.
4. Begitu juga dengan matapelajaran Bahasa Melayu, guru perlu menyemak tugasan pelajar contohnya
dalam penulisan karangan, guru akan menyemak setiap elemen yang penting contohnya tatabahasa,
kosa kata dan sebagainya.
5. Seterusnya, pemarkahan akan diberikan markah mengikut skema pemarkahan PMR yang telah
disediakan oleh guru terbabit.
6. Mengadakan sesi sumbang saran dan perbincangan dengan guru-guru berkaitan mengenai kaedahkaedah penilaian.

REFLEKSI :

Aktiviti minggu keenam yang melibatkan kaedah perlaksanaan penilaian terhadap pelajar merupakan satu
aspek baru yang diketengahkan dalam diri saya sebagai seorang guru permulaan. Hal ini kerana penialain
yang dilakukan terhadap pelajar perlu mengikut panduan dan kaedah yang ditetapkan oleh pihak
pengurusan. Penialain yang dilakukan terhadap setiap pelajar seharusnya berpandukan kod-kod penilaian
yang telah diselaraskan mengikut tingkatan dan kelas. Setiap pelajar akan melalui pelbagai sesi penilaian
bergantung kepada mata pelajaran yang diambil sama ada secara individu atau berkumpulan. Sebagai
contoh, bagi pelajar-pelajar tingkatan 2. Setiap pelajar perlu menyiapkan penulisan karangan berdasarkan
tajuk yang telah diberikan oleh guru secara individu. Tugasan tersebut perlu dihantar dengan kadar segera
dan guru akan menilai hasil penulisan mereka. Saya telah diberikan peluang utnuk melihat cara-cara
untuk menilai dengan cara mengikut skema penilaian yang telah diberikan bergantung kepada cara
penulisan pelajar. Peluang yang telah diberikan ini merupakan satu pengalaman yang membuka ruang
kepada saya untuk memahirkan diri dalam proses penilaian. Selain itu, saya juga dapat mengetahui teknik
untuk menilai hasil karya pelajar dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual. Hal ini juga dapat
membantu saya untuk lebih mengenali corak penilaian yang lebih efisyen dan tepat dalam member
permarkahan yang terbaik kepada pelajar..

RUMUSAN :
Kaedah pelaksanaan penilaian terhadap pelajar merupakan satu elemen atau skop yang penting untuk
didedahkan kepada setiapa guru permulaan.setiap guru permulaan perlu diberi peluang untuk sama-sama
melibatkan diri dalam proses penilaian yang dilakukan di sekolah supaya dapat mendedahkan diri dengan
kaedah penilaian yang tertentu.

Tarikh :...

Tandatangan Mentor

Nama : Noralisa Binti Noor

Nama :

You might also like