You are on page 1of 9

MOTIVASI GURU PENYUMBANG KEMENJADIAN PELAJAR

Oleh
Ammar bin Othman
ABSTRAK
Perkataan

motivasi diambil

daripada

perkataan

Latin

movere yang

membawa maksud to move atau untuk bergerak. Manakala menurut Kamus Dewan
(1994), istilah motivasi ini didefinisikan sebagai sesuatu yang membuat dan
mendorong seseorang berusaha untuk melakukan sesuatu dengan penuh
minat. Ramlah (2004) pula mentakrifkan motivasi sebagai sesuatu kuasa yang
menggerakkan seseorang melakukan sesuatu untuk mencapai matlamat atau
kejayaan. Selain itu, motivasi juga dilihat sebagai satu rancangan untuk
mengelakkan daripada kegagalan. Apabila seseorang individu itu dikatakan sebagai
seorang yang bermotivasi, maka ia bererti bahawa ia telah memperoleh kekuatan
untuk mencapai kecemerlangan hidup (dunia dan akhirat).
Ainon (2004), menyatakan pakar-pakar psikologi mengkaji motivasi daripada
tiga persoalan iaitu dari sudut keamatan, arah perbuatan dan ketekunan. Menurut
beliau darjah keamatan atau intensiti motivasi seseorang dirujuk sebagai darjah
kesanggupan seseorang menggunakan tenaganya untuk melakukan sesuatu
perbuatan. Arkes Gaske (1982) dan Mitchell (1982) menyatakan konsep motivasi
adalah sesuatu kuasa yang membangun, menentukan arah dan tahap kerelaan
tingkah laku sesseorang individu untuk mencapai sesuatu matlamat. Schunk (1990)
dan Greenberg (1999) pula berpendapat bahawa konsep motivasi ialah satu proses
dalaman yang membangkit, menumpu dan mengekalkan tingkah laku seseorang
individu.

PENGENALAN
Terminologi

motivasi

bukanlah

acapkali

dikaitkan

dengan

bidang

kemanusiaan. Menurut (Ainon, 2004), motivasi dilihat sebagai kuasa dorongan yang
datang daripada dalam diri seseorang dan juga dorongan yang dipergunakan ke
atas individu-individu lain supaya meningkatkan daya usahanya. Tambahan itu,

motivasi juga mempunyai hubungan dengan segala tingkah laku atau tindakan yang
baik yang mana ianya mampu mempengaruhi perlakuan atau prestasi kerja
seseorang.
Motivasi seseorang guru sering dikaitkan dengan sikap guru terhadap
kerjayanya. Ia juga dilihat sebagai kesungguhan ataupun keinginan guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dalam lingkungan persekitaran sekolah.
Disamping penglibatan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, motivasi
yang biasanya dikaitkan dengan guru turut merangkumi kepekaan guru dalam
mengawal disiplin pelajar di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Lantas,
tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa motivasi guru memberi kesan yang
mendalam terhadap aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang dijalankan dalam
sesebuah sekolah. Malahan, guru juga dilihat sebagai agen motivasi yang utama
dalam menggerakkan para pelajar untuk memajukan diri mereka.
Profesion perguruan adalah berpaksikan kepada falsafah dan objektif
pendidikan negara dimana guru merupakan individu yang bertanggungjawab untuk
menterjemahkan segala perkataan yang telah termaktub di dalam falsafah dan
objektif pendidikan tersebut melalui perkongsian ilmu pengetahuan dan kemahiran
kepada para pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif sangat
bergantung kepada motivasi seseorang guru tersebut. Manakala motivasi guru
tesebut pula dipengaruhi oleh beberapa keadaan. Salah satu daripadanya adalah
suasana bilik darjah. Ofoegbu (2004) menyatakan bahawa, jika suasana kelas di
mana guru mengajar dalam keadaan selamat, sihat, ceria dan mempunyai bahan
sumber dan kemudahan pengajaran yang menyokong proses pengajaran dan
pembelajaran yang optima, guru itu akan cenderung untuk terlibat sama dengan
pengurusan dan pentadbiran penambahbaikan keseluruhan sekolah. Tambahan
beliau lagi motivasi guru juga dipengaruhi oleh gaji, elaun, kemudahan teknologi
untuk pengurusan kelas dan penambahbaikan sekolah.
Terdapat dua jenis motivasi yang biasanya dibincangkan, motivasi dalaman
dan luaran. Justeru, seorang guru seharusnya mempunyai motivasi dalaman dan
luaran

dalam

menjalankan

dan

melaksanakan

tugas

mereka.

Guru

yang mempunyai keperluan motivasi dalaman akan menjalankan tugas dengan


ikhlas dan tulus hati tanpa mengharapkan ganjaran. Malah, hanya kejayaan anak-

anak didiknya yang didambakan dan ianya sudah cukup untuk memberi kepuasan
hati dan kendirinya. Sebaliknya pula bagi guru-guru yang mempunyai motivasi
luaran

di

mana

mereka

melakukan

tugas

untuk

mendapat

ganjaran. Tuntasnya, matlamat utama penambahbaikan mesti menekankan kepada


motivasi dalaman guru untuk mengajar dengan berkesan di samping menyediakan
beberapa kemudahan untuk memenuhi motivasi luarannya (Glatthorn, 2006).
Menurut Pintrich (2002), tahap motivasi guru mempengaruhi motivasi pelajarpelajarnya untuk belajar. Tahap motivasi guru dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran dapat dikesan melalui perancangan pengajaran dan interaksi guru
dengan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Mengikut
beliau lagi guru yang bemotivasi tinggi akan sentiasa memotivasikan pelajarpelajarnya agar mereka dapat menumpukan perhatian kepada pengajarannya.
Banyak kajian yang telah dijalankan mengenai cara guru meningkatkan motivasi
pelajar. Namun demikian, kajian-kajian yang terdahulu banyak mengaitkan dengan
kaedah ganjaran untuk memotivasikan pelajar. Mengikut Keller (1983), banyak
kajian lepas hanya berfokus kepada teori pengukuhan operan yang melibatkan
ganjaran dalam bentuk gred, keistimewaan, pujian, hadiah dan pelekat.
Bagaimanapun, kajian yang dijalankan oleh Stipek (1996) menyatakan yang
sebaliknya di mana beliau mendapati semua perkara yang dilakukan oleh guru di
kelas sebenarnya mempunyai impak kepada motivasi pelajar. Beliau mengulas
dengan lebih lanjut bahawa ianya bukan sahaja yang berkaitan dengan tindakan
motivasi yang biasa seperti menentukan matlamat dan memberi ganjaran kepada
pencapaian yang baik sahaja tetapi meliputi semua aktiviti yang berkaitan dengan
pengajaran. Sebagai contoh, seperti membentuk kumpulan pelajar, teknik menyoal
dan bagaimana usaha guru menguruskan kelas serta bagaimana mereka
menangani disiplin kelas.
PERBINCANGAN
Kajian tentang motivasi guru dan kaitannya dengan motivasi para pelajar
dilihat sebagai satu topik yang kurang diminati dan kurang menarik minat para
pengkaji di Malaysia namun ianya agak popular di luar negara. Sebagai contoh
ialah kajian yang dilakukan oleh Goodlad (1984) dan Goodlad & Klein (1970). Hasil

dapatan kajian mereka menunjukkan guru-guru yang rendah motivasinya kerap


menggunakan kaedah syarahan yang membosankan dan menjejaskan pencapaian
akademik pelajar-pelajarnya. Namun demikian, kita masih tidak mendapat gambaran
yang jelas mengenai permasalahan ini di Malaysia tetapi, saya yakin bahawa kita
mampu mengupas isu ini dengan lebih lanjut dengan berpaksikan kepada rekod
pencapaian calon-calon peperiksaan penting seperti Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM).
Guru merupakan salah seorang individu yang memainkan peranan paling
penting dalam perkembangan pendidikan seseorang pelajar. Guru juga merupakan
orang dewasa pertama yang bukan saudara yang berhubung terus dengan kanakkanak (Smith, 1979). Tambahan beliau lagi, melalui guru kanak-kanak didedahkan
dengan nilai dan budaya sesuatu masyarakat. Peranan guru di Malaysia bukan
sebagai pendidik yang menyampaikan maklumat berkaitan dengan mata pelajaran
yang diajarnya sahaja tetapi juga sebagai pembentuk tingkah laku, sahsiah, sikap
dan nilai pelajar-pelajarnya (Ramlah, 2004). Hal ini adalah bertetapan dengan garis
panduan yang telah digazetkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana
matlamat utama pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan insan kamil yang
serba boleh, baik budi pekertinya, berilmu dan bertanggung jawab kepada diri,
keluarga, agama, bangsa dan negaranya.
Seperti yang dinyatakan, tugas utama guru bukan sahaja setakat mengajar
para pelajar tetapi juga perlu mendorong pelajar untuk belajar. Oleh itu, untuk
menyiapkan diri sebagai seorang pendorong pelajar yang terbaik, seseorang guru
tersebut harus mengetahui ilmu-ilmu yang berkaitan dengan motivasi dan perlu
mempunyai motivasi yang tinggi dalam melaksanakan tugasnya agar mampu
menjadi contoh yang unggul kepada para pelajarnya. Hal ini adalah penting kerana
motivasi dalam pembelajaran sangatlah penting terutama dalam mencapai matlamat
pembelajaran. Slavin

(1997)

mengatakan

bahawa

....

Students

who

are

acdemically unmotivated to learn do not learn. Tambahan itu juga, guru merupakan
golongan manusia yang memberi impak besar kepada masyarakat dan negara.
Sejajar dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, golongan pendidik mengambil
peranan kedua selepas ibubapa dalam membentuk sahsiah dan perwatakan pelajar
(Khairina Yasin, 2001). Manakala aspek pengaruh pula, guru adalah insan yang

mempunyai pengaruh besar terhadap perkembangan personaliti, mental dan fizikal


setiap manusia (Noran dan Ahmad Mahdzan, 1992).
Setiap guru mengetahui mereka perlu mendorong murid-murid mereka
supaya rajin belajar dan menjadi individu-individu yang baik dan penuh semangat
(Abdullah Hassan, Ainon Mohd., 2004). Mengikut beliau lagi, guru hanya dapat
menjadi pendorong kepada murid-muridnya apabila terdapat hubungan yang sihat
dan positif. Oleh itu, dapatlah disimpulkan di sini bahawa guru yang berkesan adalah
guru yang mampu membina dan menjalin hubungan yang baik dengan para
pelajarnya secara sihat dan positif bukannya melalui ugutan dan paksaan. Dill
(1990) menyatakan bahawa jika pengajaran guru hanya setakat menyampaikan
maklumat dan tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk menarik respon pelajar
terhadap apa yang disampaikannya maka pengajaran guru menjadi kurang
berkesan.

Jadi,

selain

daripada

melengkapkan

diri

dengan

dengan

ilmu

pengetahuan yang mencukupi mengenai subjek yang diajar, seseorang guru itu
haruslah mempunyai motivasi yang tinggi dalam penyampaikan ilmunya. Hal ini
kerana motivasi guru turut mempengaruhi kualiti pengajaran guru itu.
Guru-guru yang bermotivasi juga lebih berdedikasi dan bersungguhsungguh dalam tindakan dan lebih komited daripada guru-guru yang tidak
bermotivasi.

Menurut

Ramlah

(2004)

guru-guru

yang

bermotivasi

akan

membangkitkan dorongan atau motivasi supaya pembelajaran menjadi lebih


berkesan, bermakna dan menyeronokkan. Tambahan itu juga, motivasi guru turut
dipengaruhi oleh sikap dan minat seseorang itu di dalam profesion tersebut.
Pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan dan persekitaran serta prasarana
yang disediakan oleh pihak sekolah boleh meningkatkan motivasi guru. Sementara
penyelidikan yang dilakukan oleh Brown dan McIntyre (1993) mengenai pengajaran
berkesan mendapati bahawa guru yang bermotivasi tinggi dapat mencipta
persekitaran bilik darjah yang menyeronokkan dan tenang. Guru yang bermotivasi
tinggi akan menjadikan mata pelajaran yang diajarnya bertambah menarik dan tidak
membosankan serta mudah difahami dan guru tersebut mampu mengawal diri dari
dibelenggu perasaan marah. Sebaliknya suasana kelas guru-guru yang bermotivasi
rendah agak membosankan. Mereka tidak merancang pengajaran dan pelajarpelajarnya bersikap pasif dan tidak bermotivasi (Glatthorn dan Fox, 1996).

Menurut Ramlah (2004), usaha guru untuk mendorong pelajar agar


bermotivasi bukanlah satu tugas yang mudah. Tileston (2004) pula menyatakan
tahap motivasi pelajar adalah penting kerana ia mempengaruhi proses pembelajaran
dalam kelas. Menurut beliau lagi, motivasi merupakan sebahagian daripada bakat
dalam sistem kendiri dan sistem metakognitif dalam otak manusia yang
mempengaruhi keupayaan pelajar untuk memberi tumpuan kepada pembelajaran,
memulakan sesuatu tugasan dan menyiapkannya. Beliau mengulas, guru boleh
menjana motivasi pelajar melalui kaedah ganjaran intrinsik dan ektrinsik. Tambah
beliau lagi, pelajar yang mempunyai motivasi intrinsik akan berusaha kuat dan
belajar bersungguh-sungguh untuk kepuasan dirinya. Sebaliknya pelajar yang
mempunyai motivasi ektrinsik akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat
ganjaran luaran.
Seseorang guru sebenarnya tidak dapat memotivasikan para pelajar kerana
mereka sendiri yang bertanggungjawab untuk mencari motivasi (Tileston, 2004).
Oleh yang demikian, apa yang boleh dilakukan oleh seseorang guru tersebut ialah
dengan mengambil pendekatan untuk mengajar para pelajarnya teknik atau pun
kemahiran yang dapat membimbing mereka melakukan sesuatu tugasan yang
diberikan oleh guru. Manakala menurut cendekiawan Marzano (1992), guru boleh
membina motivasi intrinsik pelajar dengan cara memberi motivasi ekstrinsik terlebih
dahulu. Sebagai gambaran, guru boleh memulakan pengajarannya dengan memberi
ganjaran ektrinsik bagi menarik minat pelajar. Kemudian, apabila pembelajaran
menjadi lebih menarik, sudah tentu rasa ingin tahu dalam diri pelajar meningkat.
Namun demikian, Jensen (1997) berpendapat bahawa . Bagi pelajar berisiko atau
pelajar berpencapaian rendah pula pergantungannya kepada kaedah ganjaran
dalam meningkatkan motivasinya akan berterusan sepanjang hayat dan mereka
tidak akan berupaya sepenuhnya menggunakan motivasi intrinsik semula jadi yang
dikawal oleh kendiri dan sistem metakognitifnya
Tugas seorang guru bukan setakat untuk meningkatkan motivasi pelajar tetapi
juga mengenalpasti, menggalak dan memandu motivasi pelajar untuk belajar dan
menarik perhatian mereka dalam aktiviti ke arah pembelajaran (Slavin, 1997).
Pendapat ini turut disokong oleh Gage dan Berliner (1984) di mana mereka
berpendapat bahawa motivasi pelajar berubah mengikut darjah keamatan dan arah.
Darjah keamatan motivasi pelajar untuk terlibat dalam sesuatu aktiviti pengajaran

bergantung kepada arah motivasi pelajar untuk tertarik kepada aktiviti alternatif yang
terdapat dalam pengajaran guru. Disamping itu, motivasi bukan sahaja penting bagi
menarik minat pelajar dalam aktiviti pembelajaran tetapi yang lebih penting lagi ialah
untuk menentukan sejauh mana pencapaian pelajar dalam aktiviti yang disertai atau
berapa banyak maklumat yang telah didedahkan kepada mereka (Fenstermacher
dan Soltis, 1998).
Sebelum seorang guru yang menyandar jawatan sebagai pendidik yang
profesional, beliau haruslah mengikuti kursus perguruan terlebih dahulu. Selain itu,
ilmu pengetahuan dan kemahiran yang wajib dipelajari seperti kaedah mengajar
yang tepat, kemahiran mengurus bilik darjah dan sebagai seorang pembimbing
yang bermotivasi tinggi amatlah penting sekali untuk dipelajari. Latihan-latihan yang
telah diterima semasa melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Guru (dahulunya
dikenali sebagai Maktab Perguruan) atau di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
memainkan peranan yang penting dalam menggarap motivasi seseorang guru
tersebut. Malah, para guru juga dikehendaki mengikuti dan menghadirikan diri ke
kursus-kursus pendek anjuran sekolah mahupun yang dianjurkan oleh Pejabat
Pelajaran Daerah (PPD). Namun begitu, acapkali kita lihat bahawa motivasi yang
dahulunya dilihat berada dipuncak kini kian merudum apabila para guru menjalankan
tugasan mereka di sekolah. Banyak faktor yang menyumbang kepada permasalahan
ini dan antaranya ialah prasarana di sekolah yang tidak lengkap atau usang yang
tidak dapat menyokong pengajaran berkualiti dan sedikit sebanyak menjejaskan
tumpuan mereka.
Tambahan itu lagi, keadaan bilik darjah yang panas dan sempit dan alat bantu
mengajar tiga dimensi yang kurang merupakan contoh persekitaran yang
melemahkan motivasi pengajaran guru. Lebih memburukkan keadaan, tingkah laku
para pelajar masa kini yang sangat dimanjakan oleh ibu bapa dan para pelajar yang
tidak berdisiplin dan pemalas menyumbang kepada penurunan motivasi seseorang
guru dan mejadikan proses pengajaran dan pembelajaran semakin sukar serta
mencabar. Selain itu guru juga dibebankan dengan tugas bukan mengajar seperti
kerja-kerja

pengkeranian,

mengecat

sekolah,

menjaga

kesihatan

pelajar, membekalkan maklumat kepada Pejabat Pelajaran Daerah dan Negeri


menyebabkan guru kekurangan masa untuk membuat persediaan rapi sebelum
masuk ke kelas (Yong, 2006). Oleh yang demikian, apabila para guru dibebankan
dengan bebanan tugas yang bercambah, maka mereka akan menjadi kurang

bersedia untuk mengajar dan akhirnya fokus untuk mengajar terus lenyap.
Kesannya, proses pengajaran dan pembelajaran tidak berkesan dan menyumbang
kepada kemerosotan pencapaian para pelajar.
Selain itu, sikap para guru terhadap profesion perguruan itu sendiri turut
menyumbang kepada prestasi kerja dan motivasi yang ditunjukkan oleh mereka.
Antaranya, bidang perguruan ini mempunyai cuti yang agak panjang dan
pendapatannya juga terjamin menarik minat orang ramai untuk memohon menjadi
guru. Oleh itu, tujuan mereka untuk menjadi guru bukan lagi atas niat yang ikhlas
dan bermakna kerana mereka menceburi bidang ini semata-mata untuk mendapat
jaminan pekerjaan dan pendapatan sahaja. Lebih menyedihkan, ada segelintir di
kalangan mereka ini yang hanya ke kelas untuk menyampaikan pengajaran mereka
dan menghabiskan sukatan pelajaran. Mereka langsung tidak endah sama ada
proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan itu berkesan atau tidak. Lebih
teruk lagi sekiranya mereka ini diberikan mandat untuk mengajar kelas yang lemah.
Sudah semestinya mereka tidak berusaha gigih untuk memotivasikan para pelajar
dalam kelas tersebut kerana mereka sendiri tidak bersemangat untuk mengajar.
Akhirnya, mereka gagal menjalankan tugas mereka dan para pelajar tidak dapat
mencapai pencapaian yang cemerlang.
Kajian yang dijalankan oleh Glatthorn (1996) di Amerika Syarikat mendapati
bawaha sesetengah guru turut menceburkan diri dalam melakukan kerja sambilan
seperti mengajar di pusat-pusat tuisyen, menjual insurans dan juga menjadi agen
syarikat jualan langsung bagi mencari pendapatan lebih turut menyumbang kepada
kemerosotan motivasi seseorang guru tersebut. Tambahan beliau lagi, keadaan ini
juga turut menyumbang kepada perlakuan pasif yang ditunjukkan oleh para pelajar
hasil daripada sikap yang negatif yang ditonjolkan oleh guru yang tidak bermotivasi
ini. Hasil dapatan kajian yang dilakukan ini dilihat turut mempunyai persamaan
dengan kajian yang telah dijalankan oleh Azman (1999) di mana beliau mendapati
bahawa motivasi rendah guru-guru yang mengajar di enam buah sekolah menengah
berprestasi rendah di Kluang Johor mempengaruhi keputusan yang rendah pelajarpelajarnya di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Sebagai tuntasnya, tahap motivasi guru yang rendah boleh mempengaruhi
tahap motivasi para pelajar untuk menelaah ilmu. Para pelajar sering kali dilihat
menjadi hilang minat dan gagal memberikan tumpuan yang sepenuhnya sekiranya

pengajaran yang diajarkan oleh guru tersebut membosankan dan pasif. Hal ini
seterusnya mampu menyumbang kepada pembantutan perkembangan kognitif para
pelajar itu sendiri dan fenomena ini sudah semestinya akan menimbulkan rasa
kurang senang dan gelisah dalam diri semua pihak sama ada pihak sekolah, ibu
bapa malahan para pelajar itu sendiri.

RUMUSAN
Sebagai rumusan kepada topik yang dibincangkan di atas, perkataan
motivasi itu bolehlah ditakrifkan sebagai satu daya atau tenaga yang boleh
menyebabkan berlakunya proses membentuk tingkah laku atau pembentukan
peribadi
yang
boleh
mendorong
manusia
untuk bertindak
ke
arah mencapai matlamat tertentu. Oleh yang demikian, berdasarkan
konotasi motivasi ini, sesungguhnya tidak dapat disangkal lagi betapa
pentingnya motivasi itu dalam diri seorang insan yang bergelar pendidik di
mana tugas yang dipikul sebagai seorang pendidik itu amat besar sekali iaitu
bukan sahaja sebagai tenaga pengajar, malahan juga sebagai sebagai
seorang pendorong motivasi ke arah kejayaan para pelajarnya sendiri. Lebih
daripada itu, istilah keramat motivasi ini juga boleh dilihat sebagai satu
kebolehan semula jadi di mana seiring individu itu berusaha dengan
bersungguh-sungguh dan gigih dalam memperkembangkan serta memajukan
diri mereka ke arah yang positif. Jadi, sudah menjadi satu tanggungjawab
yang ulong bahawa tugas guru adalah untuk merubah dan memupuk motivasi
yang positif dalam diri setiap pelajar mereka.

You might also like