You are on page 1of 1

DOMAIN PEMBELAJARAN (BLOOM'S TAXONOMY)

Taksonomi Bloom telah diperkenalkan pada tahun 1956 oleh ahli


psikologi pendidikan Dr BenjaminBloom untuk menggalakkan bentuk pemikiran yang tinggi dalam pendidikan,
seperti menganalisis dan menilai, dan bukannya hanya mengingati fakta (pembelajaran hafalan).
Tiga jenis pembelajaran
Bloom (1956) telah memperkenalkan tiga domain dalam aktiviti pengajaran atau pembelajaran:
Kognitif: kemahiran mental (Pengetahuan)
Afektif: perkembangnan perasaan atau emosi (Sikap)
Psikomotor: kemahiran fizikal (Kemahiran)
Domain boleh dianggap sebagai kategori. Jurulatih dan guru sering merujuk kepada ketiga-tiga kategori ini iaitu
Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap. Domain ini adalah taksonomi tingkah laku pembelajaran yang boleh
dianggap sebagai "matlamat proses pembelajaran." Iaitu, selepas episod pembelajaran, murid seharusnya
telah memperoleh kemahiran baru, pengetahuan, dan atau sikap.
Walau bagaimanapun, taksonomi Bloom adalah mudah difahami dan mungkin salah satu aspekyang
paling digunakan secara meluas masa kini.
Domain Kognitif
Domain kognitif melibatkan pengetahuan dan pembangunan kemahiran intelek (Bloom, 1956). Ini
termasuk mengingati atau mengenali fakta tertentu, corak prosedur, dan konsep yang terkandungdalam
perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran. Terdapat enam kategori utama, yang disenaraikan seperti di
bawah, bermula daripada tingkah laku yang paling mudah kepada yang paling kompleks. Kategori boleh
dianggap sebagai darjah kesukaran. Iaitu, perkara yang pertamabiasanya mesti
dikuasai sebelum yang seterusnya boleh berlaku.

You might also like