You are on page 1of 3

Tarikh : 5hb Januari 2017

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK


KALI - 1 (2017)

Tarikh : 3 hb Januari 2017 (Selasa)


Masa : 1:15 t/hari
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran : Semua ahli hadir

LAPORAN MINIT MESYUARAT


.

(1) Ucapan aluan Pengerusi Majlis.

(1.1) Puan Ayu Salina Binti Mohamed Zain, selaku pengerusi Panitia Matematik memulakan
mesyuarat dengan bacaan Al Fatihah dan berterima kasih di atas kehadiran semua
ahli.

(1.2) Puan Pengerusi juga memaklumkan bahawa Puan Guru Besar tidak dapat bersama-
sama bermesyuarat pada hari ini kerana terdapat beberapa hal penting yang perlu
diuruskan dan mewakilkan Guru Penolong Kanan HEM, Encik Mohamad bin Ismail.

(2) Ucapan GPK HEM

(2.1) Encik Muhammad Bin Ismail selaku GPK HEM, mewakili Puan Guru Besar
menyampaikan amanah beliau agar semua guru :

(2.1.1) Perlulah menguasai kandungan matapelajaran dan perubahan


kandungan Kurikulum yang terkini.
(2.1.2) Menggunakan buku teks sebagai rujukan utama
(2.1.3) Membudayakan Konsep PLC
(2.1.4) Menekankan PBS
(2.1.5) Melaksanakan intervensi terhadap defisit pembelajaran agar murid tidak
ketinggalan.

Tindakan : Semua ahli

(3) Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu.

(3.1) Puan Pengerusi meminta semua ahli meneliti minit mesyuarat yang lalu dan
menyuarakan sebarang perkara berbangkit untuk diberi perhatian dan semakan.
Tindakan : Pengerusi dan S/U

(3.2) Minit yang lalu dicadang untuk disahkan oleh Puan Nurulhuda Jaafar dan disokong
oleh Puan Saieda.
Tindakan : S/U dan semua ahli
(4) Perkara-Perkara Berbangkit

(4.1) Tiada perkara berbangkit diutarakan.

(5) Analisis Peperiksaan Akhir Tahun 2017

(5.1) Puan Pengerusi memaklumkan bahawa pencapaian matapelajaran matematik pada


Peperiksaan Akhir Tahun yang lalu telah meningkat(Rujuk lampiran). Oleh itu beliau
mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha guru-guru dan mengharapkan usaha ini
akan dipertingkatkan semaksimum mungkin agar bilangan A dalam Matematik pada
ujian dan peperiksaan akan datang akan terus meningkat.
Tindakan : Semua ahli

(4.2) Puan Pengerusi turut memaklumkan bahawa seramai 57 orang murid akan menjadi
calon UPSR pada tahun ini, 2017. Dan pada Peperiksaan Akhir Tahun baru-baru ini
dua orang murid memperoleh 6A iaitu Ainun Mardhiah Bt Hasnan dan Ainul Nadzirah
Bt Zulkifli.

(4.3) Puan Pengerusi meminta semua ahli untuk mendaftar matapelajaran ke dalam SAPS
agar markah peperiksaan TOV akan dapat dimasukkan sejurus selepas peperiksaan
berlangsung (22-26 Januari 2017)
Tindakan : Semua ahli

(6) KSSR/PBS

(6.1) Puan Pengerusi memaklumkan mengenai surat pekeliling SPI KPM Bil. 8/2016
berkenaan Semakan KSSR 2017 dan meminta Puan Saieda memaklumkan perincian
dan perubahan yang terdapat di dalam Dokumen Standard KSSR bagi matapelajaran
Matematik yang bakal dilaksanakan pada tahun ini.
Tindakan : Puan Saieda dan semua ahli

(6.2) Bagi murid tahun 2-6, sukatan matapelajaran adalah tidak berubah.

(7) Perancangan Aktiviti 2017

(7.1) Puan Pengerusi meminta semua ahli mengemukan cadangan tentang aktiviti-aktiviti
yang ingin dijalankan pada tahun ini.

(7.2) Semua ahli bersetuju agar aktiviti yang telah dijalankan pada tahun lepas diteruskan
pada tahun ini.
Tindakan : Semua ahli

(8) Pencerapan dan Semakan Buku Latihan Murid

(8.1) Puan pengerusi memaklumkan bahawa pencerapan akan dilakukan sebanyak


sekurang-kurangnya sekali setahun yang mana melibatkan PDPC, buku latihan murid
dan tugasan pengurusan. Oleh itu semua hli dinasihatkan agar lebih kreatif dan
menekankan aspek kolaboratif, teknik menyoal yang berkesan dan KBAT semasa
mengajar.

(8.2) Buku latihan murid pula hendaklah ditanda dalam jangkamasa 3 hari.
Tindakan : Semua ahli
(9) Volume Kerja Murid

(9.1) Puan Pengerusi mengingatkan agar volume kerja murid haruslah mengambil kira
keupayaan murid, dan berfokuskan kepada defisit pembelajaran

(9.2) Laporan Volume kerja murid hendaklah diserahkan kepada Pengerusi Panitia selewat-
lewatnya pada Bulan Februari 2017.
Tindakan : Semua ahli

(10) MBMMBI, LINUS, ProTIM, i-Think

(10.1) Puan Pengerusi mengucapkan syabas kepada semua ahli yang telah mengaplikasikan
i-Think ke dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas dan semua guru
hendaklah memastikan setiap faik dan papan putih i-think di setiap kelas dikemaskini
dari masa ke semasa.

(10.2) Ucapan tahniah juga diberikan kepada semua ahli yang berjaya menepati masa untuk
ke kelas masing-masing setiap hari. Dingatkan juga agar PAK21 terus berjalan di
setiap kelas agar harapan kerajaan untuk melahirkan modal insane yang berfikiran
kreatif dan bertarap global dapat dizahirkan.

(11) Kewangan

(11.1) Dimaklumkan bahawa semua ahli hendaklah menyerahkan Nota Minta kepada Puan
Pengerusi jika ingin membeli peralatan atau ABM yang relevan mulai esok.

(11) Hal-Hal Lain

(5.1) Tiada hal-hal lain dibangkitkan

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2:30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………. ………………………………
(PUAN NURULHUDA JAAFAR) (PUAN AYU SALINA BT MOHAMED ZIN)
S/U Panitia Matematik 2016, Pengerusi Panitia Matematik 2016
SK Tengku Bariah, SK Tengku Bariah,
K. Terengganu. K. Terengganu.
s.k : Fail Panitia
GPK pengurusan
Semua ahli

You might also like