You are on page 1of 6

GARIS PANDUAN MENJAWAB SOALAN KBKK/KBAT

SEJARAH SPM
PANDUAN MENJAWAB:
Soalan KBKK sejarah dalam SPM seringkali menghantui murid-murid. Ini kerana mereka
menganggap soalan KBKK adalah sukar dan memerlukan tempoh berfikir yang lama
dalam membina jawapan KBKK.
Kita perlu ubah persepsi ini kerana soalan KBKK adalah mudah; sebab soalannya
adalah terbuka jadi jawapan KBKKnya juga adalah terbuka. Ini bermaksud jawapan
KBKK tidak terikat dengan peraturan pemarkahan. Selagi jawapan yang diberikan oleh
murid adalah munasabah maka markah yang baik akan diberi.
Suka chegu ingatkan, jika calon SPM tidak menjawab soalan KBKK sejarah(biarkan
kosong) maka sudah tentu tiada markah akan diberikan tetapi jika calon menjawab
soalan KBKK walaupun calon merasakan jawapan tersebut seperti salah/terpesong
peluang dapat markah tetap ada. Jadi yang mana satu lebih baik? Menjawab atau tidak
menjawab? Sudah tentu menjawab.
Andaikan pecahan soalan terakhir (soalan KBKK) dalam K2 bhg A memperuntukkan 3
markah. 4 soalan struktur dan ini bermakna 12 markah. Bhg B perlu jawab 3 soalan.
Andaikan terdapat satu sub soalan KBKK yang memperuntukkan 6 markah dan ini
bermakna 18 markah. Jadi 18+12=30 markah. Mulai SPM tahun 2012 soalan KBKK mula
bertambah. 30 markah minimum / 50 markah dalam K2 jika semua betul. Betul-betul
mudah!
SPM 2013 menyaksikan soalan KBAT lebih banyak iaitu dalam kertas 2 bahagian
struktur, markah soalan KBAT ialah 22 markah daripada 40 markah, manakala bagi
bahagian esei, pecahan soalan KBAT (soalan c (i) dan (ii)) memperuntukkan 12 markah.
Ini bermakna markah KBAT soalan esei ialah 36 markah daripada 60 markah. KBAT
lebih banyak daripada fakta!!
Sebagai kemudahan calon-calon SPM, disini chegu kongsikan beberapa garis panduan
menajwab soalan KBKK sejarah SPM. Semoga ianya bermanfaat buat semua calon
SPM:
1. Kenal pasti bentuk soalan KBKK. Lazimnya ada 3 bentuk soalan KBKK iaitu:

Kontek diri (generasi muda)-nyatakan pendapat sendiri yang logik dan positif.
Kontek negara (rakyat)-nyatakan pendapat sendiri yang logik dan positif
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda-fakta sejarah/pendapat sendiri yang
berlandaskan fakta.
Tanda pengenalan KBAT: Pada pendapat anda, pada pendangan anda,
berdasarkan pengetahuan sejarah anda, kepentingan, kesan, sekiranya anda...,
adakah anda bersetuju...Anda adalah..dan lain-lain
Terdapat 2 bentuk respon jawapan KBAT iaitu respon terbuka atau respon
tertutup. Respon terbuka bermaksud jawapan KBAT calon boleh diambil daripada
sumber luar/isu-isu semasa manakala respon tertutup bermaksud jawapan KBAT
adalah bersandarkan fakta dalam buku teks sejarah (pengetahauan sejarah
sedia ada).

2. Berani keluarkan apa sahaja idea yang logik walaupun anda berasakan idea itu tidak
hebat.

3. Berikan pendapat yang mudah serta ringkas serta ayat yang lengkap dan tidak
tergantung.
4. Pecahkan jawapan anda kepada isi-isi jawapan yang kecil.
5. Jawapan anda tidak semestinya dalam kontek sejarah kerana semua aspek jawapan
adalah diterima!
6. Bersikap empati iaitu meletakkan diri dalam situasi soalan KBAT. Calon perlu
membuat imiginisasi (bayangan) terhadap soalan KBAT.
CONTOH BENTUK SOALAN KBKK KONTEK DIRI (GENERASI MUDA)
Soalan: Sebagai warganegara yang cintakan tanah air, jelaskan persiapan anda
lakukan untuk mempertahankan Malaysia daripada sebarang bentuk penjajahan pada
masa hadapan.
Perhatikan ayat yang telah chegu hitamkan, ini menunjukkan soalan KBKK ini berbentuk
kontek diri.
Cadangan rangka jawapan KBKK yang boleh calon berikan:
1. Dari sudut akhlak diri:
mematuhi ajaran agama
mematuhi larangan agama
jujur dalam perbuatan
bertanggungjawab terhadap perbuatan
menghindar budaya negatif
kuat beribadah
taat kepada Tuhan/Allah
sentiasa muhasabah diri
2. Dari sudut positif diri:
rajin belajar/ulangkaji pelajaran
amalkan pendidikan sepanjang hayat
kuasai ilmu
kuasai kemahiran teknologi
kuasai pelbagai bahasa/bahasa Inggeris
tidak mudah putus asa
berdikari
kreatif dan inovatif
berani mencuba
tidak mementingkan diri sendiri
sanggup berkoraban untuk kebaikan
berdisiplin
menjaga jati diri
berani menegakkan kebenaran
tegas pertahankan idea
bijak bertindak
bijak merancang masa depan
bersemangat waja
berbudi bahasa
3. Dari sudut hubungan sosial:

meningkatkan perpaduan kaum


semangat kekitaan
semangat bermasyarakat
bersedia bekerjasama
saling menghormati
menghargai rakan
bertolak ansur
menghormati pegangan agama lain
menghormati amalan budaya orang lain
membantu golongan yang memerlukan
menyokong dasar-dasar kerajaan
aktif dalam aktiviti sukarela

4. Dari sudut patriotisme:


cinta akan negara
setia kepada negara
menjaga nama baik negara
sanggup berkorban demi negara
berani berjuang
bersemangat kental
sanggup mempertahankan maruah negara
bijak merancang strategi sebelum bertindak
kekalkan kedaulatan negara
negara kita tanggungjawab kita
sepakat dalam perjuangan
berbangga dengan keunikan negara
menghormati perjuangan tokoh-tokoh negara
sedia berubah untuk kemajuan
tolak ansur dalam menghadai konflik
menolak amalan rasuah.

CONTOH BENTUK SOALAN KONTEK NEGARA (SEBAGAI RAKYAT)


Soalan: Berdasarkan pengkajian anda terhadap kegemilangan kerajaan Bani Umaiyyah,
terangkan iktibar yang boleh diambil untuk menjadikan negara dan bangsa
Malaysia lebih gemilang pada masa akan datang.
Perhatikan ayat yang telah chegu hitamkan. Ini bermaksud soalan KBKK tersebut adalah
berbentuk kontek negara (sebagai rakyat).
Cadangan rangka jawapan yang calon boleh berikan:
ASPEK POLITIK:
1. Dari sudut kepimpinan:

memilih pemimpin yang benar-benar layak


memilih pemimpin yang berwawasan
memilih pemimpin yang jujur dan amanah
memilih pemimpin yang cemerlang
menghormati pemimpin

mencontohi pemimpin agung/Nabi Muhammad s.a.w


menolak pemimpin yang rasuah

2. Dari sudut keamanan:


mengekalkan keamanan negara
tidak memainkan isu yang sensitif
menghormati hak asasi
menghormati agama lain
menghormati budaya lain
mematuhi undang-undang negara
menolak sebarang bentuk keganasan
mengamalkan konsep 1 Malaysia
elak campur tangan asing
menghormati amalan demokrasi
menghargai keamanan
tidak bersikap fanatik
menegakkan undang-undang yang adil
menghormati prinsip demokrasi
menghormati suara ramai
mewujudkan perpaduan kaum
menolak politik perkauman
3. Dari sudut hubungan luar
mengelakkan peperangan
bersahabat dengan semua negara
menghormati negara lain
menghapuskan diskriminasi
bersama menentang gejala negatif
elakkan campurtangan asing
membantu negara yang memerlukan
adil kepada semua negara
menyokong usaha-usaha keamanan
mengamalkan prinsip berkecuali
mengelakkkan perlumbaan senjata
berpegang kepada nilai sejagat
menentang penggunaan senjata nuklear
menyokong keputusan PBB
ASPEK SOSIAL
4. Dari sudut pendidikan:
menekankan kepentingan pendidikan
menambah peruntukan bagi pendidikan
melaksanakan dasar pendidikan wajib
memperbanyakkan pusat pengajian tinggi
menghargai para ilmuan
menggalakkan kajian dan penyeliddikan
membudayakan pendidikan sepanjang hayat
memberi biasiswa
membudayakan ilmu
memperbanyakkan perpustakaan
menambah bilangan penuntut PhD
menghargai sistem pendidikan negara

meluaskan capaian internet

5. Dari sudut hubungan kaum:


meningkatkan perpaduan kaum
bersedia bekerjasama
saling menghormati
saling menghargai
menghormati pegangan agama lain
menghormati amalan budaya lain
menghormati kebebasan beragama
menyokong budaya kebangsaan
tidak memperbesarkan perbezaan yang wujud
mengamalkan nilai-nilai murni
membudayakan gotong royong
semangat kejiranan
bertolak ansur
6. Dari sudut alam sekitar:
menyokong pemeliharaan alam sekitar
menyertai kempen alam sekitar
menjaga kebersihan
tidak membuang sampah merata-rata
menyokong teknolgi hijau
mengelakkan pencemaran
menjimatkan tenaga
menyokong penggunaan tenaga solar
menyokong program kitar semula
mengelakkan pembakaran terbuka
7. Dari sudut kesihatan:
sentiasa bersenam
amalan pemakanan yang seimbang
amalkan gaya hidup sihat
sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan
tidak merokok
tidak mengamalkan seks bebas
hindari penyalahgunaan dadah
ASPEK EKONOMI
8. Dari sudut kemajuan ekonomi:
menggunakan semua sumber negara
meneruskan kecemerlangan sedia ada
bekerja kuat bagi memajukan ekonomi
menumpukan kemahiran tinggi
menambah bingan pekerja mahir
membina pusat latihan
mengurangkan karenah birokrasi
berusaha dan produktif
mengekalkan kestabilan ekonomi
memajukan IKS
memajukan industri asas tani
memajukan perdagangan antarabangsa

menghasilkan produk yang berkualiti


memberi bantuan kewangan
memberi bantuan mesin/tekologi
memberi bantuan teknikal

9. Dari sudut mencari peluang baru:


mencari peluang ekonomi baru
meluaskan pasaran
meningkatkan kajian dan pembangunan (R&D)
melakukan inovasi
menyediakan kemudahan asas
idea bertaraf dunia
mampu mereka cipta
menarik pelabur luar
berani mengambil risiko
mengantarabangsakan produk negara
menyediakan pelbagai insentif
menumpukan kepada k-ekonomi

You might also like