You are on page 1of 1

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Berdasarkan daripada kajian penggunaan kaedah Kekotak dalam


meningkatkan tahap penguasaan pendaraban nombor satu digit dengan
satu digit yang telah dijalankan ke atas seorang murid pendidikan khas
masalah slow learner, saya ingin menyarankan kaedah ini dapat
diteruskan pada masa akan datang. Ini kerana peningkatan ketara dapat
diperhatikan daripada pencapaian subjek kajian yang terlibat dalam kajian
ini. Malah meraka juga lebih berkeyakinan apabila diminta menjawab
soalan-soalan berkaitan dengan pendaraban nombor satu digit dengan
satu digit.
Penggunaan kaedah ini wajar diperluaskan kepada murid-murid lain,
bukan hanya setakat untuk murid bermasalah slow learner sahaja, malah
murid seperti autisme atau murid pendidikan khas yang mempunyai aras
kognitif yang sama. Selain itu, kaedah ini boleh juga diperkenalkan kepada
murid tahun 3 atau tahun 4 arus perdana sewaktu permulaan pengajaran
operasi sifir sebagai satu ansur maju kepada mereka. Walaupun mereka
baru diperkenalkan dengan konsep asas darab tetapi seperti yang telah
dinyatakan sebelum ini, sifir merupakan asas bagi menyelesaikan masalah
Matematik terutamanya bagi soalan-soalan yang melibatkan operasi darab
dan bahagi serta tajuk-tajuk lain seperti pecahan, perpuluhan, kuran dan
sebagainya. Oleh sebab itulah mereka perlu menguasai sifir seawall
mungkin untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh
itu, kaedah Kekotak boleh digunakan untuk melihat keberkesanannya
terhadap subjek kajian.

You might also like