You are on page 1of 1

6.

Mewujudkan mekanisme amaran awal dan mengukuhkan mekanisme perlindungan


kanak-kanak di peringkat nasional dan antarabangsa.
7. Menyediakan pengetahuan asas kepada kanak-kanak untuk membolehkan mereka
melindungi diri daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi serta
mengenal pasti keadaan yang berisiko kepada mereka.
8. Mewujudkan sistem saringan , pengiktirafan dan latihan bagi mereka yang bekerja
secara langsung dengan kanak-kanak.
9. Memperluas dan meningkatkan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa, keluarga,
pesalah dewasa, pesalah kanak-kanak dan komuniti setempat.
10. Meningkat dan memperluaskan perkhidmatan perlindungan dan kesihatan kepada
mangsa dan keluarga.
11. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan mengenai perlindungan kanak-kanak
serta menyebar luas hasil penyelidikan untuk tindakan penambahbaikan.
Kesan daripada pembentukan Dasar Perlindungan Kanak-Kanak negara, banyak badanbadan bukan kerajaan (NGO) melakukan program dan aktiviti berkenaan perlindungan
kanak-kanak.

Sejak

Malaysia

bersetuju

mengikuti

CRC

pada

tahun

1995

dan

memperkenalkan Akta Kanak-kanak pada tahun 2001, banyak inisiatif untuk menyedari dan
menegakkan hak-hak kanak-kanak telah dimajukan oleh kerajaan dan masyarakat sivil.
Kemajuan yang besar sebagai contoh, dicapai dalam bidang pendidikan dan penjagaan
kesihatan asas untuk kanak-kanak.

Penubuhan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia

(SUHAKAM) pada tahun 2000 adalah salah satu bukti yang menunjukkan Malaysia sangat
peka terhadap hak asasi manusia termasuklah hak asasi kanak-kanak. Peranan SUHAKAM
terhadap kanak-kanak adalah melalui penyelidikan terhadap isu-isu hak asasi yang perlu di
tanggani oleh pihak kerajaan. Contohnya isu kanak-kanak orang asli yang tinggal di asrama
seawal 7 tahun disebabkan tiada sekolah di kawasan pendalaman yang menyebabkan
pemisahan mereka dengan ibu bapa. Isu kemahiran dan pengetahuan pembantu pengurus
murid untuk mengawasi dan menjaga kanak-kanak di asrama Orang Asli dan sekolah
pendidikan khas. Tiada kemahiran khusus, khususnya mengurus kanak-kanak seperti
austistik, pekak-bisu.
Walau bagaimanapun, setelah pelbagai usaha dan tindakan di ambil oleh pihak kerajaan
Malaysia, sehingga kini masih banyak lagi berlaku kes-kes yang melanggar hak asasi
kanak-kanak seperti penderaan, keganasan, seksual, eksploitasi dan sebagainya. Di mukamuka akhbar, media cetak dan media elektronik tidak pernah lekang dari berita berkenaan
pelanggaran hak asasi kanak-kanak. Kes-kes yang berlaku itu menunjukkan seolah-olah
orang yang melakukan perbuatan tersebut tidak mempunyai perasaan sebagai seorang
manusia normal yang di kurniakan hati, perasaan dan otak untuk berfikir.

You might also like