You are on page 1of 19

TUGASAN 1

Kepelbagaian kaum di Malaysia telah mewujudkan pelbagai konflik yang menjadi


penghalang kepada proses menyatupadukan rakyat. Konflik ini adakalanya
membawa kepada tounge wangging dan talk conflict yang kadnag-kadang pedas,
keras dan sangat berkonfrontasi bunyinya.
Pendahuluan
membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan
yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah
dan kelompok-kelompoknya menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya
berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia
dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa
tersebut.1
(Tun Dr. Mahathir Mohamad
Malaysia Melangkah Ke Hadapan 1991)
Malaysia merupakan salah satu negara yang unik. Seperti yang diketahui
umum, Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan kepelbagaian kaum,
budaya dan adat resam. Malaysia merupakan negara yang mempunyai tiga kaum
utama di dalamnya. Iaitu Melayu, Cina dan India. Orang Melayu merupakan
penduduk asal Malaysia manakala kaum Cina dan India merupakan pendatang yang
di bawa oleh pihak British ke Tanah Melayu ( Malaysia) bagi memajukan Tanah
Melayu dalam pelbagai sektor di mana waktu itu, Tanah Melayu sememangnya
terkenal dengan hasil peribumi yang sangat banyak. Jadi kehadiran British pada saat
itu adalah untuk mengeksploitasi hasil sumber Tanah Melayu tanpa ingin menjadikan
Tanah Melayu lebih maju. Perpaduan yang terjalin di antara warga berbilang kaum di
negara ini adalah resepi utama kepada kejayaan Malaysia mempertahankan
kemerdekaannya. Perpaduan adalah perkara penting setiap negara-bangsa yang
bebas dan berdaulat. Ia bukan sekadar suatu perlembagaan, tetapi berupaya
mencetuskan keharmonian sosial, kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi.
1
1

Agenda perpaduan sentiasa dititikberatkan kerana dengan bersatu hati kita dapat
membina sebuah negara yang aman damai, sejahtera dan rakyatnya sentiasa
mementingkan perpaduan dan negara aman, politiknya tidak huru-hara, serta
ekonomi yang baik dan dapat menarik minat pelabur asing. Perpaduan yang dipupuk
dalam kalangan masyarakat tidak hanya bermula apabila mereka sudah dewasa
ataupun dari pelbagai aktiviti kemerdekaan yang dianjurkan. Akan tetapi perpaduan
kaum bermula melalui sistem pendidikan iaitu di sekolah. Bak kata pepatah, melentur
bulu biarlah dari rebungnya. Menurut (Sharupidin Che Abdullah, 2013) Masa yang
paling baik untuk memulakan pergaulan tanpa prejudis iaitu ketika masih kecil
(peringkat tadika dan sekolah rendah) telah terbuang begitu saja. Ini berlaku dalam
masyarakat sekarang di mana pendedahan kepada masyarakat dan kaum lain tidak
dijalankan dengan sempurna oleh guru dan ibu bapa. Sesetengah ibu bapa juga
menyimpan sikap prejudis kepada kaum lain sehingga membabitkan anak-anak
supaya turut sama menyimpan sikap prejudis kepada kaum lain.
1. Langkah kerajaan bagi merapatkan jurang antara kaum melalui sistem
pendidikan
Apa yang dimaksudkan dengan jurang? Menurut (Dewan Bahasa dan Pustaka,
2005) menyatakan jurang adalah perbezaan dalam masyarakat sama ada dalam
perbezaan pendapat mahupun sosioekonomi dan sebagainya. Sistem pendidikan
pula bermaksud peraturan ataupun proses didikan dan latihan. Oleh itu, bagi
merapatkan jurang antara kaum adalah bermula dari sekolah dan pendidikan.
Terdapat pelbagai langkah yang telah di ambil oleh kerajaan khususnya dalam
merapatkan jurang antara kaum melalui sistem pendidikan. Langkah utama yang
dapat dilihat oleh kerajaan adalah bermula dengan adanya Penyata Razak 1956 iaitu
dokumen yang mengandungi beberapa panduan yang menjadi tunjang dan kayu
ukur pendidikan di Malaysia. (Perenggan 12 Penyata Razak) menyatakan:

Tujuan dasar pelajaran ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak


daripada semua bangsa dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran
yang meliputi semua bangsa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tidak dapat
dilaksanakan dengan serta-merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransuransur.
Jelas dapat kita lihat di mana Penyata Razak telah pun digubal bagi mengutamakan
perpaduan negara dan menjadikan nilai perpaduan sebagai teras dan tunjang utama
bagi menjamin kesejahteraan dan kepentingan negara yang mempunyai pelbagai ras
etnik dan kaum. Selain itu, ia juga digubal bertujuan untuk menjadikan sekolah
sebagai medium untuk menyatukan jurang antara kaum di samping menghasilkan
tenaga kerja ikhtisas. Terdapat tujuh tujuan utama Penyata Razak digubal
termasuklah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, melahirkan
perpaduan antara kaum sebagai satu rumpun bangsa Tanah Melayu, merapatkan
jurang perbezaan antara kaum di Tanah Melayu, menyediakan kemudahan
pembelajaran yang berkualiti dan sebagainya.
Secara kasarnya, apabila murid-murid mempelajari bahasa yang sama, komunikasi
antara murid berbilang kaum turut terjadi dan berlaku kerana masing-masing
memahami satu bahasa yang menjadi bahasa pertuturan dalam kalangan mereka.
Bayangkan jika mereka tidak memahami satu bahasa antara lain, maka, komunikasi
antara murid tidak akan berlaku. Ini juga akan mendatangkan sifat prejudis dalam
hati murid-murid tersebut. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan di
mana perlu digunakan dalam majlis-majlis rasmi manakala Bahasa Inggeris menjadi
bahasa ilmu kerana banyak sumber sumber rujukan adalah dalam bahasa Inggeris.
Selain itu, terdapat juga cadangan yang dikemukakan iaitu dua jenis sekolah
yang terbuka kepada semua etnik, iaitu sekolah yang menerima bantuan kerajaan
atau persendirian tidak kira sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Apabila
sekolah ini terbuka kepada kesemua kaum tidak kira Melayu Cina dan India, maka,
akan berlakunya pergaulan dan komunikasi antara mereka. Cadangan sekolah ini
sememangnya dapat memupuk perpaduan dan seterusnya merapatkan jurang
antara kaum dari sejak dini. Dengan berlakunya komunikasi antara kaum, wujudnya

persefahaman lantas membuang sikap prejudis dalam diri murid-murid yang mungkin
telah disemai oleh ibu bapa semenjak kecil lagi. Menurut ahli psikologi Lev Vygotsky,
persefahaman bukan sahaja dicapai melalui perkongsian pendapat tetapi turut
melalui beberapa jenis pengeseran ( Chong Lean Keaw, 2008)
Murid murid merupakan anak-anak yang jujur dalam setiap perbuatan mereka.
Ketidakpuasan hati dan pergaduhan mungkin merupakan perkara biasa bagi muridmurid atas tindakan satu pihak. Namun begitu, ia adalah perkara biasa dalam proses
mencapai persefahaman antara satu sama lain. Sebagai contoh, Amin tidak suka
diganggu oleh Jarjit semasa sedang mengulang kaji pelajaran dan apabila Jarjit
mengganggu Amin sewaktu mengulang kaji maka akan terjadinya sedikit
pergaduhan. Jarjit akan mula memahami sikap Amin dan dia menerima dan
berkongsi persefahaman bahawa Amin tidak suka diganggu ketika sedang
mengulang kaji. Guru haruslah prihatin akan situasi ini agar kelak tidak berlaku
pergaduhan yang lebih besar di samping memberikan peneguhan kepada muridmurid tersebut. Laporan Rahman Talib pada 1960 pula mengkaji laporan Razak dan
laporan ini telah memperakui laporan Razak bahawa pendidikan adalah laluan untuk
mencapai perpaduan. Jelas lah disini bahawa Penyata Razak telah menggariskan
aspirasi ini di dalam penggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Aliran Pendidikan
Kebangsaan adalah saluran berkesan yang dapat membina warga Malaysia yang
kukuh bersatu padu.
Pendidikan Malaysia juga mempunyai matlamat yang tersendiri antara tiga matlamat
utama Pendidikan Malaysia ialah melahirkan individu dan masyarakat yang berilmu,
beramal, dan berakhlak murni berasaskan kepercayaan kepada tuhan. Yang kedua
ialah memupuk ciri-ciri patriotisme dan mengeratkan perpaduan ke arah membina
bangsa Malaysia yang kukuh dalam segala bidang, dan yang terakhir ialah
melahirkan sumber manusia yang bertaraf dunia untuk memenuhi keperluan negara
ke arah mencapai taraf negara maju. Peranan pendidikan adalah penting dalam
merapatkan jurang antara kaum. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa
pendidikan merupakan faktor utama dalam membina kerakyatan yang tunggal telah
lama di sedari. Menerusi Dasar Pendidikan Kebangsaan, beberapa langkah telah

diambil dalam usaha ke arah mencapai matlamat ini. Pelbagai strategi telah di bina
bagi memastikan perpaduan dapat dibentuk di negara ini.
Antara strategi-strategi yang dilaksanakan adalah menjadikan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, mewujudkan kurikulum yang
berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah, memastikan sukatan pelajaran
yang seragam dan sistem peperiksaan yang seragam, mewujudkan Sekolah
Wawasan serta pelbagai program pendidikan yang menggalakkan integrasi pelbagai
kaum.
1. Bahasa Kebangsaan
Kedudukan serta peranan Bahasa Kebangsaan dalam sistem pentadbiran dan
sistem pendidikan ini dinyatakan dalam beberapa dokumen penting kerajaan.
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diluluskan pada tahun
1967 iaitu Akta Bahasa Kebangsaan dimana Bahasa Melayu dijadikan bahasa
kebangsaan

dan menjadi jaminan kepada perpaduan rakyat Malaysia. Akta

Pelajaran 1961 dan Rancangan Lima Tahun Malaysia telah menyatakan hasrat untuk
menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama adalah satu
prinsip Dasar Pendidikan Kebangsaan. Pada tahun 1982, bahasa Melayu menjadi
bahasa pengantar di sekolah dan menjadi bahasa yang digunakan di mahkamah
pada 1990.
Bahasa kebangsaan bertindak sebagai tali penghubung terpenting dalam
usaha memupuk perpaduan serta merapatkan jurang antara kaum kerana ia boleh
berperanan sebagai bahasa pengantaraan masyarakat kita yang berbilang kaum.
Selaras dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Pengantar
di sekolah, Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai salah satu matapelajaran wajib
diajar di sekolah pada semua peringkat serta jenis sekolah yang ada di Malaysia dan
matapelajaran wajib lulus bagi kesemua peperiksaan.

...17. Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.


(1) Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua
institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah
jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana
institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen
ini
(2) Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain
daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah
diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di institusi pendidikan itu...
...28. Penubuhan dan penyenggaraan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis
kebangsaan.
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh menubuhkan sekolah
kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan dan hendaklah menyenggarakan
sekolah-sekolah itu...
(Akta Pendidikan 1996, 2015)
Menurut Akta Pendidikan 1996, kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa
pengantar utama hanya unutk sekolah kebangsaan sahaja dan sekolah jenis
kebangsaan cina telah diberi pengecualian dengan dibenarkan menggunakan
bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di sekolah. Akan tetapi, sekolah jenis
kebangsaan ini tetap wajib untuk mengajar Bahasa Kebangsaan sebagai subjek
utama kerana ia merupakan bahasa perhubungan dan komunikasi serta perpaduan
bagi negara kita. Melalui bahasa perpaduan serta jurang antara kaum dapat
dirapatkan kerana menggunakan satu sistem bahasa yang sama bagi menjadikan
komunikasi berjalan lancar dan masyarakat akan saling faham kehendak satu pihak
yang lain. Penggunaan bahasa yang seragam dapat membantu menghilangkan
perasaan prasangka kerana setiap golongan masyarakat menggunakan bahasa
yang difahami serta membantu menangani masalah salah faham dalam sesebuah
konteks ayat yang ingin di sampaikan.
6

2. Kurikulum Kebangsaan
18. Kurikulum Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua sekolah.
(1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum
Kebangsaan yang, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah digunakan oleh
semua sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan
(Akta Pendidikan 1996, 2015)
Seperti yang dapat dilihat dalam pernyataan di atas, jelaslah bahawa kurikulum
dalam pendidikan kebangsaan juga penting dalam perpaduan negara. Penyataan ini,
jelas menunjukkan bahawa kurikulum merupakan satu rancangan pendidikan yang
terkandung di dalamnya segala pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma,
unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat
untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan
adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani,
rohani, emosi dan intelek.

Kurikulum adalah satu panduan lengkap yang boleh

digunakan oleh guru-guru dalam mendidik dan mengajar murid menggunakan


sukatan yang betul. Tanpa kurikulum, sesuatu pengajaran dan pembelajaran tidak
mempunyai hala tuju yang betul. Kurikulum yang dibina merupakan salah satu set
atau rangka yang diwujudkan daripada pelbagai program dan aktiviti pembelajaran
dan pengajaran bagi membolehkan murid menerima ilmu pengetahuan, serta
mencapai hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Malaysia, menggunakan kurikulum yang sama iaitu kurikulum Kebangsaan.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) telah digubal bagi mencapai perpaduan dan seterusnya
merapatkan jurang antara kaum. KSSR digubal dan ditransformasikan dari KBSR di
mana bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21.
Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah adalah kepada kemahiran
membaca, menulis dan mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran
penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta
elemen keusahawanan (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2015). Bagi pendidikan

sekolah menengah yang masih menggunakan KBSM antara objektif kurikulum ini
adalah:
8. memahami, menginsafi dan menghayati sejarah serta latar belakang
sosiobudaya negara,
13. memiliki kesedaran, tanggungjawab yang tinggi dan kesediaan berbakti
kepada agama, bangsa dan negara.
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1992)
Melalui pelaksanaan ini, Kementerian Pendidikan yakin mampu mewujudkan jenis
rakyat yang dingini oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendedahan awal sedari
peringkat sekolah lagi melalui kurikulum mampu memupuk semangat patriotisme
yang tinggi melalui pelbagai subjek terutamanya subjek Sejarah ataupun Sivik/
Kewarganegaraan dan juga Kajian Tempatan. Analisis terhadap kandungan
kurikulum pada pelbagai peringkat adalah lebih mementingkan perpaduan dan
merapatkan jurang antara kaum. Kurikulum sedia ada ini tidak menunjukkan berat
sebelah ataupun bias kepada mana-mana kaum serta etnik.
3. Melaksanakan Sistem Peperiksaan dan Penilaian yang Seragam
Kurikulum yang seragam melahirkan sistem peperiksaan yang seragam. Ini dapat
diihat menerusi, peperiksaan-peperiksaan besar seperti UPSR, PMR, SPM serta
STPM di mana kesemua soalan-soalan yang dibina dan digubal adalah sama bagi
seluruh Malaysia. Apabila soalan yang dibina sama, maka setiap kaum memperoleh
peluang untuk menjawab dan lebih bersungguh dalam mengulang kaji sesebuah tpik
yang mungkin mempunyai kaitannya dengan sesebuah kaum lain. Dapat
dibayangkan jika soalan peperiksaan tidak seragam, guru boleh mengeluarkan
soalan yang mungkin bias mengikut kaumnya sahaja tanpa memikirkan kaum kaum
yang lain. Walaupun PMR sudah dimansuhkan, akan tetapi peperiksaan tersebut
digantikan dengan PT3. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang
seragam, maka pelajaran murid tidak akan terganggu apabila terpaksa berpindah ke
sekolah yang berbeza. Oleh itu, ini boleh menolong proses untuk menyatupadukan
pelajar berbilang kaum disamping mewujudkan keperibadian yang sama.

4. Pendemokrasian Pendidikan
Pendemokrasian pendidikan adalah satu proses memberi peluang kepada semua
murid untuk menerima hak yang sama dari segi peruntukan dan memberi perhatian
khas kepada golongan berkeperluan khas dari kawasan luar banda ataupun bandar,
pedalaman tanpa mengira bangsa. Ia juga bertujuan

supaya setiap individu

diberikan peluang dan hak yang sama untuk mendapat pendidikan serta kemudahan
yang disediakan. Dengan erti kata lain, di bawah proses mendemokrasikan
pendidikan setiap individu diberi peluang yang sama untuk mendapat pendidikan dan
hak memilih jenis sekolah untuk belajar tanpa mengira status ekonomi , sosial,
keistimewaan, jantina, kaum agama ataupun lata belakang. Bukan sahaja bertujuan
untuk membasmi buta huruf dalam kalangan penduduk luar bandar, tetapi bertujuan
untuk

merapatkan

jurang

antara

kaum.

Slogan

1Malaysia

mempunyai

kesinambungan dengan pendemokrasian pendidikan ini. 1Malaysia mendahulukan


rakyat dalam segala aspek tidak mengira kaum dan bangsa terutamanya dalam
pendidikan. Sistem pendidikan selama ini tidak pernah mengabaikan mana-mana
golongan kelainan upaya di mana mereka juga mendapat pendidikan asas dalam
negara. Kewujudan sekolah jenis kebangsaan seperti SJKT, SJKC dan sebagainya
merupakan sebahagian daripada agenda pendemokrasian pendidikan. Pemberian
Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT),
Televisyen Pendidikan, Sekolah Berasrama Penuh (SBT) asrama desa, asrama
harian, Program Susu 1 Malaysia , biasiswa serta pelbagai lagi program kesihatan
bagi kesemua murid yang kurang berkemampuan tanpa mengira kaum adalah juga
sebahagian daripada pendemokrasian pendidikan ini selaras dengan Dasar Ekonomi
Baru yang ingin mengurangkan jurang perbezaan peluang pendidikan antara
golongan kaya dan miskin. Usaha Pendemokrasian Pendidikan ini telah dilakukan
dari sekitar tahun 1980-an sehingga kini yang bermatlamat bagi memastikan mutu
pendidikan dipertingkat dan mengagihkan peruntukan secara adil dan saksama.
Kesemua murid yang kurang berkemampuan tanpa mengira kaum mendapat hak
yang sama, maka tidak berlaku nya diskriminasi. Oleh itu setiap kaum berpuas hati
dan jurang perbezaan antara kaum akan dipertingkatkan dan dipupuk.

5. Memperkenalkan Konsep Sekolah Wawasan


Sekolah wawasan adalah satu kawasan di mana terdapat tiga buah sekolah di
dalamnya. Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar
bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di
bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan
ditempatkan dalam kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan
sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan
penghubung (link-way). Tujuan dan matlamat utama Sekolah Wawasan :
(1) Mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid-murid yang berbagai-bagai
bangsa dan latar belakang
(2) Memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran
(3) Melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang
tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu
(4) Menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui
perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di
sekolah
(Jabatan Penerangan Malaysia, 2014)

Selain itu tujuan penubuhan sekolah wawasan juga adalah bagi menghayati tujuan
Penyata Razak 1956 yang di antaranya hendak menyatukan murid-murid daripada
semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran.
Sekolah Wawasan ini menggalakkan berlakunya komunikasi antara kaum di mana
murid-murid berkongsi kemudahan di sekolah seperti perpustakaan, kantin dan
padang. Murid-murid SJK boleh mempraktikkan penggunaan bahasa Melayu yang
dipelajari di dalam kelas dengan berinteraksi dengan murid-murid Melayu.

10

6. Menggerakkan Semula Program RIMUP


Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan atau singkatannya RIMUP adalah satu
program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan
kerjasama

murid-murid

dalam

kegiatan

khas

serta

penggunaan

bersama

kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran. RIMUP telah


diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Abdullah Hj Ahmad
Badawi pada tahun 1986. Peringkat awalnya adalah pelaksanaan RIMUP di
tumpukan pada peringkat sekolah rendah dan merangkumi pelaksanaan aktiviti
kokurikulum serta sukan secara bersama oleh murid pelbagai kaum.
Selain itu, mesyuarat ini telah meluluskan struktur baru bagi memantapkan program
RIMUP supaya dapat menyubur dan mempertingkatkan semangat kerjasama antara
kaum dilaksanakan secara terancang dan sistematik dalam mewujudkan perpaduan
dan integrasi nasional yang bermula di peringkat sekolah
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2007)

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah meluluskan struktur


baru RIMUP dan memberikan pendekatan lebih segar sebagai salah satu langkah
untuk mewujudkan integrasi nasional yang bermula di peringkat sekolah. Program
RIMUP mempunyai 3 Komponen utama iaitu akademik, kokurikulum dan sukan serta
e-intergrasi.

11

2. Faktor Penghalang bagi Merapatkan Jurang Antara Kaum melalui


Pendidikan
1) Sistem sekolah pelbagai aliran
Terbinanya sekolah sekolah jenis kebangsaan sama ada Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) telah
mengeruhkan lagi perpaduan dan cabaran dalam merapatkan jurang antara
kaum. Meskipun sistem pendidikan Malaysia telah memasuki era globalisasinya
seiring dengan kehendak dan perkembangan dunia, tetapi jika dilihat dari sudut
dalamannya dapat dilihat Malaysia masih lagi meneruskan sistem persekolahan
lama selaras dengan konsep sekolah vernakular walaupun berbeza dari sudut
jenis sekolah tetapi konsepnya tetap sama yang mengasingkan kaum.
2) Pengisian Kurikulum dan Ko kurikulum
Pengisian kurikulum yang tidak mewajibkan subjek Bahasa Cina dan Tamil
diajarkan di sekolah kebangsaan menjadikan, murid-murid serta ibu bapa kaum
ini tidak gemar menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan. Pada mereka
bahasa ibunda dan identiti masyarakat mereka haruslah dipelihara agar tidak
luput dek panas dan tak lekang dek hujan.
3) Aspek dalaman
Perbezaan

bahasa,

kebudayaan,

kepercayaan

dan

keturunan

banyak

mempengaruhi serta menjadikan proses merapatkan jurang antara kaum lambat.


Perbezaan ini menyebabkan setiap kaum di negara ini sukar untuk menerima
perubahan yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan dalam dasar pendidikan,
kerana pada sangkaan mereka ia melibatkan penerimaan dan pengorbanan iaitu
mereka terpaksa menerima unsur kaum lain dan mengorbankan unsur kaum
sendiri. Situasi sebegini pasti akan mendapat tentangan daripada pelbagai kaum
kerana unsur keturunan, kepercayaan, budaya dan bahasa sudah menebal
dalam kaum masing-masing.

12

4) Lokasi Penempatan Kaum


Dasar Pecah dan Perintah telah memisahkan kaum-kaum di Malaysia kepada
beberapa bahagian. Lokasi Penempatan masyarakat adalah berasaskan sumber
ekonomi pada zaman British. Orang Melayu kebanyakannya tinggal di kampungkampung mengusahakan tanaman padi, dan juga beberapa kerja-kerja kampung
seperti bercucuk tanam, memelihara haiwan dan sebagainya. Orang Cina pula
ditempatkan di lombong-lombong bijih timah yang akhirnya membangun menjadi
bandar yang pesat seperti di Kuala Lumpur dan Ipoh. Manakala kaum India pula
bekerja sebagai buruh ladang getah dan menetap di estet-estet. Lokasi
penempatan yang berbeza beza ini menjadi cabaran buat kerajaan bagi
merapatkan jurang antara kaum. Kerajaan perlu memikirkan satu cara untuk
meletakkan murid-murid daripada pelbagai kaum di satu sekolah yang sama
supaya matlamat dasar pendidikan iaitu untuk menyatu dan mengintegrasikan
kaum dapat dicapai.
5) Menyediakan guru yang berjiwa patriotisme
Guru merupakan salah satu agen perubahan yang dapat melahirkan dan
memberikan maklumat kepada masyarakat tentang perpaduan. Guru perlu
dipersiapkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang cukup dan lengkap untuk
menghadapi pelbagai situasi di sekolah dan masyarakat sekitarnya. Sebgai
seorang guru yang berwawasan, guru mestilah memahami dan menyahut seruan
Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu.
Guru perlu memberi bimbingan kepada murid untuk membuang sikap prejudis
dalam diri terhadap bangsa-bangsa lain. Sikap prejudis akan membawa padah.
Oleh itu, pihak kerajaan perlu memberi latihan dan kefahaman kepada setiap
guru apabila melaksanakan sesuatu dasar yang baru supaya mengikut landasan
yang betul.

13

3. Pelan Tindakan bagi Merapatkan Jurang antara Kaum.


Pelan tindakan ataupun disebut sebagai langkah yang boleh di ambil bagi
merapatkan jurang antara kaum adalah bermula dari pihak kerajaan. Pada era
abad globalisasi ini, banyak aspek yang perlu diteliti. Apa yang telah dikaji,
kebanyakan perancangan sejak dua menjak ini tidak banyak melibatkan
perpaduan

menerusi

pendidikan.

Kerajaan

seharusnya

memikirkan

cara

bagaimana mempromosikan atau melobi sekolah kebangsaan sebagai salah satu


sekolah yang boleh membantu meningkatkan prestasi anak-anak Malaysia di
samping merapatkan jurang antara kaum. Kerajaan seharusnya memperkenalkan
subjek bahasa Cina dan Tamil di sekolah kebangsaan bagi menarik minat ibu
bapa kaum kaum ini menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan. Selain
itu, tepatkan guru yang betul betul mahir dalam subjek bahasa Cina dan Tamil ini
di sekolah kebangsaan.
Guru juga memainkan peranan penting dalam memastikan jurang antara
kaum dapat dikecilkan. Guru adalah orang yang paling bertanggungjawab di
dalam kelas bagi melahirkan serta mencapai hasrat kerajaan. Strategi
pembelajaran guru tidaklah hanya tertumpu pada chalk and talk sahaja. Akan
tetapi guru boleh menggunakan strategi pembelajaran berasaskan murid.
Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan yang bercampur pelbagai kaum di
sesebuah kumpulan. Galakkan interaksi antara mereka dan pastikan segala
tugasan yang diberikan itu dibuat secara kumpulan dan bersama sama. Selain
daripada aktiviti berkumpulan di dalam kelas, guru juga boleh membina satu
kelab budaya yang penyertaannya terbuka kepada semua murid tanpa mengira
kaum. Galakkan penyertaan kaum lain dalam aktiviti persembahan kebudayaan.
Sedikit sebanyak, kaum kaum lain dapat mempelajari budaya sesebuah kaum
yang lain. Sebagai contoh tarian sumazau boleh dipelajari oleh kaum Cina dan
India.
Susun atur kelas juga boleh menjadikan sesebuah kelas itu adalah kelas
mesra budaya. Pelan lantai perlu dibina guru bagi memastikan ruang bilik darjah
dapat digunakan semaksimum mungkin. Sebagai contoh, guru tidak boleh

14

mengumpulkan murid yang sama kaum dalam sesebuah kelompok, guru perlu
bijak menjadikan kedudukan tempat duduk murid tidak berkumpul dengan
kaumnya sahaja. Apa yang perlu dilakukan guru adalah mencampurkan kesemua
kaum dalam satu kelompok bagi meningkatkan interaksi antara kaum berlaku.
Apabila interaksi berlaku maka akan wujud kesefahaman antara kaum ini dan
akhirnya menangkis sifat prejudis yang ada dalam diri setiap individu.

Murid belajar secara berkumpulan

Tugas guru yang sememangnya tidak lekang dalam mendidik dan mengajar haruslah
berusaha berupaya menyelitkan elemen perpaduan dalam setiap proses
pembelajaran dan pengajaran yang berlaku. Galakkan murid untuk bersoal jawab
mengenai konteks perpaduan di dalam kelas. Sebagai seorang guru juga, tidak
boleh bias atau menyebelahi mana-mana kaum. Bagi pandangan yang tidak berat
sebelah. Elakkan mengejek sesebuah kaum dan memberikan pandangan yang
negatif terhadap sesebuah kaum.
4. Kesimpulan
Sejarah pendidikan negara kita membuktikan bahawa untuk mencapai perpaduan
yang kita kecapi hari ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Pelbagai cabaran
terpaksa dihadapi oleh rakyat negara ini bermula dari zaman penjajahan sehinggalah
selepas negara mencapai kemerdekaannya. Dalam konteks Malaysia pada hari ini,
cabaran globalisasi dan librelisasi menuntut perubahan yang dinamik dalam sistem
pendidikan. Sistem pendidikan pada hari ini perlu melahirkan masyarakat yang

15

global yang mampu bertindak bijak untuk menghadapi ancaman globalisasi dan
librelisasi.
Peranan pendidikan adalah untuk melahirkan masyarakat yang mampu berfikir
secara global dan bertindak secara lokal untuk kepentingan Negara dan bangsa.
Justeru, nilai budaya Malaysia harus menjadi asas kepada kemajuan negara dan
bangsa. Dengan berlandaskan Dasar Pendidikan Kebangsaan , diharap dapat
negara melahirkan rakyat yang bersatu padu serta menyanjungi masa hadapan yang
dikongsi bersama sejajar dengan hasrat Wawasan 2020 untuk melahirkan Bangsa
Malaysia yang bersatu padu. Institusi sekolah diharap bukan lagi hanya sebagai
tempat untuk belajar menulis, mengira dan membaca tetapi sekolah juga berperanan
untuk membimbing pelajar untuk hidup bermasyarakat dan bernegara. Malah, cara
ini di anggap paling berkesan kerana setiap orang pasti akan melangkah ke alam
persekolahan dan keadaan ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan
semangat cintakan negara berdasarkan sukatan pelajaran, penggunaan bahasa
melayu dan sistem peperiksaan yang seragam. Semangat patriotik perlu ditanam
dalam diri setiap kumpulan etnik agar negara kita kukuh daripada dijajah oleh anasir
luar melalui pemikiran

16

TUGASAN 2

17

Rujukan
Akta Pendidikan 1996. (2015, Februari 5). Jabatan Pengajian Tinggi. Didapatkan dari
http://jpt.moe.gov.my/: http://jpt.moe.gov.my/RUJUKAN/akta/akta
%20pendidikan%201996.pdf
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2015, Mac 20). Kementerian Pendidikan
Malaysia. Didapatkan dari Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan
Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum:
http://apps2.moe.gov.my/kurikulum/v2/index.php?
option=com_content&view=article&id=311&Itemid=477&lang=en
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Selangor:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jabatan Penerangan Malaysia. (2014, Januari 31). Jabatan Penerangan Malaysia.
Didapatkan dari Laman Web Rasmi Jabatan Penerangan Malaysia:
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/1199-sekolahwawasan.html
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2007). Kad Laporan PIPP 2006-2010.
Didapatkan dari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia:
http://www.moe.gov.my/v/penyelidikan-view?id=4&page=1&keyword=&cat=&
Mahathir Mohamad. (1991). Malaysia Melangkah Ke Hadapan. Kuala Lumpur: ISIS &
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (1992). Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sharupidin Che Abdullah. (2013, Mei 13). Utusan Melayu Berhad. Didapatkan dari
WWW.UTUSAN.COM.MY:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Forum/20130513/fo_02/Perpaduan-kaumperlu-bermula-di-sekolah

18

19

You might also like