You are on page 1of 14

LAPORAN AHLI JAWATANKUASA DOKUMENTASI

KURSUS BINA INSAN GURU (BIG) FASA III


PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
BAGI TAHUN 2015

Pada hari 15 Januari 2015 (Khamis) pukul 8 malam , kami telah mengadakan
mesyuarat kali pertama bagi BIG Fasa III di cafe. Mesyuarat kali ini adalah untuk
memilih Ahli Jawatankuasa bagi BIG Fasa III. Sarthishwaran A/L Rajendran sebagai
pengerusi, manakala Law Xian Hern sebagai Naib Pengerusi. Chia Hui Ying pula
sebagai setiausaha dan penolongnya ialah Andak Zaini A/K Chu. Sebelum bersurai,
ketua mengumumkan mesyuarat kali kedua akan diadakan pada hari 19 Januari 2015
(Isnin).
Mesyuarat kali kedua ini diadakan pada 19 Januari 2015 (Isnin) pukul 8 malam di
Dewan Kuliah B. Encik Sarudin bin Md Amin selaku penyelaras BIG ini telah memberi
taklimat BIG kepada kami semua. Taklimat tersebut tentang aktiviti BIG kali ini akan
mengadakan gotong royong terhadap bencana alam di SK Ruai. Sekolah tersebut
merupakan semula paling teruk dilanda banjir. Paras air paling tinggi sampai ke tingkat
kedua. Untuk mendapat maklumat yang selanjutnya boleh rujuk kepada JPP yang
pernah menyertai bantuan pasca bencana alam. BIG Fasa III dirancang akan
mengadakan pada 26 Januari 2015 atau 1 Februari 2015. Encik juga meminta kali
merancangkan satu tarikh untuk mengendalikan bengkel dan khidmat masyarakat
selepas BIG. Tarikh tersebut tidak boleh mengganggu waktu kuliah. Selepas mesyuarat,
semua Ahli Jawatankuasa diminta menunggu sebentar untuk mengagihkan tugasan
masing-masing. Oleh sebab kekangan masa, jadi tarikh BIG Fasa III terpaksa bertunda
pada hari 3 Mac 2015.
Mesyuarat kali ketiga diadakan pada 25 Feburari 2015, pada pukul 8.30 malam
di dewan kuliah B.Talimat tugasan BIG diberi oleh Encik Sarudin untuk membahagikan
tugasan kepada AJK masing-masing. Perkara yang penting adalah menjaga
penampilan, tingkah laku serta identiti sebagai seorang bakal guru semasa di sekolah.
Jadi, BIG Fasa III 2015 ialah Sekolah Kebangsaan Kuala Telang di Sungai Koyan pada
hari 5 Mac 2015, Hari Khamis. Kami akan bertolak pada pukul 7.30 pagi berpakaian baju
IPG.

Kursus Bina Insan Guru (BIG) Fasa III peringkat Institut Pendidikan Guru
Kampus Tengku Ampuan Afzan bagi kelima-lima unit, iaitu unit Pengajian Cina, unit
Pengajian Melayu, unit Pemulihan, unit Muzik, dan unit Sains telah diadakan pada 5
Mac 2015 (Khamis) di Sekolah Kebangsaan Kuala Telang yang terletak berhampiran
dengan Sungai Koyan, Kuala Lipis.
Pada pagi ini, kelima-lima unit telah berkumpul di Dataran Bestari, IPG Kampus
Tengku Ampuan Afzan tepat pada pukul 7:30am. Kesemua guru pelatih lelaki diminta
untuk mengangkat dan meletakkan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk aktiviti
gotong-royong, seperti kereta sorong, penyapu, berus cat, dan sebagainya ke dalam
ruang penyimpanan bas IPG. Selepas siap segala persediaan, kami bertolak ke SK
Kuala Telang tepat pada pukul lapan pagi dengan menaiki bas IPG dan terdapat
segelintir guru pelatih yang pergi bersama-sama dengan pensyarah pembimbing
dengan menaiki kereta. Oleh sebab perjalanan menuju ke SK Kuala Telang adalah agak
sempit, pemandu bas adalah susah untuk menghantar kami sampai di sekolah tersebut.
Guru-guru pelatih diminta untuk berjalan kaki ke sekolah berkenaan. Namun demikian,
disebabkan sikap keprihatinan guru-guru SK Kuala Telang dan para pensyarah
pembimbing yang sanggup memandu kereta masing-masing untuk menghantar kami ke
sekolah secara bergilir-gilir, semua guru pelatih berupaya untuk sampai di sekolah
dalam masa selama 25 minit.
Apabila sampai di sekolah, guru-guru SK Kuala Telang mengalu-alukan
kedatangan kami dengan hati yang terbuka. Selepas itu, kami telah diberi taklimat oleh
Guru Penolong Kanan 1 (PK1), Encik Fazeli Bakar mengenai pembahagian tugas
gotong-royong, misalnya mengecat dinding sekolah, melukis dan mewarnakan mural
pada dinding yang sudah dilakar, membersihkan kelas-kelas, mengemaskan bilik sains,
dan sebagainya.
Selepas selesai pembahagian tugas, PK1 pun memperkenalkan guru besar SK
Kuala Telang, Encik Abdul Rani bin Akob kepada para guru pelatih. Guru besar
megucapkan selamat datang kepada kami dan beliau juga memberi taklimat pendek
untuk memperkenalkan SK Kuala Telang. Menurut taklimat beliau, sekolah ini
mempunyai 14 orang guru dan 60 orang murid.

Beliau juga mengatakan bahawa

suasana di SK Kuala Telang memang harmonis dan keharmonian kawasan sekolah ini
menyediakan tempat pembelajaran yang kondusif dan selesa kepada murid-murid.

Namun demikian, sekolah tersebut telah mengalami banjir yang teruk, iaitu aras air
meningkat sampai ke tingkat atas bangunan sekolah. Selepas kejadian banjir, terdapat
golongan sukarelawan yang sanggup membantu dalam pembersihan supaya suasana
sekolah boleh menjadi ceria semula.
Selepas taklimat daripada guru besar, guru-guru pelatih pun mula menuju ke
tempat masing-masing untuk menjalankan tugas yang telah dibahagikan tadi. Kami
berasa berterima kasih atas kerjasama dan bantuan yang dihulurkan oleh para guru dan
staf-staf sekolah dalam menyempurnakan kerja pembersihan yang diamanahkan.
Contohnya, guru-guru sekolah menolong kami untuk mendapatkan berus cat dan
pengikis supaya tugas pembersihan dapat kami siapkan dengan lancar manakala
pengawal sekolah tersebut juga membantu guru-guru pelatih perempuan terutamanya
untuk menuangkan cat ke dalam bekas plastik yang telah disediakan. Kami juga berasa
amat bersyukur atas makanan, iaitu roti, biskut, dan air yang telah disediakan oleh
kantin SK Kuala Telang untuk kami. Semasa waktu rehat, kami sambil makan sambil
berbual-bual. Hal ini sedikit sebanyak telah mengeratkan hubungan antara guru-guru
pelatih dengan para guru SK Kuala Telang dan para pensyarah pembimbing.
Tugas pembersihan selesai kira-kira pada pukul 4:40pm. Kami bekerjasama
bagai aur dengan tebing untuk mengemaskan barang-barang dan peralatan yang telah
digunakan, menyapu sampah serta mengutip surat-surat khabar yang kotor.
Kemudian, semua guru pelatih diminta berkumpul di kantin sekolah untuk majlis
penutupan. Terlebih dahulu, kami mendengar ucapan daripada PK1 bagi wakil guru
besar. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih dan amat bersyukur atas kerjasama
yang diberikan oleh guru-guru pelatih dalam menjalankan tugas pembersihan. Gotongroyong yang diusahakan oleh semua warga sekolah dan para guru pelatih telah
mengembalikan keceriaan kawasan sekolah di mana murid-murid boleh belajar dengan
lebih berkesan dan efektif dengan adanya suasana yang selesa. Selepas ucapan
daripada PK1, kemudian Encik Sukri bin Yaacob sebagai wakil IPG juga menyampaikan
sepatah dua kata. Encik Sukri telah mengucapkan syabas kepada para guru pelatih
dalam menjayakan kursus Bina Insan Guru Fasa III peringkat IPG Kampus Tengku
Ampuan Afzan bagi tahun 2015. Beliau juga memberi motivasi dan dorongan kepada
kami supaya memupuk sikap perpaduan, sikap tolong-menolong, dan nilai murni yang
lain sebagai guru pada masa hadapan. Beliau merasmikan majlis penutupan bagi

kursus BIG Fasa III dan setelah itu, tibalah masa untuk sesi penyampaian hadiah dan
cenderamata kepada pihak-pihak yang telah banyak memberi sumbangan dalam
menyempurnakan kursus BIG ini. Tambahan pula, kami juga tidak lupa mengambil
gambar bersama-sama sebagai kenangan manis sebelum bersurai dan bertolak balik ke
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.
Pendek kata, kursus Bina Insan Guru (BIG) Fasa III peringkat IPG Kampus
Tengku Ampuan Afzan telah dilaksanakan oleh para guru pelatih dengan lancar di SK
Kuala Telang dan kursus ini tamat pada pukul 5:40pm.

LAMPIRAN

Rajah 1: Mesyuarat kali pertama.

Rajah 2: Mesyuarat kali kedua.

Rajah 3: Encik Sarudin memberi taklimat kepada kami.

Rajah 4: Perjalanan kami ke sekolah SK Kuala Telang.

Rajah 5: Guru Besar SK Kuala Telang.

Rajah 6: Guru Penolong Kanan 1 mengagihkan tugasan kepada kami semua.

Rajah 7: Tugasan diadakan di makmal sains.

Rajah 8: Tugasan diadakan di luar pusat sumber.

Rajah 9: Melukis mural di luar bilik darjah.

Rajah 10: Mengecat di makmal sains.

Rajah 11: Menghiaskan pusat sumber.

Rajah 12: Melukis mural di luar bilik darjah.

Rajah 13: Tugas mengecat untuk hiasan.

Rajah 14: Tugas mengecat di luar.

Rajah 15: Hasil mural kami.

Rajah 16: Hasil mural yang cantik.

Rajah 17: Hasil mengecat.

Rajah 18: Hasil mural di sudut bacaan.

Rajah 19: Gambar keseluruhan BIG Fasa III bersama guru-guru SK Kuala Telang.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,
_____________________
(THIAN CHUI YING)
_____________________
(CHOO YOONG YOONG)
Ahli Jawatankuasa Dokumentasi,
Kursus Bina Insan Guru Fasa Ketiga, 2015

6 Mac 2015

You might also like