You are on page 1of 42

Tajuk 13

SISTEM RESPIRASI

Sinopsis
Tajuk 13 dalam modul ini merangkumi fungsi sistem respirasi, pengurusan, fisiologi dan
kawalan respirasi dan kesan umur terhadap sistem respirasi.
Hasil Pembelajaran
Setelah selesai membaca Tajuk 13 modul ini, diharap anda dapat:
1. Menjelaskan fungsi sistem respirasi
2. Membincangkan pengurusan dan fisiologi sistem respirasi
3. Menjelaskan kesan umur terhadap sistem respirasi.
Kerangka konsep Tajuk 13 modul ini

Sistem
Respirasi

Pengenalan
dan Fungsi
Sistem
Respirasi
13.0

Pengurusan
Sistem
Respirasi

Fisiologi
Respirasi

Kawalan
Respirasi

Sistem
Respirasi
dan Umur

Sistem Respirasi
Sistem respiratori ialah proses memperoleh tenaga dalam suatu sel hidup /

organisma melalui penguraian sebatian organik. Fungsi utama ialah pertukaran gas,
iaitu membenarkan oksigen diserap ke dalam saluran darah dan karbon dioksida keluar
daripada saluran darah.
Sistem respirasi berfungsi bersama dengan sistem kardiovaskular untuk
menyempurnakan aktiviti-aktiviti respirasi berikut :

116

ventilasi pulmonari (pernafasan), proses udara masuk dan keluar daripada


peparu

respirasi luar, pertukaran gas dalam peparu (udara dlm alveoli dengan darah)

respirasi dalam, pertukaran gas antara darah dengan bendalir tisu (tissue
fluid)

o
13.1

pengangkutan gas ke peparu dan tisu serta keluar daripada peparu dan tisu

Fungsi Sistem Respiratori


Pertukaran gas antara udara dan darah
o

Sistem respirasi membentuk dua jenis sumber tenaga, iaitu:

Respirasi aerobik melibatkan penggunaan oksigen


glukosa + O2

CO2 + air + tenaga

Respirasi anaerobik tidak melibatkan penggunaan oksigen


glukosa asid laktik + tenaga (kurang), contohnya sel otot dan sperma

Sistem respirasi manusia terdiri daripada organ hidung, farinks, trakea,


bronkus, bronkiol dan peparu.

Laluan udara dalam salur respirasi:


Hidung

trakea

bronkus

bronkiol

Rajah 13.1 : Organ Sistem Respirasi


117

alveolus

Konduksi udara di paru-paru


o

Proses pertukaran gas secara resapan ringks pada alveolus. Dinding


alveolus merupakan permukaan respirasi untuk pertukaran gas O2 dan CO2 .

Ciri penyesuaian alveolus:


-

jumlah luas permukaan yang besar

dinding alveolus yang nipis

dinding alveolus yang lembap

jaringan kapilari darah yang banyak pada dinding alveolus

Mekanisme pernafasan melibatkan tindakan diafragma, otot interkosta luar


dan otot interkosta dalam yang akan mengubah isipadu dan tekanan udara di
dalam rongga toraks. Otot interkosta luar dan otot interkosta dalam bertindak
secara antagonis.

Rjh 13.2 : Mekanisme Pernafasan


o

Menarik nafas
-

Otot interkosta luar menguncup; otot interkosta dalam mengendur

Sangkar tulang rusuk ditarik ke atas dan ke arah depan


118

Otot diafragma menguncup dan turun ke bawah menjadi mendatar

Rongga toraks: isipadu bertambah dan tekanan udara menurun

Menghembus nafas
-

Otot interkosta dalam menguncup; otot interkosta luar mengendur

Sangkar tulang rusuk turun ke bawah dan ke dalam

Otot diafragma mengendur dan naik ke atas membentuk kubah

Rongga toraks: isipadu berkurang dan tekanan udara bertambah

Udara didesak keluar daripada peparu

Perlindungan permukaan respiratori


-

Udara sejuk, kering dan kotor boleh merosakkan sel peparu

Udara yang masuk ke dalam peparu mesti dilembapkan dan dibersihkan


terlebih dahulu.

Mukus yang dirembes oleh sel perembes mukus melindungi permukaan


salur respirasi dengan memerangkap butir debu dan mikroorganisma
yang masuk ke dalam trakea.

119

Rajah 13.3 : Perlindungan permukaan respiratori

Penghasilan bunyi
-

Larinks (Peti suara), suatu alat bersalur yang terletak di bawah farinks dan di
atas trakea dan terbina daripada beberapa rawan hialin yang telah berpadu
supaya organ ini menyerupai sebuah kotak. Rawan tairoid, rawan krikoid,
tudung tenggorok (epiglotis), rawan aritenoid dan rawan hioid terikat antara
satu sama yang lain oleh ligamen.

Larinks mempunyai dua tugas, iaitu peredaran udara untuk pernafasan dan
pengeluaran suara.

Pita suara yang terdapat dalam larinks terdiri daripada dua jenis fiber, iaitu:
1.

Pita suara

benar

terbina

daripada

tisu

berfiber yang elastik dan

mempunyai lipatan antara pita yang dikenali sebagai glotis.


2. Pita suara palsu ialah lipatan daripada selaput mukosa yang melapisi
permukaan dalam larinks tetapi tidak mengambil bahagian dalam
pengeluaran suara.
-

Ketegangan pita suara benar di larinks menentukan sifat bunyi bagi suara itu.
Apabila pita suara benar tegang dan pendek, nada suara adalah tinggi
manakala apabila panjang dan kendur, nadanya adalah rendah.

Kekuatan suara bergantung kepada kekuatan udara yang dihembus keluar


melalui pita suara.

Struktur lain yang membantu larinks dalam pengeluaran suara adalah seperti
saiz dan bentuk hidung, mulut, farinks dan sinus udara.

Regulasi pH
-

Kadar pernafasan dipengaruhi oleh kandungan O2 dan CO2 dalam badan.


Kadar ventilasi, kadar pertukaran gas antara darah dengan udara di aveolus.

Semasa aktiviti cerdas, kemoreseptor pusat mengesan pertambahan


kepekatan CO2 melalui perubahan pH darah dan bendalir tisu otak. Lebih
banyak O2 akan disedut masuk dan lebih banyak CO 2 dapat disingkirkan
sehingga aras pH darah yang normal dikembalikan.
120

Sel kemoreseptor pusat

pusat kawalan pernafasan

organ

yang terlibat dalam respirasi dan denyutan jantung.

13.2

Pengurusan sistem respiratori

Rrespiratori Mukosa

Membran mukosa adalah lapisan kulit dalam yang tertutup pada epitelium.

Melapisi pelbagai rongga tubuh yang memiliki kontak (contact) dengan


lingkungan luar dan organ dalaman.

Trek Respiratori Atas


Kaviti Nasal
Farinks
Larinks
Trek Respiratori Bawah
Trakea
Bronkus primari

Peparu

Rajah 13.4 : Pengurusan sistem respiratori


Struktur

Fungsi

Rongga hidung

Menuras, memanaskan dan melembapkan udara

Farinks (tekak)

Menghubungkan hidung dan mulut (nasal) kepada larinks

Larinks (peti suara)

Menghasilkan bunyi

Trakea

Laluan udara ke rongga torasik

121

Bronkus

Laluan udara ke peparu kiri dan kanan masing-masing

Peparu

Pertukaran udara untuk membekalkan oksigen kepada darah


dan mengeluarkan karbon dioksida daripada darah

13.3
o

Fisiologi respiratori
Ventilasi pulmonari adalah fungsi utama paru-paru, iaitu proses pertukaran
oksigen dan karbon dioksida antara udara dalam alveolus dengan darah dalam
saluran vena dan kapilari pulmonari. Pertukaran gas berlaku melalui proses
resapan ringkas.

Untuk

membolehkan

resapan

O2

dan

CO2,

ventilasi

pulmonari

harus

meninggikan tekanan separa O2 manakala mengurangkan tekanan separa CO 2


dalam alveolus lebih berbanding tekanan separa O2 dan CO2 dalam darah vena.
o

Pertukaran gas di membran respiratori adalah proses pertukaran gas berlaku


antara permukaan alveolus dan sel badan dengan kapilari darah secara resapan
ringkas, iaitu dari kawasan berpekatan tinggi ke kawasan berpekatan rendah.

Tekanan separa ialah tekanan sesuatu gas dalam campuran gas. Kepekatan gas
tersebut dan dinyatakan dalam pecahan jumlah tekanan.

Dalam bentuk larutan, tekanan separa satu gas dikenali sebagai ketegangan
(tension) gas dan keseimbangan dicapai apabila cecair itu ditepui oleh gas yang
melarut dalamnya

122

Rajah 13.5: Pertukaran gas merentas alveolus dan kapilari darah di peparu

Rajah 13.6: Pertukaran gas antara darah dengan sel badan


o

Pengambilan dan penghantaran gas

O2 yang telah meresap dari alveolus ke dalam kapilari darah perlu diangkut
ke sel-sel badan yang memerlukanya.

123

O2 meresap ke dalam sel darah merah/eritrosit dan berpadu dengan


hemoglobin sel darah merah, sejenis protein pigmen respirasi yg berwarna
merah dan berfungsi sebagai pembawa oksigen

Hemoglobin + O2

oksihemoglobin

O2

dari

diangkut

keluar

peparu

ke

seluruh

badan

dalam

bentuk

oksihemoglobin.

Oksihemoglobin kurang stabil, mudah terurai dan membebaskan semula


molekul oksigen apabila sel badan memerlukan O2

Dalam darah, sebahagian kecil CO2 diangkut sebagai asid karbonik, sebagai
CO2 + hemoglobin

karbaminohemoglobin dan kebanyakan dalam

bentuk ion bikarbonat di dalam plasma darah dan diangkut ke alveolus.

Apabila sampai di alveolus, CO2 dibebaskan daripada sebatiannya dan


meresap ke dalam alveolus lalu dikeluarkan semasa hembusan nafas

Mekanisme kawal atur dalam proses pernafasan


-

Semasa melakukan aktiviti cergas, lebih banyak O2 digunakan untuk


menghasilkan lebih banyak tenaga dan lebih banyak CO2 terbentuk dalam
badan hasil daripada respirasi sel.

Mekanisme kawal atur bertindak mengekalkan kepekatan O 2 dan CO2 pada


nilai normal masing-masing ketika terdapat perubahan, homeostasis.

Pada keadaan istirehat,

O2 dan CO2

berada pada aras optimum untuk

fungsi respirasi, kadar pernafasan dan kadar denyutan jantung berada pd


julat normal, iaitu lebih kurang 15-18 kali pernafasan seminit dan denyutan
jantung 60-72 kali seminit.
-

Dalm keadaan ketakutan, kadar pernafasan dan kadar denyutan jantung


meningkat untuk memperoleh O2 yang mencukupi dan menyingkirkan CO2
yang berlebihan. Kadar respirasi meningkat untuk membekal tenaga yang
mencukupi

13.4

Kawalan respirasi
o

Pusat kawalan respiratori di otak yang mengandungi sel-sel khas,


kemoreseptor pusat.
124

Pusat kawalan pernafasan manusia terletak di medula oblongata otak dan


bertindak dengan menghantar impuls ke otot respirasi (diafragma & otot
interkosta).

Rajah 13.7: Pusat Kawalan Pernafasan


o

Semasa melakukan aktiviti fizikal, kepekatan CO2 dalam darah meningkat dan
menyebabkan nilai pH darah menurun.
CO2 + plasma darah

asid karbonik

ion hidrogen + ion bikarbonat

Ion hidrogen merangsang kemoreseptor pusat dan impuls saraf dihantar. Otot
diafragma dan otot interkosta menguncup dan mengendur dengan lebih cepat
menyebabkan kadar pernafasan dan kadar ventilasi meningkat.

Rajah 13.8: Kepekatan Karbon Dioksida Melebihi Tahap Normal

125

Kemoreseptor periferi terdiri darrpada jasad karotid dan jasad aorta serta lebih
peka terhadap perubahan kepekatan O2 dalam darah.

Rajah 13.9: Kepekatan Oksigen Melebihi Tahap Normal


13.5
o

Sistem respiratori dan umur


Pengurangan keanjalan paru-paru mengakibatkan kelemahan pernafasan, iaitu
paru-paru tidak berkeupayaan untuk mengekalkan aras normal gas dalam darah
arteri.

Akibat kelemahan pernafasan:


- hipoksemia,

paru-paru

tidak

berkeupayaan untuk membekalkan O 2 yang

secukupnya kepada darah yang mengalir melalui kapilari pulmonari


- hiperkapnia, paru-paru tidak berkeupayaan untuk mengeluarkan secukupnya
CO2 yang dihasilkan oleh tisu sewaktu menjalani metabolisme.
o

Empisima satu keadaan paru-paru yang mengalami kekembungan tetapi kurang


udara dalam paru-paru.

Keanjalan paru-paru hilang kemungkinan besar kesan daripada merokok

Rajah 13.10: Kepekatan Oksigen Meningkat


126

Membran alveolus mengalami kerosakan di mana permukaan untuk pertukaran


gas telah berkurang, kemampuan resapan O2 dan CO2 antara alveolus dengan
sel darah merah menurun

Tajuk 14

Sistem Penghadaman

Sinopsis
Tajuk dalam modul ini merangkumi struktur dan fungsi sistem penghadaman dan
penyerapan.

Hasil Pembelajaran
Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:
1. Menjelaskan sistem penghadaman dan fungsinya.
2. Menghurai proses penyerapan bagi setiap nutrien.
127

Kerangka konsep Tajuk 14 modul ini

Sistem
Penghadaman
Penghadaman dan
Penyerapan

Struktur dan Fungsi


14.1
o

Sistem Penghadaman
Sistem penghadaman adalah satu proses metabolisme dalam badan untuk
mengubah secara kimia atau mekanik sesuatu zat makanan menjadi nutrisi.

Penghadaman ialah proses pemecahan zarah-zarah makanan yang besar


menjadi molekul-molekul boleh larut ringkas yang dapat diserap ke dalam sel.

Sistem penghadaman merangkumi pencernaan fizikal dan pencernaan kimia.

Pencernaan fizikal ialah pemecahan makanan secara mekanikal untuk


menghasilkan butir makanan yang kecil.

Pencernaan kimia ialah proses pemecahan molekul kompleks makanan menjadi


molekul ringkas. Contohnya, molekul protein diuraikan kepada peptida dan akhir
sekali asid amino.

Makanan yang dimakan terdiri daripada bahan kompleks seperti karbohidrat,


protein dan lipid. Bahan makanan kompleks ini tidak boleh digunakan secara
langsung oleh badan tetapi perlu dicernakan kepada bentuk yang lebih ringkas
sebelum dapat diserap oleh usus kecil.

14.1

Struktur dan Fungsi Sistem Penghadaman

128

Rajah 14.1: Organisasi Trek Penghadaman

Sistem penghadaman adalah terdiri daripada satu saluran yang bermula di mulut
dan berakhir di dubur. Bahagian-bahagian yang terlibat untuk membina sistem
pencernaan terdiri daripada struktur-struktur berikut:
(a) Mulut
Dikenali juga sebagai kaviti oral. Ruang mulut dikategorikan kepada:
i. Ruang umum iaitu ruang tengah yang mengandungi lidah.
ii. Ruang vestibul iaitu ruang antara gigi dan permukaan dalam pipi.
Ruang mulut terdiri daripada atap, lantai, dinding, lateral dan dua
pembukaan, anterior dan posterior.
Atap mulut adalah lelangit yang membahagikan mulut daripada kaviti hidung.
Lelangit keras terdiri daripada tulang memenuhi dua pertiga daripada anterior
lelangit. Bahagian yang terdiri daripada otot adalah satu pertiga daripada
posteriornya. Bahagian ini lembut dan digelar sebagai lelangit lunak.
129

Lantai mulut mulut pula dikenali sebagai diafragma mulut dan terdiri daripada
otot. Dinding lateral mulut dan pipi adalah otot yang dilapisi oleh membran
mukus di bahagian dalam dan dilapisi kulit di bahagian luar.
Vestibul mulut adalah ruang yang terdapat antara pipi dan gigi.
Pembukaan anterior mulut mempunyai dua bibir, bibir atas dan bibir bawah.
Bahagian luar bibir dilitupi oleh kulit dan bahagian dalamnya dilitupi oleh
membran mukus.
Kaviti mulut berhubung dengan bahagian tengah farinks membentuk
pembukaan posterior.

Rajah 14.2: Ruang Mulut


(b) Lidah

Merupakan organ penting di dalam mulut dalam sistem pencernaan.

Lidah terdiri daripada otot rangka yang bahagian anteriornya bebas dan
bahagian posteriornya melekat pada lantai mulut.

Terdapat dua kumpulan otot lidah iaitu otot ekstrinsik untuk pergerakan lidah,
manakala otot intrinsik terlibat dalam perubahan bentuk lidah.

Membran mukus melapisi lidah dan membentuk tonjolan-tonjolan kecil yang


dipanggil papila. Papila terbahagi kepada tiga jenis iaitu filiform, fungiform
dan sirkumvalat.

Tunas rasa terletak pada fungiform dan sirkumvalat. Lidah mempunyai


beberapa tugas, iaitu:
Tugas lidah

130

a. Deria rasa

Mengenal pelbagai jenis rasa seperti manis,


masin,

masam

dan

pahit

dan

membantu

sesorang menikmati makanan atau minumannya.

b. Pertuturan

Lidah adalah penting untuk pertuturan

c. Kunyahan dan telanan

Lidah membantu tindakan kunyahan dan telanan

d. Sentuhan

Merupakan salah satu organ deria sentuhan

131

Rajah 14.3: Lidah


(c) Gigi
Merupakan struktur tambahan dalam sistem pencernaan. Gigi mambantu
memecahkan makanan pejal dan membantu menambah rasa lazat pada
makanan tersebut.
Jumlah gigi bagi orang dewasa adalah sebanyak 32 batang (8 gigi kacip, 4
gigi taring, 8 gigi geraham kecil dan 12 gigi geraham besar).
Jenis gigi
Gigi kacip

Fungsi
Mempunyai pinggir yang rata dan tajam untuk menggigit dan

Gigi taring
Geraham

memotong.
Mempunyai kepala yang tirus untuk mengoyak dan menikam.
Mempunyai dua gerigi di permukaannya untuk mengoyak dan

kecil
Geraham

mengisar.
Mempunyai muka yang lebar dan tidak rata untuk mengisar

besar

dan melumatkan makanan.

132

Rajah 14.4: Gigi

(d) Kelenjar Air Liur

Bertanggungjawab merembeskan air liur secara berterusan.

Kelenjar-kelenjar air liur terdapat di dalam mulut atau berhampiran mulut.


Tiga kelenjar air liur yang mengeluarkan air liur dengan banyak, iaitu kelenjar
parotid, submandibular dan sublingual.

Rembesan air liur akan bertambah banyak jika kita memakan sesuatu. Ini
terjadi supaya proses pelinciran, pelarutan, dan permulaan pemecahan
secara kimia dapat dilakukan.

Sebanyak kira-kira 1.0 hingga 1.5 liter air liur terhasil dalam satu hari.
Kandungan air liur adalah 99.5% air dan 0.5% bahan-bahan tertentu seperti
garam klorida, bikarbonat dan fosfat, gas terlarut, urea dan asid urik, albumin,
globulin, musin dan lisozim.
Kelenjar parotid

Terletak di hadapan dan di bawah telinga.


Merupakan kelenjar air liur yang terbesar.
Rajah 14.4: Gigi
Merembeskan air liur melalui duktus parotid yang
membuka pada bahagian atas vestibul mulut.
133

Kelenjar

Terletak pada rahang bawah di kedu-dua sisi.

submandibular

Duktusnya membuka ke bahagian depan lantai mulut di

Kelenjar

bawah lidah.
Terletak di atas lantai mulut dan di bawah setiap sisi

sublingual

lidah.
Duktusnya membuka ke dalam mulut di bawah lidah.

Rajah 14.5: Kelenjar Air Liuh


(e) Farinks (Tekak)

Terletak di belakang hidung, mulut dan larinks. Terdiri daripada membran


berotot dan dilapisi oleh selaput mukus.

Berukuran lebih kurang 12.5cm panjang. Terbahagi kepada tiga bahagian


iaitu:
(i) Nasofarinks terletak di belakang hidung dan terdapat lubang tiub
eustachio pada dindingnya. Kelenjar yang terdapat pada nasofarinks
adalah adenoid.
(ii) Farinks oral terletak di belakang mulut. Pada dinding lateralnya terdapat
tonsil.
(iii) Farinks larinks bahagian terendah yang terletak di belakang larinks.

(f) Esofagus

Merupakan tiub berotot dan terletak di belakang trakea, berukuran 23 hingga


25cm panjang. Satu per tiga daripada bahagian atas esofagus adalah otot
rangka yang bersifat voluntari. Manakala satu per tiga daripada bahagian
134

bawahnya terdiri daripada otot licin dan bersifat tidak voluntari.Satu per tiga
daripada bahagian tengahnya pula adalah gabungan antara otot licin dengan
otot rangka.

Berfungsi untuk menghantar makanan dan minuman dari farinks ke gaster.

(g) Gaster (Perut)

Adalah kawasan penyimpanan makanan sementara sebelum makanan


tersebut dicerna oleh usus. Isi padu ruang gaster adalah 2.5 liter bagi orang
dewasa. Gaster bersifat kenyal akan mengempis apabila kosong dan
mengembang apabila berisi makanan. Rongga gaster terbahagi kepada
empat bahagian iaitu kardia, fundus, badan dan pilorus.

Terdapat kira-kira 40 juta sel kelenjar gaster pada perut. Jus gaster
mempunyai enzim pepsin, renin, mukus dan asid hidroklorik.

Pepsin menguraikan protein kepada pepton dan polipeptida; manakala renin


mengentalkan susu dengan menggumpalkan protein susu yang larut,
kaseinogen kepada kasein yang tidak larut.

Mukus adalah bendalir yang likat berfungsi melindungi perut dari asid
hidroklorik. Fungsi asid hidroklorik adalah:
(i)

Meneutralkan alkali pada air liur bagi menghentikan tindakan enzim


ptialin (amilase air liur);

(ii) Menyediakan medium berasid untuk membolehkan ebzim pepsin dan


renin bertindak; dan
(iii) Mensterilkan makanan daripada bakteria.

135

Rajah 14.6: Gaster


(h) Usus Kecil

Merupakan saluran makanan yang paling sempit dan dinamakan 3 bahagian:


(i) Duodenum yang menghubungkan gaster dengan jejunum;
(ii) Mempunyai panjang kira-kira 25cm dan berbentuk C. Kedudukan
duodenum adalah mengelilingi kepala pankreas; dan
(iii) Jejunum dan ileum panjangnya 2.4m dan 3.6m.

Tugas usus kecil adalah:


(i)

Menyelesaikan semua proses penghadaman;

(ii)

Menyerap bahan-bahan makanan yang telah terhadam, asid amino dan


glukosa ke dalam darah dan lemak hadam ke dalam salur limfatika; dan

(iii)

Menghasilkan beberapa hormon yang mengawal penghasilan bendalir


pankreas, hempedu dan bendalirnya sendiri.

(i)

Usus Besar (Kolon)

Usus besar bermula dari ileum hingga ke anus dan berukuran 1.5m panjang.

Bentuknya adalah lebih besar daripada usus kecil dan bahagian pada usus
besar adalah:
(i) Sekum mempunyai apendiks, namun apendiks tidak mengambil
bahagian dalam proses pencernaan.
(ii) Kolon naik ke atas di sebelah kanan rongga abdomen, kolon melintang
dan kolon bawah. Bersambung dengan rektum.
(iii) Rektum saluran berotot yang pendek.

Kanal anus adalah bahagian paling akhir pada usus besar berukuran 4 cm.

Pembukaan kanal anus dikenali sebagai anus dan dikawal oleh otot licin
yang tebal dikenali sebagai sfinkter internal (tak voluntari) dan di luar oleh
otot rangka yang disebut sfinkter eksternal (voluntari).

Fungsi usus besar adalah sebagai:


-

Penyerap air, garam dan glukosa;

136

Merembeskan musin oleh kelenjar pada lapisan dalam;

Menyediakan selulosa dalam bentuk karbohidrat dalam tumbuhan,


buahan dan sayuran hijau; dan

Menyediakan sisa protein yang belum dicerna oleh tindakan bakteria


untuk kumuhan.

Rajah 14.7: Usus Kecil

137

Jadual 14.1: Ringkasan proses kimia dalam pencernaan


Sumber : Bantuan Studi Lengkap Biologi Tingkatan 4, Mah Chee Wai.
Bahagian
Kelenjar Rembesan
pH
Enzim
Perubahan
salur
pencernaan
Mulut
Kelenjar
Air liur
6.5 6.8
Amilase air
Kanji maltosa
air liur
liur (ptialin)
Perut

Duodenum

Usus kecil
(jejunum
dan ileum)

Kelenjar
gaster

Pankreas

Jus gaster

Jus
pankreas

1.5

7.8 8.5

HCI (bukan
enzim)

Pepsinogen
pepsin

Pepsin

Protein pepton +
polipeptida

Renin

Kaseinogen
kasein (kasein
kemudiannya
dicernakan oleh
pepsin)

Amilase
pankreas

Kanji maltosa

Tripsin

Protein pepton
(polipeptida)

Lipase

Lemak asid
lemak dan gliserol

Hati

Hempedu

Beralkali

Garam
hempedu
(bukan enzim)

Lemak titisan
lemak (hempedu
meneutralkan asid)

Kelenjar
Brunner
(kelenjar
usus)

Jus usus
(sukus
enterikus)

Beralkali
(7.6)

Enterokinase

Tripsinogen
tripsin
Pepton
polipeptida asid
amino
Maltosa glukosa

Erepsin
Maltase

138

Sukrase

Sukrosa glukosa
+ fruktosa

Laktase

Laktosa glukosa
+ galaktosa

Lipase

Lemak asid
lemak + gliserol

o Pencernaan berlaku terhadap makanan dan minuman yang kita ambil. Empat
peringkat perubahan berlaku kepada bahan makanan dan minuman yang masuk
ke dalam tubuh kita.
(i) Kunyahan dan telanan

Makanan akan dihancurkan oleh mulut, gigi dan lidah apabila masuk ke
dalam mulut.

Tindakan ini dikenali sebagai tindakan mengunyah.

Makanan yang dikunyah tadi akan bercampur dengan air liur dan menjadi
lumat.

Kemudian makanan yang telah lumat ditelan melalui farinks dan esofagus
ke perut.

Otot pencerut pada dinding farinks bertanggungjawab kepada tindakan


menelan ini.

(ii) Penghadaman

Penghadaman bermula dari dalam mulut hinggalah ke dalam


perut dan usus kecil.

Usus kecil merupakan tempat di mana kebanyakan proses


penghadaman berlaku.

Dalam proses penghadaman bahan makanan diubah dari segi


fizikal dan kimianya agar lebih mudah diserap.

(iii) Penyerapan

Selalunya bahan makanan akan diserap di bahagian usus kecil.

Namun, penyerapan boleh juga berlaku di bahagian-bahagian lain dalam


sistem penghadaman.

(iv) Pembuangan bahan makanan yang tidak hadam

Bahan buangan iaitu najis adalah hasil bahan-bahan yang tidak hadam.

Pembuang bahan makanan tidak hadam dilakukan oleh usus besar.

139

Rajah 14.8: Proses Penghadaman


14.2 Penghadaman dan Penyerapan
-

Pencernaan dapat dilakukan dengan adanya enzim-enzim di dalam sistem


pencernaan. Enzim adalah mangkin organik (protein) yang berkebolehan
mempercepatkan kadar tindak balas biokimia dalan organisma hidup.

Enzim bertindak mengubah kimia bahan makanan yang kompleks menjadi


bahan larut yang mudah diserap.

Penyerapan ialah satu proses apabila air, garam dan hasil pencernaan unsur
makanan dari lumen usus diserap melalui membran ke dalam sel mukosa usus
dan seterusnya ke dalam sistem peredaran darah untuk diedarkan kepada tisu
sasaran di dalam tubuh.

140

Sekiranya sistem yang terlibat dalam proses penyerapan ini rosak, maka nutrien
tidak akan dapat disalurkan kepada sel-sel secara berkesan.

Kebanyakan penyerapan berlaku di dalam usus kecil.

Secara umumnya, usus tidak boleh menyerap molekul yang lebih kompleks
daripada gula heksosa (glukosa, fruktosa dan galaktosa), asid amino, asid lemak
dan gliserol.

Untuk memudahkan penyerapan hasil pencernaan, dinding usus mempunyai


permukaan yang luas bagi membolehkan penyerapan berlaku dengan lebih
berkesan.

Ciri-ciri dinding usus yang diperlukan termasuk:


1. usus yang panjang
2. beribi-ribu vilus pada permukaan dinding usus kecil dan duodenum
3. beribu-ribu mikrovilus pada setiap sel mukosa dinding usus.

Usus kecil mempunyai sistem kapilari darah yang luas supaya hasil pencernaan
boleh diangkut dengan cepat.

Rajah 14.9: Vilus Usus Kecil

141

Proses dan Penyerapan Karbohidrat


-

Karbohidrat ialah kumpulan sebatian yang terdiri daripada tiga unsur, iaitu
karbon, hidrogen dan oksigen dalam nisbah 1:2:1.

Glukosa, galaktosa dan fruktosa mewakili hasil muktamad pencernaan


karbohidrat. Proses yang menghidrolisiskan disakarida kepada monosakarida
seperti ditunjukkan di bawah:
- Maltosa + air hidrolisis glukosa + glukosa
- Sukrosa + air hidrolisis glukosa + fruktosa
- Laktosa + air hidrolisis glukosa + galaktosa

Semua karbohidrat dicernakan kepada glukosa yang kemudian disimpan


oleh hati dalam bentuk glikogen.

Makanan berkanji seperti roti menyediakan karbohidrat yang banyak.

Tapak utama penyerapan monosakarida tersebut ialah duadenum dan


bahagian proksimal jejunum. Justerus, apabila kime tiba ke ileum, hampir
semua karbohidrat yang dimakan telah diserap.

Glukosa dan galaktosa diserapkan dari lumen usus melalui mekanisme


pengangkutan aktif, manakala penyerapan fruktosa terjadi secara pasif.

Proses dan Penyerapan Lipid


-

Lipid merupakan sebatian hidrofobik. Oleh itu lipid tidak larut dalam air tetapi
hanya larut dalam lipid yang lain serta pelarat organik seperti alkohol dan
aseton. Contoh lipid ialah lemak, minyak, lilin, fosfolipid dan steroid.

Tapak utama pencernaan lemak ialah duodenum dan jejunum proksimal.

Langkah pertama pencernaan lemak dalam lumen duodenum ialah


penguraian molekul lemak kepada saiz kecil supaya lipase pankreas dapat
bertindak ke atasnya. Proses ini yang dikenali sebagai emulsifikasi
memerlukan garam hempedu. Garam hempedu mengurangkan ketegangan
permukaan lemak dan mempermudahkan pemecahannya kepada titis-titis
halus. Dengan cara ini, jumlah luas permukaan lemak bertambah dan
membolehkan tindakan lipase yang lebih berkesan.

Lipase pankreas bertindak ke atas trigleserida lalu menghasilkan asid lemak


bebas, monogliserida dan gliserol. Di dalam sel, asid lemak mengalami
esterifikasi dengan cepat dan membentuk trigliserida.

142

Proses dan Penyerapan Air dan Eletrolit


- Pada umumnya, sambil bahan terlarut diserap dari lumen usus, sejumlah air
yang setara secara isotomik juga diserap.
- Penyerapan air juga terjadi dalam kolon supaya kurang daripada 250ml air
dikumuhkan.

Proses dan Penyerapan Vitamin


-

Vitamin ialah sebatian organik yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit
untuk memelihara kehidupan manusia.

Vitamin digunakan dalam bentuk asalnya dan tidak boleh dicernakan kepada
bentuk yang lebih ringkas. Vitamin diperlukan untuk tindak balas kimia dalam
sel sebagai koenzim. Vitamin tidak dapat disintesiskan (kecuali vitamin D dan
K) oleh badan manusia. Oleh itu kita mesti memperoleh vitamin dalam bentuk
asalnya melalui makanan.

Vitamin dapat dikelaskan kepada dua kumpulan iaitu vitamin larut lemak,
vitamin A, D, E dan K dan vitamin larut air, vitamin B kompleks dan vitamin C.

Vitamin larut lemak tidak dikumuhkan keluar melalui kencing tetapi disimpan
dalam badan.

143

Tajuk 15

Pemakanan dan metabolisma

Sinopsis
Tajuk dalam modul ini merangkumi pengenalan metabolisma selular, laluan metabolik,
diet dan pemakanan dan bioenergetik.
Hasil Pembelajaran
Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:
1. Mengklasifikasikan kumpulan makanan
2. Menjelaskan metabolisma makanan
Kerangka konsep tajuk 15 modul ini

Pemakanan
dan
Metabolisma

Metobolisma
selular

15.0

Laluan
Metabolik

Diet dan
Pemakanan

Bioenegetik

Pemakanan dan Metabolisma


Metabolisma adalah berkaitan dengan segala perubahan yang berlaku di dalam

badan berhubung dengan kegunaan bahan-bahan makanan. Semua makhluk yang


hidup akan mengalami proses metabolisma. Kadar metabolisma akan bertambah secara
berlipat ganda apabila seseorang melakukan pekerjaan seperti pergerakan atau

144

penghadaman makanan. Sebaliknya semasa kita berehat, kadar metabolisma akan


berkurangan.
15.1 Metabolisme Selular
Metabolisma adalah jumlah tenaga yang diperlukan bagi menetapkan suhu badan.
Metabolisme merupakan tindak balas kimia yang berlaku dalam sel hidup untuk
menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga.
Proses metabolisme merupakan asas yang membolehkan sel membesar dan membiak,
mengekalkan struktur mereka dan bertindak balas terhadap persekitaran mereka. Selain
itu, metabolisma juga untuk menggalakkan organ-organ penting dalam tubuh untuk
bekerja.

Dalam proses metabolisma, dua perubahan berlaku:


(a) Pembinaan (anabolisma)
Proses pembinaan otot dan lain-lain tisu dalam badan. Pembinaan ini boleh berlaku
daripada asid amino yang diperoleh daripada protein, atau daripada lemak. Hasil
daripada pembinaan asid amino dan lemak adalah asid lemak atau gliserol. Kadar
anabolisma yang tinggi berlaku semasa pertumbuhan dan semasa penyembuhan
daripada penyakit.
(b) Pengungkaian (katabolisma)
Proses mengungkaikan lemak atau glukos kepada karbon dioksida dan air.
Tujuannya adalah untuk membebaskan tenaga bagi melakukan kerja. Kadar
katabolisma yang tinggi berlaku semasa seorang dijangkiti penyakit dan semasa
waktu mati akibat kelaparan.
Kita mendapat tenaga melalui bahan makanan yang kita makan. Tiga jenis zat makanan
yang membekalkan tenaga adalah karbohidrat, protein dan lemak. Tenaga daripada tiga
jenis zat makanan adalah untuk:

Menetapkan suhu badan;

145

Menggalakkan kecergasan tugas organ penting seperti bernafas, pengaliran


darah dan penguncupan jantung; dan

Menjalankan pergerakan kerja seharian.

Istilah kadar metabolisma basal (BMR) merujuk kepada jumlah keseluruhan aktiviti
metabolisma. Kadar metabolisma basal diambil sewaktu badan dalam keadaan rehat
dari segi fizikal dan mental. Kenapa dilakukan dalam keadaan rehat? Kerana pada
waktu ini, tisu bekerja pada tahap yang paling minimum dan menyebabkan kadar
oksigen yang diperlukan adalah sedikit.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kadar metabolisma seseorang. Faktorfaktor tersebut adalah saiz tubuh, umur, jantina, iklim, kepanasan, jenis pakaian dan
jenis pekerjaan. Namun, kadar metabolisma bergantung kepada aktiviti yang dilakukan
oleh individu. Kadar metabolisma individu yang berkerja manual seperti berkebun
adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan individu yang bekerja di pejabat yang
banyak duduk.
Kadar metabolisma pada penyakit juga berbeza dan dipengaruhi oleh beberapa
kelainan pada kelenjar tiroid. Keadaan hipertiroidisma akan meningkatkan kadar
metabolisma kerana kelenjar tiroid melakukan kegiatan yang berlebihan. Manakala,
penyakit yang aktiviti kelenjar tiroidnya kurang seperti kretinisma dan miksedema akan
menurunkan kadar metabolisma.
Kadar metabolisma disukat dengan mengira jumlah haba yang dihasilkan dalam badan.
Seseorang mestilah benar-benar berehat tanpa memakan apa-apa bagi tempoh 12 jam
pada suhu udara biasa. Jika keputusannya adalah +10, membawa erti bahawa adalah
10% melebihi kadar biasa. Jika keputusannya -10 bererti 10% kurang daripada kadar
biasa. Kadar yang tinggi biasanya berlaku pada lelaki muda dan mempunyai permukaan
badan yang luas. Faktor ini menyebabkan kehilangan haba dengan lebih banyak.
Oleh itu, manusia perlu makan untuk menggantikan haba yang hilang. Kita juga perlu
makan untuk mengekalkan penghasilan tenaga semasa penghasilan haba berlaku.
Jumlah tenaga yang dikeluarkan oleh zat makanan dalam nilai kalori adalah:

Protein

= 17kJ (4.1kcal) setiap gram


146

Lemak

Karbohidrat = 17kJ (4.1kcal) setiap gram

= 38kJ (9.3kcal) setiap gram

Manusia memerlukan kalori untuk:

Mencegah kehilangan berat badan;

Mengekalkan suhu tubuh; dan

Membekalkan tenaga bagi aktiviti semua sel, tisu, kelenjar dan organ.

Kadar metabolisme membabitkan tiga perkara asas:


1. Kadar metabolik asas yang merangkumi keperluan untuk membolehkan badan
berfungsi dengan baik. Biasanya setiap orang menggunakan sehingga 75%
daripada tenaga daripada tenaga harian untuk tugas ini.
2. Pencernaan dan penyerapan makanan. Kira-kira 10% daripada kalori harian
digunakan untuk tugas ini.
3. Aktiviti fizikal harian seperti bersenam pula akan membakar baki tenaga yang ada.
Berapa banyak tenaga dibakar bergantung kepada tahap aktiviti yang dilakukan.

15.2 Laluan Metabolik


(a) Metabolisma Karbohidrat
Karbohidrat berubah menjadi kanji dan gula hasil daripada tindak balas dengan
enzim dalam air liur. Gula dan kanji akan dicernakan menjadi glukosa dan
diserapkan ke dalam darah.
Glukosa yang dibawa oleh darah akan disimpan dalam hati dan otot tulang
dipanggil sebagai glikogen. Pada peringkat ini, aktiviti insulin adalah diperlukan.
Semasa aktiviti otot berlaku, glikogen akan digunakan. Glikogen yang telah
digunakan akan digantikan kembali dengan glukosa gula darah mengikut keperluan
tubuh badan.
Semasa kita sakit pula, badan memerlukan kalori yang banyak. Karbohidrat
merupakan bahan makanan yang senang dicernakan dan diasimilasikan. Oleh itu,
147

kita memerlukan lebih banyak makanan berkarbohidrat berbanding makanan


berprotein dan lemak.
Proses pencernaan adalah proses yang menukarkan bahan makanan kepada
bentuk kimia yang boleh diserap oleh sel-sel dalam badan. Semasa pencernaan,
ptialin bertugas untuk mengubah kanji masak menjadi maltosa. Enzim di dalam
usus iaitu invertasi, maltase dan laktase bertugas menghasilkan pemecahan akhir
pada maltosa menjadi pelbagai monosakarida. Monosakarida yang terhasil adalah
laevulosa, glukosa dan galaktosa.
Semasa penyerapan, monosakarida akan diserap ke dalam darah. Kawalan insulin
dan aktiviti hati pada saat ini adalah berfungsi untuk mengekalkan peratus gula
darah. Haba dan tenaga dibekalkan hasil daripada pengoksidaan karbohidrat dalam
tisu. Selebihnya disimpan sebagai lemak dan menjadi penambah berat badan.
Hasil muktamad metabolisma karbohidrat adalah dalam bentuk karbon dioksida dan
air. Air disingkirkan melalui sistem perkumuhan iaitu sebagai air kencing (sistem
urinari) dan peluh (kulit). Manakala, karbon dioksida dikeluarkan dari sistem tubuh
melalui paru-paru.
(b)

Metabolisma Lipid (Lemak)


Lemak disimpan dalam tisu adiposa oleh tubuh badan. Lemak akan dikeluarkan
apabila diperlukan dan berubah menjadi gliserol dan asid lemak semasa simpanan
dalam hati. Lemak diubah menjadi gliserol dan asid lemak kerana inilah bentuk
yang paling mudah dapat digunakan oleh tubuh badan.
Untuk menghasilkan haba dan tenaga dalam tisu, lemak digunakan sebagai bahan
api dalam proses pembakaran. Lemak terbakar keseluruhannya menjadi karbon
dioksida dan air jika terdapat jumlah gula yang mencukupi. Tetapi jika jumlah gula
yang ada hanya sedikit atau tiada langsung, pembakaran menjadi tidak lengkap.
Hasil daripada pembakaran yang tidak lengkap ini adalah bahan keton. Jika zat
keton yang dihasilkan terlalu banyak maka, ketosis akan berlaku.
Selalunya ketosis berlaku kepada individu yang sedang dalam keadaan kelaparan
di mana tubuh tidak mempunyai sesuatu untuk digunakan kecuali lemak dalam tisu
148

adiposa. Ini juga berlaku pada pesakit diabetes dan pengamal diet yang mengambil
terlalu banyak lemak tetapi kurang karbohidrat.
Dalam proses pencernaan, terdapat sedikit hidrolisis lemak yang dihasilkan oleh
lipase gastrik. Manakala lipase pankreas dan lipase usus memecahkan lemak
menjadi gliserin dan asid lemak.
Dalam penyerapan pula, gliserin dan asid lemak akan diserap oleh lakteal dan
disalurkan ke duktus toraksik kemudian masuk ke dalam aliran darah. Apabila
sudah berada di dalam darah, lemak akan dihantar ke setiap sel di tubuh badan.
Lemak yang sudah dioksidasikan di hati akan disimpan di dalam tisu. Semasa
disimpan di dalam hati, sesetengah lemak dioksidakan oleh karbohidrat untuk
menghasilkan haba dan tenaga. Sebahagian lemak yang mengandungi vitamin A
dan D akan disimpan. Hasil akhir yang menjadi bahan buangan adalah sama
seperti yang berlaku dalam metabolisma karbohidrat iaitu karbon dioksida dan air.
Cara perkumuhannya juga sama iaitu karbon dioksida oleh paru-paru, manakala air
oleh kulit dan sistem urinari.
Keperluan lemak oleh seorang individu adalah tidak kurang daripada 50gm setiap
hari. Tubuh memerlukan 30% kalori daripada lemak.
(c) Metabolisma Protein
Protein diubah menjadi asid amino oleh tindakan dengan enzim bendalir perut,
pankreas dan usus. Asid amino diperlukan untuk tugas pertumbuhan dan
pembaikan tisu tubuh. Jumlah asid amino yang dipecahkan di dalam hati adalah
banyak jika kita mengambil makanan yang mengandungi banyak protein. Asid
amino dipecahkan untuk mengeluarkan nitrogennya, maka yang tinggal untuk
penghasilan haba dan tenaga adalah karbon, hidrogen dan oksigen.
Semasa proses pencernaan di dalam perut, pepsin menukarkan protein menjadi
pepton. Sementara di dalam usus pula, tripsin bertugas untuk memecahkan protein
dan pepton kepada polipeptida. Kemudian daripada polipeptida ditukarkan menjadi
asid amino hasil tindak balas dengan erepsin.
149

Pada proses penyerapan yang berlaku dalam darah, asid amino akan membawa
nitrogen dan sulfur ke setiap sel dalam tubuh. Untuk pertumbuhan dan pembaikan,
asid amino yang diperlukan akan dipisahkan oleh sel tubuh.
Hasil kumuh daripada metabolisma protein adalah urea, sedikit asid urik dan
kreatinin. Semua bahan kumuh ini disingkirkan ke dalam bentuk urin oleh ginjal.
Sebanyak lebih kurang 30gm urea disingkirkan setiap hari dari badan melalui jalan
ini bersama dengan sedikit asid urik dan kreatinin.
o

Kawalan metabolisma dilakukan oleh dua faktor iaitu:


(i)Sistem saraf pusat dan tidak sedar (involuntari)
Apabila tiada bekalan saraf pada sekelompok otot maka kelumpuhan akan
berlaku. Otot akan menjadi kurus, bahagian tersebut tidak dapat berfungsi
dan pertumbuhan bahagian tersebut akan terbantut.
(ii)Organ endokrin
Seperti yang kita pelajari dalam sistem endokrin, terdapat organ tertentu
menghasilkan zat yang bersifat kimia untuk mengawal kesihatan tubuh.
Contoh; aktiviti metabolisma menjadi berkurangan apabila rembesan
kelenjar tiroid tiada, manakala kadar metabolisma meningkat secara
mendadak apabila rembesan tiroid terlalu banyak.

15.3
o

Diet dan Pemakanan


Pemakanan ialah suatu sains atau ilmu pengetahuan mengenai makanan yang
diperlukan oleh manusia untuk hidup, tumbesaran, menjalankan kerja-kerja
pembiakan dan penyusuan.

Makanan seimbang ialah satu makanan yang mengandungi kelima-lima jenis zat
makanan dalam kadar yang diperlukan utuk menjaga kesihatan.

Selain karbohidrat, protein dan lemak, badan memerlukan garam galian, vitamin
dan air
-

Kalsium dan fosforus untuk tulang dan gigi

Ferum membentuk bahan hemoglobin

150

Kalium memelihara tekanan osmosis bendalir badan, plasma dan darah


selain membantu dalam pengecutan otot yang normal.

Iodin untuk membentuk hormon kelenjar tiroid.

Sulfur untuk membentuk sel-sel kulit, rambut dan kuku.

Fluorin membentuk tulang dan gigi yang kuat.


VITAMIN

FUNGSI
Membina pigmen penglihatan pada retina

kering

Membantu pembinaan dan pemeliharaan


tulang dan gigi.

Penting untuk memelihara sistem


pembiakan yang sihat.

K
B1

B5

- kerosakan gigi
- riket
- osteomalasia

Membentuk sel darah merah.


E

- rabun malam

Memelihara kesihatan kulit dan melewatkan - penyakit mata


proses penuaan.

KESAN

menyebabkan
kemandulan

Terlibat dalam pembentukan trombin

Darah sukar

yang diperlukan dalam pembekuan darah

membeku

Membantu fungsi normal sistem saraf.

Beri-beri

Untuk pertumbuhan badan.


Membantu perkembangan sistem saraf.

Kekejangan otot,
kelesuan, koordinasi
motor terganggu.

Memelihara kesihatan kuit.

Skursi, luka lambat

Membina tisu penghubung (kolagen)

sembuh, anemia.

Air terkandung dalam semua makanan semula jadi. Sumber air dalam
makanan termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, susu, jus buah-buahan,
sup dan air minuman. Air memainkan peranan penting kerana air membentuk
70% daripada berat bedan manusia. Air bertindak sebagai medium untuk
tindak balas biokimia dalam sel. Air juga mengawal atur suhu badan, menjadi
medium pengangkutan, menyingkirkan hasil perkumuhan dan lain-lain.

151

Rajah 15.1: Pemakanan Seimbang


o

Tenaga ialah keupayaan untuk bekerja. Tenaga kimia yang terdapat dalam
makanan adalah sumber tenaga manusia untuk hidup dan bekerja.

Tenaga matahari adalah sumber asas semua tenaga yang boleh ditukarkan
kepada bentuk kimia dalam makanan.

Berikut adalah keperluan kalori bagi individu yang menjalankan aktiviti, umur dan
jantina yang berbeza.
Jadual 15.1: Keperluan Kalori
Aktiviti /Jantina dan umur
Lelaki yang sedentari
Lelaki yang sederhana cergas
Lelaki yang sangat cergas
Perempuan yang sedentari
Perempuan yang sederhana cergas
Perempuan mengandung
Perempuan menyusukan anak
Kanak-kanak 2 3 tahun
Kanak-kanak 4 5 tahun
152

Jumlah kalori
2,100kcal
2,500kcal
3,000kcal
1,750kcal
2,100kcal
2,000kcal
2,500kcal
750kcal
1,000kcal

Kanak-kanak 6 7 tahun
Kanak-kanak 8 9 tahun
Kanak-kanak 10 11 tahun
Kanak-kanak 12 15 tahun
o

1,300kcal
1,600kcal
1,800kcal
2,100kcal

Berikut adalah peruntukan protein yang diperlukan di negara tropika.


Jadual 15.2: Peruntukan protein yang diperlukan di negara tropika
Lelaki dewasa
Perempuan dewasa
Budak lelaki
Budak perempuan
Budak 2 -9 tahun
Perempuan mengandung
Perempuan menyusukan anak

65gm setiap hari


55gm setiap hari
80gm setiap hari
70gm setiap hari
40 60gm setiap hari
80gm setiap hari
85gm setiap hari

15.4 Bioenergetik
15.4.1 Regulasi Haba
o

Regulasi haba bermaksud bagaimana kita menyeimbangkan haba yang


berada dalam tubuh badan. Keseimbangan haba adalah apabila kita berehat
atau menggunakan sedikit tenaga, suhu badan adalah pada takat 37C.
Sebagai kesimpulannya, tenaga yang kita gunakan untuk aktiviti ringan
sentiasa dibebaskan ke persekitaran. Oleh itu, keseimbangan suhu dapat
dikekalkan.

Keseimbangan haba tercapai apabila kehilangan haba sama dengan


penghasilan haba.

Kehilangan haba berlaku melalui perolakan, pengaliran, pancaran dan


penyejatan.

Suhu badan dapat dikekalkan pada takat 37C ketika rehat atau semasa
melakukan aktiviti melalui sistem regulasi termal (thermoregulation).

Pendedahan yang ekstrem kepada haba boleh mengurangkan prestasi kerja,


malah mudah terkena penyakit serius berkaitan cuaca panas Serious Heat
Illnesses dan kematian.

Heat Illnesses boleh dikurangkan melalui:


-

Pengambilan air yang cukup dan penggantian elektrolit;

Penyesuaian dengan iklim haba; dan

153

Kesedaran tentang had bebanan melalui aktiviti yang dilakukan, pakaian


dan haba persekitaran.

Kehilangan Haba
o

Kehilangan haba boleh berlaku pada tubuh badan melalui empat faktor iaitu:
(i) Perolakan (convection)
Pemindahan haba dari satu tempat ke tempat yang lain melalui
pergerakan sesuatu bahan panas. Contohnya udara yang bertiup dari
kipas ke atas permukaan kulit memindahkan udara panas daripada badan
dan digantikan dengan udara sejuk.
Seseorang individu yang berlari akan kehilangan haba secara perolakan
sama seperti individu yang berdiri di udara.
Kadar kelajuan dan suhu udara yang bertiup ke atas permukaan kulit
menentukan jumlah haba yang hilang daripada tubuh badan.
(ii) Pengaliran/konduksi (conduction)
Pemindahan haba antara dua objek yang berbeza suhu yang bersentuhan
antara satu sama lain.
Selalunya arah pengaliran haba adalah dari objek panas ke objek sejuk.
Contohnya apabila kita memegang ais, haba dari tapak tangan akan
mengalir ke ketulan ais dan mencairkannya.
Begitu juga apabila kita menyentuh dapur yang panas, haba dari dapur
akan berpindah ke tangan kita.
(iii) Radiasi (radiation)
Molekul dalam badan kita adalah sentiasa bergetar. Oleh itu, haba akan
dikeluarkan secara berterusan dari tubuh dalam bentuk gelombang
elektromagnetik.
Radiasi adalah pemindahan haba antara objek melalui gelombang
elektromagnetik.
Contohnya

apabila

seseorang

berada

di

dalam

bilik,

dia

akan

memancarkan haba ke dinding bilik dan pada masa yang sama perkara
sebaliknya berlaku.
154

Kita akan memperoleh haba apabila objek di sekeliling lebih panas


daripada suhu badan, manakala kita akan kehilangan haba apabila badan
lebih panas daripada objek di sekeliling kita.
Oleh itu, kita akan kehilangan haba apabila hanya sedikit awan yang
menutupi matahari dan apabila kita berada di tengah panas antara pukul
12.00 tengah hari hingga 4.00 petang.
(iv) Penyejatan (evaporation)
Penyejatan berlaku melalui perpeluhan.
Perpeluhan tidak nyata berlaku semasa berehat juga menyebabkan
penyejatan.
Penyejatan berlaku apabila air bertukar menjadi wap. Contohnya seorang
bekerja kuat dan berpeluh, badan akan menjadi sejuk apabila penyejatan
peluh bertukar kepada wap pada permukaan kulit.
Namun, apabila peluh tidak dapat disejat dan mengalir ke bawah,
penyejukan tidak berlaku.
Pada setiap gram penyejatan peluh berlaku, kita kehilangan 0.580 kcal
haba.
Penghasilan Haba
o

Unit tenaga haba yang digunakan adalah kalori yang telah diuraikan untuk
menaikkan suhu 1gm air sebanyak 1C. 1 kilokalori (kcal) adalah jumlah
haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu 1kg air sebanyak 1C.

Haba khusus yang perlu untuk mengubah suhu air 1C adalah 1 kcal/kg/C.
Haba khusus untuk suhu tisu badan adalah 0.83kcal/kg/C.

Oleh itu, seseorang yang seberat 70kg harus menyimpan 58kcal haba untuk
meningkatkan suhu badan sebanyak 1C. Jumlah haba atau tenaga yang
dihasilkan

semasa

metabolisma

bergantung

kepada

makanan

yang

dioksidakan. Penghasilan haba dari metabolisma bagi individu yang sedang


berehat adalah sebanyak 1.45kcal/minit atau 87kcal/jam.
o

Jika tiada haba yang hilang, sebanyak 1.5C suhu badan akan meningkat
dari 37C ke 38.5C. Tetapi pada waktu berehat, peningkatan ini tidak berlaku

155

kerana haba dihilangkan melalui penyejatan, pengaliran, radiasi dan


perolakan.
o

Haba juga boleh diperoleh melalui radiasi, pengaliran dan perolakan. Ini
boleh berlaku apabila udara dan objek di persekitaran adalah lebih panas
daripada badan.

15.4.2 Regulasi haba juga berlaku melalui sistem termal. Fungsi sistem termal ialah
untuk mengekalkan suhu badan secara relatif. Sistem regulasi termal terdiri
daripada reseptor termal dan efektor termal.
(i) Reseptor termal
Reseptor termal adalah organ-organ yang sensitif kepada stimulasi termal.
Dua kawasan reseptor termal adalah bahagian hipotalamus otak (pusat
reseptor) dan kulit (reseptor periferal). Kedua-dua kawasan ini mempunyai
dua jenis pengesan iaitu peka kepada bahang dan peka kepada sejuk.
Pusat reseptor peka kepada perubahan kecil suhu pada salur darah arteri
yang berubah-ubah antara 0.2 0.4C. Reseptor pada kulit pula berubah
mengikut keadaan suhu sekeliling. Reseptor kulit yang mempunyai saraf
yang banyak dapat mengesan kehadiran bahang. Lokasi reseptor bahang
adalah di seluruh tubuh dan

jumlah reseptor sejuk adalah lebih banyak

daripada reseptor panas. Kedua-dua reseptor bersambung ke korteks dan


pusat regulasi di hipotalamus. Tindakan dari kepekaan kepada panas dan
sejuk adalah mencari tempat redup, menambah atau mengurangkan
pergerakan dan lain-lain.
(ii) Efektor termal
Merupakan otot tulang yang merangkumi arteriol yang membekalkan darah
pada kulit, kelenjar peluh dan kelenjar endokrin. Dalam keadaan sejuk atau
menggigil akan meningkatkan bahang pemprosesan metabolik pada masa
yang sama. Arteriol yang membekalkan darah ke kulit akan berada dalam
keadaan pemvasocerutan apabila cuaca sejuk. Apabila suhu panas, ia akan
menyebabkan keadaan sebaliknya.

156

Perpeluhan mencegah kita daripada mengalami suhu lebih had kerana peluh
mengewap dari kelenjar-kelenjar peluh yang berada di semua permukaan
tubuh terutamanya di tapak tangan, kaki dan leher. Kelenjar endokrin yang
terlibat dalam regulasi haba adalah tiroid dan medula adrenal.
Kelenjar tiroid akan mengeluarkan tiroksin apabila keadaan sejuk dan
meningkatkan kadar metabolisma. Tahap adrenalin dan noradrenalin dan
medula adrenal akan meningkatkan suhu dari pengurangan penegangan dan
pengecutan.

_____________________________________________________________________

TUGASAN TERARAH
Merujuk kepada Buku Latihan Essentials of human anatomy and physiology
(Marieb, E.N., 2006).

157

You might also like