Professional Documents
Culture Documents
PENDAHULUAN
Jawatankuasa Bertindak Kesihatan berperanan memastikan Program Kesihatan dapat dilaksanakan
secara bersepadu melalui sokongan dan kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia dengan
Kementerian Kesihatan Malaysia, meliputi peningkat kebangsaan, seterusnya negeri, daerah dan
sekolah.
Penstrukturan Jawatankuasa Bertindak Kesihatan merupakan satu usaha mengemaskinikan semua
tugas dan tanggungjawab supaya menjadi lebih efisien dan sempurna. Semoga aduan dan tindakan akan
diselesaikan secara bersama agar kualiti hidup murid di sekolah ditingkatkan.
KONSEP KESIHATAN
Aktiviti-aktiviti kesihatan yang semakin berkembang memerlukan strategi dan kaedah pelaksanaan yang
lebih berfokus. Ciri-ciri promosi kesihatan, penerapan nilai-nilai kesihatan yang merangkumi aspek fizikal,
mental, psikososial dan kerohanian adalah ciri-cini baru yang perlu diberi penekanan dan penelitian bagi
membentuk satu model amalan gaya hidup sihat.
Tindakan bersepadu yang mengambil kira kurikulum sekolah, keadaan fizikal dan sosial sekolah,
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, peratunan dan garis panduan, akan membeni impak kepada kesihatan
murid-murid. Penglibatan dan komitmen semua warga sekolah, PIBG, agensi-agensi luar dan masyarakat
setempat merupakan pemangkin ke arah keberkesanan pelaksanaan program kesihatan di sekolah.
MATLAMAT
Melahirkan warga sekolah yang sihat dan berkualiti. Situasi memberangsangkan dapat meningkatkan
proses pembelajaran di sekolah dan seterusnya dapat membentuk warga negara yang sihat dan
berketerampilan.
OBJEKTIF
1. Melahirkan murid yang berperibadi unggul menerusi pemupukan pengetahuan, sikap dan amalan yang
berkekalan dalam aspek kesihatan.
2. Mewujudkan gaya hidup yang sihat, cergas dan cerdas dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
3. Meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam Program Kesihatan Sekolah.
SKOP DAN BIDANG TUGAS
1. Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Program Pembangunan Kesihatan Murid:
1.1 Menentukan hala tuju program pembangunan murid selaras dengan perkembangan fizikal,
psikososial dan kerohanian murid.
1.2 Menentukan program pendidikan dan penjagaan kesihatan dilaksanakan di sekolah.
1.3 Mewujudkan kerjasama yang menyeluruh antara sekolah dan Pejabat Kesihatan serta agensi-agensi
lain.
1.4 Menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktviti Program Kesihatan Sekolah.
1.5 Merancang keperluan kewangan dan tenaga dalam Program Kesihatan Sekolah.
1.6 Menyebarkan maklumat program secara menyeluruh, sistematik dan efisien.
1.7 Keperluan untuk menjalankan kursus dan aktiviti kesihatan bersesuaian dengan keperluan
murid dan situasi setempat.
2. Melaksanakan dasar kesihatan yang berkaitan dengan pengurusan kesihatan murid di sekolah.
3. Membuat pemantauan Pelaksanaan Pendidikan Kesihatan murid dan Program Kesihatan Sekolah.
4. Menyedia dan membuat laporan tahunan berkala.
5. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan.
6. Mewujudkan pasukan petugas khas menghadapi krisis jika perlu.
CADANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI
Melaksanakan Program Kesihatan:
1.1 Kesihatan Diri
1.1.1 Pengetahuan kesihatan/ Kit kesihatan
1.1.2 Pengurusan diri
1.1.3 Pemakanan sihat dan selamat
1.1.4 Kesihatan mental/ emosi
1.1.5 Kesihatan kerohanian
1.1.6 Kesihatan reproduktif dan seksual
1.1.7 Gaya hidup sihat (senaman, tidak merokok, bebas dadah, bebas HIV/ AIDS dan lain-lain)
1.1.8 Kawalan penyakit berjangkit/ tidak berjangkit
1.1.9 Pertolongan cemas
1.2 Kesihatan Persekitaran
1.2.1 Kantin sekolah sihat
1.2.2 Bilik darjah sihat
1.2.3 Tandas sekolah sihat
1.2.4 Asrama sekolah sihat
1.2.5 Bilik kesihatan sekolah
1.2.6 Peti pertolongan cemas
1.2.7 Sekolah Bebas Denggi
1.2.8 Sekolah Bebas Dadah
1.2.9 Sekolah Bebas Asap Rokok
1.2.10 Kata-kata hikmat
1.2.11 Halwa Telinga
1.2.12 Bekalan air yang bersih dan selamat
2. Aktiviti dan program semasa
2.1 Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
2.2 Program Susu Sekolah (PSS)
2.3 Bantuan Makanan Skim Baucer Tuisyen (BMSBT)
2.4 Pemakanan Asrama dan Kantin Sekolah
2.5 Kursus Pengendalian Makanan Kantin Sekolah/ Pengendali Makanan Asrama
2.6 Kempen Pemakanan Seimbang, Sihat dan Selamat
2.7 Seminar Pengurusan Warden Asrama
2.8 Penambahbaikan dan Peningkatan Perkhidmatan Bilik Kesihatan Sekolah
2.9 Program Pendidikan Sekolah Sihat
3.14 Bekalan air beriodin di kawasan-kawasan yang mengalami Gangguan Akibat Kekurangan lodin
(GAKI)
3.15 Latihan Program Bersepadu Sekolah Sihat untuk anggota kesihatan dan guru-guru sumber PBSS di
sekolah
3.16 Quality Assuarance Programme untuk pengesanan masalah ketajaman penglihatan kalangan
murid-murid Tahun 1 di seluruh negara
4. Kawalan pemakanan di sekolah
4.1 Pengurusan makanan di kantin dan asrama sekolah
4.1.1 Sijil Pengendali Makanan
4.1.2 Imunisasi TY2 kepada pengendali makanan 4.1.3 Menu makanan dan kos harga jualan
4.1.4 Makanan dan minuman yang boleh/ tidak boleh dijual
4.1.5 Proses penyajian makanan
4.1.6 Kualiti makanan
4.1.7 Pemantauan berterusan oleh pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan
Pelajaran Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri atau Daerah
4.2. Keselamatan makanan di kantin dan asrama sekolah
4.2.1 Kemudahan bekalan air bersih
4.2.2 Penggunaan peralatan memasak, sajian, inventori, penyimpanan bahan stok basah dan
kering
4.2.3 Susun atur dan penyelenggaraan premis 4.2.4 Jadual berkala pembersihan premis kantin 4.2.5
Bahan pencuci, peralatan, kaedah membasuh peralatan
4.2.6 Sistem penyajian dan susun atur yang bersistematik (bertutup, bersih, dan terhindar
daripada LILATI)
4.2.7 Tidak membenarkan penjualan makanan segera dan minuman bergas
4.2.8 Menasihati murid supaya tidak membeli makanan dan minuman di luar kawasan sekolah
4.3 Pengurusan Penamatan Perkhidmatan Kantin Sekolah
4.3.1 Melanggar perjanjian Perkhidmatan Kantin Sekolah
4.3.2 Kes keracunan dan kes disita