You are on page 1of 6

ANALISIS DAN KRITIKAN ARTIKAL JURNAL

1. TEMA
Tajuk artikel : KEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF
DALAM PEMBELAJARAN BACAAN PEMAHAMAN TEKS DI
KALANGAN MURID SJK ( C ) DAN SJK ( T )
Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan kaedah Pembelajaran Koperatif (PK)
Bahagian Pencapaian Pasukan Pelajar BPPP (Student Teams-Achievement Divisions-STAD)
dan kaedah Pembelajaran Tradisional (PT) terhadap pencapaian bacaan pemahaman teks
Bahasa Cina dan Bahasa Tamil di kalangan murid darjah lima dari dua buah sekolah jenis
kebangsaan Cina (SJK C) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJK T).
2. ISU/PERSOALAN
Kaedah PK dipilih sebagai subjek kajian atas dorongan oleh dapatan-dapatan positif tentang
keberkesanan PK di kebanyakan negara Eropah. Justeru, pasukan pengkaji ingin mengesan
keberkesanan PK di kalangan murid-murid sekolah rendah di Malaysia yang berbeza dari
konteks aliran dan bahasa pengantar. Kaedah PK yang menekankan interaksi sosial antara
rakan sebaya membawa kesan positif terhadap pencapaian pelajar, perubahan hubungan
antara ahli dan sikap terhadap mata pelajaran dan sekolah.
Di Malaysia, kajian dan laporan tentang keberkesanan kaedah PK dalam mata pelajaran
bahasa Cina dan Tamil amatlah terhad. Justeru itu, kajian ini ingin meninjau dan mengetahui
sama ada kaedah PK juga berkesan dalam sistem pendidikan Malaysia yang mempunyai latar
belakang sosio budaya yang berbeza.
Berdasarkan matlamat dan tujuan kajian yang dinyatakan, kajian ini cuba mencari jawapan
bagi soalan-soalan kajian berikut:
i)

Adakah terdapat perbezaan pencapaian min ujian bacaan pemahaman teks antara
murid yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif BPPP dengan murid yang
mengikuti kaedah pembelajaran tradisional di SJK (C) ?

ii)

Adakah terdapat perbezaan pencapaian min ujian bacaan pemahaman teks antara
murid yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif BPPP dengan murid yang
mengikuti kaedah pembelajaran tradisional di SJK (T) ?

iii)

Adakah kaedah PK BPPP berkesan untuk kumpulan homogenus atau kumpulan


heterogenus di SJK(C) dalam pencapaian min ujian bacaan pemahaman teks?

iv)

Adakah kaedah PK BPPP berkesan untuk kumpulan homogenus atau kumpulan


heterogenus di SJK(T) dalam pencapaian min ujian bacaan pemahaman teks?

3. TUJUAN DAN OBJEKTIF


Harris Durkin (1979), Smith (1980), dan Sofiah Osman (1986) dalam hasil kajian mereka
menunjukkan bahawa kebanyakan guru bahasa tidak dapat mengajar pemahaman teks
dengan berkesan. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk meninjau sama ada kaedah
pembelajaran koperatif Bahagian Pencapaian-Pasukan Pelajar BPPP (Student TeamsAchievement Divisions STAD), boleh menghasilkan pencapaian akademik dari segi
pencapaian ujian bacaan pemahaman teks Bahasa Cina dan Bahasa Tamil yang lebih baik
berbanding dengan kaedah tradisional yang berpusatan guru. Bagi mencapai matlamat di
atas, kajian ini dilaksanakan berdasarkan tujuan-tujuan berikut:
i)

Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan pencapaian min ujian bacaan
pemahaman teks antara murid yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif BPPP
dengan murid yang mengikuti kaedah pembelajaran tradisional di SJK (C).

ii)

Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan pencapaian min ujian bacaan
pemahaman teks antara murid yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif BPPP
dengan murid yang mengikuti kaedah pembelajaran tradisional di SJK (T).

iii)

Membandingkan kesan kaedah PK BPPP bagi kumpulan homogenus dan kumpulan


heterogenus di SJK(C) dalam pencapaian min ujian bacaan pemahaman teks.

iv)

Membandingkan kesan kaedah PK BPPP bagi kumpulan homogenus dan kumpulan


heterogenus di SJK(T) dalam pencapaian min ujian bacaan pemahaman teks.

4. METOD INSTRUMEN DAN KAEDAH ANALISIS DATA


4.1 Reka Bentuk
Kajian ini merupakan reka bentuk Kumpulan Kawalan Tidak Serupa ( Nonequivalent Control
Group). Reka bentuk ini melibatkan sampel sebanyak 160 orang murid Darjah Lima dari dua
buah sekolah yang berbeza aliran, iaitu SJK(C) dan SJK(T). Kumpulan Eksperimen dan
Kumpulan Kawalan bagi kedua-dua buah sekolah ini dipilih berasaskan dua kelas yang sedia
ada yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

4.2 Instrumen
Instrumen untuk kajian ini merupakan empat set soalan ujian (dua untuk sampel SJK(C)
dan dua untuk sampel SJK(T) yang setiapnya mengandungi 20 item soalan objektif aneka
pilihan dengan empat pilihan jawapan yang berkaitan dengan empat petikan pemahaman
teks. 2 set soalan pemahaman teks digunakan sebagai ujian pra dan ujian pos bagi
kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan sebelum dan selepas tamat pengolahan.
Soalan kefahaman ini melibatkan soalan interpretasi, sintesis dan tafsiran terhadap isi
kandungan teks yang dibaca. Instrumen ini digunakan untuk mengukur keberkesanan
pembolehubah bebas (PK & PT), dan pembolehubah bersandar (skor peningkatan dalam
ujian bacaan pemahaman teks antara ujian pra dan ujian pos terhadap kaedah PK BPPP).
Ujian pemahaman teks ini direka oleh penyelidik bersama pensyarah Pengajian Cina dan
Pengajian Tamil. Kesahan soalan ditentukan oleh Guru Bahasa Cina dan Guru Bahasa
Tamil yang telah lama menjadi pemeriksa peperiksaan UPSR Bahasa Cina dan Bahasa
Tamil. Untuk menilai reliabiliti ujian pencapaian berkenaan, koefisien alfa Cronbach @
telah ditentukan. Nilai kebolehpercayaan yang diperoleh untuk ujian pencapaian
kefahaman teks Bahasa Cina dan Tamil masing-masing ialah 0.75 dan 0.69.
4.3 Analisis Data
Data-data skor ujian rintis akan dianalisis dengan menggunakan program SPSS untuk
memperoleh nilai reliabiliti item-item ujian pencapaian iaitu nilai alfa-Cronbach. Datadata yang dikutip bagi ujian pra dan ujian post sampel kajian akan juga diproses dengan
perisian SPSS untuk tujuan deskriptif (peratus, min dan sisihan piawai) dan menguji
hipotesis. Statistik inferensi seperti ujian-t digunakan untuk membanding min skor
pencapaian ujian bacaan pemahaman teks antara kumpulan kawalan dan kumpulan
eksperimen di sekolah yang sama, antara kumpulan heterogenus dan kumpulan
homogenus dalam kumpulan eksperimen. Paras signifiken untuk membuat keputusan
ditetapkan pada aras 0.05. Hipotesis nol akan ditolak sekiranya nilai p yang diperolehi
adalah kurang daripada 0.05 dan sebaliknya.

5. HASIL DAPATAN
Dapatan kajian menunjukkan bahawa peningkatan pencapaian min adalah lebih tinggi bagi
kumpulan yang diajar melalui kaedah pembelajaran koperatif BPPP berbanding dengan

peningkatan pencapaian min bagi kumpulan yang diajar melalui kaedah pembelajaran
tradisional. Pada keseluruhannya, boleh disimpulkan bahawa kaedah pembelajaran koperatif
BPPP merupakan kaedah pengajaran bacaan pemahaman teks yang lebih berkesan
berbanding dengan kaedah pembelajaran tradisional. Peningkatan pencapaian min yang
lebih memihak kepada kumpulan eksperimen menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran
koperatif BPPP penting untuk meningkatkan pemahaman di kalangan pelajar. Ini dapat
menggalakkan interaksi dalam kumpulan rakan sebaya melalui pengongsian maklumat dan
idea, aktiviti penaakulan logik dan penghuraian maklumat serta meningkatkan tahap
kefahaman di kalangan pelajar. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pencapaian bacaan
pemahaman teks bagi kedua-dua kumpulan homogenous dan heterogenous di SJK (C) dan
SJK (T) telah meningkat. Namun, analisis data menunjukkan bahawa peningkatan
pencapaian ujian pemahaman teks bagi kumpulan yang diajar melalui kaedah pembelajaran
koperatif BPPP heterogenous adalah lebih tinggi berbanding dengan kumpulan yang diajar
melalui kaedah pembelajaran koperatif BPPP homogenous. Ini adalah disebabkan bahawa
kumpulan heterogenous terdiri daripada ahli-ahli pelbagai tahap kebolehan, latar belakang
sosio-ekonomi dan kaum. Mengikut Mahohaini Yusof (1989), pelajar yang lemah dapat
mempelajari sesuatu daripada pelajar yang berkebolehan tinggi dan pelajar yang
berkebolehan tinggi mempelajari strategi baru melalui pengalaman mengajar dan
membimbing rakan yang lemah.

6. KEPENTINGAN KAJIAN
Keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif BPPP dalam pengajaran bacaan pemahaman
teks adalah jelas. Memandangkan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dalam
meningkatkan pencapaian bacaan pemahaman teks amat ketara, sukatan pelajaran Kursus
Diploma Pendidikan Malaysia (KDPM) harus menekankan aspek tersebut terutama sekali
guru pelatih beropsyen bahasa demi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka
dalam penguasaan dan pelaksanaan kaedah pembelajaran koperatif. Pihak sekolah seharusnya
sentiasa menganjurkan kursus-kursus atau latihan dalaman kepada guru-guru yang mengajar
bahasa bagi memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam pelaksanaan kaedah
pembelajaran koperatif.

7. ANALISIS TENTANG KEKUATAN DAN KELEMAHAN SECARA


KESELURUHAN
7.1 Kekuatan
Kajian adalah bersesuaian dan amat diperlukan dimana pengkaji ingin mengkaji sejauh mana
keberkesanan pembelajaran komperetif mampu diaplikasikan di Malaysia yang pelajarpelajarnya adalah terdiri daripada berbilang kaum dan bangsa. Pengkaji ingin melihat sejauh
mana pembelajaran komprehensif ini lebih berkesan daripada sistem pembelajaran tradisional
yang telah sebati di sekolah-sekolah di Malaysia.
Penggunaan kajian secara kaedah experimental adalah amat bertepatan sekali kerana
keputusan yang diperoleh adalah amat jelas dan menunjukkan situasi sebenar keberkesanan
pembelajaran komperatif yang ingin diterapkan.
Pengkaji dilihat amat yakin untuk menggunakan kaedah experimental dalam kajian yang
digunakan dimana IV dan DV telah dikenalpasti dengan persoalan, objektif, tujuan dan
hipotesis kajian dikupas dan dihuraikan dengan jelas dan tepat. Sekali imbas pembaca terus
boleh mengangak bahawa kajian yang ingin dijalankan oleh pengkaji adalah berbentuk
experiment.
Kawalan terhadap pemboleh ubah extranus juga dititikberatkan oleh pengkaji dimana sampelsampel dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu yang homogenous dan heterogenous untuk
mengelakkan berlakunya ketidakseimbangan dalam tahap pencapaian pelajar di kalangan
responden.
7.2 Kelemahan
Hasil dapatan kajian tidak boleh digeneralisasikan kepada kumpulan yang lebih besar kecuali
kepada sekolah-sekolah yang mempunyai homogeneous seperti sekolah yang digunakan
sebagai subjek kajian.
Penyelidik hanya menggunakan ujian T dalam melakukan analisa kajian. Dari pemerhatian
saya terdapat 6 kumpulan kajian yang dibentuk oleh pengkaji tetapi dalam objektif dan tujuan
kajian yang dinyatakan tidak menyebut tentang kesemua kumpulan ini. Begitu juga dalam
pembentukan hipotesis kajian, seharusnya keenam-enam kumpulan ini diletakkan bersama
dan pengkaji boleh mengggunakan kaedah ANOVA atau ANCOVA dalam menganalisis data.
6 kumpulan yang dikenal pasti adalah kumpulan homogenous Tamil, kumpulan heterogenous

Tamil, kumpulan kawalan Tamil, Kumpulan homogenous Cina, Kumpulan Heterogenous


Cina dan Kumpulan kawalan Cina.
Dalam objektif yang dinyatakan oleh pengkaji seharusnya boleh membuat perbandingan
tentang keberkesanan kaedah pembelajaran komperatif di antara pelajar sekolah cina dengan
pelajar sekolah tamil selain itu untuk tambahan boleh juga pengkaji membandingkan
pencapaian antara pelajar lelaki dan perempuan.
Data hanya dipersembahkan dalam bentuk ujian T, penambahbaikan boleh dilakukan dengan
pengkaji turut mempersembahkan data dalam bentuk descriptive dimana pembaca dapat
melihat tentang perbezaan pencapaian di kalangan pelajar.
Instrument yang dibina oleh pengkaji hanya memperoleh kesahan muka iaitu daripada pakarpakar bahasa tetapi untuk menguatkan lagi kesahan pengkaji boleh mendapatkan kesahan
daripada pakar-pakar. Tidak dinyatakan tentang nilai kesahan instrument yang dibina tetapi
kebolehpercayaan instrument adalah sederhana sahaja iaitu 0.75 dan 0.69 dimana menurut
Majid (1998) nilai pekali alpha 0.60 adalah baik dan boleh diterima.

7.3 Kesimpulan
Secara keseluruhan kajian yang dijalankan adalah baik dan betul-betul berbentuk true
experiment dan amat berguna sekiranya boleh diaplikasi ke atas subjek-subjek lain selain
bahasa tamil dan cina. Terdapat beberapa kelemahan dalam kajian tetapi penambahbaikan
boleh dilakukan agar kajian ini dapat digunakan sebagai rujukan dengan lebih effisyen.

You might also like